bab 5

Romance Completed 61355

Entah jam berapa dia terlena selepas teringat peristiwa bermulanya perang antara dia dengan Zayne Rafael.

"mak awalnya bangun?"bila aku keluar untuk ke dapur mak sudah ada di dapur siapkan sarapan.

"tadi selepas solat subuh terus ke dapur,mak kan dah biasa bangun awal,bukak kedai kat kampung mana boleh lewat"sepinggan nasi goreng disuakan padaku.

"emmm..sedapnya..lama tak makan masakan mak"

"Erman tak bangun lagi ker mak?"tanya ku bila tidak kelihatan kelibat adikku.

"tidur lagi lah tu"

Pong!pong!
kedengaran hon kereta di luar.

"siapa mak..pagi pagi ni"tanya ku.

"biar mak tengok kut jiran sebelah"mak terus berlalu ke luar.

"masuklah mak buat nasi goreng tadi boleh makan sama sama"

"mak cakap dengan sia.....pa...."aku terus kembali ke dapur bila Zayne muncul depanku .

"duduklah mak ambilkan pinggan"
Aku terus menyuapkan nasi ke mulut tanpa mempelawanya makan

"Eryna...tunang datang buat tak tahu jer ker..tuangkan air tu"
Aku menggulingkan mata.

Dia hanya tersenyum sinis memandang ku.
Aku tahu adalah modal dia nanti memperliku.

"mak..."aku bangun mendapatkan cawan menuangkan air milo panas padanya.

"thanks..."

"tak sangka Tuan makan juga ya masakan orang kampung"perliku bila lihat sepinggan nasi tadi habis dimakannya.

"saya tak kisah asalkan perut kenyang"

"ya ker tak kisah..."perli ku.

"Eryna...."mak menegurku.
Aku muncungkan mulut.

"Tuan Zayne datang pagi pagi ni kenapa kan nanti saya nak ke sana?"tanya ku hairan bila dia datang ke rumahku.

"tak perlu ke pejabat lagi...aku...saya bagi cuti panjang...'jawabnya sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

Pandai pula berlaku sopan hari ni depan mak aku.

"hah?cuti panjang...Tuan nak berhentikan saya terus ker?"

"Eryna...cakap perlahan sikit..kan dah nak kahwin..lupa lah tu kena buat persediaan "sampuk Puan Nora.

"mana orang tahu Tuan Zayne tak inform awal"
Aku mencebik.

"tadi tok Ayah call suruh kita pergi fitting baju...awak tahu kan macam mana,tok Ayah semua,last minute..."

"emmmm....."

'nak ke mana tu?"tanya mak bila lihat aku bangun.

"tadi kata nak buat persediaan kahwin...orang nak pergi tukar baju lah...kang pakai macam gini...ada orang kata kita nenek kebayan pula"aku menjeling ke arah Zayne yang memandangku dari tadi lagi.
Zayne ketawa kecil.

"iyalah...."jawab ibu dan menggeleng kepalanya.

"Zayne jangan ambik hati ya dengan Eryna tu...dia tu keras sikit tapi hatinya baik....tak pernah ingkar orang tua,selama ni dialah yang banyak berkorban untuk keluarga"

"Zayne tak kisah mak..."terharu juga bila dengar cerita tentang Eryna,bakal isterinya.

Usai menukar pakaian terus aku ke ruang tamu dan kelihatan Zayne sedang rancak berbual dengan Erman

Aku berdehem sampai terhenti perbualan mereka.

"awal dik kau bangun...dah puas tidur ker?"tanya ku.

"perli nampak kak....biasalah tak sekolah...kalau sekolah awal pagi dah bangun..."

"jom Tuan...kita pergi"

"kak tak kan dah nak kahwin pun panggil abang Zayne tuan lagi kut...panggillah yunk ker...darling...kan sedap gitu...baru romantik..."

"akak hempuk kan baru tahu romantik...kau...'beg tangan yang aku pegang dihempuk di kepala Erman.
Zayne yang tadi memerhati tergelak bila melihat gelagat kami.

"Eryna...Erman...malulah sikit...tunang depan mata tu..."

"entah akak ni..sakit kepala kita..."Erman menggosok kepalanya.

"lain kali mulut tu cover sikit..."

"jom tuan..."

"kenapa tuan tersenyum sorang sorang ni...?"tanya ku bila berada di dalam kereta.

"tak adalah suka tengok kau dengan Erman tadi...ganas betul kau"

"biasalah kami adik beradik bergurau kalau orang tengok mesti macam bergaduh...hari hari kalau berjumpa kerjanya menyakat jer"ceritaku.

"emm...tadi rancak berbual dengan Erman...mengumpat saya ker?"tanya ku bila lihat bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"tak ada masa nak mengumpat kau...?"seperti biasa dia membalas keras.

"tapi kan kenapa kau tak kahwin jer dengan siapa tu...pak Hamid...dengar kata dia kaya "

"pak Hamid...ooo...ni mesti Erman yang cerita kan..."

"dia cakap kat kampung kau ni ramai yang berkenan...tapi kenapa kau nak kahwin juga dengan aku hah?"

" sebab aku dah jatuh cinta tanpa sengaja" gumamnya sambil melirik senyum.

" kau kenapa?"

"no comment...kalau Tuan tak setuju cakap jer dengan tok Ayah saya tak kisah...."aku hanya cakap apa yang aku fikir.

"emmm...ok...kalau bantah tok Ayah maka aku kena baham kat dia lah..."

" tau pun" suaraku perlahan.

"terpulang pada Tuan...saya kata apa saja keputusan Tuan saya terima...."
Sayu..hahah..berlakon jer.

Kami kembali terdiam.
Fikiranku mula menerawang teringat kembali bila pertama kali jadi pekerja Tuan Zayne Rafael.

Semua benda aku buat tak betul padanya.
Tugasku sebagai pembantunya lebih kepada menjaga hamba.

"ni saja ker laporan yang terbaik boleh kau buat...ejaan tak betul...kau ambik ni baiki...setengah jam dari sekarang aku nak ada atas meja sebelum meeting"satu fail dilemparkan betul di kakiku.

"b...baik Tuan Zayne....s..saya betulkan"

Boleh katakan hari hari aku berendam airmata menghadap kerenah panas barannya.

Tapi demi untuk mengumpul duit untuk membayar hutang di kampung dia sanggup untuk di sakiti.

"cik Eryna kena marah lagi ker?"airmata yang mengalir di pipi aku sapu cepat.

"tak lah..biasalah kan saya orang baru banyak buat silap.."ujarku.

"akak tahulah...tau tak dah hampir sepuluh orang dan PA dia semua lari tak tahan dengan sikap dia...paling lama kerja pun 3 bulan...yang lain seminggu,dua minggu terus hilang tanpa notis"cerita Suria .

"teruk sangat perangai dia kak...tapi saya hairan kenapa depan Datuk Raziff dia layan saya ok jer?"aku cuba mencungkil rahsia kenapa Zayne Rafael bersikap begitu

"Datuk Raziff tu kan pemilik terbesar share holder syarikat satu lagi tu....syarikat perkapalan..syarikat keluarga ...mana dia berani nak buat macam macam....lagi pun Tuan Zayne tu cucu kesayangan dia...."

Bunyi deheman dari belakang mengejutkan kami.

"Tuan Zayne"serentak kami bersuara.

"dah siap kerja yang aku suruh...?"

"dah Tuan Zayne...kejap lagi saya letak atas meja"

"tak payah...bagi aku terus...dan ikut aku pergi meeting kejap lagi"
Aku hanya mengangguk.

"mengelamun lagi ker?"aku tersentak bila bunyi break keretanya.

"dah jom turun kita dah sampai"

Aku hanya membuntuti tanpa kata.
Kami masuk ke dalam butik pengantin pada hari itu.

Sampai aku keletihan keluar masuk mencuba baju pilihannya.
Ternyata semua benda dia yang kena tentukan aku hanya menurut sahaja.

"Tuan pilihlah saya tak kisah yang penting tak seksi..."ujarku bila ditanya pendapat.

"seksi lagi aku suka...tapi sebenarnya kau pakai apa pun aku tengok seksi"bisiknya ditelinga sehingga membuat bulu romaku meremang.

Mukaku mula merona merah dia hanya ketawa dan memandang ku.

Kau jangan goda aku Zayne Rafael...

"nanti siap semua kami akan hubungi Tuan Zayne "ujar salah seorang pekerja butik itu.

"lepas ni kita nak ke mana lagi tuan?"tanya ku bila keluar dari butik tadi.

"kau temankan aku beli barang boleh?"

"boleh...tapi boleh tak sebelum tu kita lunch dulu...lapar"

"badan kurus tapi kuat makan....jangan nanti bila sanding tak muat baju"perlinya.

"tak kan makan sikit jadi gemuk kut...saya ni kuat makan tapi setakat ni maintain lagi tuan"balas ku tak mahu kalah.

"dah lah jom...tapi kau belanja"

"beres...saya ada ni?"sambil tunjukkan kredit kad yang dia berikan semalam.

"pandai kau ya....tu kredit kad akulah"dia cuba merampas dari tanganku tetapi cepat aku masukkan kembali ke dalam beg tanganku.

Aku ketawa dan berlari kecil dan tak sangka dia mengejar ku,seronok juga sebenarnya main kejar kejar dengan si muka ketat ni tak peduli orang tengok kami berhenti bila kelelahan.

"dah lah,penat aku..." termengah mengah bunyi nafas kami.

"jom makan,aku pulak yang rasa kelaparan"
sambil menekan nekan perutnya.

Selesai makan aku temankan dia berlegar legar mencari apa pun aku tak tahu.
Aku hanya membuntuti nya tanpa kata.
Dari satu kedai ke kedai keluar masuk tapi satu benda pun dia tak beli.

"tuan...boleh saya tanya tuan cari apa sebenarnya...mengalahkan perempuan jer cari barang"tanya ku

"cari hati aku yang hilang?"plakk satu jentikan singgah di dahiku sehingga aku menyeringai kesakitan.

"tuan...sakitlah..."dahiku aku gosok.

"hati tuan tu hilang kat mana....kenapa saya pula yang kena ikut cari hati tu"laungku bila dia mula melangkah jauh meninggalkan aku.

"dah jom balik...nanti ikut aku cari tempat lain pulak..."terus dia berlalu membuat aku berlari anak membuntuti dia.

Hari ini hari larian sedunia ker?

"tuan penatlah kalau macam ni..."termengah mengah aku mengejarnya tadi sampai ke parking kereta.
Dia hanya tersengih lirih memandang ku.

"padan muka tadi elok aku kejar kau,ni kau rasa pulak"

"kau yang nak sangat kahwin dengan aku...nanti kau kena cari hati aku yang telah hilang agar aku boleh terima kau sebagai isteri"lirih katanya,membuat aku tersentak,menghadam segala kata katanya yang penuh isi tersirat.
Aku yang tadi terbongkak menahan mengahku terdongak dengan penuh lelah memandang wajah redupnya.

"jadi tuan nak uji saya...nak buat saya yang terkejar kejar tuan....baik saya akan terima ini sebagai cabaran...saya akan buat tuan berlutut mengejar cinta saya lepas ni....saya akan cari hati dan perasaan tuan yang hilang itu...tapi ...."

"tapi apa...hanya aku yang boleh letak syarat...kau hanya boleh menuruti..dah jom masuk"katanya keras.

Kali ni dia membuka pintu untuk ku.

"tuan mesti adil dalam permainan ini...kalau tuan boleh buat syarat maka saya pun kena buat syarat...mana adil kalau hanya tuan jer..."aku mencebik.

Aku cuba menahan nafas dan berganjak ke belakang bila dia cuba menarik tali pinggang keledar yang aku tarik melekat .

Aku dapat menghidu aroma wangiannya sampai masuk ke rongga hidungku.

"tuan buat apa ni?"

'"kau jangan perasan ,dari tadi kau tarik tak boleh benda ni...nanti tak pasal pasal rosak kereta aku"

Serentak dengan itu wajahnya semakin merapat ke mukaku membuat aku makin gugup,jantung mula berombak kencang.
Ini bukan kes aku kena cari hati dia yang tiada tapi hati aku yang gugur entah ke mana.

Pandangan redup mata Hazel nya buat aku pejamkan mata agar tidak terus tergoda.

Dia ketawa besar bila lihat wajah pucatku.

"tahu takut...tadi beria sangat sahut cabaran"terusan dia ketawa kan aku.

"tuan memang jahat..sengaja..."lengannya aku tumbuk kuat.

"sakitlah...kau jangan nanti aku buat benda tak senonoh kat sini...tak pasal pasal kahwin free"tumbukan aku hentikan.

"tahu takut...."ketawanya makin menjadi jadi hatiku terus tersakiti.Aku terdiam sampai lah ke pintu rumahku.

"dah sampai turunlah,ke nak aku cempung masuk dalam...ingat esok jumpa aku kat pejabat....tak...tak.....payah mulai hari ini aku akan jemput kau..."

"tuan ni cakap betul ker tak...sekejap cuti...sekejap suruh kerja...peninglah..."

"esok last...kau kena settle kan kerja atau aku berhentikan kau terus nak?"ugutnya.

"iyalah...tapi kalau saya pergi sendiri boleh?"

"tak boleh....esok pukul lapan tepat siap!!pintu terus di tutup dan keretanya dipecut laju.

Aku terkebil kebil melihat keretanya hilang di pandangan.
Kaki aku hentak sakit hati aku dengan perangai gila dia.

"Eryna...kenapa tercegat di situ..masuk dah lewat malam ni..."aku pusingkan badan ke arah susuk tubuh mak.

"geram lah orang mak...tadi dia kata cuti...esok suruh kerja...mana yang betul ni?"aku mula rasa marah.

"dia kan bos..ikut jer lah...tak elok anak dara buat muka sememeh macam tu.."

"mak...orang tengah geram ni...dah lah orang nak masuk mandi ..."aku terus berlalu pergi tinggalkan mak .

"Eryna...Eryna...dah nak jadi isteri orang pun perangai macam budak"Puan Nora mengunci pintu dan berlalu ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience