Kalau cinta sudah membara rindu jadi menggebu gebu.
Pagi.....
Selepas solat subuh tadi Aku kembali merebahkan badan di atas tilam dan Zayne seperti biasa kalau ada kelapangan turun berjogging di kawasan taman di bawah.
Aku tertidur kerana badan terasa betul betul tidak sihat,bangun pagi macam biasa akan mengalami morning sickness yang teruk,nasib hari ini kami cuti.
Pintu dikuak dari luar,Eryna masih lagi tertidur pulas.
Zayne baru pulang dari berjoging.
Terus dia ke bilik mandi membersihkan diri,selesai mandi sehelai seluar paras lutut dan tanpa berbaju dia merebahkan diri dia sebelah Eryna.
Pinggang Eryna dipeluk perlahan.
Walau seketika cuma rindunya pada Eryna terlalu mencengkam.
Pergi jogging jer pun...
"abang...dah balik" aku terjaga bila terasa pinggangku dipeluk dari belakang dan tercium bau aroma yang menyegarkan.
Badan aku pusing dan berhadapan dengannya.
"lamanya tidur..", hidungku dipicit.aku tersenyum. dan memeluknya.
Terasa nyaman dalam pelukan suami yang tercinta.
"sayang..jom sarapan,abang lapar lah"
"emmm..kejaplah..tak puas lagi nak peluk", rengek ku manja.
Tiba tiba Zayne merebahkan aku dan badannya mula menindihkan badan ku.
Aku tergamam.
"ok...kita sarapan yang special dulu,boleh?"soalan gatalnya dah datang.
"abang...apa ni..." dia mula menjatuhkan bibirnya ke leher ku.
"abang...tak nak lah...jom...kita turun sarapan"
"dah terlambat...mood abang dah naik...tak baik tau tolak" dia mula merenungku.
Sekilas bibirnya mula mendarat di bibirku.
Memang dah tak boleh mengelak.
Daripada aku peluk dia tadi,kini dia pula naik toncang.
Sarapan yang paling indah.
"thanks sayang...lain kali kalau abang ajak sarapan terus setuju,kan tak pasal pasal pagi ni sarapan nasi lemak dan apam dulu"bisiknya.
Aku menumbuk numbuk dadanya dan dia tergelak.
"abang memang suka ambil kesempatan"aku mencebik dan menarik selimut sampai ke kepala.
Zayne kembali menarik selimut dan di letakkan di sebelah terdedah habis.
"jom mandi sekali lagi" tanganku ditarik dan aku terus dicempung sampai ke bilik mandi.
Cinta yang membara membawa kami ke alam yang indah.
Usai mandi kami terus turun ke bawah,selepas sarapan special di atas di bawah pula dihidangkan pula bakso yang tersedap daripada bibik.
Kenyang atas,kenyang bawah cukup lengkap.
"hmm....sedap kan abang,bibik buat bakso tadi,tapi tu laa...sekejap jer dalam perut pastu keluar balik",aku menggosokkan perut yang terasa sedikit kejang.
"sedap...tapi sedap lagi sarapan yang kat atas tilam tadi"bahuku dipeluk dan pipiku dicium.
"ish abang ni,tak habis habislah,kalau boleh siang malam nak..tak kesian ker kat sayang..letih tau" rungut ku.
"tak baik tau bersunggut dosa,kan layan suami dapat pahala"
"bukan bersunggut tapi sayangkan mengandung.."
"dah tu,abang tak bolehlah tengok sayang,rasa nak jer terkam,bila sayang tak ada terasa sangat rindunya"
Aku mendonggak melihatnya.
"iyalah tu...abang hari ini tak keluar ker?"
"sayang nak pergi mana? " soalnya balik.
" kalau sayang jawab pun abang bukan ikut"
"kalau balik kampung memanglah tak...kan abang dah janji minggu depan,kita ambil cuti panjang sikit"
"kan..bila ajak balik kampung mengelak,dah tu abang hantar jer sayang balik,sayang rindukan mak lah..rindu nak makan masakan mak" airmataku mula bertakung dia tubir mata.
Dia tahu suaminya memang tak suka duduk kampung.
Zayne memegang kedua bahuku.
"sayang..tak nak lah nangis...ok hari ni apa kata kita keluar jalan jalan cari makan", airmataku di seka.
"ok...tapi janji minggu depan kalau abang mungkir,sayang balik naik teksi sendiri"
aku muncungkan mulut dan sepantas dengan itu Zayne mengucup bibirku.
"kan abang dah kata jangan muncungkan mulut,geram"
"ish...abang memang"aku mencubit perutnya dia tergelak.
Begitu indah kenangan tercipta antara kami....
......
......
Aku dibawa jalan jalan pusing kota dan cari makan,bukan aku yang banyak makan tetapi Zayne,semua benda dia makan rupanya dia yang banyak mengidam bukannya aku.
"abang...banyaknya makan...tak takut gemuk ker?"soal ku,bila tadi semangkuk bihun sup baru dia habiskan tetapi order pula ais kacang dan cucur udang.
" kenapa sayang tak suka kalau abang gemuk ?"soalnya sambil menyuapkan cucur udang padaku.
" emmm...nanti abang kena gemuk dulu lah tengok sayang suka ker tak" aku tergelak.
"nakal eh...kut sayang dulu yang jadi gemuk.."
"habis tu kalau sayang gemuk pula abang suka tak?"
"gemuk lagi best baru sedap nak berdangdut atas tilam" kali ni dia pula yang tergelak besar.
"abang...otak hijau..eee..geram lah", jarinya aku gigit.
"ouch..sakitlah sayang" kami terhambur ketawa sampaikan beberapa orang yang sedang makan turut tergelak melihat kami.
Tiba tiba terdengar seseorang menepuk tangan .
"wah...happy nampak pasangan merpati dua sejoli" kami berhenti ketawa,mendongak serentak.
" Sarah.." ujarku.
Zayne yang tadi menyuapkan makanan ke mulut berhenti dan meletakkan sudu di tepi.
" boleh aku duduk sekali?"
Tanpa dipelawa terus Sarah mengambil tempat di depan kami.
Zayne berdengus kasar.
" tak boleh" ujar Zayne dan memandang ke arah lain.
" sombongnya...ok..." Sarah bangun.
",Sarah..duduklah..abang bagi lah Sarah tumpang lagi pun semua tempat dah penuh"
" thanks Eryna"
" Zayne aku tahu kau tak suka aku tapi buruk buruk aku pun aku ni kan sepupu kau juga"
" bukan sepupu darah daging aku pun tapi sepupu angkat," sesi membahas kian bermula.
" emmm...aku tahu kau tak suka aku ,aku tinggalkan kau dulu,tapi kan kalau tak mesti kita dah kahwin,dah ada anak" aku mula cuak bila Sarah mula nak buka cerita.
" tak payah nak ungkit cerita lama lah Sarah,aku tak nak dengar" Zayne mula nak menyingga.
Aku hanya mampu diam.
" emm...baiklah..sedapnya..cucur udang...boleh aku rasa sikit" dengan tak tahu malunya dia mengambil sepotong cucur udang terus dimasukkan ke mulutnya.
" eee...kalau kau nak kau order lah sendiri ,tak tahu malu" marah Zayne dan menepis pinggan sampai hampir terjatuh tetapi sempat aku menahannya.
" alah dulu boleh jer makan sepinggan ,minum segelas ,kau kan suka makan bekas aku"
Sarah mengerling ke arah ku.
Zayne menggenggam tangannya menahan marah.
", jom sayang kita ke tempat lain,banyak langau pulak kat sini" terus Zayne menarik tangan ku bangun dan berlalu meninggal kan Sarah yang sedang tergelak.
" abang...sakit la" tanganku dipegang kuat sehingga meninggal kan kesan merah.
" hah sorry...abang tak sengaja" dia mula membelek tanganku.
" kalau abang nak marah kat Sarah tu jangan lah lepaskan pada sayang..sakit tau" aku mencebik.
" sapa suruh sayang pandai pandai suruh dia duduk dengan kita tadi,sayangkan tahu macam mana perangai dia"
" sayang mana tahu..dia kan ex girlfriend abang..."
" dah tu lain kali jangan layan dia." dia menekan suara.
Aku segera melangkah laju ke depan dan sepantas itu dia menarik tanganku.
"sorry ..abang minta maaf..." dia memeluk ku.
"dah,tak payah pujuk ,sayang nak balik"
Badannya aku tolak.
" sayang...." dia terus memanggil tapi aku teruskan langkah.
"mari sini" nasib baik dia menarik ku,hampir saja di langgar oleh seseorang tadi.
Aku mengurut dada lega.
"kan merajuk lagi,nasib abang cepat kalau tak jatuh sayang tadi"
"sapa suruh abang marah sayang"
"mana abang marah..aduh...kuatnya ibu mengandung ni merajuk" pipiku dikucup.
"abang..kan depan orang ni"
"kalau tak nak abang buat lebih tarik muncung tu lagi,kan tak pasal abang cium mulut tu pulak"
" eeee..geramnya" jarinya sekali lagi aku gigit.
"aduh..sayang...nanti putus jugak jari ni" dia menyeringai kesakitan.
"kan,padan muka abang"
"oklah ,jom...kita singgah rumah mama" Zayne terpaksa mengalah jua,dia tahu dia tak boleh menang pun kalau dengan perangai yang seketul ni.
"lamanya menantu mama ni tak datang" aku menghulurkan tangan menyalami mama Zayne.
" kamii sibuk mama...mama sihat?"
"alhamdulillah,Eryna sihat? yang sebelah tu buli lagi ker?"
"selalu jer mama" aku mengerling ke arah Zayne yang dari tadi sedang duduk di beranda siap menghadap pisang goreng dengan papa.
" mana ada mama ,menantu mama ni manja sangat kuat merajuk, ni tengok habis jari kita di gigit nya"Zayne menunjukkan jarinya yang berbekas gigi ku.
Aku tegelak.
" dah tu abang yang selalu sakat sayang"
"korang ni ,dah nak jadi mak ayah pun masih duduk bergaduh macam ni" bebel mama.
" mana gaduh mama,gurau manja jer"
hidung aku dipicit nya.
"Zayne,Zayne...ingat Eryna tu tengah mengandung....emosi kena jaga..." pesan papa pula.
"iya papa,dia kan kesayangan Zayne" kali ni tangan aku pula dikucup depan orang tua dia.
Aku mula merona merah,malu jugalah bila depan mama dan papa dia romantik macam ni.
Mama dan Papa tergelak melihat gelagat kami.
Puan Marina rasa senang hati bila lihat wajah anaknya itu kembali ceria setelah sekian lama.
"tidur lah sini malam ni" ujar mama.
Aku dan Zayne berpandangan.
Zayne buat isyarat padaku,aku tahu dia mesti suruh aku bagi alasan.
" tak kut mama,lagipun baju salin pun kitaorang tak bawa,lain kali lah ya" tuturku hati hati.
"ya mama,lain kali kitaorang tidur sini" Zayne kukuhkan alasan aku.
" hmm...iyalah...tapi malam ni makan malam kat sini " tegas mama.
Aku tergelak kecil melihat muka Zayne yang tak puas hati,aku tahu dia lebih selesa kat rumah sebab boleh nak peluk cium aku di mana mana.
Kami hanya mengangguk.
Share this novel