bab 49

Romance Completed 61355

Zayne terpaksa mengalah membenarkan isterinya balik kampung,dia tahu Eryna kecewa dengan semua ini.

Walaupun dengan hati yang berat terpaksa berjauhan dari isteri tercinta demi tidak menyakiti hati Eryna lagi Zayne terpaksa akur.

"alah Zayne,bukannya makan masa sampai berbelas jam pun,kalau rajin habis kerja terus boleh datang jenguk Eryna...nanti boleh juga mama tumpang melawat"

Zayne singgah sarapan di rumah mamanya kerana bibik juga ikut Eryna balik kampung.

"emmm...yalah tu...mama tak tahu macam mana perasaan rindu ni kat wife Zayne,sunyi tau tak bila dia tiada,tak dengan suara dia...tak tengok muka dia..",

Puan Marina tergelak melihat riak muka anaknya itu.
Sudah dua hari Eryna dihantar ke kampung dan bibik juga disuruhnya ikut untuk menjaga Eryna di sana.

"kau selesaikan dulu masalah kau kat sini Zayne...baru kau fikirkan wife kau" ujar Papanya yang baru turun dari atas.

"betul tu...lepas settle bawa Eryna balik...tu pun kalau dia nak ler..". ujar Puan Marina sambil tergelak kecil.

"mama...",

"yunk....kesian Zayne tu...ada ker cakap macam tu"

"saja jer baru dia ada akal lain kali..",papa dan mamanya terus tergelak bila melihat Zayne berlalu pergi dengan muka tegang.

.......
.......

Aku tenang duduk di kampung,berpantang di sini,kesedihan tetap menyelubungi hati ku,terpaksa aku berjauhan sementara mengubat hatiku sendiri.

Aku tahu Zayne sedih dan kecewa tetapi aku jua perlukan waktu untuk.semua ini.
Kehilangan zuriat dalam kandungan dan terpaksa berpantang tanpa anak,siapa yang tak terasa sedih dan hiba.

Pernah merasa pergerakan dan denyutan di dalam,setiap malam dan setiap hari memberi respon pada sentuhan.

"Eryna...", mak masuk membawa segelas air,dan segelas air berubat yang begitu sukar untuk aku telan.

"nah minum..." dia menghulurkan padaku.

"mak...kena minum sampai bila,tak sedap lah..pahit..", sambil meneguk dan picit hidung dan hampir termuntah.

"ish budak ni..ubat..mana ada manisnya...minum bagi habis kejap lagi kak siti datang mengurut,sampai sihat badan tu"

" mak kalau tak mengurut boleh tak...?"

" kenapa? tak nak bagi urat tu pulih balik?

" geli..."

"tak ada gelinya...amboi kalu Zayne urut kau nak?"

"mak...ke situ pulak...iyalah... kejap lagi Eryna keluar", bunyi jer nama Zayne disebut naik mencanak bulu romaku.

Mak berlalu pergi dengan ketawa.

"Eryna ...Eryna...",Puan Nora ketawa dan menggelengkan kepala bila tengok mimik muka anaknya cuak .

"aduh...duh...kak siti perlahanlah sikit...sakitlah"
Aku menarik kembali kaki yang dipegang oleh kak siti.

"sikit jer ni...dah habis slow dah"

"sakit..mak...aduh...", Aku menjerit memanggil mak,aku mana tahan sakit...geli pun ada.

"nak kembali cantik kena lah sakit dulu"

"sekarang ni saya tak cantik ker kak?"

"cantik...tapi nak bagi pulih tu hak dalaman...nak bagi pulih dara,kena mengurut,kena rajin makan jamu...cantik dalam ,cantik luar,biar ketat ,padat,sendat...baru suami tak cari lain"

Muka aku berubah sama sekali bila sebut laki tak cari lain.

"maaflah kak siti cakap berdasarkan pengalaman,orang laki ni depan kita pijak semut pun tak mati...belakang kita macam macam dia buat ,walaupun bini kat rumah tu macam bidadari"

Aku diam tak kata apa dah,terfikir pula macam mana lah agaknya Zayne sendirian di sana,macam macam pulak aku fikir.

"aish...apalah otak aku ni,", bisik ku sendiri.

.......
.......

Dua hari yang lalu...

Datuk Raziff memanggil Sarah datang ke tempatnya.

"ada apa tok Ayah nak jumpa Sarah?",

Datuk Raziff tersenyum sinis membuat hati Sarah berdegup kencang dengan pandangan pelik orang tua di depannya.

"duduk dulu...", pelawa Datuk Raziff mengawal emosi.

Sarah dapat menduga dari riak wajah sebegitu pasti ada yang tak kena.

Sejurus selepas itu masuk dua orang Bodyguard Datuk Raziff membawa Shera dengan matanya tertutup dan tangan diikat.

Sarah terbangun dari duduknya apabila melihat Shera.

Dia mula gelabah dan menelan liur namun demi tidak menaruh syak di hati orang tua itu Sarah berpura pura berlagak tenang.

"Sapa ni tok Ayah?"soalnya tenang.

"tak kenal?",tok Ayah kembali bertanya
dan memberi arahan agar membuka mata Shera yang ditutup kain hitam tadi dan juga membuka ikatan tangannya.

"cik Sarah!! "sebaik kain dibuka terus Shera menyebut nama Sarah dan membuatkan Sarah terinjak bahunya.

Kali ini reaksinya tidak lagi boleh disembunyikan,mukanya mula memucat,kaki dan tangannya terasa sejuk dan mula gementar.

"siapa kau? aku tak kenal,kenapa tiba tiba sebut nama aku hah?! Sarah gelabah.

Shera tertunduk diam tidak berani menatap mata Sarah yang kelihatan menakutkan itu.

"betul kau tak kenal dia?" soal Datuk Raziff menandang Sarah dan Shera bersilih ganti.

"betul tok Ayah..siapa dia,pandai pandai jer...tapi apa kaitannya dengan tok Ayah" Sarah berpura pura .

"kau tak tahu ker,dia ni ditangkap di bilik hotel dengan Zayne"

"patutlah aku cari tak jumpa,rupanya dah tertangkap,celaka kau pompuan,kerja mudah pun kau tak boleh buat",gumamnya sendiri sambil mengetap bibirnya.

Datuk Raziff memerhati garak wajah Sarah yang mempamerkan riak berlainan.

"hah..tak sangka ya Zayne tu..terlibat dengan...."

"dengan apa? dengan permainan kotor kau?!!" sergah satu suara mengejutkan Sarah.

Mikael masuk yang dari tadi memerhati perbualannya dengan Datuk Raziff.

"kau nak tuduh apa hah?" terbata bata suaranya,ada getaran.

"bukti dah jelas dan nyata Sarah" satu envelop coklat dilemparkan di mukanya.

Nasib mengelak kalau tak habis calar muka cantiknya.

"kalau tak cukup aku nak bagi lagi" sinis Mikael sambil tergelak.

Sarah mengambil dan membukanya dengan perasaan takut,terketar ketar tangannya saat membuka sampul itu.

Dia tertelan airliur melihat satu persatu gambar dia dan Shera berurusan sebelum ini.

"ni fitnah..mana kau tahu aku berkomplot dengan pompuan ni?"

"hahah...kau dah cakap sendiri...",Mikael menepuk tangan dan ketawa.

"kami tak kata pon kau berkomplot...aku suruh kau tengok gambar tu jer..."

"kau...kau..perangkap aku...apa masalah kau hah?" Sarah mula rasa tak keruan.

Dia sendirian di sini,Datuk Raziff menggelengkan kepala melihat gelagat kedua cucunya itu,tu belum lagi Zayne yang masuk.

"aku tak ada masalah dengan kau...tapi kau ada masalah dengan Zayne dan Eryna"

"apa maksud kau?"

Mikael terus tergelak membuatkan Sarah semakin cuak.

" kau ni Sarah boleh lagi pura pura tak tahu...tak pa Sarah ...betul kau tak nak mengaku yang kau ada kaitan dengan pompuan ni?" sekali lagi Mikael bertanya.

" sudah lah...malas aku nak layan lelaki poyo macam kau ni" Sarah melangkah ingin keluar tetapi dihalang oleh dua Bodyguard tadi.

" lepaaslah kau nak buat apa hah?!!

" lepaskan dia..biar dia pergi...kita tengok sejauhmana dia nak bermain" arah Mikael.

" tunggu Sarah!!" Datuk Raziff pula yang menahannya.

Dia berpusing ke arah Datuk Raziff.

" kalau kau nak mengaku masih ada masa lagi..."

" Sarah tetap kata tak ada kaitan.." bentaknya geram.

"ok...kau boleh pergi tapi nanti kalau kau berhadapan dengan Zayne sendiri dan kalau apa yang terjadi kami tak akan ambil tahu...sebelum terlambat kami beri peluang"

Sarah terus melangkah pergi meninggalkan mereka.

"dia ingat aku takut ,tak pa gagal satu rancangan ada satu lagi rancangan yang berjalan", bisiknya ketawa dalam hati.

"macam mana ni tok Ayah..apa kita nak buat dengan pompuan ni?" tanya Mikael pada Datuk Raziff.

"kita simpan dia dulu...atau..."

"atau apa tok Ayah?"

Datuk Raziff ketawa dan memandang ke arah Shera yang dari tadi terdiam ketakutan.

"kau buat lah apa pun...tok Ayah ada hal nak uruskan ..."Mikael menggaru garu kepala pelik dengan tingkah datuknya itu.

Sekilas dia memandang ke arah Shera.
Dia mengeluh dan seolah memikirkan sesuatu.

"oh ya ..mak bapak kau kat Mana?" Mikael merapati Shera.

"kenapa...? tu..tuan nak buat apa?"

"aku nak masuk meminang.."dia senyum sinis sambil tangannya menjalar menyentuh lengan Shera.

"hah...!!

"Memang tak lah...kau ingat aku nak kat kau...perempuan murahan sama macam Sarah...aku nak kau layan aku...boleh?"

"tu..tuan..saya bukan pompuan macam tu...tolong lepaskan saya...saya tak nak",Shera mula ketakutan dan airmatanya mula mengalir.

"hahah...habis tu kau pompuan macam mana,malam tu boleh pulak kau bukak baju depan lelaki hah...'!!

'saya terpaksa tuan...demi ibubapa saya...tapi saya terpaksa....."

"kau tahu tak kerana perbuatan bodoh kau isteri Zayne keguguran..hah!!! rahang Shera di cengkam kuat sehingga melekat lima jari dimuka Shera.

Terasa kesal di hati Shera bila terdengar khabar berita itu.

"jaga dia...jangan biarkan terlepas aku ada hal",Mikael melepaskan cengkamannya dan berlalu pergi.

Shera menarik nafas lega,namun dia tetap berasa bersalah kerana menurut arahan dari Sarah demi untuk menyelamatkan ibubapanya dari cengkaman along.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience