Seminggu selepas pertemuan hari itu Zayne tidak menghubungi aku .
Aku hanya duduk di rumah sendiri,mak dan Erman terpaksa pulang dulu ke kampung untuk menguruskan apa yang patut sebelum aku dan Zayne bernikah.
Aku cuba menghubunginya tetapi tidak dijawab,terasa rindu mula bertandang bila wajahnya tidak aku tatap,suara nya tidak aku dengar.
Aku lebih rela dengar dia memarahiku daripada dia berdiam diri tanpa menghubungiku.
Nak ke tempat kerja dia awal awal lagi berikan aku cuti untuk rehat,serba salah aku dibuatnya.
kringg!!kring!!!.
deringan telefon mematikan lamunanku seketika.
Segera telefonku dicapai.
Tertera namanya,senyuman kembali terukir di bibirku.
"my sweetie...siap kejap lagi aku jemput"aku tergelak sendiri...bila dipanggil my sweetie.
"dia ni betul ke main main?"getus hati ku.
"kau tahu kenapa aku nak jumpa kau?"
nadanya kini sedikit lembut.
"tak...."aku hanya mampu berdoa agar kali ini tiada lagi kemarahan darinya.
"boleh aku tahu kenapa kau beria sangat nak kahwin dengan aku?"soalan yang membuat aku separuh mati.
Apa jawapan nak aku jawab padanya.
Perjanjian aku dengan Datuk Raziff macam mana nak aku utarakan padanya.
Hari pernikahan aku dan dia sudah pun dekat,aku tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Tidak mahu memalukan keluarga aku ataupun dia.
"aku tanya...kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku?"!terhinjut bahuku kerana terkejut.
"sebab...sebbabb..."
"sebab apa?"kedua bahuku dicengkamnya.
Aku mula merasa kesakitan.
Airmata ku mula gugur membasahi pipi.
"sebab saya cintakan tuan!!jeritku..ya itu jawapan yang harus aku cakap kini.
Perlahan bahuku dilepaskan.
Dia ketawa seolah terpaksa.
"kau tipu Eryna....kau ada buat perjanjian dengan tok ayah..dengan papa dan mama kan,baik kau mengaku !!aku semakin takut melihat wajahnya yang putih mula bertukar menjadi merah .
Aku meraup muka berapa kali,airmataku laju berguguran.
"ya..benar..kami buat perjanjian...tapi semua ini adalah untuk kebaikan tuan juga"aku terpaksa membuka cerita.
Matanya mula,memandang padaku,kali ini aku membalas renungannya.
Namun dia yang tertunduk .
beberapa bulan yang lalu....
Aku menghubungi Datuk Raziff untuk bertemu dengannya.
Aku suarakan masalahku padanya ,masalah kewangan yang aku hadapi kerana kecuaian adik ku Erman.
Aku mendapat ugutan dari Pak Hamid orang kaya kampungku ,sebagai balasan jika aku tidak membayar ganti rugi serta hutang arwah ayah yang tertunggak dia nak aku jadi isterinya atau tanah kami dan rumah peninggalan arwah ayah dirampas.
Kami tidak mampu melawan kerana masalah kewangan kami.
Siapa yang nak bersuamikan lelaki tua seperti dia.
Punyai ramai isteri dan bernafsu mengalahkan orang muda
Aku terpaksa bercerita hal dan masalah aku pada Datuk Raziff kerana aku sudah menganggapnya sebagai orang tuaku.
Datuk Raziff memahami masalah aku dan sanggup membantu aku melangsaikan hutang kami tetapi sebagai balasan aku harus menjadi menjadi sebahagian dari keluarga nya.
Pada mulanya aku menolak tetapi aku terpaksa akur bila dia menceritakan bahawa cucunya Zayne Rafael terluka dan lukanya perlu diubati.
Datuk Raziff percaya yang hanya aku yang boleh mengubati Zayne.
Pertemuan aku dengan orang tua Zayne memujuk aku dan menceritakan masalah Zayne padaku membuatkan aku ingin kenal siapa tuan empunya nama.
Datuk Raziff juga berharap agar aku dapat melembutkan hati cucunya agar melupakan perempuan yang dia cintai iaitu Sarah yang merupakan sepupunya sendiri.
Pertama kali aku dengar cerita Sarah aku tidak terkejut kerana cerita tentang hubungan Zayne dan Sarah sudah aku ketahui sebelum ini.
Hubungan mereka putus kerana kecurangan Sarah yang berlaku depan matanya sendiri.
Sehingga Zayne terlalu kecewa membawa diri beberapa waktu dulu tanpa menghiraukan keluarga.
Zayne begitu kecewa dan dalam hatinya wanita adalah sama.
Aku sanggup mempertaruhkan cintaku demi melihat kau bahagia Zayne Rafael.
Airmataku laju gugur tatkala aku membuka cerita bagaimana bermulanya kisah aku ingin mendampinginya.
Sehingga aku ditunangkan sampailah aku akan berkahwin dengannya.
Aku pasrah dan redha andai ini takdirku.
Zayne Rafael terduduk mendengar luahan hatiku.
Setitis airmatanya aku lihat gugur di kelopak matanya.
Saat ini aku ingin memeluk erat tubuhnya namun aku tahu batas aku sebagai perempuan yang masih punya harga diri.
Aku berlalu pergi namun langkah ku terhenti bila tanganku ditarik olehnya
"tak apa tuan..andai tuan tidak sanggup mengahwini saya...saya redha...saya perempuan dan tuan lelaki...andai tuan punyai harga diri saya juga sebaliknya...masih ada masa untuk kita buat keputusan..."luahku.
Terus aku ditarik masuk ke pelukannya
Aku tergamam dan kaku seketika.
"ubati hati aku Nur Eryna...jadikan aku suamimu..."satu ungkapan yang buat hatiku meluruh...aku menangis di dadanya.
Esakan yang aku tahan aku lepaskan ,begitu kuat.
"tuan nafas saya sesak..."dada kekarnya aku tolak perlahan.
"maaf..."perlahan pelukan eratnya tadi dileraikan.
Aku perlahan mengukir senyum.
"jom aku hantar kau balik..."senyuman manis yang tak pernah aku lihat terukir di bibirnya .
Akan membuat tidurku diulit mimpi indah.
........
........
"Zayne kau betul ker nak kahwin dengan budak kampung tu?"tanya Mikael semasa makan tengahari tadi.
"terpaksa...kena ikut juga kata tok Ayah..."ujarnya.
"tapi kau tak tanya ker Eryna kenapa dia sanggup kahwin dengan kau..atau ada komplot lain?"pertanyaan Mikael membuatkan dia terfikir sejenak.
"aku bukan apa cuma takut kau kecewa lagi..."
"sebenarnya apa maksud kau ?"Zayne mula terpana dengan kata kata Mikael.
"aku dengar tok Ayah dan Eryna buat perjanjian...tapi selebihnya kau tanyalah dia"Mikael terus berlalu pergi meninggal kan Zayne yang merenung terfikir sendiri.
Kata kata Mikael mula menjadi fikirannya menjadi gila perasaan ingin tahu hal yang sebenar membuak buak.
Dia serik dan takut di kecewakan jua.
Saat hatinya terasa dicintai dan akhirnya di lukai.
Dia sudah tahu sedikit atau ada lagi yang disembunyikan?
.......
.......
"Aku terima nikahnya Nur Eryna binti Razlan dengan mas kahwin yang tersebut tunai"
maka terakad lah nikah antara aku dan Zayne Rafael,satu titisan air jernih mengalir di pipiku saat bibirnya mengucup lembut di ubun ubun ku.
Maka bermulalah cabaran yang aku sahut untuk menemukan hatinya yang hilang.
Share this novel