Sudah seminggu Eryna di kampung terasa kesunyian yang teramat dirasai oleh Zayne,untuk balik ke kampung menjenguk isteri kesayangan dia tidak mampu lakukan lagi kerana perlu selesaikan permasalahan yang terjadi .
Eryna masih lagi merajuk,dia tahu Eryna masih terasa hati dengannya ,tadi sebelum balik ke rumah dia membuat panggilan video call dan panggilan biasa tetapi Eryna tidak mengangkatnya .
Ibu mertunya kata Eryna sedang tidur.
Zayne melangkah malas menuju ke biliknya mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi.
Malam ini dia sudah berjanji dengan Mikael untuk berjumpa bincang tentang Shera orang suruhan Sarah.
Sudah seminggu Shera berada dibawah tahanan orang orang Datuk Raziff.
Selesai mandi dan solat maghrib langsung dia mengenakan kemeja lengan pendek dan juga jeans,itulah penampilan ringkasnya apabila habis waktu pejabat,tetapi jika di rumah dia lebih suka berseluar pendek ataupun seluar paras bawah lutut dengan singlet sahaja.
Segera dia mencapai kunci kereta untuk turun ke bawah.
Deringan telefon mematikan langkahnya.
video call berlangsung.
"sayang." ujarnya sambil mengukir senyum.
"assalamualaikum my sweetie",dia terlebih dahulu membuka bicara.
'_waalaikumussalam...abang...sorry tadi sayang tertidur"
Saat melihat Eryna di layar telefon mata Zayne membulat apabila melihat isterinya itu hanya memakai tuala dan melilit tuala kecil di kepala .
Eryna ketawa kecil melihat reaksi suaminya .
"baru lepas mandi ker sayang...kenapa seksi sangat ni...tak tahan abang tau..dah la lama puasa ni"
Eryna terus ketawa.
"tak yah lah tengok...",Zayne tetap perhatikan tanpa lepas dari pandangan mata helangnya.
Daripada hendak melangkah keluar tadi dia mengambil tempat duduk di sofa.
"mana boleh tak tengok rugi...sayang sihat?"
"sihat...abang dah makan?"
"belum lagi lah ni...nanti keluar kejap lagi"
"abang nak keluar dengan siapa...tak kan pakai smart macam tu..dah malam kut"
"ya...keluar jumpa Mike kejap,mana ada..biasa jer macam ni...kan abang dah sedia handsome"
"emm..masuk bakul angkat sendiri...perasan"Eryna mencebik.
Zayne sekali lagi tertelan liur bila lihat Eryna membuka satu persatu tuala yang melilit di badannya dan mengenakan baju di depannya.
Dia melopong ternganga dan membulatkan mata terkebil kebil.
"sayang...jangan goda abang please!!"dia menjerit ,nasib baik di rumah ini cuma dia seorang sahaja tika ini.
Eryna terus membuat aksi aksi menggoda di sana membuat hati Zayne tidak keruan beberapa kali meraup muka tetapi mata tetap menatap rapat pada layar telefon.
Eryna tergelak galak ,
"padan muka abang...rasakan...ok..bye....." terus talian dimatikan.
Zayne menarik nafas lega.
"Eryna ...Eryna...kau selalu uji pertahanan abang ya..nantilah.." sambil menenangkan yang di bawah .
Sejurus lepas itu kedengaran sekali lagi telefonnya berdering.
Panggilan dari Mikael.
"kau kemana lagi doh,lama sih aku tunggu..kau nak datang ke tak"
"_aku otw dah ni"
Niat asal tadi tersimpang jauh bila lihat aksi ghairah Eryna ,hampir terlupa dia ingin keluar berjumpa dengan Mikael.
Dia tersenyum sendiri,menggelengkan kepala dan menekan alarm kereta ,masuk dan terus meluncur memecut memecah malam menuju ke tempat yang dijanjikan.
Sepanjang perjalanan Zayne tak habis tersenyum membayangkan segalanya tentang Eryna,tersenyum sendiri sampai ke depan Mikael.
"kau ni dah kenapa macam kerang busuk aku tengok...dah tu datang lambat...berjanggut aku kat sini", bebel Mikael sambil menyuap mee ke mulutnya.
" laaa tak kan kau dah melahap tak tunggu aku kut",Zayne membuka kerusi dan duduk.
"kalau tunggu kau,mati kebulur aku,tu...kau makan jer apa aku order,kalau tak nak biar aku habiskan" sambil berpura mengambil pinggan di depan Zayne tetapi ditarik kembali oleh Zayne.
"wei..aku makan lah..thanks..sorry lah..tadi kesayangan aku call..tu yang lambat"
"patutlah,senyum sampai telinga...kau ngan dia dah ok ker?"
"macam tu lah...ikut mood...pompuan",Zayne tersenyum sendiri sambil memikirkan hal tadi.
"dahlah makan dulu...sengih sengih..meluat aku tengok"
Zayne terua tersenyum ,yang tadi kelaparan terasa terus kekenyangan kena santapan dari si isteri.
Mikael menggelengkan kepala melihat gelagat sepupunya macam terkena santau,senyum sendiri.
.......
.......
Selepas memutuskan panggilan video tadi aku tergelak sendiri teringat riak wajah Zayne yang tak keruan.
'rasakan..biar batinnya terseksa..." rungutku .
"tapi...aku pun rindukan dia..."
ketukan pintu dari luar mengejutkan aku.
Terus bangun dan membukanya.
" mak...ada apa..tak tidur lagi ker?"
" dah nak tidurlah ni...lupa...tadi kak siti datang bagi jamu ni,dia suruh kau try..." Mak menghulurkan sebotol jamu .
Aku mengerutkan kening...melihat botol ditangannya.
" Mak..kan tahu Eryna tak suka"
" cubalah..untuk suami jugak...sihat kan dalaman tu..tak nak kembali dara ker..ketat ,padat ,melekat dan tertambat" mak tergelak.
"mak...malu lah..."
muka ku merona malu.
"ya lah..ni salah satu cara nak ikat suami..supaya tak cari lain..siang malam terbayangkan kita jer...tak kena nak bomoh bagai..jaga jer yang kat bawah tu"
"wow Mak...dulu pun macam ni ker dengan Arwah ayah?",soalku sambil ketawa.
"ya lah...arwah ayah kau tu,sampai tak boleh berenggang tau..asyik duk teringatkan mak"
" mak tak rasa ker nk cari pengganti ayah?"
" Mak dah tua."
" alah Mak tak masuk lima siri lagi lah..masih bergetah lagi apa..kalau mak jalan tengok dari belakang mesti orang ingat anak dara"
Mak baru nak masuk 44 sememangnya aku akui dia seorang perempuan yang cinta mati pada ayah,sudah ramai yang masuk meminang tetapi ditolaknya.
Badannya persis anak dara,dengan wajah mulus tanpa sedikit kedutan aku sendiri kekadang terpegun dengan kecantikan mak yang alami walaupun tanpa secalit olesan krim muka ataupun secalit warna merah tetapi tetap saja kelihatan anggun.
"malaslah mak nak fikir pasal suami...cukuplah anak anak mak yang jadi peneman mak..dah lah ,mak dah ngantuk ni..jangan lupa telan tu...baik untuk wanita lepas bersalinnya'"
"tapi Eryna bukan bersalin pun mak"
"habis tu yang keluar seketul bawah sana tu,orang panggil apa..caranya berbeza tapi rahim tu kena juga rapatkan.."
"emmm...ye...pergilah mak tidur..kesian kat mak membebel mesti penat kan",aku peluk dan cium kedua pipinya.
Mak menepuk bahuku dan tergelak,dia tahu yang aku tak suka dengar dia membebel.
"pandailah tu...tu merajuk ngan suami jangan lama lama...nanti berkarat...suami cari lain baru tahu" sempat lagi mak menyakat aku.
Terus aku tolak badan mak keluar,kunci pintu dan tergelak juga.
" aku duk bergetah lagi pun dia ada hati masuk bilik ngan pompuan lain.." rungutku sendiri.
Aku baringkan badan dan menatap wajah suami yang tercinta...jam sudah menunjukkan sepuluh malam.
Mataku sudah mula mengantuk..aku renung botol yang berisi jamu itu.
" emmm....jadi ker..sendat,padat,melekat..dan terpikat...eiii..apa moto macam ni...nak pancing orang...emm...try lah...belum cuba belum tahu..dah ler pagi pagi minum air akar kayu lagi,ni telan ni pula...oiii...susah jugak rupanya nak bahagia kan suami"bebelku sendiri.
Segelas air aku ambil lansung ku telan dua biji ubat .
Nasib tidak pahit..kalau tak memang aku luah kan balik.
Terpandang kembali skrin telefon,tiada sebarang pesan dari Zayne.
"tak kan tak habis lagi kut ..."mula idea nakal dalam fikiran ku,beberapa keping foto aku kirimkan pada Zayne.
Dengan caption...meleleh...
"hah..hah..biar dia terbelalak mata ,tersembur kali..ni"aku terus matikan telefon dan tertidur.
Share this novel