Selepas perbincangan dengan tok ayah tadi aku terus di ajak oleh Zayne Rafael seperti yang di janji kan nya.
"jom masuk butik cari baju ,sakit mata tengok baju yang kau pakai"terus tanganku ditarik masuk ke dalam salah satu butik yang berada di mall.
"Tuan Zayne saya boleh jalan sendirilah..."aku merentap tangan yang digenggamnya tadi.
"hmmm...kau pilih ....jap ...biar aku pilih..kalau kau pilih mesti stail bodoh kau..."kata kata yang amat menyakitkan.
Aku mengetap bibir menahan marah.
"Tuan Zayne...saya..."
"nah...kau cuba yang ni..."belum sempat aku bersuara beberapa pasang baju sudah ada di depanku.
Aku merengus marah.
"Tuan Zayne Rafael...lama,tak datang sini...wow...sapa ni...cantik"datang seorang perempuan umurnya aku teka dalam lingkungan 35 tahun.
"oh...kak Shima ni tunang Zayne...saya nak kak makeover dia biar jadi bidadari...bukan nenek kebayan"terus terusan dia memerliku.
"oii...Tuan Zayne kasar sangat tu....perempuan cantik macam ni tuan kata nenek kebayan...buta laaa...well dont worry...akak akan buat mata tuan membelalak sampai atas nanti "mereka ketawa bersama
"kau siap nanti call aku...aku ada area sini jer jumpa kawan"bisiknya padaku.
Aku hanya mengangguk,boleh pula dia tinggalkan aku sendiri di sini.
Sekeping kad dihulurkan padaku .
Ya kredit kad...mudah orang kaya berurusan tanpa wang tunai di tangan.
Mataku membuntutinya sampai hilang di pandangan.
"jom...ikut akak...biar kita buat dia tak senang duduk"aku tersenyum dengan kata kata kak Shima.
"dah lama kenal Tuan Zayne?"tanya kakShima sambil menghulurkan sepasang baju padaku.
"dalam empat bulan lebih"jawab ku.
"emmm...patutlah baru nampak dia bawa cik kat sini"
"panggil Eryna...nama saya Nur Eryna"beritahu ku agar mudah dia memanggil ku.
"sedap nama...lembut macam tuannya."aku hanya mengukir senyum.
"cuba dulu yang itu...akak tahu Eryna bukan jenis yang seksi kan...tak macam ex...ex...dia sebelum ini"aku tidak terkejut bila kak Shima menekankan perkataan ex..ex...tadi,sebab aku sudah sedia maklum yang Zayne adalah playboy.
Satu persatu baju aku cuba sehingga terasa kepenatan berulang masuk keluar mencuba baju,malah bukan saja baju,kasut,handbag semua dipadankan.
Penuh tanganku dengan paper bag yang berisi pakaian...
Apa aku kisah semua bukan guna pakai duit aku pun.
"untung cik Eryna..dapat tunang macam Tuan Zayne...dia sanggup berhabis duit untuk perempuan terutamanya yang cantik"
"selalu ker dia bawa perempuan datang sini?"tanya ku sekadar mencungkil rahsia.
"cik yang ke berapa pun tak tahu"sampuk seorang pekerja kak Shima.
"kalau beli baju mesti dia bawa sini tu yang kami tahu semua pasal dia"tambah salah seorang lagi.
"amboi dah tak ada kerja lain ker?"kak Shima menegur mereka dan terus kelam kabut buat kerja
Kedengaran tawa mereka dari dalam Aku turut ketawa mendengar ketawa mereka.
'Tuan Zayne ni nampak jer kasar tapi baik orangnya...maaflah kak Shima nak tanya betul ker Eryna ni tunang dia?"
"macam tu lah..."aku cuma menjawab ringkas.
"tapi macam mana,dengan girlfriend dia yang lain mesti tergigit jari bila tahu Tuan Zayne kahwin nanti"
"memang dia playboy ker kak Shima...?"
"ni mesti tak pernah jumpa lagi kan dengan salah sorang girlfriend dia"
"saya tak kacau hal peribadi dia kak...lagipun tak berani...selalu macam singa bila dengan saya"
"tapi kalau orang kata singa dengan kita yang tu lah dia sayang"
"ya ker kak....harap harap begitulah ya"
"ok done...cantik sangat...mesti dia tengok tak tidur malam nanti"
"ada ada jer kak Shima ni..."aku terasa malu bila mendapat pujian itu.
Orang kampung macam aku tidak selayaknya aku mendapat sebarang pujian pun.
"Kak Shima,Tuan Zayne dah sampai...ada kat luar"datang seorang pembantu kak Shima.
Aku bangun penuh debaran,entah mengapa jantungku berombak kencang untuk berhadapan dengannya.
Dengan perubahan yang telah dibuat oleh kak Shima membuat aku terasa amat gementar.
"nah your Angel..."Zayne Rafael terpacak kaku terkebil kebil melihat aku tanpa kata.
"Tuan Zayne tutup mulut tu...kang masuk lalat"
Aku mula ketawa bila lihat wajah malunya kerana memandang ku tanpa berkerlip.
"dah jom...hari dah lewat tadi mama,call mak dah sampai"ujarnya setelah selesai membayar semua harga pakaian ku.
Kad kredit yang diberikan kepada ku tidak dimintanya pun.
"Tuan Zayne...tunggu"aku menghulurkan beberapa beg pakaian di tanganku.
"berat...boleh tolong tak?"
"ish pompuan ni...dah la kita yang bayar ,disuruhnya bawa pulak"beg bertukar tangan.
"Tuan Zayne saya tak minta pun...Tuan yang bagi ok...kalau ungkit baik tak payah..."aku hanya mengetap bibir marah.
"dah lah jalan cepat..."aku ketawa bila lihat muka ketatnya.
Di dalam kereta kami hanya banyak berdiam,sesekali dia memalingkan mukanya memandang ku,tapi aku hanya berpura pura memandang ke arah lain.
"Eryna bangun..dah sampai"terasa badanku digerakkan .
Entah berapa lama,aku terlena tadi.
"Tuan Zayne...kat mana ni..bukan rumah saya pun"mataku melihat sekeliling,rumah tiga tingkat yang besar berada di depanku.
"memang tak lah rumah kau...ni rumah mama dan papa ,jom turun "aku melangkah keluar dari perut kereta.
Terlopong dan mata aku dibesarkan seolah tidak percaya aku kini berada di rumah yang begitu besar.
"dah sampai pun...masuklah..."kelihatan Puan Marina sudah ada di depanku .
"mak...bila sampai"terus aku menerpa ke arah mak yang berada di sofa.
Badan mak aku peluk erat,terubat kerinduan padanya.
"baru jer,Erman pun datang tadi..tapi rasanya ada di belakang"ujar mak.
"ni Zayne Rafael anak saya"Puan Marina memperkenalkan Zayne pada mak.
"handsome nya..."muka Zayne berona malu.
Aku hanya tergelak kecil.
"ya mak menantu mak handsome,kalau tak tak kan anak mak nak"getus aku nakal.
"apa khabar makcik?"
"alhamdulillah...sihat...panggil jer mak...kan nanti korang dah nak nikah"
"ya mak..."
Zayne masih tidak lepas memandang ke arahku,aku macam biasa buat muka bodoh.
"dah berkenanalah tu" gumamku sambil tergelak kecil.
Segera dia mengalihkan pandangan.
Kura kura dalam perahu,pura pura tak tahu.
Hmmm terlebih mesra la pula mak aku ni.
Tapi bila tengok dia layan mak aku rasa sejuk hati,tapi kenapa dengan aku dia layan macam singa mencari mangsanya.
Pelik tapi benar.
"dah jomlah Puan Nora,kita makan malam,kita sembang lepas ni pulak...oh ya mana anak lelaki tadi"
"akak..."muncul Erman dari arah belakang.
"Erman...jom makan"ajak Encik Zikri.
Suasana makan begitu meriah sekali,aku hanya sesekali bercakap bila ditanya.
Tidak begitu selesa bila mata gatal Zayne Rafael tidak lepas memandang ku.
Selepas makan malam aku terus menyuruh Zayne menghantar kami ke rumah sewaku.
Pada mulanya Puan Marina melarangku untuk pulang namun dia tetap akur kerana aku berkeras untuk balik.
"kenapa Tuan suka tengok saya?" soal ku berbisik.
"jangan perasan"
"iyalah tu...dari tadi macam nak keluar biji mata tu"
" dah lah masuk,ker awak nak saya cium awak kat sini,depan mak" aku mula cuak dan berlari ke arah mak yang sedang membuka pintu.
Dia tergelak besar melihat aku mula gelabah dan melambai nakal ke arahku.
Aku menjelir kan lidah,meluat aku tengok.
" eh dah kenapa kau ni,tak baik macam tu dengan tunang" marah mak bila sempat melihat telatah kami.
Aku cuma tersenyum dan ketawa.
Mak hanya menggelengkan kepala.
Share this novel