"macam mana bro,kau dah jumpa Sarah"soal Mikael selepas makan tadi.
"malaslah aku nak jumpa dia,nanti ada scandal lain pulak,kau bukan tak tahu,dia tu licik...."
"habis tu yang Shera tu kita nak buat apa?"
"kau buatlah apa pun..yang pasti memang aku dah pecat dia,aku tak nak tengok muka dia dah...sebab semua ni bini aku keguguran dan sekarang ni merajuk sampai tak nak balik...dah lah aku ni rindukan dia separuh nyawa..siang malam asyik jer nampak muka dia" Zayne seolah menyesal atas segala berlaku.
"aduh...aku pun buntu...tau tak..ni masalah kau..bukan aku...tapi kann..aku ada idea..."
"idea apa...kau nak kahwin dengan dia?"
"tak lah sampai macam tu...nanti tak pasal si Lisa tu potong aku punya..."
Zayne terbahak bahak mendengar perkataan yang terluah dari Mikael.
"hah..baru bercinta dah takut...nanti kalau dah kahwin baru kau tahu macam mana garangnya pompuan,nampak lembut tapi di dalam.. bila mengamuk. harimau pun takut tahu tak"
"tu la...ni...aku dah janji nak langsaikan hutang mak pak dia..tapi...kalau kau tolong settle boleh?" soal Mikael buat muka kasihan.
"berapa?"
"dalam lima puluh ribu...aku kasihanlah tengok dia,,dia tu mangsa keadaan..."
"tengoklah macam mana...tapi..boleh percaya ker?" Zayne masih rasa ragu tentang status sebenar Shera.
"aku dah suruh orang selidik dah..betul..mak bapak dia sekarang ni ada kat kampung...betul diorang buat pinjaman along...dengar kata hujung bulan ni kena settle,kalau tak..diorang mungkin menerima nasib malang...Shera akan jadi taruhan"
Zayne mengerutkan kening,gara gara mak bapak yang berhutang anak yang jadi mangsa.
Zayne menarik nafas dalam.
"tapi aku kena bincang dengan Eryna dulu....kali ni aku tak nak dia terasa lagi,nak jaga hati dia...takut nanti kalau dia tahu dari mulut orang terus buang aku jauh jauh...aku tak sanggup bro kehilangan dia"
"iyalah...aku support kau..aku tahu mesti sukar jugak nak pujuk dia..tapi insyaallah Eryna tu orang baik dia mesti faham"
"oh ya tadi kau kata ada idea..apa dia?"
Mikael tersenyum sendiri..
"apa? cakaplah..."
"tok ayah...kau tak terfikir ker nak cari jodoh untuk dia"
."hah..apa kau melalut ni..."Zayne terkejut.
"apa kata kita syorkan budak Shera tu pada tok Ayah"Cadangan Mikael memang gila,makan dalam.
"kau gila ke apa Mike...Shera tu muda lagi kut..tak nak lah aku...tak mungkinlah.."
"dia tu tua daripada kitalah....dah 30 lebih...sesuailah tu dengan tok Ayah...baru 60...masih handsome lagi" Mikael terus memujuk Zayne,dia tahu Zayne adalah kesayangan Datuk Raziff pasti akan menurut kalau Zayne yang utarakan hasrat ini.
"gilalah idea kau Mike...kau nak ker nanti tak pasal dapat mak atau bapak saudara kecik....tak nak aku...." Zayne mengangkat kedua tangannya ke atas.
'dah lah.....aku tetap kata tak ..nonsense...baik kau jer kahwin dengan dia"
"apa aku pulak...?"
"dah tu tak payah nak bagi idea yang tak masuk akal,serah pada mak bapak dialah...kenapa kita pulak nak carikan jodoh kat dia...dah la buat aku laki bini bergaduh pastu sebabkan keguguran Eryna...nak buat bini aku tu bencikan aku?"
"lepas settle ni kau hantar dia jauh dari sini,aku tak nak tengok muka dia lagi", Zayne membentak berkeras tak mahu Shera terus masuk dalam keluarganya lagi.
Cukuplah jiwanya terseksa sebelum ini kerana perempuan dan kini pun pergaduhannya dengan Eryna pun sebab perempuan.
"baiklah...aku cuma bagi cadangan...tak salahkan kalau kita tolong orang" kata Mikael datar.
"kau nak tolong boleh..tapi bukan ini caranya...kalau kau nak kau jer lah ambik dia kenapa nak masukkan dia dalam hidup tok ayah...kau memang konyol lah Mike" geram saja dia ingin menumbuk muka sepupunya itu.
" emmmm...sorry....tapi kau settle lah cepat masalah kau tu...jumpa Sarah...aku pulak tak pasal terlibat...bagi idea pun salah...", kesal Mikael.
ting!
satu pesanan masuk ke telefonnya.
Zayne tersenyum.bila tertera nama My sweetie....Eryna.
Dia tersenyum sendiri dan Mikael menggaru garu kepalanya melihat reaksi Zayne berubah dengan tiba tiba.
"tadi bukan main lagi marahkan aku..ni tersengih sengih macam orang gila",
Sambil membuka dia meneguk air yang masih lagi bersisa.
Buuuuushh!!
Habis tersembur semua air yang berada di mulutnya dan terkena ke muka Mikael.
"hei..kenapa ni..habis muka aku!!" marah Mikael dan mengambil tisu mengelap mukanya
"sorry..sorry...aku tak sengaja"Zayne terkejut bila membuka mesej daripada Eryna,beberapa keping gambar yang cukup buatnya terasa ghairah.
"kau dah kenapa,lain macam jer aku tengok..bak sini..aku tengok apa yang kau tengok sampai mata nak terkeluar macam gitu" Mikael ingin mencapai telefon dia tangan Zayne tetapi sempat Zayne melarikannya.
"ho..ho..tak boleh..ni bahaya...kau tak boleh tengok....kau tu tak kahwin lagi...bahaya bahaya"
sambil matanya tidak beralih ke tempat lain.
"apa apa lah...jangan kata benda lucah kau tatap Zayne...bak sini..kita share"
"apanya nak share share..ni hak aku sorang lah...dah..aku nak balik...nanti kau bayarkan eh..." Zayne terus bangun dan berlalu.
"nak balik ?" ternganga Mikael.
"wei..aku jugak yang kena...apa sajalah yang dia
nak sembunyikan..entah entah memang betul dia tengok blue?" Mikael berfikiran sendiri.
Dia memanggil pelayan dan membayar harga makanan dan berlalu pergi.
.......
.......
Di dalam kereta Zayne tergelak sendiri bila teringatkan gambar Eryna yang dihantar tadi.
Dia cuba menghubungi Eryna tetapi panggilan tidak berjawab.
"sayang ni memang saja nak kenakan abang" dia bercakap sendiri dalam Kereta.
Terus keretanya meluncur laju sampai ke rumah.
Dia mencuba lagi tapi juga tak diangkat kiranya Eryna mungkin sengaja mengenakan dia telefon dimatikan.
Sambil merenung gambar dia tertidur sendiri berpeluk bantal.
"nasiblah kau Zayne...sapa suruh kau hantar bini balik kampung" bisiknya sambil tersenyum dan terus terlena.
.......
.......
Di satu suasana lain ...Sarah sedang bersama dengan David.
Setiap malam mereka melepaskan rindu ,memadu asmara.
"darling...kenapa yer you nak lingkupkan bisnes Zayne?"
"sebab I tak nak tengok dia bahagia..."
"kenapa,you masih mau kan dia?"
"nonsense....entahlah....I cuma tak nak keluarganya bahagia...."
"pelik kan you muslim...bukan ker itu dosa?"
Sarah terbahak bahak mendengar perkataan yang terluah dari mulia cina itu.
"pandai you tau dosa pahala..." Sarah bangun menyarungkan bathrobe melangkah ke beranda dan David membuntuti dengan mengenakan tuala.
"yalah...bukan ker dosa kalau runtuhkan rumahtangga orang..." David memeluk Sarah dari belakang.
Sarah sedikit mengeluh,sudah lama rasanya dia meninggalkan semua itu,dia sudah lama bergelumang dengan noda dan dosa.
Ya dia dilahirkan sebagai muslim tetapi bergerak bebas seolah tanpa pedoman.
Dia hanyut di arus peredaran masa.
Kemewahan duniawi melenyapkan dia dari rasa itu...
Dia mengorak langkah menuju neraka,dia sudah lupa bagaimana sembahyang,dia lupa macam mana mengaji.
Dia hanyut tanpa sesiapa pun yang memimpinnya untuk menuju jalan yang benar.
Semasa dia menikah dengan Johan pun hidupnya dilimpahi dengan kemewahan dan suaminya juga tidak pernah membimbing nya.
"apa yang you fikir?" dia tersentak dari lamunan.
"eh...tak ada apa lah...jom..I nak balik...dah lewat ni..." segera pelukan David dileraikan.
Dia kembali mengenakan bajunya.
"ingat you mau duduk sini sampai besok" ujar David sedikit kesal.
"tak...I tak nak dengar mama membebel",
" emmm..."
"bye...see you" satu ciuman singgah di pipi David.
Dia terus berlalu meninggal kan David yang masih terkulat kulat sendiri hanya mampu memandang Sarah berlalu pergi.
Share this novel