"abang ...nak ke mana?" tanya ku apabila lihat Zayne sedang bersiap siap..
"abang nak keluar jumpa Mikael kejap ada hal pasal projek tu,sayang rehat kat rumah ya...abang pergi kejap jer"
"alah..abang ni...cuti pun kerja jugak..."
Sabtu dan Ahad pejabat Zayne memang bercuti.
"sayang...abang kerja pun untuk kita,untuk anak anak kita,abang nak jer sayang ikut,tapi tengoklah kesian abang tengok sayang ni" Zayne menyentuh pipi ku.
" Sayang rehat ya...nanti petang kita keluar,", satu kucupan singgah di bibirku.
" ok..hati hati drive,ingat jangan duk usyar pompuan lain" pesanan maut aku bagi.
" abang tak pandanglah...sayang abang ni pun cukup buat abang mabuk" dahiku dikucup.
Siapa yang tak rasa cemburu bila suami keluar sendiri lebih lebih lagi lelaki yang sekacak Zayne Rafael kaya pulak tu.
Petik jari jer berduyun yang datang.
.......
.......
"Shera ,aku nak esok kau dapatkan juga maklumat tentang projek tu"
"insyaallah cik Sarah saya akan usahakan"
" ingat kalau minggu ni kau tak dapat ,tengoklah apa aku buat dekat kau" marah Sarah.
Dia tak boleh lengahkan lagi untuk sabotaj projek yang baru itu.
Dia tidak akan biarkan Zayne Rafael terus berjaya sedangkan syarikat ayahnya hampir bankrupt.
"aku akan pastikan kau hilang taring Zayne...",
.......
.......
"wei bro,bukan main susah lah sekarang ni nak jumpa kau....mana Eryna?" soal Mikael.
" sorry lah...sibuk sikit,ni pun aku terpaksa jugak keluar sebab nak bincang something dengan kau"
" sibuk mendanya kau ,berkepit dengan wife lah tu,kenapa tak bawa dia sekali,kan dia pembantu kau"
" dia tak berapa sihat,itu pasal aku tak bawa,kalau ikut hati memang aku nak jer junjung dia ke sana sini,tapi maklum lah kan orang mengandung"
"betul tak aku kata hari tu dia mengandung..hahah..hebat kau..tak lama lagi jadi daddy"
"kau memang pandai"
"ni...kau kata nak jumpa aku,apa cer?"
"aku nak kau handle projek tu,maksud aku jadi bisnes patner aku,macam mana?"soal Zayne sambil meneguk air yang di pesan tadi.
"projek mana ni,kat Putra jaya tu ker?"
"yup" sambil mengangguk mengiyakan.
"besar tu projek tu,kau harap ker aku boleh handle?".
"aih..lain macam bunyinya,orang lain suka jer bila dipelawa kau pulak macam tak yakin jer"
"hahah...bukan lah macam tu.."
"alah kau kan sepupu aku,boleh jer aku serahkan pada orang lain,tapi aku kalau boleh biarlah darah daging sendiri,sama sama kaya,kita kan kena tolong keluarga kita dulu,sebelum mengkayakan orang lain"
"hebat kau Zayne,kalau orang lain dapat projek mega macam ni tak toleh kiri kanan dah,tapi kau ingat juga kat aku,no wonder lah tok ayah sayangkan kau" Mikael mengangkat tangan tabik.
"hahah...mana ada,tok ayah sayang semua cucu cucunya...termasuklah perempuan tu"
"Sarah...?"
"emmm..."
"apa cerita dia sekarang ni?"
"semalam aku jumpa dia ,masa tu Eryna pun ada..ada ker patut dia datang duduk sekali dengan kami,siap ambil makanan dalam pinggan aku lagi"
"habis tu wife kau ok ke?"
"dia ok jer,aku pulak yang menyampah"
"hahah..kau kena hati hati Zayne,aku takut dan memang tak percaya kat Sarah ni,nanti kau tergoda dengan dia balik macam mana?"
"memang tak lah ...yang kat rumah tu lagi buat aku tergoda,buat aku mabuk setiap masa.."
"untung kau Zayne,tak sangka aku secepat ni kau boleh terima Eryna,padahal cinta mati kau pada Sarah"
"memang cinta mati lah tu..hampir empat tahun hati aku beku,sampai aku tak pandang dah perempuan lain,aku jadi benci perempuan sebab kerana Sarah,tapi bila saja aku jumpa Eryna pintu hati aku ni terbuka balik dan aku pun tak sangka dalam masa singkat pernikahan aku dengan dia,boleh aku jatuh cinta dengan dia,buat aku rindu setiap saat"
"walaupun perkahwinan kau diatur?"
"ya ,mulanya memang aku tak suka dia,tapi lama lama tersuka tak sengaja"
" hmm...ni kes benci jadi sayang lah tu ya?"
Zayne mengangguk dan ketawa kecil.
Mikail turut ketawa.
"aku dapat rasakan cinta aku pada dia tak sama aku cintakan Sarah dulu,walaupun singkat aku jatuh cinta pada dia membuat hati aku sentiasa berbunga,dia jodoh aku Mike"
"syukurlah...kau doakan aku Zayne agar dapat jodoh macam bini kau tu,dah lah cantik ,baik"
"kau tu ramai pilihan...ni...si Lisa kat pejabat aku,kau tak nak try ker"
"Lisa...secretary kau yang seksi mulut becok tu? aku adalah minat jugak kat dia,tapi tu lah kan mulut dia tu,kalau bercakap macam bertih jagung,penat nanti aku nak layan"
Terhambur ketawa mereka.
"Eryna pun macam tu...banyak cakap tapi lama lama jadi biasa,layan jer lah.."
"tapi tak lah sunyi hidup kita kan?"
Sekali lagi mereka ketawa.
Share this novel