bab23

Romance Completed 61355

"berlagak kau perempuan...tengok nanti apa aku buat kat laki kau!!"Sarah terus menghempas beg tangannya sampai terpelanting ke bawah.

Dia seolah tidak senang melihat kemesraan dan kemanjaan Eryna dengan Zayne.

Zayne Rafael seorang lelaki yang pernah menjadi raja di hatinya,yang pernah menjadi tempat dia bermanja tetapi akhirnya menjadi milik mutlak orang lain kerana ketamakan dia sendiri.

"Kenapa aku nak rasa sakit ni?"laungnya macam orang gila.

"Zayne Rafael....aku akan hancurkan kebahagiaan kau...."getusnya mengetap bibir geram.

.........
.........

Sekembali dari pejabat aku seperti biasa seolah tiada tenaga.

Nasib hari ini aku boleh bertahan sampai petang duduk di pejabat tanpa gangguan Zayne kerana dia sibuk dengan menjawab panggilan dari rakan kerjanya untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan nya.

"sayang...mandi dulu bagi segar sikit badan tu"tegur Zayne bila melihat aku baringkan diri dia atas tilam.

"kejap lah...sayang rasa letihlah...."

"sayang...."dia menghampiri ku dan merangkul pinggang.

"nanti bila perut dah besar sayang tak payah kerja ok...kesian abang tengok kena ke sana ke sini..."

"mana boleh...alah bukan sayang sorang pun mengandung dan bekerja dalam dunia ni...perempuan ni jiwa kental tau..."balasku.

"tahu ....tapi sayang wife abang dan abang tak mahu sayang penat...abang mampu lah nak sara sayang"satu kucupan singgah di bibirku.

Aku membuntangkan mata kerana terkejut,dia memang cukup mahir ambil kesempatan bila dekat denganku.

"abang...pergilah mandi...busuk..."aku menolak dadanya.

Dia tergelak bila lihat muka cuak ku.

"takut...?"

"ya lah...abang ni bukan boleh percaya...tak kira masa dan ketika kalau nak terkam jer...pergilah...dah nak maghrib..."aku leraikan tangannya di pinggang ku.

'nak bermanja sikit pun tak boleh"dia mula buat muka kasihan.

"abang...jom lah kita mandi...tapi jangan ambil kesempatan sudah..."aku menarik tangannya dan membuat senyuman nya kembali melebar.

"sikit jer...cuma ramas ramas nasi lemak..."dia tergelak dan terus mencempung ku masuk ke bilik mandi.

Usai mandi dan solat seperti biasa Zayne akan ke bilik bacaan untuk selesaikan kerjanya.

"abang...tak ngantuk lagi ker?"setelah kian lama aku keseorangan sendiri di bilik aku bangun menuju ke bilik bacaan.

Aku merangkul lehernya dan seketika menyedut haruman maskulin dari badannya.

"sayang nak goda abang eh?"dia berhenti menaip sesuatu di komputer.

Terus menarik tanganku sehingga aku terduduk di ribanya.

"abang..."terus ulas bibirku dipagutnya.

"kan sapa yang suruh datang sini..kan dah kena"ujarnya tersenyum.

"abang tahukan sayang tak boleh tidur tanpa abang"pipinya aku pegang.

"abang ada kerja sikit jer lagi...sayang tidur dulu kejap lagi abang datang ok"pipiku dikucup lembut.

"ok..tapi jangan lambat"perlahan aku bangun tapi ditarik balik .

"tak sangka isteri abang ni berani"ujarnya membuat aku berkerut kening.

"apa?"tanya ku hairan.

"tadi...lawan Sarah.."

Dia bangun mencempungku sampai ke katil dan meletakkan badanku perlahan.

"dah dia yang tak sayang mulut kata sayang ni gedik"aku mencebik.

"sayang memang gedik pun"dia tersenyum memandang ku.

"gedik dengan suami tak boleh ker?"aku kembali merangkul lehernya dan merapatkan mukaku ke mukanya sehingga nafas kami dapat di dengari sesama sendiri.

Kami tersenyum.

"nak goda abang ker malam ni?"tatapannya semakin membuat aku cair.

"goda suami dapat pahala.."aku tergelak kecil dan dia merangkul pinggang ku merapatkan sampai ke badannya.

"tadi kata nak buat kerja...pergilah"aku sengaja memotong mood romantiknya.

"tengah buat kerja lah ni...kerjakan orang..."bibirnya mula jatuh ke leher jinjangku.
Lama di situ..aku tahu mesti dia meninggalkan bekas.

"buat tanda eh?tanyaku dan dia terus diam menyedut semua haruman yang melekat di badanku.

Mata kami kembali bertaut dan kali ini dia mula memagut bibirku sehingga aku hanyut dan membalasnya.
Tangan kekarnya mula merayap membuka satu persatu baju ku.

Maka bermulalah kisah asmara di malam yang dingin dan kami akhirnya tersadai keletihan.

"sayang pandai goda abang...tertangguh lagi kerja"
Aku menarik selimut sampai ke paras dada .

"sayang suruh abang temankan tidur jer tadi....tapi abang yang tergoda nak buat macam mana?"aku Mula merebahkan muka ke atas dadanya.

" teman saja mana syok...mesti kena ada upah...dah lah tidur nanti tak pasal pasal sampai esok berzumba"Zayne ketawa.

"sampai esok lembik lah sayang..."kami tergelak bersama.

"ok sayang tidur dulu...abang kena siapkan kerja sikit lagi...."satu kucupan singgah di ubun ku aku hanya mengangguk dan kembali menarik selimut.

Zayne terus berlalu ke bilik mandi dan kembali menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi.

.......
.,.....

"Shera aku nak esok kau kumpul maklumat tentang projek mega Zayne kat Putrajaya tu...kau buatlah macam mana pun yang aku nak kau dapatkan failnya"pesan Sarah pada Shera.

"tapi cik Sarah,rasa susah sikit..tapi saya akan usahakan"ujar Sheira.

"aku tak peduli senang ker susah ker,tu kerja kau..yang aku tahu aku nak Zayne Rafael hancur..aku tahu projek ni akan menaikkan namanya...jadi aku tak nak diorang terus dapat pujian dari tok Ayah khususnya...aku nak hancurkan mereka.."tegas Sarah.

Shera hanya mengangguk faham walaupun sedikit kerisauan di hatinya selepas di marahi Zayne sebelum ini.

"tapi ingat kalau kau nak selamatkan mak bapak kau setiap arahan aku mesti kau ikuti,kalau tak mak bapak kau tu mati...kalau bukan ditangan aku sekalipun tetapi lintah darat tu"

Shera mengangguk dengan linangan airmata,dia tahu bukan senang nak selesaikan perkara ini tetapi dia akan usahakan demi keluarga nya.
........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience