bab 80

Romance Completed 61355

" Kamarul Ariffin,student IT yang kecewa cinta..kembali balas dendam" Zayne menarik kolar baju yang dipakai oleh Kamarul.

" kau balik balas dendam dengan aku tapi kenapa bini aku yang kau jadikan sasaran!! Zayne menyeringai marah benci melihat muka lelaki yang cuba membuat tidak baik pada Eryna.

Sakit hatinya bila melihat muka Kamarul dan tiba tiba wajah Eryna terbayang di fikirannya,andai dia terlewat sampai hari tu entah apa nasib Eryna dan anaknya.

bukk!! bertubi tubi muka Kamarul ditumbuknya melepaskan geram.

" Zayne..!! Mikael menjerit apabila melihat sepupunya itu sudah hilang kendalinya.

Mikael menarik badan Zayne agar berjarak dengan Kamarul yang sudah bergari itu.

Muka Kamarul sudah cukup lebam dan berdarah .

" relaks lah bro,nanti tak pasal kau pula masuk penjara" Mikael memenangkan Zayne yang kelihatan sudah bergelombang nafasnya menahan marah.

" hampir saja aku kehilangan anak buat kali kedua Mike" ucap Zayne sayu.

", satu hal lagi kau kan yang sabotaj syarikat kau,Mike kau ingat lagi tak yang tok Ayah ada sebut pasal Kamarul Ariffin..jantan rak guna nilah yang buat kerja kotor tu!! sekali lagi Zayne menjerit marah.

Kamarul menunduk menekur lantai.

Mikael memandang ke arah Kamarul.

"jom Zayne kita keluar sekarang aku ada benda nak tunjukkan,serahkan pada polis yang siasat" bahu Zayne dirangkul untuk pergi.

.....
.......

Satu sampul yang berwarna putih dilemparkan ke arah Zayne.

Zayne mengambil dan membukanya.

Meneliti dan membaca satu persatu dan beberapa keping gambar dilihatnya.

Sesekali rahangnya di kacip kuat sehingga menampakkan segala urat menahan marah.

Mikael hanya memerhati dalam diam dia tahu Zayne tengah menahan marah.

"celaka Sarah..!!! Zayne mengepal tangannya dan menumbuk meja kaca sehingga berdarah tangannya.

"oh my god Zayne!! Mikael terus menerpa ke arah Zayne melihat tangan sepupunya itu sudah berdarah begitu banyak dia menjadi cemas.

"Lisa...masuk kejap bawa first aid", dia memanggil Lisa melalui intercom.

Lisa masuk membawa peti kecemasan itu terua diberikan kepada Mikael.

"kenapa ni?",soal Lisa juga turut cemas melihat tangan tuannya banyak mengalirkan darah.

"duduk,aku balutkan luka dulu,nanti kita ke klinik",Zayne hanya menurut.

Fikirannya telah kusut dan tak mampu untuk berfikir lagi.

Kecewa dan sedih semua bercampur baur.

"lepas ni aku nak kau cari Sarah,aku nak bagi dia pengajaran!!

Mikael hanya diam dan menarik nafas dalam,dia tidak mengia atau berkata tidak kerana dia tahu saat ini sepupunya itu tengah emosi.

"kita akan jumpa dia ,sekarang kau balik dulu,tangan kau tu teruk sangat tu,tengok meja pun pecah,baik pergi klinik takut ada kaca dalam luka tu",saran Mikael,gerun tengok darah masih mengalir walaupun sudah di cuci dan dibalut tadi.

......
.....
"abang " aku terkejut bila melihat tangan Zayne yang berbalut dan masih lagi ada kesan.darah itu.

"kenapa dengan tangan kau ni Zayne" tegur Puan Marina bila lihat tangan Zayne berbalut itu.

Aku menghampiri Zayne dan duduk di sebelahnya.

Zayne hanya memandang ke arah ku tanpa bersuara.

"Zayne tumbuk meja tadi" jawabnya lirih.

"marah siapa sampai macam tu sekali" aku bertanya dan tahu sangat dengan sikap Zayne yang pemarah itu.

"tak ada siapa lah...jom masuk bilik", tangan aku ditariknya.

"Zayne ..Zayne..kau jangan macam macam dengan menantu mama tu" sempat mama berpesan sebelum kami melangkah naik ke atas.

"bini Zayne ma,suka hati lah"

"Zayne..." terasa kesal dengan sikap anaknya itu bila bercakap tak nak mengalah langsung.

Aku hanya tergelak dan mengikut langkah Zayne.
"abang dah makan ker?"

"nak makan sayang " bisiknya.

"ish...tangan tengah sakit sempat lagi fikir sampai ke situ" aku mencubit perutnya.

"tangan sakit,tapi kat sini tak sakit" dia menunjukkan.ke arah bawah.

"abang ni...cuti seminggu"

"kenapa pula,orang mengandung tak ada uzur kan?"

"abang...."

"iya...abang gurau jer lah,"

"emmmm...mari sini nak tengok luka tu", aku buka kembali balutan itu .

"abang tak pergi klinik ker,teruk ni.." terkerut keningku melihat lukanya yang agak teruk itu.

"sikit jer tu..."

"abang...ni bukan sikit tau...dah jom kita ke klinik dulu..cuci luka" aku menarik tangannya.

"sayang...abang tak laratlah..'

"tak apa kita pergi dengan driver je" nak atau tidak dia terpaksa ikut dan mengalah.

"sikit jer pun", rungutnya,aku hanya diam tahu kalau bahaskan dia tak akan menang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience