bab 55

Romance Completed 61355

Aku merebahkan diri dia katil membelek belek galeri telefon menatap wajah si suami yang aku rindui.

Selalunya Zayne akan menelefon waktu begini.
Jam sudah menunjukkan hampir maghrib.

Aku bangun mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi.

Usai mandi dan memakai pakaian tidur sekali lagi aku memeriksa telefon kut Zayne menelefon atau menghantar pesanan padaku.

Aku menatap hampa.

tok! tok! ketukan dari luar dan terdengar panggilan daripada bibik.

"masuk bik ,pintu tak kunci" bibik menguak pintu.

"puan...mahu makan malam enggak?" soalnya.

"Mak dah makan?"

"lagi nunggui Puan"

"sebentar lagi saya keluar,nak keringkan rambut jap" bibik mengangguk dan berlalu pergi.

Selera ku sudah tiada saat ini.

"Eryna..kenapa tak sentuh nasi tu?" teguran Mak mengejutkan aku.

Dari tadi aku hanya memandang nasi tanpa menyuapkan ke mulut.

"tak ada selera lah Mak"

"emm...ni mesti puan lagi rindui Tuan ya?" bibik mencelah membuat kan Puan Nora tergelak.

"biasalah bik orang tengah rindu,kata marah,merajuk ,tapi rindu tak mengaku" Mak terus menyakat ku membuat pipiku merona merah.

"Mak...mana ada,Eryna tak ada seleralah" aku mencebik.

"makanlah sikit,nanti tak pasal Zayne datang sini kata mak dan bibik tak jaga bini dia,tengok tu dah semakin kurus kan bik?"

"Mak...mana ada kurus,kan badan Eryna sudah macam ni",

"ya puan makanlah sikit..nanti lagi Tuan marah sama bibik enggak jagain Puan"

Nasi di pinggan aku suap perlahan,seleraku sungguh sudah mati tika ini.

Demi tidak mengecewakan mereka yang berada di depanku aku makan jua walaupun bukan sepinggan ,cuma separuh sahaja aku habiskan.

Sudah dua minggu aku di sini,tetapi Zayne sehari pun tak pernah menjengukku.

Sungguh aku hampa dan kecewa.
Mungkin salah aku sendiri kerana merajuk dan marahkan dia kerana keguguran aku tempohari.

"Mak,Eryna nak masuk tidur" aku melangkah masuk ke bilik .
Puan Nora hanya mengangguk dan faham dengan kegusaran hati anaknya itu.

.......
.......

Selepas balik dari perjumpaan dengan Mikael tadi Zayne langsung ke rumah orang tuanya.

Pasal hal Syarikatnya buat sementara ini dia serahkan agar Mikael menjaganya.

Dia harus segera pulang ke kampung menjenguk isterinya itu atau terus memujuk untuk pulang kembali ke rumahnya.

"Tuan Muda.",sapa Mak Imah selaku pembantu di rumah orang tuanya.

"mama dan papa ada ker?" dia bertanya kerana tidak kelihatan kelibat orang tuanya berada di ruang depan.

"ada...kat atas rasanya,nak Mak Imah panggilkan ker?",

"ok..saya tunggu bawah ni jer lah" langsung Zayne duduk di ruang depan .

Mak Imah berlalu meninggalkan Zayne dan naik ke tingkat atas memanggil majikannya.

Beberapa minit kemudian mereka turun mendapatkan Zayne yang sedang sibuk bermain telefonnya.

"Emmm...anak mama..ingat dah lupa jalan balik sini" Zayne yang dari tadi tidak menyedari kehadiran Puan Marina,mendonggak apabila tercegat di depannya mengcekak pinggang.

"Mama" salam dihulur dan mencium tangan mamanya.

"ingat..ni kan rumah Zayne juga..cuma sibuk sikit" Zayne tersenyum,dia tahu adalah modalnya Puan Marina membebel nanti.

"ayah mana?" soalnya bila tidak kelihatan Tuan Zikri tidak turut bersama mamanya.

"ada,kejap lagi turunlah tu..ni datang tiba tiba ni mesti ada hal"Puan Marina tahu sangat perangai anaknya itu,dia tidak mudah datang ke sini melainkan bersebab.

Zayne tersengih faham dengan sikap mamanya itu.
Tembakannya selalu mengena tepat pada sasarannya.

"Eryna macam mana,tak pergi jenguk dia ker?"

Belum dia membuka mulut sudah terkena sasaran,belum sempat Zayne bersuara ,sudahnya Puan Marina lebih dahulu lagi bertanya.

"itu pasallah Zayne balik sini,esok ingat nak ke sana...mama nak ikut?"

"esok nak balik hari ini baru kau nak ajak mama,bertuah punya anak"Puan Marina membaling bantal kecil ke arah Zayne dan terkena muka Zayne yang tadi tak sempat mengelak.

"sibuk ma..."Zayne tergelak dia tahu mamanya mesti marah.

"sibuk sangat pun Zayne ,Eryna tu isteri...perlu kau jaga juga...tak kesian ker kat dia tu berpantang sendiri walaupun keguguran emosi dia tu kau kena jaga Zayne" Zayne hanya mampu terdiam mendengar bebelan dari mamanya.

"tu lengan tu kenapa macam kena cakar?" soal Puan Marina dari tadi lagi dia perasan yang lengan anaknya itu seperti kesan kuku.

"aduh ma,datang sini nak ajak dia,tapi bebel kan aku pula' gumamnya sendiri.

"ni...tadi.." belum sempat dia menyatakan Tuan Zikri turun menyapa.

"apa yang kecoh sangat ni,anak beranak,asal jumpa jer mesti pecah rumah" tegur Zikri menghampiri mereka.

"ni anak abang ni,esok dia ajar Mar balik kampung Eryna...esok nak balik hari ini baru dia cakap"

"Zayne,Zayne,yang kau hantar dia sampai hari ni tak berjenguk lagi ker?" Zayne menggelengkan kepala.

"astaghfirullah halazim bertuah punya suami"
kini giliran Zikri pula sambung cerita.

Panas telinga tahan jua.

Zayne cuma mampu melebar senyum berasa menyesal pulak rasanya terlanjur ke mari ,namun menerima bebelan kejam dari orang tuanya.

'esok masa mana ke sana?" soal Puan Marina.

"ingat lepas subuh terus gerak"

"iyalah..kalau setakat dua malam tu bolehlah mama ke sana,nanti kesian pulak papa ni tidur sorang sorang...kan abang?" lengan suaminya dipaut.

Zayne tergelak melihat gelagat orang tuanya yang sentiasa romantis walaupun usia perkahwinan mereka berpuluh tahun.

Sejenak dia teringatkan si isteri yang jauh di sana .
Kemanjaan Eryna ...dia rindu kan nya .
Dia tersenyum sendiri.

"tu...senyum sendiri tu pasal apa?" dia tersentak bila mamanya perasan yang dia tadi tersenyum sendiri.

"esok jemput mama di sinilah...papa kebetulan esok ke singapura ada meeting kat sana,kalau tak memang papa pun nak ikut", ujar Zikri.

"ya pa,esok lepas subuh Zayne datang sini...kalau gitu Zayne balik dululah.."

"tak makan dulu ker?"

''tak mama,banyak benda lagi kena buat...ingat nak selesaikan sikit kerja sebelum balik kampung ni"

"dari tadi mama tanya..lengan tu kenapa..ada kucing ker kat rumah sampai jadi macam ni?" segera lengan anaknya itu di belek kerana nampak kemerahan seperti cakaran.

"aduh mama ingat dah lupa" gumamnya.

"ooh..ni tadi kebetulan ada kucing bergaduh Zayne cuba leraikan tak pasal lengan Zayne kena cakar" Zayne terpaksa berpura pura kerana tidak mahu kedua orang tuanya tahu apa yang terjadi dia dan Sarah tadi.

"emmm...setahu mama kau tu tak suka pun kucing..ni betul ker kucing mama nampak macam.."

"ya mama...tak yah risaulah nanti balik Zayne sapu ubat" dia tidak mahu mendengar lebih panjang lagi bebel mamanya terus dia memotong.

"nak mengelak lah tu..esok balik kampung jenuh pulak kau jawab dengan menantu mama"

Zayne tahu yang kat kampung lagi berapi soalannya nanti maka dia kena bersiap untuk jawab setiap persoalan nanti.

Zayne tersergih dan menyacak nyacak rambutnya,sedikit gusar tentang perkara tadi.

"ok lah Mama,papa Zayne balik dulu,dah penat ni nak rehat" ujarnya dan menyalami mereka.

"iyalah..hati hati" selepas bersalaman terus Zayne berlalu pergi meninggalkan perkarangan halaman rumah orang tuanya.

Timbul perasaan gembira di hatinya ,kerana esok dia bakal berjumpa dengan kekasih hatinya.

Sengaja dia tidak memberitahu Eryna tentang kepulangannya esok pagi,nak bagi kejutan.

Terus keretanya meluncur laju membelah malam sampai ke rumahnya.

Sesampai di rumah terus dia ke bilik dan mencapai tuala menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badannya yang lelah daripada pagi lagi bermacam macam hal yang terjadi hari ini.

Usai mandi dan solat isyak langsung dia ke bilik bacaannya untuk selesaikan beberapa kerja sebelum pulang ke kampung.

Sebut pasal kampung teringat kan isterinya malam ini dia tidak lagi menghubungi Eryna.

Dia tahu mesti Eryna menunggu panggilannya daripada tadi.

Segera telefon dicapai dan mendail nombor Eryna.

"assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..."bukan Eryna yang mengangkat tetapi ibu mertuanya.

"Mak...Eryna mana?"

"ada..dia kata tak nak cakap...Zayne tahu jer lah perangai keras kepala dia tu"

"emmm...mesti dia marahkan Zayne sebab tak call dia"

"yalah tu,Mak pon peninglah kepala dengan perangai dia ni...Zayne balik lah sini bawak dia balik" Dalam hati Zayne mesti meloncat gembira kerana mertuanya memberi izin kiranya Eryna boleh dibawa balik.

"Mak..."kedengaran suara Eryna memanggil Puan Nora.

"kau dengar tu Zayne,dia ada jer kat sebelah mak ni..saja jer tak nak cakap" Zayne tergelak mendengar gurauan mertuanya

"nah ambik,cakap dengan Zayne ,malas lah nak layan masalah korang mak dah ngantuk ni" segera telefon diberikan kepada Eryna yang daripada tadi muncungkan mulutnya.

"Mak..."terus aku memanggil Mak tetapi Mak berlalu pergi.

Kedengaran dari corong telefon Zayne memanggil ku.

"sayang...sayang ada kat disitu ker?"

"emmm..ada.." jawab ku singkat.

"sayang marahkan abang ker?"

"tanya lagi?" jawab ku acuh.

"sorry lah abang banyak kerja tadi,ada benyak benda nak kena settle"

"abang memang buang sayang kat sini,jenguk pon tak...abang dah tak sayang kat sayang lagi"

"sayang...jangan cakap macam tu...abang cinta dan rindukan sayang...mana ada abang buang sayang"

Zayne mula pening dengan sikap isterinya yang merajuk itu.

Andai dia punya sayap pasti malam ini juga dia terbang ke kampung menjenguk Eryna.

Namun apakan daya dia hanya manusia tanpa sayap.

"emmm...sayang dah ngantuk ni...bye" terus talian dimatikan.

Zayne mengeluh hampa,dia tahu mesti Eryna merajuk.
Dia tetap tersenyum biarpun begitu dia faham dengan sikap isterinya itu.

Esok pasti Eryna terkejut dengan kehadirannya.
Biar rajuknya hilang.

Zayne berlalu ke bilik selepas selesaikan beberapa kerja dan melabuhkan diri di atas tilam.

Lengannya yang baru perasan terasa pedih disapu krim agar esok bila bangun akan sedikit pudar dengan kesan yang sudah jelas kelihatan.

"perempuan gila,habis lengan aku kau buat macam ni"

Terus matanya mula terpejam dan tertidur dengan satu kerinduan terhadap isteri yang tercinta.

..........
..........

Seawal jam lima Zayne sudah terbangun dari tidur.

Sengaja dia bangun awal kerana semalam tidak sempat dia mengemas pakaiannya untuk dibawa ke kampung.

Selesai mengemas terus dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri .

Kerana masih belum masuk waktu subuh dia sempat sempat merapikan tempat tidurnya terlebih dahulu .

Sejak Eryna tiada dia membiasakan diri untuk semua ini dan ini bukan lah perkara baharu baginya kerana dia pun sudah biasa hidup berdikari.

Bila azan subuh berkumandang segera wudhuk diambil dan mengerjakan solat.

Selesai semuanya dia bersedia turun ke bawah menarik bagasi yang berisi pakaiannya.

Sebelum meninggalkan rumah dia selalu pastikan agar semuanya dikunci rapi dan bahurulah dia melangkah keluar dan mengunci pintu.

Lebih kurang empat puluh lima minit dia sampai diperkarangan rumah orang tuanya.

Langsung dia keluar dan ternyata pintu pun sudah terbuka untuk terima kehadirannya .

'masuk lah dulu Zayne sarapan" kedengaran suara Puan Marina dari dalam.

Terus dia melangkah masuk menuju ke dapur.

"duduklah,ni mesti tak sarapan lagi"

"belum ma,malas rasanya nak sediakan sarapan...tahu rumah mama kan ada banyak makanan",dia tersengih dan membuka kerusi dan duduk.

Tuan Zikri menggelengkan kepala melihat telatah anak dan ibu di depannya,bila berjumpa ada saja modal menyakat.

"ya lah tu...tu pasal mama suruh kau dan Eryna duduk sini...tak ada siapa yang nak habiskan makanan...duk menghadap muka papa kau jer sehari hari" sambil memandang wajah si suami yang sedang menyuap mee goreng.

Hampir tersedak mee yang dimakan ,Zayne mengurut belakang papanya dan tergelak.

"mama ni,tengok kesian kat papa,papa kan handsome,tak kan mama jemu lihat muka papa"

Mak Imah yang dari tadi sedang menuangkan air turut tergelak dengan telatah mereka sekeluarga.

"kenapa Mar dah muak ker dengan abang?" ,si suami pula mula menyoal saja menduga si isteri.

"mana ada muaknya bang...bertambah sayang tu adalah...cuma kan kalau ada anak cucu kan meriah lagi rumah ni" jawabnya sambil tergelak.

Wajah Zayne yang girang tadi kembali terdiam ,bila dengar perkataan cucu,fikirannya mula teringatkan anak yang dikandungkan Eryna yang tidak sempat melihat dunia.

Si Mama mula perasan bila muka anaknya teduh turut terdiam,niat nak bergurau rupanya tidak kena pada aturannya

"alah...nanti tu adalah rezeki...kan muda lagi...dah lah makan nanti lambat nak jumpa si buah hati" Tuan Zikri pun turut perasan dengan Zayne lalu mengalih topik.

Zayne mengangguk dan melahap mee di depannya seleranya juga sudah mula hilang saat ini.

Kerana sedikit kesilapan telah menghancurkan seribu harapan.

Selesai bersarapan Zayne berlalu ruang tamu menunggu mamanya bersiap.

"Papa bertolak pagi ker?" dia melabuhkan punggung di sofa.

"sekejap lagi...selepas kamu dan mama bertolak papa terus pergi"ujar papanya sambil membaca suratkhabar.

"berapa lama?"

"dalam dua hari jer...habis meeting tu,langsung balik lah,papa ni pun dah boring dah bak berlama kat negara orang,dah cukup lama kut papa ke sana ke mari rasa dah nak berehat,nak duduk ngan isteri " sambil mengukir senyum.

"papa kau tu dah boleh bersara dah Zayne...mama ingat nak keliling dunia dengan papa lepas ni...kan bang" Puan Marina memeluk lengan suaminya.

"emmm...tapi mungkin tahun depan lah ya sayang...", satu kucupan singgah di ubun ubun isterinya

Zayne memerhati dan tersenyum.
Dia selalu melihat keakraban dan kemesraan kedua orang tuanya itu,dia sungguh bahagia,dia selalu berdoa agar rumahtangga yang dibinanya bersama Eryna pun seutuh cinta mama dan papanya.

"dah jomlah....mama dah siap?" soalnya.

"dah...jomlah...abang..nanti ke sana jangan nakal nakal ingat Mar.." Puan Marina menyalami suaminya dan dibalas dengan kucupan di pipi oleh si suami.

"alah mama,papa dah lah...geram betullah..nak tunjuk kat Zayne lah tu...jealous tau" Zayne berdecak marah tengok telatah mama dan papanya.

Keduanya terhambur ketawa.

"alah nantinya jumpa tu peluk cium lah Eryna tu" sakat papanya.

"kut nanti ditendang sampai ke bawah bang" sekali lagi mereka ketawa membuatkan Zayne turut ketawa.

Selepas bersalaman dengan papanya langsung mereka ke kereta .

'jaga isteri papa tu!" sempat lagi papanya menyakat si anak yang sedang galau itu.

Puan Marina yang sudah duduk di sebelah nya terus ketawa dan melambai tangan ke arah suami yang masih setia melambai sampai hilang di pandangan.

"saja jer papa ni..",,rungutnya.

Puan Marina ketawa kecil bila lihat muka cemburut anaknya itu.

Terus kereta Zayne meluncur laju ,membelah pagi yang cukup nyaman itu,mentari pagi mula menampakkan sinarnya.

Zayne memandu kereta dengan penuh berhati hati agar insan yang duduk di sebelahnya tidak terus membebel bila kekadang dia melajukan sedikit keretanya mulut mamanya mula membebel kerana bawa kereta dengan laju.

Zayne hanya tersenyum dan menggelengkan kepala kerana tidak ingin lagi membahas dengan mamanya,dia tahu pasti dia juga yang kalah.

"ni,betul ker tak bagitahu kat Eryna kita ke sana?"

"tak ma,saja nak tengok reaksi dia"

"emmm...macam macam lah kau ni..kan tak pasal dimarahinya"

"dia tak marah kut bila tengok muka Zayne yang tampan ni...mesti peluk cium terus" Zayne tergelak kecil.

"peluk cium lah konon...tapi ingat...dia tu dalam pantang lagi tau..jangan duk ingat nak terkam jer..nanti tak pasal kena halau kat mak mertua kau"

"laaa...lama ker ma pantang..bukan bersalin pun",sedikit rasa kecewa dalam nadanya.

"emmm. ..sama,jer anak oii..puasalah nak ...kesiannya..."Puan Marina menepuk bahu anaknya sambil ketawa.

Zayne memasang muka kecewa.

Puan Marina terus ketawa melihat muka anaknya itu.

Zayne meneruskan pemanduan,niatnya biar segera sampai,lupa seketika masalah yang melanda .

Tentang rancangan Sarah sebelum bertolak dia sempat khabarkan pada Datuk Raziff agar segera handle masalah ini.

Dia yakin dengan campur tangan tok Ayah perkara ini akan dapat diselesaikan segera.

Sekurangnya dia akan tenang sepanjang bersama dengan Eryna nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience