bab 14

Romance Completed 61355

Sekembali kami dari hospital aku pohon agar aku duduk di bilik ku sendiri.

Zayne Rafael terpaksa akur dengan permintaan ku.

Seminggu aku bercuti dan seminggu itulah hubungan aku dengan Zayne semakin dingin.

Dia cuba memujuk ku tapi aku yang tidak melayan.

"sayang...sampai bila kita nak macam ni..."ujarnya semasa masuk ke bilik ku
Aku duduk di beranda merenung bintang dan bulan dan teringat kata katanya malam itu.

Bintang dan bulan saling memerlukan dan punyai. tugas masing masing untuk melengkapi dan menyinari bumi.

Aku berpaling dan merenungnya seketika dan kembali mendongak merenung ke atas.

''lebih baik macam ni kan...daripada dengar suara sayang membebel"jawab ku.

"abang lebih baik dengar sayang marah abang daripada sayang senyap macam ni...abang sunyi dah la kat pejabat asyik dengar suara Lisa jer...tanya mana sayang,mana Tuan kurung Puan,kenapa Puan tak datang,hari hari soalan sama jer dia soal abang"

Aku tergelak bila dengar dia bercerita tentang Lisa,minah kepoh pejabatnya.

"sayang..."dia datang memelukku dari belakang.
Aku cuba menepis tapi terus memeluk erat.
Sengaja aku membiarkan kerana aku tidak boleh menipu diriku sendiri yang aku terlalu rindu kan nya.

Dagunya diletakkan di atas bahuku dan bibirnya mula menapak di leher ku.

"abang...geli lah...nak pujuk kita lah tu..."aku menepis.

"abang dah minta maaf berkali kali dah kan? kalau nak suruh abang melutut pun abang sanggup"ujarnya.

"dulu abang pernah cakap kita ibarat bulan dan bintang saling memerlukan antara satu sama lain...tapi bila abang ada masalah abang pendam sendiri,bila rasa sakit abang letakkan kemarahan itu pada sayang"Aku leraikan pelukannya dan berlalu ke katil.

"abang tahu abang salah..kerana kesalahan orang lain,sayang yang jadi mangsa"dia duduk melutut depanku seperti anak kecil inginkan sesuatu.

Pandangan redupnya membuat hati ku cair,seminggu tanpa belaian darinya,aku sangat merinduinya
Tanganku dicium seolah membasuh luka ku.

"bangunlah tak macholah ,jatuh ego abang melutut macam ni"
Dia bangun dan duduk di sebelahku.

"abang janji lepas ni abang tak akan sakiti sayang,masalah yang abang hadapi akan abang kongsikan pada sayang...dan abang nak sayang tahu abang dah buang semua gambar dan barang kenangan antara abang dan Sarah"Zayne buat pengakuan padaku.

'"sayang tahu..."

'tahu..."

'emmm...curi curi tengok abang bakar hari tu kat laman depan"aku tergelak.

"sayang sebenarnya bukan jenis yang suka sakiti hati orang,sayang nak semua yang ada di sisi sayang gembira,tapi sayang gagal untuk gembirakan hati abang...sayang tak kisah dan tak kan halang kalau abang nak balik pada dia...kalau itu buatkan abang bahagia..."kata kata yang sebenarnya menjerat dan menyakitkan hatiku sendiri.

'sayang jangan sakitkan hati sendiri...abang tahu sayang sakit hati...wanita mana sanggup berkongsi kasih...abang faham perasaan sayang jauh di sudut hati bukan begitu,jangan lukakan hati sendiri...dan abang bukan macam tu..."bahuku dipeluknya dan kepalaku diletakkan di bahunya.

"sayang tak kata pun sayang sanggup berkongsi kasih....tinggalkan sayang....kembali padanya...senang cerita..."
Zayne agak terkejut dengan kata kataku.

Dia terus,memegang pipiku.

'sayang sedar tak apa yang sayang kata ni? dia seolah marah,tapi aku hanya tersenyum sinis.

"selama seminggu ini abang tersiksa melihat sayang diam,tidak beriaksi pada abang ,terlalu seksa abang rasa,hidup abang sunyi sepi..lebih sepi daripada dia tinggalkan abang dulu...sanggup sayang kata suruh abang tinggalkan sayang setelah apa sayang lakukan pada abang"pipiku terus dipegangnya.

"apa yang sayang buat kat abang?"

"cinta...sayang berikan cinta sayang pada abang...dan hati abang ...hati abang telah kembali...abang dah ada rasa..ada rasa yang mendalam terhadap sayang"kali ini airmata ku mengalir tanpa sedar.

Kata katanya yang membuat hati ku kembali mekar dan berbunga.

Aku terkaku dan terdiam,terkebil kebil mataku memandang mata hazelnya membuat hatiku cair seperti larva yang mengalir,walaupun panas tapi mampu menjadi baja menyuburkan tanaman.

Rupanya aku tidak mengambil masa yang lama untuk kembalikan hatinya yang hilang dan mati itu,cukup hanya rajuk ku,cukup dengan ucapan aku,cukup dengan doa ku selama ini.
Allah makbulkan doaku...buka kan pintu hatinya untuk ku.

"apa yang abang rasa sekarang ni?"soalku .

"abang boleh rasa setiap degupan jantung ini mula hidup,mula ada rasa...walaupun selama ini abang bernafas tapi tak ada perasaan,tetapi abang sedar bila sayang mula menjauhkan diri,abang rasa kehilangan sayang sikit demi sedikit,abang takut untuk kehilangan sayang...dan...abang boleh rasa yang abang mula jatuh cinta dengan sayang.."
Aku semakin terkedu...betul ker dengan apa yang aku dengar atau aku bermimpi...mimpi sebelum. mataku tertutup,mimpi dalam sedar.

Aku melepaskan keluhan.

Aku memberikan senyuman lebar padanya.

"dan sayang nak tahu kenapa abang tidak boleh terlepas memandang sayang..."sambungnya lagi.

"apa dia?"tanya ku hairan.

"ni. .senyuman...senyuman manis dan manja"bibirku di sentuh lembut.
Senyuman ku semakin melebar.

"ni mesti nak goda sayang kan?"tanya ku apabila pandangan redupnya singgah di bibirku.

Kini kami semakin rapat sehingga dapat mendengar nafas masing masing.

Aku semakin berdebar bila jarinya menyentuh bibirku,dan perlahan daguku di angkatnya.
Perlahan dia merapatkan bibirnya menyentuh bibirku.
Aku tergamam seketika,terasa hangat,dan aku membalas ciuman itu.

'"I love you sayang"satu ungkapan keluar dari bibirnya.
Aku hanya mengangguk tidak mampu membalas ungkapan itu.
Biarlah cintaku terluah di dalam hati.
Ya aku jua mencintaimu wahai Zayne Rafael.
. "I LOVE YOU MORE"

Rajuk yang bermakna,
Rajuk yang menguntungkan

Aku melebarkan senyum saat dia memelukku erat.

Setelah seminggu memendam rasa yang mendalam akhirnya kami bersatu kembali dalam lembaran yang baru,satu hubungan yang berasaskan cinta seikhlas hati kami.

Kalau dulu kami bersatu adalah atas dasar tanggungjawab,namun kali ini adalah kerana cinta membara antara kami.
Semoga kau benar benar ikhlas mencintaiku Zayne Rafael.

Kami hanyut dalam badai asmara dan lemas bersama cinta yang mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience