bab 36

Romance Completed 61355

Semasa Zayne sampai di hotel yang dikatakan clientnya itu dia turut terkejut bila kelihatan kelibat Sarah sedang berbual dengan seseorang.

Dia mengeluh kecil,cuba tenangkan diri,mungkin Sarah pun ada declare dengan clientnya itu.

"hai...sorry lambat sikit"sapanya.

"oh..its ok..saya pun baru sampai..duduk lah"

Sarah berlagak tenang,tapi Zayne yang cuak sebenarnya.

'ni saya kenalkan cik Sarah,dia juga share partner I sekarang ni" Zayne agak terkejut dengan pengakuan Datuk Zakri bahawa Sarah kini menjadi salah seorang share partner syarikatnya.

"I dah kenal dia.." jawabnya selamba tanpa menoleh ke arah Sarah.

"good,senang nanti kalau I tak ada,you boleh berurusan terus dengan cik Sarah"

Zayne hanya mengangguk terpaksa dia berlakon tenang.

Perbincangan yang berlangsung lebih kurang satu jam itu akhirnya berakhir selepas dapat kata sepakat.

"nampak nya lepas ni..keraplah kita berjumpa ya" ujar Sarah sambil mengenyitkan mata ke arah Zayne.

"cik Sarah,Encik Zayne..I pulang dulu ya...ada hal keluarga..maklumlah hari minggu macam ni...wife dan anak ajak pergi berkelah" ujar Datuk Zakri.

"ok Datuk,saya pun ada janji dengan wife nak keluar ni"
Sarah memandang Zayne dan mencebik.
Terus Zayne mengatur langkah tetapi Sarah memegang tangannya.

"Sarah..you buat apa ni?! soal Zayne keras.
Sarah memeluknya.

"relaks laa...you ni sombong betul lah..I cuma nak tanya khabar you jer..tu pun tak boleh ker?"

Pegangan tangan dan pelukan di lepaskan keras.

"nak tanya khabar apa lagi nya..you tengok I sihat kan..dah lah I dah lewat ni"

"Zayne..I nak tumpang" ujarnya selamba.

"what? tadi u datang naik apa?" Zayne mula sakit hati lihat perangai mengada ngada Sarah.

"teksi,kereta I rosak.."dia mula buat muka menggodanya.

"rosak? mustahillah kereta mahal macam tu nak rosak dengan mudah,you kan ada driver..suruhlah driver you ambil"

"driver I cuti seminggu balik kampung..please laa tumpangkan I kejap..you cuma turunkan I rumah kawan jer,dekat jer"Sarah kembali melejatkan badannya pada Zayne.

"alasan..I tak ada masa lah,You datang dengan teksi boleh...balik naik teksilah...dah I buzy" Zayne menolak sedikit dan meleraikan pegangan tangan Sarah.
Nanti kalau ditolak kasar orang kata dera anak orang pula.
Sarah sedikit terkejut.
Zayne berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan daripada Sarah.

"ish..geram betullah,tak pa kau sombong dengan aku,nanti tahulah aku nak ajar kau",Sarah menghentak kaki geram.

.......
.......

Jam satu petang Zayne sampai di rumah ,kelibat Eryna tidak kelihatan.

" bik Puan mana?" soal Zayne pada bibik yang sedang memasak di dapur.

"oh..Puan dari tadi ngak keluar kok dari kamarnya...selepas Tuan pergi"

Zayne mengerutkan kening terasa pelik sendiri.
Dikerlingnya ke telefon kut ada panggilan atau pesanan masuk tanpa sedar.

Segera dia naik menuju ke bilik dan pintu dikuak perlahan.

"emm...tidur rupanya...", dia mengurut dada lega.

Dia duduk dibirai katil menyelak rambut isterinya yang menutupi muka.

Tangan Eryna diangkat dan dicium.

"ya Allah panasnya....demam ker ni?" disentuh dahi dan leher Eryna.

"abang...dah balik?" aku tersedar bila terasa tangan dan dahiku disentuh.

"sayang demam ni..jom kita ke klinik." dia mula cemas.

"tak nak lah..sayang ok ...sikit jer ni panas" aku mula memicit kepala.

" sayang...abang takutlah ,sayang kan mengandung..macam mana dengan baby ni" dia menyentuh perut dan ternyata perut Eryna pun kepanasan.

" tengok..perut sayang pun panas ni.."

" abang...kan sayang kata tak nak..tak faham ker.." aku menutup mulut terasa loya bila berbau sesuatu yang asing bagi aku

Segera aku bangun menuju ke bilik mandi dan muntah.

"sayang..." Zayne membuntuti aku.

Belakangku di gosok.

"abang pergi mana? kenapa ada bau perfume yang pelik ni...ni bukan perfume sayang atau abang kan"
Zayne mengerut kening ,apa alasan dia nak beritahu isterinya yang tadi Sarah memeluknya pura pura terjatuh sampai melekat wangiannya yang keras itu.

"sayang jom kita ke klinik,muka sayang ni pucat,takut abang" Zayne tetap memujuk Eryna.

"tak nak...abang bagitahu sayang dulu...bau perfume sapa ni...bukak baju tu ...buang..sayang tak nak bau tu...busuk..keras"

Zayne bertambah pening dengan sikap Eryna,nak marah bukan salah Eryna,mungkin bawakan budak.

"ok abang buang demi sayang...tapi kalau basuh nanti hilanglah kan"

" sayang tahu tu wangian sapa..baik abang mengaku" Eryna tidak habis di situ.

Baju sudah dibuka dan Zayne sudah pun meletakkan baju di dalam bakul.

"sayang..abang kan tadi jumpa client...mungkin ada yang melanggar abang tanpa sedar ,terlekat pada abang",tangan aku di pegang nya.

"dah kalau sayang tak nak ke klinik biar abang lap badan sayang dengan tuala basah..tunggu abang ambilkan",segera Zayne berlalu pergi mendapatkan tuala dan air.

"sayang baring dulu..tadi kata nak pusing pusing,jalan jalan tapi kan demam pulak" ujar Zayne sambil meletakkan tuala basah pada dahiku.

" abang...sayang nak Mak...sayang rindukan Mak"

"hah sudah..dia sebut pulak dah",gumam Zayne dalam hati.

"sayang rehat dulu...bagi kebah demam,kalau nak balik kampung pun kena bagi demam ni kebah dulu",Pujuk Zayne.

Aku hanya diam ,aku tahu pasti Zayne mengelak bila aku sebut pasal balik kampung.

"dah..sayang tidur ,rehat...abang temankan...nanti kita balik kampung" Zayne turut merebahkan badannya dan memeluk ku.

" badan sayang ni panas lah..kalau tak lega juga kita ke klinik eh"segera aku meletakkan kepalaku di dadanya yang telanjang itu.

Aku hanya mengangguk.

"dah tidur..."
Bukan saja aku yang terlena Zayne pun turut terlena.

Jam 3 petang Zayne terjaga dan Eryna masih lagi tertidur.

Perlahan kepala Eryna diletak atas bantal,dahi isterinya di sentuh dan ternyata masih lagi panas,mula ada rasa kerisauan di hatinya.

" sayang...sayang bangun jom kita ke klinik..abang risaulah sayang demam lagi ni" perlahan badan Eryna disentuh.

Eryna tiada reaksi.

" Ya Allah..." dia jadi terkejut bila kelihatan badan Eryna mula menggeletar seolah kesejukan.

Segera dia bangun mengenakan baju,turun memanggil bibik untuk bersiap.

" bik jom kita bawa puan ke klinik ,puan demam ni"

" iya,iya"

Badan Eryna dicempung sampai ke kereta.

Kebimbangan mula menguasai diri.
Sampai di hospital terus masuk wad dan dirawat.

"macam mana Zayne,Eryna macam mana?" soal Puan Marina bila sampai di hospital.

" masih di dalam mama,doktor buat check up"

Sejurus selepas itu Zayne dipanggil untuk bertemu doktor.

" suami Puan Nureryna ker?"

" ya..doktor,macam mana dengan wife saya"

" bila lagi dia demam ni?"

",pagi tadi,saya dah ajak datang klinik tapi dia tak nak,tadi saya takut bila tengok badan dia mula menggeletar"

" nasib baik awak datang awal,demam dia tu tinggi sangat,bahaya dalam keadaan dia sekarang ni,boleh datang kesan kepada anak dalam kandungannya"

"sekarang ni macam mana dengan dia?"

"alhamdulillah..tapi kami terpaksa tahan dia dalam dua tiga hari lagi sehingga demam dia hilanglah,sebab nak pantau baby..sebab denyutan jantung baby lemah sekarang ni"

Zayne mula cemas bila dengar berita itu.

" abang...kenapa sayang kat sini?" bila aku membuka mata aku sudah berada di hospital.

" sayang kan demam ...demam panas" Zayne cuba menenangkan aku.

" mama..mama pun ada?"

" ya Eryna,Zayne yang call tadi.."

" tapi kenapa sampai masuk hospital..kan sayang demam jer"

Zayne memandang ke arah mamanya,macam mana nak dia terangkan yang kandungannya lemah dan baby ada masalah.

" sayang rehat dulu ok..tak ada apa apa.."

Aku cuma mengangguk dan aku tahu mesti ada yang tidak kena.

Sejak mengandung ini kali kedua dia terpaksa di masukkan ke wad.

Kebimbangan mula menguasai fikiran Zayne,dia tidak mahu memberitahu Eryna bahawa baby dalam kandungan ada sedikit masalah kerana tidak mahu Eryna bertambah risau.

......
......

Sarah masuk ke biliknya menghempas tas tangan dan baring di katil.
Terasa sakit hatinya bila Zayne tidak melayannya.

" kau tunggu lah Zayne macam mana nanti kau melutut kat aku!! ujar nya geram.

ketukan dari luar mengejutkan nya yang sedang menahan kemarahan terhadap Zayne .

" mama ,masuklah"

" kenapa ni ,balik terus masuk bilik ,hempas pintu sampai ke bawah dengar"ujar Mariam.

" Zayne,mama,geram betullah,sombong,Sarah suruh hantar pun tak nak,buzy la apa la,macam macam alasannya" Sarah mengetap bibir geram.

" apa lagilah yang Sarah nak daripada dia,sudah sudah lah tu,kan hubungan korang dah putus,yang sekarang ni fikir pasal Johan macam mana status Sarah dengan dia"

" status apa nya mama,kan Sarah dah tak nak kat dia,"

" Masalahnya sekarang ni Sarahkan masih isteri dia,Sarah kena selesaikan dulu,minta cerai,fasakh ker,kena jumpa dia dulu,settlekan masalah"

" masalah nya dia tu nak ker ceraikan Sarah,dia dah sihat ker ,mama dah lupa yang mama dan papa yang buat dia jadi macam tu"

Mariam memandang ke arah anaknya,nak kata apa lagi,betullah mereka yang buat Johan tunduk pada Sarah semasa anaknya itu kahwin dengan Johan atas dasar mengikis harta Johan.

Tapi tak tahu mana silapnya sampai Johan boleh tahu semua perbuatan mereka itu,sampaikan ibubapa Johan bawa balik Johan daripada London meninggalkan Sarah.

Mariam bangun meninggalkan anaknya .

"Johan..ahhh...stress nya aku..!!! jeritnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience