"I dah bagi apa yang you nak,sekarang I nak you pulak ikut arahan I"
"ok...I akan laksanakan asal You terus layan I" begitulah perbualan antara David Thong dan Sarah pada perjumpaan mereka selepas membanting tulang melakukan hubungan badan semalam dan pagi ini.
Sarah bangun membelit tuala di badannya.
Turun mengutip satu persatu baju yang berselerakan di lantai.
David tersenyum puas melihat tubuh munggil Sarah yang cukup mempersonakan itu.
Tak sangka perkenalan singkat antara dia dan Sarah itu boleh sampai ke atas ranjang.
Dia perlukan belaian dan Sarah menghulurkannya walaupun bersyarat.
"I nak you batalkan kontrak pembekalan bahan binaan dengan syarikat Zayne Rafael dengan segera" Sarah sudah lengkap berpakaian.
"hahah...itu I boleh bereskan ...tapi..."
"tak ada tapi tapi lagi..I dah tunaikan keinginan you..", Sarah mendekati bibirnya ke bibir David.
Hati lelaki mana yang tak terpikat bila si gadis menyerah sebegitu.
David gembira dengan dambaan Sarah,walau dia tahu perkara ini akan membangkitkan kemarahan papanya sekaligus akan merenggangkan hubungan baik antara ZR holding dan Thong holding yang telah terjalin lama.
Walau bukan badan Sarah yang dia inginkan tetapi badan isteri Zayne iaitu Eryna.
Pertama kali dia berjumpa dengan Eryna dlhatinya sudah tertawan namun Sarah tidak kurang cantiknya,dan juga ganas diranjang.
"ok...I akan tunggu khabar baik dari you",Sarah berlalu pergi meninggalkan David yang masih lagi berselimut itu.
Senyuman kebanggaan seorang lelaki bila nafsu dapat dilunaskan.
.....
......
Sesampainya di hospital Lisa langsung ke bilik yang menempatkan Eryna namun Mikael dan Zayne mengambil keputusan berbincang di cafe yang berada di depan hospital.
"assalamualaikum..Puan" sapa Lisa melangkah masuk.
"waalaikumussalam Lisa..masuklah",aku membetulkan duduk.
"nah saya ada bawakan buah oren..baik untuk penyembuhan..nak saya kopekan?",sambil meletakkan buah diatas meja.
"eh..tak apalah saya nak nanti buat sendiri"
"mana Mike?",soalku bila tidak kelihatan Mikeal masuk bersama.
"ada tadi,kat bawah dengan Tuan Zayne"
Aku mengangguk.
"Puan dah ok?"
"alhamdulillah..tapi masih sedih..anak saya dah tinggalkan saya"
"tak palah Puan,dia tunggu di syurga menanti di pintu menjemput mommy dan daddy nya nanti.",
"ya...insyaallah" aku sedikit tenang ,terasa malas dah nak mengalirkan airmata,aku kena kawal emosi agar tidak terlalu lemah walau jauh disudut hati aku aku terseksa dan batinku menjerit.
"Puan..ada perkara yang saya nak cakap ni..lagi saya pendam,lagi rasa nak meletup dada saya,Mikael ada pesan nanti dulu,tapi Puan tahu kan macam mana saya,mana boleh simpan lama lama" Lisa tersengih memandang ku.
Aku mengerutkan kening hairan.
"bagitahu jer lah.."
"janji Puan tenang ok?"
"janji.."
"sebenarnya semua yang berlaku bukan salah Tuan Zayne..."
"hmm...cerita lah saya dengar"
Lisa mengeluarkan telefonnya dan meletakkan di sisiku.
Perakam di buka dan aku mendengarnya.
"puan dengar ya.."
Aku mengangguk.
Aku mendengar penuh hati hati dari awal hingga akhir...
Airmata mengalir laju tanpa sedar,begitu teganya Sarah memperlakukan kami begini.
Mungkin betul Zayne adalah masa lalunya,tetapi apa salah aku,aku bukan merampas hak dia,aku hadir dalam hidup Zayne setelah hati lelaki itu hancur dan hilang,setelah aku kembalikan cinta yang telah mati dalam hati Zayne kenapa harus kami kembali dilukai.
"Sarah...",
Lisa mengangguk dan memeluk ku.
Menenangkan aku.
"Sabar Puan..kita akan selesaikan semua ini..Shera dalam tahanan Datuk Raziff"
Segera aku leraikan pelukan Lisa.
"hah? Tok Ayah..maknanya tok Ayah pun tahu?"
" ya..dia yang memberikan cadangan agar membawa Shera ke tempat persembunyian agar Cik Sarah tak tahu dan tak jumpa Shera"
"Zayne dah tahu?",soalku untuk kepastian .
"mungkin Mikael tengah ceritakan kat dia sekarang ni"
"emm..."
"Puan marah kan Tuan ker?"
"kau rasa? tak kan nak happy melompat lompat bintang bila nampak semua itu depan kita,nasib hari tu baju jer yang terbuka,kalau nampak semuanya,kau pun pengsan kat situ"
Lisa tergelak terbahak bahak.
"sorry lah Puan saya tak sengaja ketawa,tapi tu lah kan..kalau nampak mereka dah telanjang lagi teruk...eeeii..memalukanlah,tak boleh nak bayangkan macam mana"
"tak payah bayangkan..buat sakit hati jer" aku merengus geram.
Dari nak cerita soal kesedihan boleh pulak tergelak bila teringatkan peristiwa itu,tak pasal pasal tubuh suami aku pulak yang jadi pameran.
"ni bila boleh balik?"
"esok kut"
Sejurus selepas itu kedengaran pintu dikuak dari luar ,terpancul dua jejaka tampan mengukir senyum.
"emmm...ada good news ker?",soal Mikael melangkah menghampiri ku dan duduk di sebelah Lisa.
Sempat kut mereka dengar kami ketawa.
Bukan suara aku tapi Lisa yabg terlebih suara kalahkan mak lampir.
Zayne pula mengambil tempat di sofa.
"laa...kenapa tuan duduk sana,mai lah sini",ajak Lisa .
Aku menoleh ke sisi.
"puan dah tahu cerita" bisik Lisa dan kelihatan Mikael mengangguk.
"dia takutlah tu,kena marah", balas Mikael.
"Zayne...aduh...apa ni..chill lah...tak kan duk jauh macam tu",Mikael pula memanggil Zayne.
"Eryna mesti dah tahu kan perkara sebenar?" soal Mikael pada aku.
"emmm...tapi kenapa orang yang sebelah sana tu,tak cuba pun nak terangkan" aku muncungkan mulut tunjuk ke arah Zayne.
"kata kat orang sana tu,dia tak minta pun penjelasan ,nangis dari semalam"balas Zayne.
"habis tu nak suruh kita ketawa lompat bintang tengok laki kita telanjang depan orang?"
Lisa menutup mulut menahan tawa
"mana ada kita telanjang bukak baju jer pun"
"ooo...jadi sukalah ya bukak baju depan pompuan lain,tunjuk semua? kalau gitu kita pun boleh lah kut bukak baju depan orang kan Lisa?"
Lisa dan Mikael membuntangkan mata dan memandang sesama sendiri mendengar perdebatan antara aku dan Zayne.
"wooo...Woo...apa ni...tak kan nak gaduh sini kut..." Mikael mengangkat kedua tangannya
"cakap kat sepupu awak tu...tanya dia kenapa malam tu dia minum dengan Shera?"
"aah kan ..kenapa ya Zayne,aku pun pelik jugak, selalunya kau payah nak layan staff kau sendiri kan..kenapa ya Tuan Zayne" kali ini Mikael pula yang ajukan soalan.
Zayne menelan airliur mendengar soalan itu.
"aku mana tahu benda nak jadi secara spontan"
"pervert" kataku.
'mana ada abang pervert",Zayne bangun merapati aku.
Aku palingkan muka.
"habis tu kenapa layan dia? sampai ke bilik lagi..nak buat apa?"
"kan dah tahu macam mana abang jadi macam mana..abang tak sedar...terangsang" Zayne menggosok belakang tengkuknya.
"kalau rasa terangsang sekalipun kan wife ada..kenapa ikut jer?" kataku geram.
"jom Lisa kita keluar..nampaknya dia orang sampai esok pun tak habis lagi..silap silap buat anak kat sini terus"
Lisa mencubit lengan Mikael.
"eeeeiik...gatal eh..."
"ya lah tengok tu,tadi bukan main marah. sekarang tengok duk menatap pulak macam kita ni tak wujud kat sini"
"mana ada...dah...dah..pergi balik" Zayne menolak badan Mikael sambil ketawa bersama.
Suasana kembali hening.
Aku memeluk tubuh memandang ke samping.
"sayang..abang minta maaf ok...sungguh abang tak tahu,tadi mesti Lisa dah beritahu semuanya" Zayne cuba memeluk ku tetapi aku menepis.
"ok..lah kalau sayang tak nak abang peluk,abang duk jauh jauh",Zayne beralih ke arah sofa.
"pergilah..tak kisah pun",aku mencebik dan kembali membaringkan diri.
Ego kami tinggi.
Sehingga malam kami berdiam dan Zayne keluar masuk bilik entah berapa kali pun aku tidak tahu.
Malas aku nak bertanya.
Beberapa jam Zayne tak kunjung tiba aku mula gelisah ,sungguh aku rasa bersalah kerana abaikan dia.
Telefon di meja aku capai,melihat di screen tak ada panggilan atau pesanan.
"ke mana ni..",, gumamku.
Aku kesunyian.,sendirian di bilik yang hanya diterangi lampu yang malap
.
Beberapa minit kemudian kelihatan pintu dikuak.
"tunggu abang ker?"
"mana ada.." sebenarnya aku lega bila akhirnya dia muncul jua.
Ingin saja aku bertanya ke mana dia menghilang beberapa jam yang lalu.
"nak buat macam mana,orang tak rindu kita", kata Zayne dengan suara merajuk.
Zayne beralih ke sofa,merebahkan badan di situ,aku hanya memerhati tanpa kata
Tak palah sekurang kurang nya dia ada depan mata ku.
Perlahan aku bangun dari pembaringan ingin ke tandas.
Zayne kelihatan sudah tertidur pulas
Perut dan di bawah perutku masih lagi terasa nyeri.
Walaupun tidak melalui proses kelahiran normal sakitnya tetap terasa kerana mengeluarkan darah kotor.
Perlahan aku melangkah sambil memegang drip air di tangan.
Tiba tiba terasa badan melayang.
Aku menjerit kerana terkejut,mata aku pejamkan.
Terdengar deruan nafas yang terlalu dekat dengan aroma yang menyengat menusuk ke hidung.
"sayang...kenapa tak kejutkan abang" bila terdengar suara,barulah aku berani membuka mata.
"ab..abang...sa...sayang.."entah kenapa jadi gugup pulak kali ini.
Zayne tersenyum lega bila mendengar isterinya itu sudah memanggil abang dan sayang,maknanya Eryna dah tak marahkan dia.
"sayang nak vivi...", ujarku pelan.
"lain kali kejutkan abang ,buat apa abang kat sini "riak wajahnya seolah tegang.
Aku hanya diam ,dan dia membawaku masuk ke dalam.
"nak abang cebok kan?"
"hah...no..no...biar sayang buat,tau tak sayang tengah sakit...tak nak...sakitt!!"kata ku geram.
Memang terasa,sekali perit dan pedih di bawah perut ku ini.
"sorry abang mana tahu.."
'abang memang lah tak tahu,abang lelaki tahu nak sedap jer", bebelku.
"ai..ai..sedap bukan sorang kan...kena berdua" katanya datar di balik pintu menunggu ku.
"ya lah...berdua...tapi sakit sorang...",
Kedengaran ketawa kecil dari Zayne.
"dah...", aku kembali dicempung sampai ke katil.
"nak minum atau makan ker?" soalnya .
"tak nak..nanti nak kena ke tandas lagi,sayang tak tahan sakit,pedih",Aku mengerut kening menahan rasa nyilu.
"sayang sakit ker ni..biar abang panggil doktor" cemas di wajah Zayne jelas kelihatan.
Aku hanya mengangguk.
Terasa panas badanku tiba tiba .
Sejurus dengan itu doktor datang merawatku.
"macam mana wife saya doktor?"
"dia ada demam sikit,insyaallah lepas makan ubat ok lah tu..biasalah perempuan lepas bersalin mahupun keguguran ni badannya mudah lemah"
Doktor berlalu pergi.
"sayang tidur dulu abang teman sini"
Aku dibaringkan dan di selimut.
"abang...peluk sayang..",entah kenapa aku buat permintaan ini tanpa sedar,mungkin aku nak kan kehangatan .
Zayne pastinya tersenyum.
Tanpa menunggu lama Zayne turut berada sekatil denganku .
Memeluk aku dengan erat.
"ni kalau nurse datang marah tak?"
"biarlah wife abang",satu kucupan singgah di pipiku.
Aku merona malu.
"jangan ambil kesempatan dah" ujarku.
"janji jangan goda dah laa..."
"mana boleh.. 100 hari tau tak?"
"hah..lama nya..bukan 44 hari jer?"
"pakej lengkap" aku memusingkan badan membelakanginya.
Tak kuasa aku menatap wajahnya,nanti aku yang tak tahan tergoda.
Pelukan dieratkan...aku tersenyum...sekurang kurang nya sejuk hatiku bila dia memelukku begini walau hati masih lagi sedih.
"rindu" bisiknya perlahan.
"puasa"
"demi mu sayang" kami terus terlena.
Seawal pagi kami terjaga bila jururawat masuk ke bilik,terperanjat dia bukan kepalang bila melihat Zayne turut berada di atas katil.
"wife saya sejuk semalam...jadi ..."
"abang...tak payah lah" sempat aku menekan suara agar Zayne tidak terus berbicara nak terangkan,salah aku sebab suruh dia memeluk ku.
Jururawat itu hanya mengangguk dan tersenyum,selepas selesai dia berlalu pergi.
"sayang nak mandi" pintaku.
"tapi kan awal lagi ni...boleh ker?" jam menunjukkan lima pagi.
"entahlah sayang rasa tak sedap badan ni,lemau jer,nanti minta nak balik ", ujarku menurunkan kaki ke bawah.
"tak payah mandilah,biar abang lap jer,semalam kan sayang demam.."
"iyalah..tapi sayang nak ke bilik air dulu tukar pad" sekeping pad aku ambil di laci sebelahku.
Zayne terus memapah ku masuk ke tandas.
Selesai semuanya Zayne mengelap badanku dan kembali membiarkan aku tidur.
"sayang tidur dulu,abang nak solat subuh"
Aku hanya mengangguk dan dia berlalu pergi.
Lebih kurang lapan pagi doktor datang memeriksaku.
"kejap lagi dah boleh balik,tekanan darah dah ok,demam pun dah turun...so...jap lagi suruh husband uruskan formality keluar hospital ya", pesan doktor sebelum keluar.
Selepas doktor keluar Zayne menghampiri ku.
"abang ,tadi doktor pesan sayang dah boleh balik,abang dah boleh uruskan formality pembayaran " ujarku.
"baiklah kejap lagi abang uruskan,abang nak turun bawah kejap ,sarapan ,sayang ada nak kirim apa apa tak?",
"tak...abang pergilah ,sayang nak tukar baju dulu"
"tak pa biar abang tukarkan baju sayang dulu"
Aku hanya mengangguk.
Zayne terasa sedikit kelegaan bila Eryna sudah mula tenang.
Selepas menukarkan baju Zayne berlalu keluar.
Aku tersenyum puas bila melihat wajah Zayne kembali ceria.
Aku tahu kesalahan tidak perlu aku letakkan pada dia,semua yang terjadi adalah ketentuan Allah.
Aku harus redha dengan semua ini,walau hatiku terluka dan sakit.
Dia suamiku dan aku tahu setiap inci kejujurannya mencintai aku seadanya.
Cuma bila semua ini terjadi kekadang manusia terlupa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Share this novel