bab 54

Romance Completed 61355

Selepas diturunkan oleh Zayne tadi terus Sarah berlalu ke arah kereta yang di parkirnya sebelum kejadian tadi.

Perasaan marah dan sakit hati kerana pertama kali Zayne berkelakuan seperti harimau kelaparan.

Dia masuk ke dalam perut kereta membelek muka dan lehernya .
Sembab mukanya jelas kelihatan kerana menangis dan ada kesan jari Zayne yang mencengkam lehernya tadi.

"celaka punya jantan,dia buat aku macam ni!! dia menyumpah Zayne.

"kau larang aku,tak apa...tengok apa lagi kau akan terima selepas ni..." dia mengetap gigi geram dan marah.

Seketika dengan itu dia menerima panggilan dari David.

"hai amoi...bila mau datang hah?"

"I tak ada mood lah hari ni...nanti malam kita jumpa" terus dia mematikan panggilan dan berlalu pergi dengan kemarahan.

David kebingungan dengan sikap Sarah sebentar tadi.

......
.......

Hampir tersembur air di mulut Mikael bila mendengar cerita daripada Zayne kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"kau bila betul bro,buat Sarah macam tu?" Mikael seolah tidak percaya dengan apa yang didengarinya bahawa Zayne berkelakuan begitu.

Sebab dia tahu Zayne bukan jenis suka mendera perempuan.

"betullah,panas hati aku wei,sakit hati aku ni lebih lebih lagi dengan apa yang berlaku pada Eryna,aku malu dan kecewa sangat" Zayne berasa sangat malu dan kesal kerana tingkahnya itu boleh menyebabkan Eryna keguguran walaupun dia tahu apa yang berlaku itu bukan niatnya.

Sempat Mikael mengerling ke arah lengan sepupunya itu dan jelas kelihatan cakaran ,tentunya hasil pergelutan dengan Sarah tadi.
Mikael cuma tersenyum dan malas nak bertanya lebih.

"Rilekslah...benda dah jadi...tadi Lisa call aku kata kau tunda semua oppointment nak balik kampung apa cer?" Mikael saja mengubah topik agar sepupu nya itu tidak bersedih.

"emm...nak balik jenguk Eryna...dah tak tahan dah wei rindu ni..aku duk sorang sorang peluk bantal jer"

"so kalau kau balik sana boleh ker peluk dia?" Mikael tergelak.

'tak boleh peluk pun cium jadilah " Zayne turut menghambur gelak.

"iyalah tu,kut kau di tendang jatuh gedebuk baru kau tahu"

"emm....wife aku tu aku sentuh sikit dah lembik tau...tak sempat lah dia nak tendang aku gitu"

"wei bukan dia dalam pantang lagi kut...tak kan lah.."

"emmm...tu lah...lama lak tu...kempunan aku..."

"nasib lah badan..."Mikael tergelak sakan melihat muka kecewa sepupunya itu.

"kau tak kahwin lagi tak tau apa rasa tahan rindu.."

"emm...rindu apa...hah...rindu yang tu ker?" Mikael terus menyakat Zayne.

"rindukan dia lah...kau ni.." Zayne menahan malu.

Mereka terus tergelak sampailah ke tempat yang di tuju sebuah rumah yang agak pedalaman yang menempatkan Shera di sana.

Kereta mereka menghampiri laman dan memakirnya.

"jom" Mikael dan Zayne mengatur langkah masuk ke dalam.

Tapi mereka mula perasan sebuah kereta mewah milik Datuk Raziff sudah sedia ada di patkir laman itu.

"hei Mike bukan ker ni.kereta Tok Ayah?" soal Zayne berpandangan dengan Mikael.

Mikael hanya mengangkat bahunya dan terus masuk ke dalam.

Langkah mereka terhenti apabila melihat satu pandangan yang luar kebiasaan mereka.

"Tok Ayah!!" Zayne memanggil Datuk Raziff.

Dua figura yang asyik makan sambil bergelak ketawa itu terkejut memandang ke arah mereka.

Zayne dan Mikael berpandangan aneh sekali dengan apa yang mereka lihat kini.

"Zayne,Mike...jom join us" tanpa rasa bersalah Datuk Raziff menjemput kedua cucunya itu duduk bersama mereka.

Mikael yang dari tadi melopong mulutnya memandang telatah tok Ayah dan Shera menyiku lengan Zayne yang muka kemerahan menahan marah.

"wei kau marah ker?" bisik Mikael.

"habis tu kau nak suruh aku gelak ker?"

"Zayne ,Mikael datang sini"
Sekali lagi Datuk Raziff memanggil mereka,nak atau tidak mereka terpaksa akur ibarat lembu dicucuk hidung.

Zayne dan Mikael mengambil tempat dan duduk berhadapan Datuk Raziff.

"ayuh makan,nanti kita discuss" Datuk Raziff tahu mesti Zayne dan Mikael hairan kenapa dia boleh duduk semeja dengan perempuan itu sambil bergelak ketawa lagi.

"maaf Zayne dah kenyang,baru jer lepas makan dengan Mike tadi" Zayne menyiku Mike agar mengiakannya.

"ya..ya .betul Tok Ayah..kami baru jer lepas makan sebelum datang sini" terpaksa dia mengaku walaupun dia sebenarnya terliur dengan hidangan di atas meja itu.

"wei kalau kau nak makan ,makanlah..aku memang tak ingin" Zayne memandang muka Shera penuh marah dan Shera tertunduk ke bawah daripada tadi lagi sejak mereka masuk.

"baiklah...Tok Ayah habiskan makan dulu"
Zayne mengeluh dan menggeleng melihat sikap Datuk Razif seolah tidak menghiraukan perasaannya kini.

"tok.Ayah ,Zayne ke ruang depan dulu" Zayne bangun dan berlalu dan Mikael bangun membuntuti nya.

"wai bro...apa dah jadi ni...aku pening la" Mikael mula bersuara bila sampai di ruang tamu.

"jangan jangan Tok Ayah ada scan...."

"stop Mike!! belum sempat Mikael menghabiskan kata katanya Zayne memotongnya.
Dapat Mikael melihat muka marah Zayne tika ini.

"tak sangka pulak Tok Ayah boleh serapat itu dengan pompuan yang hampir merosakkan rumahtangga cucunya" sambung Mikael membuatkan hati Zayne bertambah geram.

Deheman suara Datuk Raziff menghentikan percakapan mereka.

"please tok Ayah explain me" hanya Zayne seorang yang selalunya berani bersuara depan Datuk Raziff.

"ya..tok Ayah..pelik nau kami tengok ...tok Ayah boleh makan semeja ngan pompuan tu"
celah Mikael.

"Shera..nama pompuan tu Shera.." Datuk Raziff seolah marah bila Mikael menyebut pompuan.

Mikael mencebik dan mengangkat kedua tangannya.

"sorry..."

Sejurus itu datang Shera menatang sedulang air dan meletakkan di atas meja.

Sekali lagi Zayne dan Mikael berpandangan sesama sendiri bertambah pelik tingkah laku mereka berdua lagak macam suami dan isteri.

"minumlah...Tuan Zayne..Tuan.."

"Mikael" Mikael menyampuk memperkenalkan dirinya.

Senyuman terpamir di bibir Shera.

"duduk dulu Shera",Datuk Raziff turut mempelawa perempuan itu duduk.

"Tuan Zayne ..saya minta maaf ya pasal kejadian hari tu..."

"tak ada gunanya lagi kau minta maaf pada aku,kau dah hampir hancurkan kebahagiaan aku",kemarahan Zayne bermula.

"Zayne..control your noise!! " tekan Datuk Raziff.

"what!! i dont believe tok Ayah cakap macam ni...wait wait...or tok ayah dan pompuan ni ada apa apa?",Zayne mula keliru dengan sikap orang tua yang berada di depannya ini.

Niat dia ke sini hanya nak selesaikan masalah tetapi tak sangka lain pula jadinya.

"calm down Zayne,please seat" arah Datuk Raziff

Mikael menarik tangan Zayne supaya duduk.

"Tok Ayah dah settle kan semua dah,hutang ibubapa Shera pon Tok Ayah dah settle kan...dan jangan salah anggap,tok Ayah dan Shera tak ada apa apa,kami cuma berbual "

"cuma berbual? maksud Tok Ayah?" tanya Mikael untuk kepastian .

"korang ni fikir apa sebenarnya? Tok Ayah dah tua lah...tak buat kerja gila...jangan salah sangka...Shera ni pun masih muda ,tak sesuailah dengan Tok Ayah...",Datuk Raziff tergelak.

Mikael dan Zayne sedikit cuak dan rasa bersalah dalam hati mereka menuduh yang Datuk Raziff ada hubungan dengan Shera

"jadi yang tadi kami lihat makan semeja ,sambil gelak apa tu..." ujar Mikael.

Sekali lagi Datuk Raziff tergelak bila dengar telahan dan anggapan kedua cucunya itu

Tak pernah terfikir di benak fikirannya untuk bersama dengan mana mana perempuan selepas kematian arwah isterinya.

Baginya arwah isterinya Rubiah adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya.

"kami cuma berbual,dengar kisah dari Shera,tanya kisah hidupnya macam mana boleh terjebak dengan Sarah..tu jer...dia ni kan dah agak sebaya dengan cucu cucu Tok Ayah" sambil mengalih pandangannya pada Shera yang terdiam memandang lantai.

Zayne mengeluh dan memandang juga ke arah Shera

"habis tu macam mana Zayne ,kira dah settle ker apa ni?" soal Mikael apabila melihat Zayne terdiam.

"entahlah ,nampaknya Tok Ayah dah tak perlukan kita kat sini,Tok Ayah pun dah langsaikan hutang dia...jadi kita nak buat apa lagi..." ujar Zayne kesal.

"Zayne...tok Ayah tahu Zayne kecewa sebab keadaan Eryna tu,tapi kan benda dah jadi,Shera pun dah mengaku salah..dan minta maaf " balas Datuk Raziff.

"tapi yang jadi mangsanya anak Zayne,Eryna sekarang ni pun masih lagi merajuk dengan Zayne...dia masih bersedih Tok Ayah.."

"Tuan...saya minta maaf sangat sangat,semua yang berlaku ini bukan rela saya tapi sebab ugutan cik Sarah,saya rasa bersalah sangat sangat..."Shera memandang sayu ke arah Zayne.

Dia tahu dengan meminta maaf sekalipun tidak bisa kembalikan nyawa anak Zayne.

Dia bukan wanita jahat seperti yang mereka sangkakan kerana terpaksa dia lakukan semua ini.

"Shera...aku confius dengan kau,ker ada apa apa lagi rahsia yang kau tahu pasal Sarah?" Mikael memang terkenal dengan syak wasangkanya mula menembak .

Shera sedikit terkejut dengan pertanyaan itu.

Shera kelihatan gelisah seolah sembunyikan sesuatu.

Zayne memandang ke arah Shera yang mula gelisah sambil bermain dengan jari jemarinya.

"aku dah agak dah Mike,pompuan ni mesti simpan rahsia lagi pasal pompuan gila tu" kali ini Zayne pula menduga.

Shera mendongak terkejut.
Sedikit menggigil .

"apa ni Zayne..kau dah takutkan dia" Datuk Raziff mula perhatikan kedua cucunya mula sesi soal siasat.

"cuba tok ayah tengok muka dia,ada something yang tak kena ni...ada agenda lain ni" dia menunding jari ke arah Shera.

Zayne bangun menghampiri Shera .

"baik kau cakap Shera atau aku akan bawa kau ke balai polis dan aku boleh dakwa kau atas tuduhan menceroboh pejabat aku" kali ini Zayne kena berkeras dan menggertak perempuan di depannya ini untuk korek hal yang sebenarnya.

Shera terus menggigil ketakutan.

Dia ingat bila tadi Datuk Razif sudah sudi membayar hutang orang tuanya ingat dia boleh terus lepas rupanya ada satu bebanan yang harus dia luahkan lagi.

"sa..saya....err...cik...cik.."

"apa?!! sergah Zayne marah,mukanya mula kemerahan dan tangannya digenggam.

"Zayne...calm down" Mikael cuba menenangkannya.Takut nanti terjadi macam dia buat kat Sarah tadi.

'selagi aku tak selesaikan ini selagi tu tak selesai Mike"jawabnya geram dan kepalan tangannya digenggam erat.

Datuk Raziff hanya memerhati dan juga terasa bimbang dengan situasi itu.
Tapi dia juga tahu Zayne tidak akan menyakiti perempuan.

"sebenarnya...cik Sarah nak lingkupkan syarikat Tuan" akhirnya terkeluar juga ayat itu dari mulut Shera.

"see tok Ayah...kan Zayne dah agak dah..mereka masuk dalam company Zayne bersebab..."

Mikael melopong terkejut,betul sangkaan Zayne ada agenda yang tersembunyi.

Selepas mendengar cerita dari mulut Shera, Mikael dan Zayne terus pergi meninggal kan Datuk Raziff dan Shera di situ.

Dia tahu semua ini terancang,dan dia juga perlu cari tahu siapa rakan subahat Sarah yang sebenarnya.

"hei bro kau betul ker percaya yang pompuan tu tak tahu Sarah berpakat ngan siapa?" Mikael curiga dengan penjelasan dari Shera tadi.

"kita siasat,sebab mungkin betul si Shera ni tak tahu siapa partner pompuan gila macam Sarah tu"

"aku pun tak faham apa lagi yang diorang nak"

Zayne terus memandu dengan perasaan yang teramat sakit.

Mikael terdiam melihat muka Zayne yang kemerahan menahan marah,dia mengambil langkah diam .

"apa lagi pompuan gila tu nak!! dia menjerit macam orang gila,Mikael yang duduk di sebelahnya terhinjut bahunya.

"wei Bro...pekak telinga aku!!

Zayne menoleh sekejap dan meneruskan perjalanan tanpa bercakap sepanjang perjalanannya menghantar Mikael ke tempat parkir kereta di restoran tadi.

Mikael terus keluar dari perut kereta tak kuasa melayan sepupu nya yang tengah naik minyak itu.

"drive save..ingat wife kau kat kampung tu,nanti tak pasal jadi janda", pesannya sambil tergelak dan Zayne memasang muka ketatnya.

Mikael selamba melambai dan melangkah pergi jauh dari Zayne.

"gila kau Mike!! sempat dia laungkan pada Mikael yang kian menjaauh itu.

Dia mengeluh perlahan,dan beristiqfar berkali kali agar hatinya kembali tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience