"awak kahwinlah dengan saya"terpancul satu ayat dari mulutku.
Ayat membuat diriku menjerat diri sendiri.
Sehingga saat ini aku sendiri tidak faham kenapa aku harus setuju untuk menjadi sebahagian dari hidup lelaki yang berhati batu itu.
Seorang yang hanya memandang keburukan pada perempuan.
Zayne Rafael nama ala ala Inggeris sesuai dengan penampilannya,bermata Hazel.
Tampan,menarik.dan pasti tertarik.
"boleh tapi bersyarat...perkahwinan kita hanya atas kertas ,selepas kita kahwin aku buat hal aku,kau hal kau"begitu sinis ucapan lelaki di depannya.
Nur Eryna termanggu diam seketika,pertemuan dengan lelaki playboy petang itu seolah menjanjikan seribu bintang yang tidak dapat dicapai dengan tangan.
"saya terima segala syarat demi tok ayah,demi keluarga.....tak ada maksud"aku berjeda.
Aku berlalu pergi tanpa menunggu jawapan darinya.
Hati aku hancur dan remuk sendiri andai aku masih berdiri menunggu jawapan darinya.
Biar dia sendiri yang akan bersuara dengan keluarganya tentang keputusan kami.
"Eryna tak kisah dengan siapa pun kahwin asalkan dia dapat terima seadanya Eryna"aku duduk berteleku di samping wajah tua yang di mamah usia.
Datuk Raziff seorang kaya yang ku kenali setahun yang lalu.
Berjumpa secara tidak sengaja ketika dia sedang jatuh terjelepuk kerana sakit dada.
Kebetulan bekerja di restoran yang selalu dikunjungi oleh golongan elite.
"pakcik...kenapa ni.."tanya ku cemas bila kelihatan lelaki tua yang lengkap berpakaian kemas menekan nekan dada.
"pakcik sakit dada,tolong ambilkan ubat dalam beg pakcik"dengan bersusah payah dia bersuara.
Aku mula gelabah terus menyelongkar beg yang dimaksudkan.
Sepapan ubat ku tunjukkan padanya dan dia mengangguk aku segera mengambil dua biji dan segelas air suakan padanya.
Perlahan dia menelan bersama dua biji pil tadi.
Seketika kemudian dia kembali tenang.
Dia melirik senyum padaku.
"terima kasih nak...Nur Eryna"dia melihat nama yang tertera di tag nama di dadaku.
Aku mengangguk dan hanya tersenyum.
Sedikit gugup bila diberikan pandangan sebegitu.
"pakcik ok ker...kenapa tadi tu"aku hanya tanya sekerat kerana tidak biasa berbual dengan golongan kaya,tugasku hanya menghantar makanan sahaja dan bukan melayani mereka.
"pakcik selalu sakit dada...dah tua...biasalah"dia kembali tersenyum.
"penyakit orang kaya"gumamku.
"pakcik ok ker ni...jalan sendiri...atau nak saya hantarkan mana mana....tapi naik grab jerlah"aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Tergelak kecil.
Datuk Raziff turut tergelak.
"driver pakcik ada kat luar tu....terima kasih"
Perkataan O keluar daripada mulutku.
"saya hantar pakcik keluar "bahunya ku pegang agar lebih teguh berjalan,walaupun aku tahu banyak mata yang memandang sinis tentang tindakan ku.
Aku hanya membantu pada yang memerlukan dan tiada niat lain.
"terima kasih sebab tolong pakcik tadi..."
"kalau orang lain pun saya tolong...mungkin hari ini orang lain yang sakit,bila sampai masa kita orang pula sudi tolong kita"dalam maksudku,tapi itu sekadar ucapan.
Dua keping note seratus dihulurkan padaku.
Aku tergamam seketika.
"pakcik apa ni..saya ikhlas....saya tak nak apa apa balasan pun..."aku menolak lembut wang yang dihulurkan pada ku tadi.
Berubah air muka orang tua di depanku.
Tetap dia menghulurkan dan aku tetap berkeras menolaknya.
"Ya lah....mungkin pakcik akan balas dengan cara lain...."Dia tersenyum memandangku,pakcik tadi terus masuk ke dalam perut kereta dan mataku membuntuti sampai hilang dari pandangan.
"hoi...bos panggil..."bahuku terhinjut bila disergah dari belakang.
"terkejut aku...."aku mengurut dada.
"untung kau....kau tahu siapa tu?"tanya Laili teman kerja ku yang aku kenal tiga bulan yang lalu
Aku hanya menjungkit bahu sambil berlalu masuk ke dalam.
"dialah Datuk Raziff...antara.pemilik syarikat perkapalan dan import eksport yang terbesar di sini dan juga share holder syarikat kontraktor terkemuka di sini"cerita Laili.
"so..."
"kau berdua tak ada kerja ker?"laungan Puan Suria mengejutkan mereka.
Terus mereka berlalu tanpa kata,tergelak sendiri.
.........
.........
Aku bangun mengeliat kecil,jam menunjukkan enam pagi.
Hari ini hari cuti ku,maka lepas solat nanti aku boleh sambung lagi tidur.
Usai solat aku terus menyambung tidur dan terjaga bila bunyi telefon berdering.
"ishh...kacau lah..."telefon yang berada di meja sebelahnya di capai.
Tertera nama yang dikenalinya
"hello..."
'hoi anak dara masa ni tidur lagi ker?"terus dia bingkas bangun duduk dengan matanya masih lagi terpisat pisat.
"bagi salam boleh tak....?"tanyanya pada suara dicorong telefon.
"assalamualaikum.....good morning"
"hari ni tok ayah nak jumpa kita...kau siap aku jemput sejam dari sekarang"terus telefon dimatikan tanpa menunggu jawapan dariku.
Aku berdengus kasar.
Bantal aku balingkan ke bawah
"satu jam dari sekarang...fuhhh..."aku terus bangun mencapai tuala dan langsung ke bilik mandi.
Elok dengan masa yang diberikan sudah terpacak si playboy bermuka ketat itu depan rumah ku.
"tepat pada waktu..."jam tangan mahal miliknya di kerling seolah memerliku.
Aku hanya membatu tanpa kata,tiada mood untuk membalas pagi ini.
Sentiasa menganggu mood cuti ku.
Terus pintu kereta aku buka tanpa menantinya menyuruh aku masuk.
"diam jer pagi ni...tak cukup tidur ker?"perlinya.
"awak drive jer lah...malas nak bertekak dengan awak tak ada mood..."pandangan aku lemparkan di luar tingkap ,tangan ku rapatkan ke dada.
"emmm.....ok...."suasana sunyi kembali bila masing masing berdiam diri hanya kendengaran suara di radio sahaja.
"lepas jumpa tok ayah nanti ikut aku shopping....pilih baju yang menarik sikit"setelah sekian lama akhirnya dia bersuara,tetapi buat hatiku mendidih,buat halwa telingaku berasap.
Aku memandangnya,
"kenapa tak suka tengok saya macam ni...ooo...lupa awak kan suka perempuan yang pakai baju tak cukup kain....lupa"bidasku balik.
"kau nak jadi bini aku,jadi penampilan kau.aku yang tentukan"sepatah ayat yang membuatkan hati aku sakit lagi.
"suka hati awak lah...kalau tak pakai apa apa pun elok juga kut"bisik ku tapi dengan jarak yang dekat boleh didengarinya.
"apa kau kata...that's great....mungkin kalau kau naked lagi cantik"
Aku terkejut kata kata memakan diriku sendiri lagi.
Zayne Rafael ketawa besar bila tengok muka cuak ku.
Aku termalu sendiri.
Aku muncungkan mulut dan pandangan dilemparkan ke luar tingkap,kedengaran suaranya tergelak .
Share this novel