Hari ini macam biasa aku dan Zayne masuk ke pejabat selepas dua hari bercuti.
Zayne masih sibuk di dalam dan aku sibuk menyediakan laporan meeting,waktu kerja kami tidak akan main main kerana Zayne merupakan bos yang sangat tegas dan komited terhadap tugasnya.
Entah mengapa pagi ini Zayne tidak memanggil aku masuk ke biliknya,selalu jejak jer kaki masuk pejabat mesti dia akan menyuruh Lisa,memanggil ku alasan bawa masuk fail yang perlu dia teliti dan tandatangan.
Tapi aku lagilah senang kalau dia tidak panggil kerana bolehlah aku tumpukan sepenuhnya kerja yang perlu aku selesaikan.
Betul lah kata Zayne yang aku ni kalau sebut pasal kerja sakit pun jadi sihat,pagi macam biasa aku akan pening ,loya dan muntah tapi bila bekerja aku akan tahan semua itu.
Waktu makan tengahari baru aku berpeluang jumpa dengan kekasih pujaan hati.
"abang sibuk ker hari ni?" soalku semasa makan
"sibuk sikit,kejap lagi kita terus pergi jumpa Mr Thong Beng,abang nak bincang pasal projek tu"
" bukan ker dia dah serahkan pada anaknya David?"
", ya,tapi abang nak pengesahannya dulu lah,kalau dengan dia abang biasa berurusan tapi dengan David ni abang tak yakin mana lah"
Aku hanya mengangguk faham.
Ya lah kan bisnes berjuta juta,kalau nak serahkan pada orang pun kena teliti dulu.
Selepas makan tadi terus kami ke pejabat Mr Thong.
"wa harap lu bagi lah chance pada anak wa Mr Zayne,wa pun dah tua,dah boleh duduk rumah"
"InsyAllah Mr Thong saya pun harap you punya anak boleh handle ini projek pun macam you,I percaya sama you,harap anak you pun macam you lah"
David dari tadi lagi tidak lepas dari memandang ku yang sedang duduk tidak jauh dari Zayne.
"David,papa mahu kamu boleh kerjasama dengan Mr Zayne ini,dia client pada yang terbaik,lu kena bagi kerjasama dengan dia"
" ya papa,bagi wa peluang,papa boleh rehat"
"oh ya...ini gadis you punya pembantu ka?"
tanya Mr Thong nampak juga berminat dengan aku.
Anak dan bapak sama .
"oh lupa,ini saya punya wife dan pembantu peribadi" Zayne datang meranggkul pinggang ku
Aku sedikit cuak,tapi aku tahu dia buat macam tu sebab dia perasan yang David daripada tadi lagi memandang aku.
"bertuah you,punya bisnes besar,dapat bini pun cantik", puji Mr Thong buat aku kembang hidung.
Aku hanya melebarkan senyum.
"rezeki..." jawab Zayne sepatah dan ketawa.
"ok nanti I akan suruh my secretary sediakan surat perjanjian tu..kalau tak ada apa apa minggu depan kita deal"
"abang..Sayang tak sukalah si David tu,asyik pandang sayang atas bawah jer" aku mula bersunggut.
Zayne masih lagi teruskan pemanduannya.
Sesekali mengerling ke arahku dan melirik senyum.
Senyum paksa atau apa aku pun tak pasti sebab selepas perjumpaan tadi dia banyak terdiam sampailah dia dalam kereta.
" abang...sayang cakap dengan abang ni,dengar tak?" aku mengetap bibir dan menepuk bahunya.
" dengar...abang dengar,dah tu sayangkan cantik,benda cantik semua orang nak pandang,nak tengok"jawabnya lirih.
" malaslah cakap dengan abang..jadi abang sukalah kalau diorang pandang sayang macam tu?." aku terus memeluk dada,sedikit marah dengan jawapannya,pandangan ku lemparkan keluar tingkap.
Zayne ketawa kecil.
"laa...marah pulak ker,betullah apa abang kata,tapi tak kan lah abang nak marah dia,tumbuk dia bila dia tengok bini abang"
Aku masih terdiam ,terus memusingkan badan ke arah tingkap.
"suka hati abanglah..sayang tak nak cakap,lepas ni beli stuckbuck kat sayang"
Aku kembali pusingkan badan ke arahnya.
Zayne mengerutkan kening dan tergelak besar.
"hmmm...tadi bukan main marah ni minta stucbuck...sayang..sayang..." hidungku dipicitnya.
"sakitlah...!! jeritku marah dan geram dan dia tetap ketawa.
Dia pun terasa nak marah juga bila perasan yang David sudah dua kali memandang Eryna dengan pandangan yang sebegitu.
Timbul perasaan cemburu dan sakit hati bila orang yang kita sayang di berikan pandangan yang tidak menyenangkan oleh lelaki lain.
Kecantikan yang dimiliki oleh Eryna bukan sahaja diluar ,tetapi juga di dalam yang membuat hatinya selalu rasa berbunga dan istimewa.
"ok...janji sayang jangan merajuk...ni nak beli berapa? "
"tak janji...", jawab ku .
Tapi di dalam hatiku sungguh gembira kerana Allah titipkan aku lelaki yang begitu memahami aku.
Lengannya aku paut dan menyandarkan kepala ku kepadanya.
"emmm...bodek lah tu"
"abang diam jer lah...ker nak sayang merajuk lagi"
Sempat dia mencium ubun ubun ku.
Aku tersenyum sendiri.
........
........
"yes,dapat aku harap maklumat ini,boleh membuat Cik Sarah gembira"
Satu kertas diambil salinannya menggunakan telefon dan diletakkan kembali seperti sediakala.
Waktu makan tengahari tadi Sheira terus masuk ke pejabat Zayne.
Misinya terus berjalan atas arahan Sarah.
Segera dia keluar apabila sedar kehadiran seseorang.
" Hai cik Shera,awak buat apa area ni?" soal Lisa apabila perasan yang Shiera seolah tergopoh gapah keluar.
"hah...tak ada apa apa...kebetulan mesin photostat kat sebelah sana rosak..jadi saya guna yang tu", sambil menunjukkan ke arah berhampiran tempat Lisa.
"you tahu kan kawasan ni hanya orang tertentu jer boleh masuk just I ,Alia ,Puan dan Tuan sahaja, kecuali dipanggil...lain kali nak apa apa you kena minta kebenaran,kalau tak I report dengan Tuan Zayne" pesan Lisa agak curiga dengan kelakuan Shera.
"ya,..ya..saya minta maaf,saya pergi dulu"
"tadi kata photostat...tapi tak nampak pun kertas kat tangan dia" Lisa sedikit syak.
"fuh lega,kalau tak mampus aku tahan kena kat mulut Lisa tu",Shera mengurut dada lega.
Segera dia mendail nombor Sarah untuk memberi maklumat yang dia dapat.
......
.......
"thanks abang ...belikan air ni...puas hati sedap" Aku betul betul menikmati air stucbuck itu,bukan satu pasti dua.
"sayang ni,semua makan mesti dua..nasib laki tak ada dua"
Aku mencubit lengannya.
"abang ni...ada ker cakap macam tu...abang nak ker bermadu?"
"hahah...tak pernah lagi dengar orang perempuan bermadu.....larat ker nak layan..kalau dua dua nak?." dia ketawa besar.
" abang...eee...geram lah", aku menumbuk numbuk bahunya.
"ok..ok..abang gurau jerlah...lelaki jer boleh bermadu...."
" oooo...jadi ada hatilah nak bermadu...berhenti kat sini sayang nak turun" aku pula yang terasa.
" Allah silap cakap lagi" bisik Zayne.
" mana mungkin abang madukan sayang,sayang pun dah cukup manis lebih daripada madu" ayat pujuk dia dah datang.
Aku terus muncungkan mulut sedepa.
Akhirnya dia terpaksa mengalah dengan mendiamkan diri sampailah ke pejabat.
Aku keluar kereta terus menuju masuk ke dalam pejabat .
"sayang,hati hati...aduh...matilah aku,macam mana nak pujuk ni"
Aku terus melangkah masuk bilik,Lisa sempat bertanya tetapi aku tidak menjawab
"Tuan,kenapa dengan Puan tu merajuk ker?"soal Lisa.
"merajuk.."
",perempuan..macam tu lah...alah pujuk lah..tak kan Tuan tak tahu nak memujuk,beli bunga ker,hadiah ker..pasti cair lah" saran Lisa membuat Zayne tersenyum.
" thanks Lisa,ok saya keluar kejap" segera Zayne pergi.
"Tuan..." Lisa tak sempat nak beritahu yang tadi Datuk Raziff nak jumpa petang nanti.
" tak palah kejap lagi aku beritahu...orang tengah nak memujuk wife"
Lisa ketawa sendiri.
.....
Aku masih lagi berada di bilik ku.
Harap juga tunggu Zayne datang memujuk ku tapi tak juga masuk.
"ok..kerja dah beres"
Deringan telefon mengejutkan aku.
"Mak"tertera nama Mak dia skrin telefon.
"assalamualaikum...Eryna"
"waalaikumussalam,Mak,rindunya..Mak sihat?"
"sihat alhamdulillah,Eryna macam mana?"
"sihat Mak,tapi pagi pagi ni memang tak selesa lah ..."
" hmm..biasalah tu baru baru ni,bila nak balik sini,Mak rindulah...adik kamu tu pun nanti nak duduk bandar juga katanya,dia dapat tawaran masuk U"
" oh ya ker Mak,alhamdulillah...tapi kenapa dia tak call Eryna cakap?"
", dia sibuk,siang hari pergi bengkel paksu kerja"
" tak palah Mak ,Abang Zayne janji minggu ni nak balik,nanti bolehlah kita buat doa selamat kat dia kan Mak"
"elok lah tu...ok nanti Mak call balik ya,Mak cuti hari ni,nak keluar cari barang kedai.."
"ok Mak...jaga diri elok elok ya"
"kau tu juga,jangan lasak sangat" pesan Mak sebelum memutuskan panggilan.
Terubat sikit kerinduan bila mendengar suara Mak.
Tanpa aku sedar ada mata sedang memerhati ku.
Senyum yang aku ukirkan tadi terhenti dengan tiba tiba bila nampak Zayne terpacak di belakang ku dengan membawa sejambak bunga mawar.
"suprise"
Sejambak bunga mawar dihulurkan padaku.
"bukan birthday sayang pun"aku menyambut dan mencium bunga dan terbersin pula.
" busuk" aku letakkan di atas meja.
"tahu..saja nak bagi...." dia menghampiri ku dan memeluk pinggangku.
"merajuk lagi ker..?"dagunya diletakkan di bahuku.
"tak..." aku tersenyum ,mana mungkin aku merajuk lama lama dengan yang seketul ini.
"hmmm...tadi sembang dengan sapa?"
"buah hati"
"hah...sayang..." bahuku dipegang.
'"yalah...buah hati kat kampung" ujarku sambil tersenyum.
"emmm...Mak..ingatkan buah hati mana tadi"
Aku ketawa bila dia cuak.
"Mak call dia suruh balik nak buat doa selamat kat Erman dia dapat masuk U"
"ooo...alhamdulillah...bila?"
" next week...kebetulan kan kita nak balik sana?"
Zayne mengangguk.
"Abang...sebut pasal balik kampung mesti diam..kenapa tak suka kampung,tapi kahwin dengan perempuan kampung" aku berlalu duduk di sofa.
Dia membuntuti aku.
Aku mula buat muka sekali lagi.
"kalau abang tak nak balik,biar Sayang balik jer"
Zayne menggosok tengkuk.
"kita balik...abang minta maaf...tapi orang kampung sedap...macam ayam kampung" pipiku dikucupnya
" ooo...abang samakan sayang dengan ayam?"
"hahah..tak...perumpamaan jer"
"mana ada perumpamaan macam tu"
"abang cipta sendiri"
"iyalah tu...tapi janji minggu ni balik "
"yes madam" segera dia mengucup bibirku.
Pasrah jer lah...dapat suami terlebih romantik tak kira masa dan tempat.
Aku...aku lagilah suka,malu tapi mahu.
Aksi kami terhenti bila terdengar ketukan dari luar.
Segera bibirku di lap dan bangun membetulkan baju masing masing kami tersenyum sendiri.
Pintu dibuka,terpancul muka Lisa yang sedikit terkejut.
"ya Lisa ada apa?"soal Zayne.
"saya cari Tuan tadi,rupanya di sini...tadi Datuk Raziff call kata nak jumpa Tuan dan Puan sekali" sempat dia mengerling ke arah bunga yang berada atas meja
"cantiknya..." teruja dia.
" ok...nanti saya call dia balik"
"Tuan..dah ok ker?"sempat dia berbisik.
Zayne buat isyarat mengangkat ibu tangannya .
Lisa tergelak dan berlalu pergi.
"ni mesti ada apa apa"
" tak adalah...Lisa yang bagi cadangan tadi suruh abang bagi bunga kat sayang...pujuk"
"tapi sayang tak suka lah bunga...membazir,lain kali bagilah sayang kereta ker,duit ker"
"amboi...demand ya..."
Aku ketawa.
"tapi yang paling sayang suka ialah..." terus aku memeluknya
"pelukkan abang dan sentuhan abang" pipinya aku kucup
Zayne pastinya melebarkan senyum dan membalas pelukan dan mengucup hangat dahiku.
Terasa kebahagiaan milik kami.....
Share this novel