bab 75

Romance Completed 61355

Kandungan aku sudah memasuki dua bulan dan alahan kali ini tidak seteruk yang sebelumnya aku bersyukur Allah permudahkan semua.

Cuma bila bangun di waktu pagi macam biasa aku akan terasa pening dan mual tetapi bila makan aku boleh menghabiskan banyak makanan dan perut pun sentiasa lapar membuatkan badanku semakin berisi.

Bila kita makan dan tidak selalu muntah itu adalah satu keberuntungan semasa mengandung dan satu keselesaan buat aku.

Zayne pula semakin sibuk menyiapkan projeknya dan aku kini terasa semakin kesunyian bila sentiasa ditinggalkan sendirian.

"abang,kalau sayang nak masuk kerja balik boleh?" tanganku meraba dada bidangnya.

Zayne melakar senyum sumbingnya dan membiarkan tanganku menjalar di dadanya kerana dia tahu isterinya kini bermain emosi dengannya.

"ni nak bodek ke apa?" dia tertawa kecil bila tanganku mula meraba ke tempat yang lebih sensitif.

"hahah...kan tu dah tegang" aku melepaskan tangan dengan cepat bila terasa sesuatu yang mengeras di bawah sana.
Sendiri cari nahas.

"mana ada,nak goda suami tak boleh?kan dapat pahala"

"abang,dengar tak,sayang nak kerja....bosanlah duk kat umah...abang pun selalu tak ada..asyik tengok muka bibik jer...abang pun dah jarang ada kat rumah" Zayne membiarkan isterinya itu terus membebel.

"abang tak izinkan...sayang kan mengandung,abang tak nak terjadi apa apa nanti.." dia mengusap rambutku dan mencium.

Aku segera bangun dari pembaringan sejak mengandung ni aku jadi cepat emosi dan tidak boleh menerima sebarang penolakkan.

Aku jadi sedikit degil mungkin pembawakan budak.

"sayang...",,aku terus bangkit dan ingin berlalu pergi tetapi tanganku ditarik kembali ke pangkuannya.

"sayang..please kali ni..,abang tak nak kehilangan zuriat abang..abang tak nak tengok sayang sedih lagi...abang tak sanggup...." ujar Zayne sayu.

Dia nak jaga sebaiknya isteri dan anaknya,dia tak nak apa apa yang terjadi seperti sebelum ini.

Dia tahu dia semakin sibuk dan sudah lama tidak" sempat menemani isterinya ke mana mana.

Syarikatnya kini perlukan security yang kuat kerana ada orang yang ingin sabotaj.

Minggu lalu ramai pelabur yang menarik diri tanpa tahu puncanya,kes dia dipukul beberapa bulan yang lalu pun sampai akhir tiada jawapan siapa pelaku dan kita hal syarikat yang paling membimbangkan.

Eryna tidak pernah dia beritahu kerana tidak mahu isterinya itu bimbang kalau dia sedang menghadapi masalah yang besar.

Ada orang yang sengaja menembusi benteng security syarikatnya,ini mesti di lakukan mereka yang pakar dalam bidang teknologi canggih.

"abang...abang..." dada Zayne dipukul,Zayne yang mula terasa sakit tersedar dari lamunan nya.

"ya...abang dengar",Aku mengernyit mata hairan apa yang dia dengar sedangkan aku tak kata apa pun.

"apa yang abang dengar?" saja aku ingin menduganya.

"sayang ada kata apa?" terbaik soalan bertemu soalan makanya tiada jawapan.
Aku ketawa bila lihat mukanya yang mula merah kerana terkena.

'sayang kenakan abang eh" dia mengeletek aku sampai terkeluar air mataku.
"dah...dah..sayang dah tak larat" aku memegang perut ku yang mula rasa mengeras.

"sakit ker,sorry abang tak tahu"
Zayne mula cemas bila lihat muka ku mula merah.

"tak ada apalah mungkin baby ni turut tergelak kut", ujarku sambil tergelak melihat muka cemas suamiku.

Dia mengurut dada lega.

"relaks la abang..tapi abang macam ada masalah je kan" teka ku.

"tak ada apa lah,tapi soal sayang nak kerja tu memang abang tak bagi" dia tetap dengan keputusannya tak ingin Eryna berkerja,tidak mahu isterinya terlibat dalam masalah yang dia hadapi kini.

"betul ni?" aku memeluknya dan kepala ku letakkan di dadanya.

"ok lah..tapi sayang nak tiap tiap minggu kita keluar jalan jalan..boleh?"

"baik madam,perintah di turut",dan dia mengucup dahi ku lembut dan beralih ke bibirku tempat yang paling selesa dan yang pertama kali dia suka.

"emmm....sayang ngantuk lah"

"eh...cepatnya...tadi elok jer bersembang ni,tiba tiba mengantuk" dia memicit hidungku.

"sakitlah,tadi tak ngantuk ,sekarang dah mengantuk" aku merebahkan badan di sampingnya.

"pandai nak elak" terus dia memeluk ku erat dan tangannya mula masuk ke dalam baju tidurku.

"abang..tangan tu.." lagi aku kata lagilah dia menjalar .

"sayang...." suara romantiknya mula berbisik di telingaku,membuat bulu roma ku merinding.

"abang....geli lah..." aku cuba alihkan tangannya tetapi tetap dia lakukannya.

"sini pandang abang" dia membalikkan badanku .

Saat mata menatap maka tahulah apa yang terjadi.

Malam bagi Zayne Rafael tak akan berakhir dengan sia sia .
Pasti ada romantis dan kenikmatan

........
........

Seperti yang dijanjikan Zayne mencuba mencari ruang di antara kerja dan masa untuk Eryna.

Dia membawa isterinya itu berjalan jalan dan keluar makan kerana Eryna tidak boleh makan masakan di dalam rumah.

Mengidam kali ini lagi pelik dari yang sebelum ini.

"sorry abang sebab susahkan abang"

'"apa yang susah pula,untuk wife dan baby abang"

"thanks sebab selalu ada dengan sayang"

"terima kasih juga sebab hadir dalam hidup abang,berikan bahagia untuk abang,untuk family kita" tanganku digenggam erat.

"nanti lahirkan anak ramai ramai buat abang...kalau boleh sedozen" .

"amboi ingat kilang ke apa abang,"

"hahah...gurau aja,empat orang pun dah cukup,nanti kasihan bini abang ni nak meneran"

"abang!! aku mencubit perutnya.

"betullah,kan kena terankan"

"emm...tu kalau normal,kalau czer lagi sakit rasanya"

"tapi kalau boleh sayang nak semua normal"

" yang penting dua dua selamat sayang"

Aku mengangguk dan tersenyum.

Semoga datang yang indah indah sahaja dalam hidup kami.

Tetapi tiada kehidupan tanpa dugaan dan cabaran.

Gembira tidak akan hadir tanpa dugaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience