"Lisa awak panggil Alia bahagian HR kejap masuk jumpa saya dan suruh dia bawa fail orang yang temuduga tadi"arah Zayne sebelum Masuk ke biliknya.
"baik Tuan Zayne"Lisa terus menekan nombor yang menghubungkan ke bahagian HR.
"sayang masuk bilik dulu'pintaku.
"hati hati.."pesan Zayne padaku.
Aku terus berlalu masuk ke biliku.
Sebentar kemudian Alia masuk dan menyerahkan fail beberapa individu yang di temuduga tadi.
"awak dah list ker yang mana layak?"Zayne memerhati senarai yang diberi dan mengangguk anggguk.
"dah,ada beberapa orang yang saya rasa sesuai dengan jawatan yang ditawarkan..tatapi Tuan lah buat keputusan....mana yang layak"ujar Alia.
"tak pa...nanti saya senarai pendek kan berdasarkan biodata diorang serta pengalaman yang ada tertera di sini...selebihnya awak yang pilih sebab awak yang temuduga diorang kan?"
"baiklah Tuan kalau tak ada apa apa saya keluar dulu"
Alia berlalu pergi dan Zayne tiba-tiba teringat tentang perbincangan nya dengan Tok Ayah dan Mr Chua.
"Tok Ayah nak Zayne komitmen dengan bisnes ni juga...sebab nama Zayne pun ada dalam share syarikat perkapalan ni...Tok Ayah nak Zayne bincang dengan Mikael sekali...ingat kita kena berhati hati dengan keluarga Sarah...takut dia tikam kita dari belakang...apa apa nanti Zayne datang cari Mr Chua sebab segala rahsia diaorang dalam genggaman kami"pesan Datuk Raziff.
"ya Mr Zayne...itu Mr Razak banyak problem laa...ada agenda dia dengan anaknya Sarah...kita kena hati hati"Mr Chua juga turut berpesan.
Zayne melepaskan keluh kasar.
"apa sebenarnya niat kau Sarah..nak rampas harta?"bisiknya sendiri.
Dia kembali meneliti biodata yang di temuduga tadi.
Beberapa orang cuba disenarai pendekkan untuk memenuhi kriteria yang sesuai berada di syarikatnya.
Lama juga masa yang diambil untuk meneliti agar dia tidak tersilap membuat pilihan
"ok done...harap pilihan yang tepatlah"butang enterkom ditekan dan Lisa masuk.
"awak tolong serahkan pada Alia"
"baik Tuan Zayne...Tuan tahniah.."ucap Lisa dengan tiba tiba.
Zayne sedikit terkejut.
"tahniah sebab apa?"
"Puan Eryna mengandung"pecah dah rahsia rupanya,orang perempuan mana lah boleh berahsia,suka gosip.
Zayne mengangguk dan mengukir senyum.
"terima kasih...semua dah tahu ker?"
"dah heboh kat luar tu"
Zayne mengerutkan keningnya.
"ok lah ..awak boleh keluar dan panggil mem besar masuk "arah Zayne dan Lisa tergelak kecil.
"Eryna...Eryna...mama dan papa pun tak tahu lagi...kau dah heboh satu office"Zayne tersenyum sendiri.
"hai tersenyum teringat kan buah hati ker?"
Terpancul wajah yang tersayang.
"ya...buah hati yang kat depan mata ni lah...."Zayne terus bangun dan memeluk pinggang ku.
"abang selalu buat macam ni...ni office kan?"
"nak kisah apa kita kan suami isteri"dagunya diletakkan di bahuku.
"satu office dah tahu ker?"tanya Zayne membuat aku terkejut.
"tahu apa?"
"pasal sayang mengandung..."
"hah...sayang tak kasi tahu apa apa pun...ha..ni mesti kerja si Liza..tadi dia yang tanya sayang kenapa selalu nampak letih...jadi sayang beritahulah kat dia....abang kan tahu dia tu macam mana..."
"tak palah benda baik...."Zayne duduk kan aku di kerusi dan dia melutut.
"abang duduk atas lah..."
"sayang...terima kasih...abang happy sangat dan bersyukur sebab sayang hadir dalam hidup abang...."tanganku di genggamya dan dicium lama.
"sama sama ,sayang pun patut ucapkan terima kasih pada abang sebab sudi terima sayang walaupun dulu abang benci sayang,buli sayang sampai sayang hari hari nangis"aku mencebik manja.
"alah...kesiannya...itu dulu...sekarang abang baik dah kan....tu...dah ada hasil kat sini"perutku diusapnya
Aku kembali tersenyum.
"pandailah tu...jom lah balik...sayang teringin nak makan something lah ..."ujarku.
"emmm....dah mula sesi mengidam dah..."Zayne bangun berdiri dan menarik tanganku dan merapatkan ke badannya.
"jangan sebut pasal nak makan cendol yang kat kampung dah", bisiknya sendiri.
Dia memegang pipi ku dan merapatkan bibirnya dan semestinya ulas bibirku menjadi sasarannya
"ab..abang"tak sempat mengelak terus dia membahamnya.Mana mungkin nak menolak ciumannya....aku turut hanyut sebenarnya.
"tak menyempat lah abang ni...kat rumah pun boleh"dadanya aku tumbuk tumbuk dan dia hanya tergelak
"mana boleh tahan sayang selalu goda abang..."terus badanku dipeluknya dan ubun ubunku di cium lembut seolah menyalurkan cinta yang mendalam.
Aku bahagia.
"jom..kita balik dan singgah rumah mama dan papa kejap kita inform pasal good news ni"
"dah sampai ...berseri seri ibu mengandung ni..."sebaik melangkah masuk melangkah masuk terus dipeluk mama.
Kami sedikit terkejut,Zayne yang berdiri di depan ku hanya tersenyum dan mengungkit bahu.
Tanda kami tak tahu yang mama dan papanya sudah tahu berita kehamilan aku.
"ni mesti kerja Tok Ayah kan?"tanya Zayne pada Datuk Raziff yang tadi tergelak duduk di sofa.
"benda baik kena lah heboh nak tunggu korang sampai perut tu boyot dulu"sapa mama.
"semalam lagi tok ayah call,mama tunggu jugak lah malam tadi kut nak kasi tahu berita ni...tapi tulah dilupakan kita kat sini"
"nak suprise....tapi kita pulak yang terkejut"Zayne memeluk bahu mamanya.
"Tahniah Zayne ,Eryna...kami tumpang gembira..."kini giliran papa Zayne pula memeluk Zayne.
"sama sama pa..."
"mari lah duduk...kesian tengok Eryna..mesti penat....ni kerja lagi ke?tanya mama.
"Eryna boleh jer kerja mama..cuma bila bangun pagi tu...pening muntah...bila makan macan tu juga"
"Zayne dah larang..tak dengar ma...menantu mama ni degil...katanya tak boleh berjauhan dengan Zayne rindu.."dia menjeling ke arahku.
"abang yang tak boleh berenggang..kata sayang pula..."aku mencebik dan wajahku merona malu.
"dah lah tu...kau ni tak habis habis lagi menyakat Eryna...tengok dah merah padam muka "larang mama.
Semua yang ada tergelak melihat kerenah kami berdua.
"jomlah kita makan malam dulu..nanti sembang lagi"kami bangun membuntuti mama terus ke dapur.
Seronok dapat berbual dengan keluarga sambil makan malam.
Selepas makan seperti biasa makanan tidak akan duduk lama dalam perutku.
Aku pasti rasa loya dan terus muntah.
"teruk sangat tu alahannya..kesian mama tengok..."
Zayne dari tadi menggosok belakangku.
"tu la mama...macam nilah tiap kali makan..macam macam dia terliur nak makan...sudahnya buang semua..."
"awal awal memang macam ni....masuk 3,4,bulan tu ok lah..tapi kau tu yang kena tahanlah sikit perangai orang mengandung ni...macam macam ragam.."pesan mama.
"dah ok..."Zayne memegang kedua bahuku dan membawa ku ke ruang depan.
Aku hanya mengangguk dan terdiam saja .
"sayang rehat dulu...nanti lega sikit kita balik...abang nak cakap dengan Tok Ayah dan papa kejap"
"ok...."Zayne terus berlalu ke arah Tok Ayah dan Papa yang sedang berborak di beranda selepas makan tadi.
"macam mana dengan Eryna dah ok ke?sapa papa bila Zayne mengambil tempat duduk di depannya.
"dah buang semua tu...ok lah kut"ujar Zayne.
"macam mama kau dulu lah tu...alahan teruk juga...siap papa kena tidur luar lagi..katanya tak boleh bau papa...lagi jenuh...tak boleh buat apa...redha jer lah"ujar papanya.
"ish abang ni..buat malu jer buka rahsia kita"muka mama sedikit merona merah bila suaminya membuka cerita.
"abang nak cakap jer..."
"dah la...korang borak dulu..mama nak tengok Eryna"Puan Marina terus berlalu mendapatkan Eryna yang sedang bersendirian di ruang tamu.
Zayne turut tergelak bila lihat muka cuak mamanya tadi.
Sejam juga Zayne dan Tok Ayah serta papanya berbual tinggalkan aku sendirian melayan cerita di ruang tamu bersama mama.
"sayang jom balik...abang dah nampak katil kat rumah ni?"tanganku ditarik manja.
"amboi...kat sini pun ada katil jugalah...boleh tidur.."sapa Puan Marina pada Zayne.
"kat rumah lah lagi best mama...boleh..."
"dah mula nak melalut lah tu.."aku terus memotong cakapnya bila nampak muka gatalnya.
Mama tergelak bila mendengar kata kataku tadi.
"Zayne..Zayne...dulu bukan main lagi garang dengan Eryna...sekarang ni manja terlebih pula mama tengok.."usik Puan Marina.
"tu lah mama...dulu tak pandang kita kan..."aku menjeling ke arahnya yang masih lagi bermain dengan jari jemari ku.
"dulu tak kenal...sekarang luar dan dalam..."dia mula mencuit hidungku.
"jom lah balik..nanti tak pasal ulat bulu naik daun pulak...buat malu jer"aku menghulurkan tangan untuk bangun.
"iyalah .malam pun dah lewat ni..."terus mama menghantar kami ke pintu.
"mana Tok Ayah?"tanya ku apabila tidak kelihatan Tok Ayah di mana mana.
"tadi Tok Ayah kata mengantuk ,tidur lah tu...orang tua biasalah..."balas Zayne.
"ok mama kami balik dulu..nanti jumpa lagi"aku memeluk mama,tiap kali memeluknya aku teringat mak kat kampung.
"Zayne drive elok elok...lagi satu mama nak pesan...awal awal ni jaga kandungan..jangan lasak sangat.."pesan mama sambil tergelak.
Aku mengerut kening tidak faham dengan kata kata mama.
"tahu lah Zayne..."selepas bersalaman kami terus masuk ke perut kereta dan meninggalkan rumah orang tua Zayne.
Sesampai di rumah aku terus mandi dan merebahkan diri di atas tilam.
Zayne seperti biasa balik saja tampat pertamanya mestilah ke bilik bacaannya.
Mataku semakin. berat untuk di buka dan akhirnya aku terlena sendiri tanpa Zayne di sisi.
Pintu dikuak dari luar.
"laa dah tidur..."Zayne mendekati katil dan duduk di birai memerhati sekujur badan yang sedang lena dengan nyenyaknya.
Di usap perlahan pipi mulus isterinya yang kelihatan letih,letih kerana sekarang ini menanggung satu lagi nyawa bersamanya.
Zayne tersenyum sendiri,dia rasa seolah bermimpi yang hidup nya kini telah berubah,dulu hidupnya musnah kerana seorang perempuan dan kini hidupnya bahagia juga kerana seorang perempuan.
Dia mengeluh perlahan dan terus mencapai tuala dan langsung ke bilik mandi untuk bersihkan dirinya .
Selesai mandi kelihatan Eryna masih lagi tidak berganjak dari tidurnya
Diambil seluar separuh lutut dipakainya dan dibiarkan badannya tidak berbaju.
Perlahan dia menghampiri isterinya yang sedang tidur.
Kepala Eryna diangkat dan diletakkan atas lengannya.
Eryna seolah tahu yang itu adalah Zayne dan dia terus memeluk melekapkan mukanya di dada Zayne.
"abang..."sepatah dari mulutku.
"emmm..abang faham sayang selesa macam ni kan?"tanya dia dan mengusap lembut rambut isterinya.
Bahu Eryna di tepuk tepuk seolah mendodoi.
Akhirnya dia sendiri terlena berpelukan antara satu sama lain.
Begitu indah suasana sebuah perkahwinan....
Share this novel