bab 22

Romance Completed 61355

Selepas balik dari bilik Tuan Zayne Shera terus keluar dan sempat diperli keras oleh Lisa.

"awak tu kalau nak lama kat sini kena hati hati....jangan sampai Tuan Zayne pecat.."kata kata Lisa terngiang ngiang ditelinganya
Shera mengetap bibir geram.
Baru masuk kerja sudah timbul masalah.

"aku kena hati hati"gumamnya.
Dia tahu ,dia perlu berhati hati agar semua mereka tidak curiga dengan sebarang tindakannya.

Dia lakukan semua ini bersebab bukan untuk dirinya tetapi kerana terpaksa,perkenalan dia dengan Sarah kebetulan saat dia perlukan bantuan dari perempuan selicik itu.

Dia cuba untuk tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya tetapi semua itu bersebab.

.........
.........

"sayang kena ada ker?"aku dipaksa oleh Zayne untuk mengikutnya ke perjumpaan membentangkan projek besar itu.

"mestilah..bagi semangat kat abang...tapi nanti sayang jangan terkejut pula sebab ..."

"Sarah..Sarah ada kat situ juga kan?"potong ku.
Zayne mengangguk dan memandang ku sejenak.

"mana,sayang tahu?"

"naluri isteri..."

"emmm...naluri isteri...hebat..."dia tersenyum dan meneruskan pemanduannya sampai ke sebuah hotel yang mengadakan meeting itu.

Sebaik saja melangkah masuk lekibat Sarah kelihatan bersama dengan ayahnya.

"hai..jumpa lagi kita"sapa Sarah tersenyum sinis.

"pakcik..."Zayne menyuakan tangannya pada ayah Sarah.

"Zayne Rafael...sentiasa berkepit dengan wife you ya sekarang...."perlinya memandang sinis ke arahku.

"Sarah...jangan buat kecoh kat sini..jom masuk"
Sempat lagi dia menyentuh pipi Zayne.

"Sarah"Zayne mengetap giginya menahan marah,aku memegang lengannya dari terus bertindak.

"sabar...kalau abang sakit ,sayang lagi sakit hati tau"bisik ku sehingga dia tergamam.

"sayang.."

"jom...senyum sikit.."aku tersenyum bila mukanya kelihatan kelat tapi tetap tampan.

Zayne menggaru kepalanya dan turut tersenyum.

Bayangkan aku terpaksa duduk hampir 3 jam untuk mendengar satu persatu projek mega itu dibentangkan membuatkan kepala ku semakin pening dan lebih memeningkan lagi bila pandangan mata galak Sarah tidak lepas memandang Zayne.

Aku hanya terdiam dan sesekali Zayne mengerling ke arah aku.

"sayang ok ker?"bisik Zayne bila lihat aku mula gelisah.
Aku hanya mengangguk .

Selepas majlis bersurai Zayne tidak lekang mendapat ucapan tahniah dan pujian atas kejayaan mendapat tender besar projek Putrajaya itu.

Berbaloi dengan usahanya selama ini.

"congrats Zayne Rafael...ingat I yang dapat..."kata kata sinis dari Sarah.

"adatlah dalam pertandingan ada menang dan kalah yang penting jujur"balas Zayne.

"betul...tapi ada kata kita juga kena jadi licik dalam bisnes kan...untuk mencapai hasrat dan impian kita.."renungan Sarah pada Zayne membuat hati aku membara sakit.

"abang ,sayang nak ke ladies dulu"bisik ku.
Tapi tanganku ditarik oleh Zayne sampai aku kembali terdorong di sisinya.

"nanti dulu....abang temankan..."Aku mengeluh kecil,sakit hatiku melihat riak wajah Sarah.

"kesian aku tengok kat wife kau..pucat semacam jer muka...tu la kan..sedia nak berkepit dengan laki..."perli Sarah semakin menjadi jadi.

"I kerja ok...bukan saja datang nak gedik kat suami...dia bos dan I pekerja...of course la I ikut dia..tak kan nak lepas tangan macam tu jer"ujarku membalas .

"lagipun kalau I gedik pun suami sendiri bukan suami orang"
Zayne memandangku dan tergelak kecil.

"jom lah abang...Sayang tak tahan dah ni..."aku terus menarik tangan Zayne yang dari tadi bengang.

"nak masuk?"tanya ku apabila Zayne masih lagi tidak melepaskan pegangan tanganku.

"boleh ker?"aku mula cuak bila ada mata memandang kami.

"habis tu lepaslah ..."dia tergelak bila sedar tangannya masih pengang tanganku.

Selesai semua kami terus kembali ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience