bab 4

Romance Completed 61355

Selepas menghantar pulang Eryna tadi Zayne Rafael terus mandi dan merebahkan badan atas katil.

Tiba tiba wajah Eryna muncul di depannya.

"Nur Eryna..."terpancul nama Eryna di bibirnya

Dia bangun mencapai telefon dan membuka galeri gambar,beberapa keping gambar Eryna yang dicuri tadi direnungnya.

"cantik...lembut tapi kasar"bisiknya.

Terbayang wajah indah itu berlegar legar,tapi kalau mengingatkan mulut lancang perempuan itu sedikit buat hatinya terusik.

Tak sangka begitu indah sekali penampilannya tadi,hampir terpukau dibuatnya.

"tapi jangan harap kau akan dapat cinta daripada aku...berkahwin dengan aku akan buat kau derita Eryna..."
Wajah Eryna terus ditatapnya,sampai terlena sendiri kerana keletihan

.......
.......

"kak...tunang kau tu handsome gila...bertuah kau,dah la kaya..."Erman dari tadi menonton tv bersuara.

"emmm...yalah tu ..campuran...kau pun boleh jadi kaya dik,belajar rajin rajin"

"betul kata akak tu Erman...belajar bagi rajin..."sampuk mak.

"akak masuk tidur dulu esok nak kerja,nanti jangan lupa tutup semua suis tu"

'dah nak kahwin pun kena kerja lagi ker kak?"

"eh mestilah...kahwin dengan kerja berbeza"aku terus berlalu meninggal kan Erman sedang asyik menonton tv.
Mak sudah berlalu masuk bilik sebentar tadi.

Aku merebahkan diri ,baju yang di beli tadi masih lagi tidak di buka.

Aku bangun mengambil beberapa beg kertas itu,melihat satu persatu.

"beribu tadi habis...kalau duit aku memang tak merasa semua ni"

Aku baru teringat tentang kad kredit yang diberikan padaku tadi masih lagi berada dalam beg tanganku.

"esoklah bagi"gumamku

Baju yang dibeli tadi aku masukkan dalam bakul untuk dibasuh.
Mana mungkin aku pakai pakaian baru yang tidak dibasuh terlebih dahulu.

"esok kena hadap muka ketat tu lagi...tapi ketat dia pun bos juga kan....nanti jadi suami aku...hmmm..."gumamnya lagi.

Teringat masa mula mula masuk kerja selepas seminggu berjumpa dengan Puan Marina dan Tuan Zikri dia beranikan diri memohon kerja di syarikat ZR .

"ya cik cari siapa?"sapa penyambut tetamu bila kakinya melangkah masuk syarikat yang bertingkat tingkat itu.

"Tuan...Tuan Zikri..."tergagap suaraku masa tu.

"ada buat temu janji ker?"pertanyaan itu buat aku semakin gugup.

"nama,saya Nur Eryna ..."

"ooo....kejap rasa ada....Datuk Raziff ada inform haritu.."penyambut tetamu itu seperti menaip sesuatu.

"cik Eryna ya..."

Aku hanya mengangguk.

"naik tingkat 3 ya di situ cik boleh jumpa dengan pembantu yang bernama Puan Alia...nanti dia akan bawa cik jumpa bos"

Aku teruskan langkah menuju ke arah lift dan menekan tingkat 3 yang dimaksudkan.
Kalau di bawah tadi aku melihat suasana bilik yang luas tapi yang berada di depanku dua kali ganti lagi luas.
Aku terpaku seketika sehingga ditegur oleh satu suara yang mengejutkan aku.

"Eryna...dah lama tok Ayah tunggu"aku berpusing ke belakang dan lebih mengejutkan bila figura yang amat indah pemandangan dengan rupa persis model tersenyum ke arahku.
Aku sedikit tertunduk malu seketika.

"jom masuk dalam"aku hanya mengangguk dan membuntuti mereka.
Semua mata memandang ke arahku.
Aku hanya mengukir senyum buang rasa kekok ku.

"duduk Eryna...."aku hanya menuruti.

"ni kenalkan cucu tok ayah...Zayne Rafael"

"Zayne ini Eryna...gadis yang tolong tok ayah dulu"
Rupanya tersebar luas berita aku tolong Datuk Raziff tempohari.
Ternyata pertolongan kecil menjadi rezeki yang besar buat diriku.

kami hanya mengangguk antara satu sama lain.

"Zayne tok ayah nak kau ambil dia jadi pembantu...haritu kata pembantu lari kan?"

"tok ayah..."Zayne bersuara agar Datuk Zariff tidak meneruskan cerita pasal pembantunya lari.

Aku agak terkejut kenapa pembantu boleh lari.

"tok ayah ada kerja kat pejabat jadi tok ayah tinggalkan Eryna kat sini...ingat Zayne jaga Eryna baik baik jangan sampai dia lari ok?"
Aku yang tadi masih kaku terasa seram sejuk bila Datuk Raziff melangkah pergi.

"well Eryna...betul nak jadi assistant saya..?"aku tersentak bila suara garau berbisik ke telingaku.

"kalau kau boleh tahan...kau memang hebat...welcome to my rules,"sebuah fail di hempas keras didepanku.

"ambil ni dan baca peraturan ,hadam betul betul sebelum buat keputusan,bawa balik esok kau datang,kalau kau datang balik ertinya kau sanggup kerja,jika sebaliknya aku anggap kau loose...."pedih dan padat kata katanya.

Aku hanya mengangguk dan berlalu melangkah keluar.

"tunggu...".

Terhinjut bahuku,mata ku pejamkan dan perlahan badan aku pusing.

"ya Tuan..Tuan...Zayne?"

"tak ada apa...ingat esok...tepat jam 8.30 jangan terlewat satu minit pun"pesannya.

"ya..ya..."
Terus ku melangkah keluar.

Sekali lagi semua mata memandang ku.
Aku terus melangkah tanpa mendongak ke atas.

Bukk!!terasa badanku terlanggar sesuatu.

perlahan aku mendongak.

"maaf...maaf encik...saya tak nampak tadi"

"its ok...well budak baru ke"tanya figura didepanku dengan senyuman mengukir sebaris gigi putih.

"ya..maaf Encik"aku berlalu tanpa menunggu soalan seterusnya,malu bila pandangan semua tertumpu padaku.

"mangsa yang ke berapa Tuan Zayne Rafael"terpancul Mikael sepupu Zayne.

"kau jumpa pompuan tadi ker?"tanya Zayne

Mikael duduk di depan Zayne,tangannya di peluk dan kaki disilangkan.
Masih tersenyum dan memerhati sepupunya yang sedang asyik menulis sesuatu.

"siapa pompuan tu?"

"my future assistant"jawabnya.

"cantik,...bila masuk kerja?"

"aku dah bagi surat perjanjian suruh dia baca...hadam dan telan terus,kalau dia datang esok maka dia terima cabaran aku"

"emmm...bilalah kau nak berubah menghukum perempuan kerana perempuan lain"Mikael yang menggelengkan kepala.

"dah jom ikut aku lunch...kita borak "terus mereka melangkah keluar.

"Alia...nanti esok kalau budak perempuan tu datang lagi esok suruh dia terus tunggu di bilik"pesannya pada Alia selaku HR.

flashback end.

mata Eryna terus terlelap tanpa sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience