bab 76

Romance Completed 61481

Sarah mengembang senyum melebar bila mendapat berita yang sudah ramai pelabur yang menarik diri dari terus menjadi pelabur di syarikat milik Zayne Rafael.

Maklumat syarikat itu berjaya ditembusi dan Sarah berjaya membuat menyebarkan khabar angin dengan hanya di hujung jari pastinya atas bantuan Kamarul pakar It.

"puas hati aku sekarang,aku nak tengok perlahan lahan keluarga itu hancur" dia menyungging senyum .

"aku tak percaya kau sanggup buat perkara macam ni sedangkan mereka tu keluarga kau sendiri" ujar Kamarul yang secara langsung terlibat dalam permainan hajat Sarah.

"diorang keluarga angkat aja,my mother adalah anak angkat Datuk Razif" terang Sarah buka cerita.
Ramai yang tak tahu sejarah hidup mereka.

"biar betul aku ingat kau memang sepupu dengan Zayne,tapi kalau pun begitu kau patut berterima kasih pada keluarga nya kerana membesarkan mak kau,dan bukan cara menghancurkan hidup mereka macam ni"

"kau tak tahu apa masalah aku" Sarah tidak peduli semua itu yang penting matlamatnya untuk ambil alih semua milik Zayne.

Dia merupakan kesayangan Datuk Razif.

Kamarul menggelengkan kepala hairan dengan perempuan di depannya ini,tamak dan terlalu obses.

"terpulanglah pada kau,lepas ni kita dah tak ada apa apa lagi kerja aku dah settle,kira kosong kosong"Kamarul bangun dari duduknya .

"tapi tak kan sampai setakat tu aja" Sarah masih terasa tidak berpuas hati lagi apa yang dimaksudkan oleh Kamarul.bahawa tugasnya sudah selesai.

Sedangkan hasilnya masih sedikit.

"kau tunggu hasilnya dalam sehari dua lagi,kau tengok semua pelabur akan datang pada kau,sekiranya ada tawaran yang menarik dari syarikat kau,pandai pandailah kau goda pelabur kau tu" Kamarul ketawa sinis.

Sebenarnya Sarah tidak perlu nak buat semua ini sekiranya ingin menarik pelabur cukup jika pandai menawarkan sesuatu yang menarik sebagai penarik.

Sarah tahu tidak semudah yang dia fikirkan dan tak semudah ABC keluarga Zayne terutamanya Datuk Razif yang kebal itu pasti tidak akan berdiam diri sekiranya tahu siapa dalang di sebalik semua ini.

.......
.......

Hari ini Zayne dan Mikael menuju ke pejabat Datuk Razif bagi membincangkan pasal syarikatnya yang berada dalam masalah.

Hanya Datuk Razif yang dapat menolongnya.

"tok Ayah sudah mengupah beberapa orang yang tahu pasal ni buat kerja,jangan bimbang nanti kita dapat tahu sapa dalang di sebalik semua ini" Ujar Datuk Raziff kerana di yakin semua yang berlaku ini bukan kerja orang luar malah dia boleh mengagak siapa yang sanggup buat semua ini.

"agaknya siapa tok Ayah sanggup menabur pasir dalam periuk nasi orang ni?" soal Mikael.

Datuk Raziff tergelak.

"tok Ayah tak syak tapi dah tahu siapa cuma kita perlukan bukti yang kukuh sahaja"

" tetapi kita pun kena licik bermain dengan semua ini", sambungnya di selangi dengan ketawa.

Zayne dan Mikael berpandangan dan turut ketawa walaupun kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh Datuk Raziff.

Baru saja Zayne dan Mikael membalikkan badan mereka dipanggil.

" oh Zayne do know who ' s Kamarul Ariffin?" soal Datuk Raziff.
Zayne kembali membalikkan badan menoleh ,mengingati satu nama yang disebut oleh Datuk Razif itu.

Zayne termenung sejenak dan menggelengkan kepala kerana seolah ingat ingat lupa siapa gerangan itu.

", tak pa,nanti kita pasti akan tahu" ujar Datuk Zayne .

Zayne dan Mikael kembali pergi meninggal kan pejabat Datuk Razif,namun dalam fikiran Zayne masih cuba mengingati nama itu.

" Kamarul Ariffin" dia menyebut nama itu berulangkali cuba mengingati.

" hei bro,kau dah kenapa dari tadi lagi duk sebut nama lelaki tu,kau kenal dia ker?", Mikael menepuk bahu Zayne yang sedang memandu itu.

" aku rasa macam kenal nama tu tapi tak pasti dan lupa siapa tapi tak tahulah orang sama yang disebut oleh tok Ayah tadi atau orang lain"

" kalau orang yang sama kau kenal tu apa pulak kaitannya dengan kau?" Mikael penasaran ingin mengetahui kisah di sebalik nya.

" yang kau nak interview aku banyak sangat ni apasal,aku pun tak pasti siapa yang dimaksudkan tok Ayah tu...jadi tiada reason aku nak bagitahu kat kau" kadang kadang Zayne twrasa kelemasan dengan sikap ingin tahu sepupunya itu.

" hihi ..kau tahu aku kan macam mana,cuma nak tahu jer..."

Zayne meneruskan perjalanannya membiarkan Mikael dengan sikap ingin tahunya itu.

Dalam fikiran Zayne sekarang ini hanya memikirkan macam mana nak selesaikan masalah syarikatnya yang sedang dalam krisis kehancuran dengan perlahan lahan ini.

....
....
p/s

hari ini cukup 3 bab dulu,ada happy dan akan lalui fasa kesedihan lagi...tq sbb sabar menunggu setiap bab...kisah antara Zayne dan Eryna bakal berakhir sebab itulah selalu lambat update mencari idea untuk melengkapkan cerita.

Share this novel

ssaraha_sr
2021-07-15 14:25:24 

bila nk sambung...x sabar ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience