bab 27

Romance Completed 61355

Sarah menggengam tangan ,hampir saja tangannya dilayangkan pada muka Shera tadi,ingat dapat merita gembira rupanya berita kegagalan Shera mendapatkan maklumat tender yang Zayne dapat tempoh hari.

"cik Sarah,saya akan cuba dapatkan juga,tapi saya kena hati hati juga,kalau diorang tahu saya masuk situ semata nak cari maklumat nanti tak pasal saya kena pecat kerja,nanti cik Sarah juga yang rugi"

" baiklah aku bagi peluang pada kau sampai minggu ni,kalau kau tak dapat buat kerja tu,aku nak kau bayar balik duit yang kau guna untuk biayai mak kau tu" tengking Sarah.

Shera hanya mampu mengangguk,dia tahu kalau dia tidak berjaya lakukan tugas ini pasti dia akan dipaksa bayar duit yang dia minta dari Sarah dulu.

Tapi bukan senang nak buat kerja ini,dia sendiri kena hati hati agar tidak dicurigai oleh semua.

........
........

"sayang...buat apa lagi tu kat dalam...cepatlah keluar" panggil Zayne dari luar.

klak!!
pintu bilik air dibuka.
Aku keluar dengan muka menahan kesakitan.

"kenapa ni,kenapa muka macam tahan sakit" soal Zayne cemas.

"entahlah perut sayang tiba tiba sakit" aku menekan nekan perut.

Aku dipapah sampai ke katil.

" sayang makan banyak kut cendol durian tu"ujar Zayne.

" ya kut..." sekali lagi aku bangun menuju ke bilik mandi.

"sayang...jangan laju sangat"

Rasa bimbang di hati Zayne bila lihat isteri dalam keadaan begitu .

"emm....dah?"

"dah...lega sikit"
Lengannya aku paut.

"kalau sayang penat tidurlah,abang ada kerja nak buat sikit,"

"alaaa...temankan sayang tidur dulu...esok kan cuti...." rengek ku.

"ada kerja sikit...tadi kan abang balik awal tak sempat nak buat...ok...tapi jangan goda abang sudah,nanti tak pasal pasal abang tuntut upah...nanti yang sakit perut jadi lain pulak"

"abang ni..."aku dibaringkan di dadanya.

"tapi sebelum tu nak juga upah,kan tadi janji sebab belikan cendol tu" muka ku di donggak.

Aku melebarkan senyum faham apa yang dia nak

Aku mengangguk tanda setuju.

Sepantas dengan itu bibirnya bersatu dengan bibirku.

"ummmpp"

"thanks...dah tidur,kalau tak jadi lain pulak" dia menepuk nepuk punggungku seolah mendodoi.

Selepas pastikan Eryna tidur Zayne perlahan meletakkan kepala di atas bantal .

"abang..." tapi tangannya kembali ditarik dan dipeluk.

"sayang...tidur" Eryna kembali tertidur.

Perlahan dilepaskan dan kali ini Eryna sudah tak memberikan reaksi .

Tersenyum sendiri bila melihat Eryna yang semakin manja seolah tidak boleh berenggang dengannya.
Mungkin pembawakan budak .
Bukan juga Eryna dia sendiri pun tidak boleh kalau tidak melihat wajah isterinya mulalah rasa gelisah.

Benci jadi cinta dan kini menjadi kecanduan,sentiasa rasa mabuk akibat kasih sayang Eryna padanya.

Manja itulah sifat sebenar Eryna.

Setiap saat terasa ingin saja dia memeluk kekasih hatinya itu.

Tangan nakal mula ingin merayap bila terlihat betis putih Eryna apabila dress malam yang dipakai itu terselak .

Segera selimut dinaikkan agar tertutup.
Dia bangun meninggikan suhu penghawa dingin agar si bidadari tidak terlalu sejuk dan berlalu ke bilik bacaan menyelesaikan tugasnya yang belum selesai.

Hampir satu jam Zayne menghadap laptopnya.

Matanya pun sudah memberat dan badan pun sudah terasa pegal.
Laptop dimatikan dan dia berlalu ke katil merebahkan diri di sebelah buah hati yang tertidur tanpa sedikit pun beranjak dari tadi.

Dia tersenyum memandang Eryna ,perlahan memcium ubun ubun menyalurkan rasa cintanya pada Eryna.

Dia dapat rasakan bahawa caranya kini benar benar berbeza daripada cintanya pada Sarah.

Satu perasaan yang tak dapat dia gambarkan dengan kata kata,setiap hari Eryna sentiasa mengisi kekosongan hatinya dengan cinta yang mendalam.
Dia akui Eryna mampu kembalikan hatinya yang telah lama hilang.

"semoga cinta kita sampai ke jannah sayang" bisiknya.

Eryna sedikit bergerak,mungkin terasa sentuhan tangannya melingkari pinggang.

Dengan cepat dia menepuk bahu memberi isyarat agar kembali tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience