bab 31

Romance Completed 61355

Menjelang petang aku dan Zayne baru sampai ke rumah selepas berjumpa dengan Tok Ayah.

"sayang..." panggilan Zayne aku biarkan dan terus naik ke atas.

Zayne dengan laju membuntuti aku .

Terus pintu bilik aku tutup kuat dan kunci dari dalam.

"sayang...bukak lah pintu ni,abang mana tahu Tok Ayah nak buat majlis tu minggu ni " ketukan bertalu talu,aku bangun membuka.

"sayang.."aku sudah terus berlalu ke bilik mandi.

"tepilah nak solat kejap"Zayne cuba menghalang dan memelukku segera aku memakai telekung dan solat asar.

Zayne masih memerhati aku di birai katil.

"sayang...abang..." dia datang menghampiri aku dan memegang tanganku.

"tak apa....sayang minta maaf,emosi sangat" aku segera bangun melipat sejadah dan telekung.

"abang mandilah dulu solat ,sayang nak ke bawah kejap"
Zayne hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Mungkin tak nak berdebat dengan aku pasal tadi.

Di bawah aku menelefon Mak di kampung memberitahunya bahawa aku tidak jadi balik kerana Tok Ayah kebetulan buat majlis harijadinya minggu ini.

Aku kecewa tetapi tak boleh membantah dengan keputusan Datuk Raziff.

Aku marahkan Zayne sebab tadi sedikit pun dia tidak bereaksi bila Tok Ayah cakap minggu ini ada majlis harijadinya sekurangnya kalau dia cakap yang kami akan pulang ke kampung dan tangguhkan majlis itu di hari lain.

Mesti Tok Ayah akan dengar cakap dia,tapi sebaliknya dia bersetuju membuat hati aku sakit
. "sayang...my sweetie ...abang minta maaf" dia datang memelukku dari belakang dan aku mematikan telefon.

Dia kalau nak mengayat,nak memujuk my sweetie lah dia panggil aku.

" bercakap dengan Mak ker?"

" hmmm...sayang bagitahu mak minggu ini pun tak jadi balik"

" abang minta maaf ,keputusan Tok Ayah mana boleh bangkang"

"langsung?atau abang memang sengaja tak nak balik kampung?"

"betul,daripada dulu lagi keputusan Tok Ayah tidak ada siapa yang berani bantah"

"tapi abang kan boleh jer cuba,abang tahu kan sayang nak buat majlis kesyukuran untuk Erman dah janji dengan Mak..."

"apa kata,kita buat majlis tu kat sini,buat sekali majlis tu sama dengan majlis Tok Ayah...2dalam.1"

Aku memandangnya,berfikir sejenak,jadi aku terpaksa mengalah lagi lah nampaknya.

Mata aku gulingkan ke atas,mulut ku muncungkan seolah berfikir.

"sayang...lamanya berfikir,biar abang telefon Mak,cakap"

"Tok Ayah macam mana,ok ker? kongsi majlis tu?"

"biar abang handle"

"boleh pula..." aku mencebik.

'betul..." sekilas dia mencium bibirku.

"abang...selalu ambil kesempatan..kan bibik nampak terkejut dia nanti"

"biarlah..nak romantik dengan wife dalam rumah tak kan tak boleh"

"bukan tak boleh,ni kan kat bawah..kalau kat atas tak pa lah kita jer ada"

"bibik masa ni kan selalu kat bilik dia"

"emmm...jom lah naik atas solat maghrib...tapi ingat abang mesti call Mak dan pujuk Tok Ayah"

"ya.."terus aku dicempung naik ke atas.

Untung ada suami sado,jimat masa nak naik atas.

.......
.......

Sarah berasa sangat gembira dengan berita yang disampaikan oleh Shera.
Dia sudah ada rancangan bagaimana nak menjatuhkan Zayne Rafael.

"aku akan aturkan strategi bagaimana nak buat Mr David hentikan semua ni..kau tunggu Zayne tengok bagaimana aku rampas projek kau" Sarah ketawa.

"Papa nak kau lingkup kan bisnes Zayne perlahan lahan Sarah,hanya kau harapan papa"

"Papa jangan bimbang ,Sarah janji akan buat diorang rasa macam mana derita"

Razak tersenyum bangga,walaupun banyak mana kesalahan Sarah pada keluarga Datuk Raziff iaitu mertuanya dia tetap menyokong setiap langkah dan keputusan anaknya itu.

Hanya Sarah satu satu nya harapan dan impian dia terkabul melihat keluarga Datuk Razif lingkup.

"macam mana ni Razak kau boleh biarkan anak kau Sarah tu lari dengan laki lain sedangkan kau tahu dia dah bertunang dengan Zayne!!marah Datuk Raziff.

"saya tak tahu Ayah yang Sarah sanggup mencoteng arang kat kami"

"kau tahu tak disebabkan Sarah ,Zayne cucu aku tu macam sekarang ni macam dah benci dengan pompuan,dah jadi apa dah sebabkan Sarah"

"Ayah,saya minta maaf,saya memang tak tahu apa apa"

" kau ingat Razak selagi Zayne tak pulih,tak boleh nak terima semua ini jangan harap syarikat kau nak naik,syarikat kau akan bankrupt"

"aku suka sangat bila dapat tahu yang diorang nak kahwin ,nak kukuhkan silaturrahim,kembangkan syarikat kita,bila jadi macam ni aku dah tak ada angin nak suntik modal dalam syarikat kau yang baru nak naik tu"

Dia masih ingat lagi setiap kata Datuk Raziff padanya dulu,kemarahan terhadap keluarganya kerana kesilapan Sarah yang lebih memilih jalan mengahwini orang yang lebih kaya daripada Zayne kerana masa itu Zayne sendiri tiada matlamat hidup,last sekali Sarah juga dipersalahkan.

Bisnesnya yang baru bertapak bertahun lamanya akhir nya mengalami banyak kerugian sebaliknya syarikat Zayne yang baru setahun jagung lebih baik mengaut keuntungan selepas bangun dari jiwa yang sakit.

Walaupun Zayne jiwanya tidak pulih sepenuhnya ketika itu tetapi akhirnya Zayne bangkit bekerja siang dan malam dengan jiwa yang penuh dendam dengan perempuan.

Tetapi selepas kehadiran Eryna ternyata Zayne bertambah rezekinya dengan tawaran yang lagi besar.

Rezeki yang melimpah selepas perkahwinan nya tetapi Razak dan keluarga pula rasa iri hati bila Datuk Raziff seolah menyingkirkan mereka dalam keluarga lebih lebih lagi isterinya bukan anak kandung Datuk Raziff.

Dia memanggil Sarah balik ke Malaysia setelah sekian lama selepas tahu yang Sarah dan menantunya tidak pernah bahagia,Sarah hanya menjadikan suaminya bidak untuk kepuasan mengejar kemewahan semata.

Kehidupan liar Sarah di London sedikitpun tidak dia,risaukan asalkan Sarah boleh membawa keuntungan padanya.

Bapa borek anak rintik,matlamatnya satu ingin lihat Datuk Raziff lingkup dan merana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience