Sudah tiga hari aku di kampung,terasa segar bila dapat menghirup udara segar,tetapi kenapa jiwaku terasa kosong.
Suamiku,ya aku rindukan dia.
Hari hari kami berhubung melalui telefon,tetapi tetap tak sama dengan berhadapan secara muka.
Dah aku yang ambil keputusan untuk duduk di sini melepaskan rindu pada ibuku.
Dalam masa yang sama aku terlalu merindui Zayne.
"kalau rindu tu balik jer lah,mak faham" mak menegurku apabila aku duduk termenung di kerusi memerhati kereta yang lalu lalang di kedai.
Kaki mak sudah membaik,tiada lagi kebimbangan di hati ku.
"mak..tak lah..tunggu lah esok lusa,abang sibuk lagi kut,nanti Eryna call dia ambil"
"bik,buat jus mangga satu" semasa di sini bibik banyak membantu mak di kedainya.
"ya puan"
"Eryna ok ker ni,sari dua ni mak nampak macam tak selesa jer"
"tak adalah mak,ok jer,mungkin rindukan abang" betul kata mak aku sememangnya rasa tak sedap badan biarpun alahan aku semakin kurang.
Tapi sebenarnya hatiku ini terasa semacam,seolah ada sesuatu yang bakal berlaku.
Segelas jus mangga di hidangkan.
Aku menyedut perlahan.
" tak palah balik lah rehat kat rumah,baring baring,tak elok duduk lama lama,ajak bibik balik,Najwa boleh bantu mak kat sini,kejap lagi dah nak tutup ni selalunya kalau hari minggu memang mak akan tutup kedai sebelum zohor.
Aku hanya mengangguk dan berangkat pulang,perjalanan cuma beberapa minit sahaja antara rumah dan kedai mak.
Bibik aku biarkan bersama mak di kedai.
Aku sendirian balik ke rumah.
Sesampai di rumah aku terima panggilan video daripada Zayne.
" sayang..sihat?"
" alhamdulillah..abang sihat?"
" kat mana?"
" ada kat rumah,baru sampai,mak ada lagi kat kedai"
" laa kenapa sorang sorang kat rumah bibik mana?"
" ada kat kedai,tolong mak,sayang yang suruh dia stay sana"
" sayang,abang gaji dia suruh jaga kesayangan abanglah"
" tak palah sayang ok jer,cuma hati sayang ni tak ok,rindukan abang"
" tulah nak sangat duk sana,kan dah rindu ,ok tengok dua hari lagi abang datang,sebab sekarang ni abang ada banyak kerja lah"
Aku baringkan badan di atas tilam.
" ok...abang ada mana tu?"
", kat office lagi,kejap lagi abang keluar jumpa client kejap"
" ok lah sayang nak mandi dulu ni panas"
ok bye..miss u sayang" sempat dia menghadiahkan flying kiss pada ku.
Talian di matikan.
Terus aku mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi.
......
......
Selepas bercakap dengan Eryna tadi Zayne terus keluar berjumpa client.
Client yang dimaksudkan adalah Datuk Zakri.
Zayne menekan pedal keretanya meluncur laju tempat yang dijanjikan.
Sambil memandu kerinduan mula menerjah ke fikirannya pada Eryna.
Dia tersenyum sendiri,kalau tidak kerana sibuk dengan kerja dan keletihan ingin saja dia menuju ke kampung mertuanya,rela dia berulang alik ke sana bertemu si buah hatinya.
Apakan daya kerana kerja menuntut segala.
"tengoklah sari dua lagi aku ke sana,dah tak tahan rasanya ni",dia melirik senyum sendiri.
Setengah jam perjalanan akhirnya keretanya berhenti di sebuah hotel yang di janjikan.
"Maaf Datuk,saya terlewat ker?" sapanya bila sampai di tempat yang dijanjikan.
"tak adalah,saya pun baru sampai ni"
"nasib Sarah tak ada kat sini" gumamnya.
"Sarah tak datang ,dia ada hal" Datuk Zakri perasan seolah Zayne mencari seseorang.
"oh..baguslah " Zayne mengurut dada lega.
Datuk Zakri agak terkejut tetapi tersenyum,tak faham apa maksud Zayne yang sebenarnya.
Perbincangan berlangsung lebih kurang dua jam itu akhirnya selesai sudah.
Zayne memohon diri untuk kembali ke pejabatnya
Di dalam kereta dia mendapat panggilan telefon daripada Lisa,ada orang menantinya.
Berlegar legar lagi dalam fikiran Lisa kata orang itu seolah marah dan mengamuk.
"siapalah ya..jangan pulak Sarah" bisiknya.
Cepat dia mengatur langkah sesampainya di pejabat.
Sempat dia bertanya Lisa siapakah gerangan yang datang pejabatnya tanpa temujanji.
"Dah ada kat dalam ker?"
Lisa hanya mengangguk ,buat muka seolah takut.
Pintu dikuak perlahan.
Agak agak siapa yang datang...jeng jeng jeng...
Zayne mencari siapa yang ada di dalam.
Terlihat sesusuk tubuh yang amat dia kenali.
"Eryna?" dia meraup muka lega dan dada di urut.
"laaa tertidur?" Zayne melepaskan coat yang dipakainya tadi ,diletakkan di kerusi.
Perlahan dia mengatur langkah menuju ke arah figura yang sedang merengkot tertidur.
Dia duduk di birai sofa sambil mengamati keindahan di depannya.
Insan yang dia rindui.
Ya Nureryna,isterinya sudah kembali tanpa dijemput.
hahah...suspen jer..ingatkan apa tadi.
"pelik tadi elok jer vc...ni dah sampai sini" gumamnya sendiri.
Perlahan aku membuka mata apabila terasa tanganku dipegang.
Aku tersenyum pada satu wajah yang aku rindui.
"abang" terus aku memeluknya.
"sayang miss you damn much" habis seluruh mukaku di kucupnya,port yang dia paling suka adalah bibirku.
Lama kami begitu melepaskan rindu,sehingga aku sedikit menolak badannya.
"abang dah lah,sesak nafas"aku menggosok perut yang terasa sedikit sakit bila dia perut erat
"sorry...baby ok" dia beralih mengucup perutku.
"sayang...balik dengan apa,cepatnya sampai?"
" teksi,lepas cakap dengan abang tadi,terfikir nak balik...dah nak tunggu abang berputih mata sayang kat sana" aku duduk membetulkan tudung yang di pakai.
"bibik?"
"sayang tinggal sana suruh jaga Mak" aku tersengih.
"laa..macam tu pulak"
" kan hari tu nak duduk seminggu,baru berapa hari,kalau abang pergi ambil awal merajuk pulak" dia memegang bahuku sambil meletakkan kepalaku di dadaku.
"emmm...sayang rindukan abanglah...mak suruh sayang balik,kesian tengok.sayang asyik termenung jer" jari ku mula bermain di dadanya.
"tau pun rindu,lain kali nak lagi tinggalkan abang sendiri?"
"tak nak,sakit tau,sakit sangat menahan rindu,lagipun sayang rindukan pejabat ni,sayang nak sambung kerja boleh?"
"sayang...apa ni..kan abang nak suruh sayang duduk rumah ,rehat,ingat tak apa doktor cakap sayang kena banyak rehat,jaga baby,abang tak nak sayang letih" pipiku di pegang.
Aku muncungkan mulut,sekilas dengan itu dia mengucup bibirku.
Itulah yang dia selalu lakukan bila mulut aku di muncungkan.
"iyalah..tapi kalau sayang nak datang jenguk abang boleh kan?"
Dia melebar senyum dan mengangguk.
"sayang abang" terus aku memeluknya.
"dah makan?"
Aku menggelengkan kepala.
'ok jom kita keluar makan ,lepas tu balik..nanti kita makan benda lain pulak" sambil meraih tanganku.
" ada benda lain abang,apa dia,sedap ker?" soal ku pelik.
Dia hanya ketawa.
"special sedap dan nikmat sampai abang bermimpi hari hari dah banyak hari puasa tau" bisiknya.
Buat aku meremang bulu roma.
Aku mencubit bahunya.
Dia tetap ketawa,aku tahu apa maksudnya,dasar lelaki.
Keluar dari biliknya sempat aku mengucapkan terima kasih pada Lisa kerana berjaya menakutkan Zayne Zakry.
"pandai ya sepakat nak kenakan abang,tergesa gesa abang balik,kata Lisa ada orang datang mengamuk dan marah marah"
Aku tergelak besar bila lihat mukanya cuak.
" sorry lah,kan suprise kena ada action sikit" lengannya aku paut.
Share this novel