bab 12

Romance Completed 61355

Aku bangun setelah azan subuh berkumandang.
Terasa berat badanku bila tangan Zayne melingkari pinggangku.

"abang bangun...mandi"aku gerakkan badannya .

"emmm....kejap lagi..."tanganya yang melingkari pinggangku tadi ku angkat perlahan.

Sempat aku merenung ke wajah tampan suamiku.
Aku tersenyum sendiri.
Aku bangun mencapai tuala untuk menutupi tubuhku yang berada dalam keadaan memalukan.

"sayang..."namaku dipanggilnya.Aku menoleh ke arahnya.

"abang bangunlah mandi kita solat subuh berjemaah"ujarku bila lihat matanya mula terbuka.

Kain selimut kembali ditarik bila aku suruh bangun.

"Tak nak bangun ya..."aku menghampirinya lalu menarik selimut tadi sampai ke bawah.

Bukan dia yang terkejut tapi aku...dia cuma tersenyum .

Aku pula yang terpaksa menutup mata.
Malu dengan keadaannya yang tanpa seurat benang,memang cari nahas dengan Zayne Rafael betullah.

"abang dah lah....tutup...."aku masih lagi pejamkan mata.

"nak lagi ker?"dia berbisik di telingaku,aku tidak sedar yang dia sudah duduk betul di depanku.
Jantungku mula berombak kencang mendengar soalan mautnya.
Aku menggelengkan kepala tanpa membuka lagi mata.

Terus aku memusingkan badan untuk masuk ke bilik mandi tapi tanganku ditarik dan masuk ke pelukannya.
Memang buat drama Hindustan sungguh lah kali ini.
Aku kaku tanpa kata.

"mandi sama sama"suara menggodanya menusuk ke kalbuku.

Tanpa menunggu jawapan dariku dia terus mencempung aku masuk ke bilik air.
Aku agak tergamam namun sebenarnya gembira.

Usai mandi kami solat berjemaah bersama sama.
Selama aku menjadi isterinya inilah kali pertama dia menjadi imam ku.

Terasa syahdu dan sebak bila mendengar dia mengalunkan ayat ayat suci al Quran tadi.

"kenapa nangis "dia bertanya saat aku mencium tangannya.

"sayang terharu dan gembira...sebab abang menjadi imam sayang...dan ini adalah solat berjemaah kita yang pertama"ujarku ikhlas.

Dia hanya memberikan senyuman padaku tanpa kata.

"jom siap dan turun sarapan"aku terus bangun dan melipat telekung dan sejadah.

Terus aku berlalu untuk kembali ke bilik ku.

"sayang..."aku menoleh.

"nanti bawa masuk semua pakaian masuk bilik abang...bilik kita.."ujarnya membuat aku tersenyum.

"ok..."jawabku dan berlalu pergi

Selesai mengenakan baju aku terus keluar ,menjenguk seketika dia di bilik tapi ternyata sudah tiada,mungkin sudah ke bawah .

Aku langsung mencarinya di dapur.

"sayang"aku terus menoleh.
Dia terkaku bila melihatku.

"kenapa,abang terkejut?"tanya ku.Aku tahu dia agak terkejut bila pagi ini aku memakai tudung.
Ya aku sudah menutup mahkota keduaku.
Nasib ada lagi tudung yang aku bawa dari kampung selalu digunakan untuk majlis keagamaan di sana.

"cantik...macam bidadari"pujinya.

"ni sebab nak tutup love bite atau ikhlas "soalan seolah memerliku .

"dua dua...."aku tersenyum

"....cantik sangat...kacantikan sayang hanya untuk abang..dan hanya abang yang berhak...abang nak sayang selalu macam ni..."bisikan yang ringkas dan padat.
Aku mengangguk.
Terus aku berlalu duduk di kerusi.
Zayne tersenyum dan pandangannya tidak lepas dari terus memandang ku.

"thanks..."ucap nya.
Aku hanya membalas dengan senyuman.

"makanlah...tapi ni mee goreng..bukan nasi lemak dan apam"ujarku dan tergelak.

"emmm..tapi kalau makan nasi lemak dan apam hari hari lagi best...tak jemu"ujarnya dan tergelak.

"tuan mau makan apam ker nanti bibik buat kan?"tanya bibik bila mencuri dengar perbualan kami.
Aku hampir tersedak dan tergelak besar.

"bik...bukan apam balik lah...apam lain...lagi sedap dan nikmat"jawab Zayne dan memberi renungan maut padaku.

"bukan apam balik?ada ada jerlah tuan ni"bibik menggaru kepala kehairanan .

Kami terus tergelak bila lihat muka bibik yang mula cuak.

"abang lain kali nak bergurau tu tapis sikit malu tau"ujarku ketika sudah berada di dalam perut kereta.

Selepas makan tadi kami terus menuju ke pejabat.

"kita jer yang faham..."

"sebab kita jer yang faham maka kena beringat nanti tak pasal pasal bibik buat kajian pula cari maksud sebenar kata kata abang tadi"aku mula mencebik.

"buat muncung panjang panjang nanti abang cium baru tau"ugutnynya.

Aku berpaling ke arah tingkap dan dia tergelak.

"sayang...paling sini.."dia cuba memujuk.

"tak nak...malu..."

"malam ni kita ada jemputan majlis akikah rumah makcik Salmah ibu pada Mikael"kata Zayne.

Aku perlahan memusingkan badan.

"habis tu.."tanya ku.

Dia tergelak kecil.
"kita pergi sama ok...mama dan papa ada sekali,Tok Ayah pun mesti pergi"tambahnya lagi.

Aku hanya mengangguk.

"abang...balik nanti kita singgah kedai tudung,sayang nak beli tudung..."pintaku.

"ok...petang nanti kita singgah kejap..."dia meneruskan pemanduannya sampai ke pejabat.

Semasa kami melangkah masuk seperti biasa mata tertumpu kepada kami.
Mungkin kerana penampilan aku sudah berbeza membuat mereka tergamam seketika.

"puan...cantik bertambah seri"seperti biasa orang yang pertama menyapa ku adalah si Surialisa.

"sayang ,nanti masuk bilik bawa fail kontrak kat Damansara tu"ujar Zayne di depan Lisa.
Lisa sedikit ternganga bila mendengar suara lembut dari Zayne menyapa telinga kami berdua

Aku hanya mengangguk.

"puan...Tuan Zayne tu dah banyak berubah lah...suka saya tengok..."ujar Lisa setelah Zayne berlalu pergi.

"miracle of love"ujarku dan berlalu pergi.

"miracle of love and power of love Puan Eryna "laung Lisa.

Aku tergelak dan masuk mendapatkan fail yang di minta Zayne tadi.

Selepas waktu pejabat tadi Zayne terus membawa aku ke butik untuk memenuhi hajatku membeli beberapa helai tudung.

Ternyata Zayne mempunyai citarasa yang tinggi dalam pemilihan pakaian,dari segala segi dia terlalu teliti dan bijak memilih.

Dia lelaki hebat yang tidak kekok memberi pendapat pada setiap apa yang di beli oleh ku

Dia yang selalu membantu dan memberi pendapat ,aku berharap aku pun seperti nya bijak membuat pilihan.

"pandai abang pilih...cantik"ujarku membetulkan tudung di kepala yang baru kami beli tadi.

Dia menghampiri aku yang sedang duduk berhadapan cermin.

Dagunya di letakkan di atas bahuku,merenung ke arah cermin.

"abang memang pandai dalam memilih..."ujarnya ringkas dan dagunya di angkat dan berdiri mengambil songkok yang terletak di atas meja.

"sayang pakai apa pun cantik....bukan sebab tudung tu"katanya lagi.

Aku bangun membutangkan butang baju melayu yang dipakainya.

"macam pengantin baru"gurau ku.
Dia tergelak kecil.
Hidungku dicuit.

" aik memang kita masih baru kahwin lagi kan"

"sayang...."aku menoleh dan satu kucupan singgah di bibirku seketika sekadar kucupan penyinggah.

"nanti comot"aku menyapu lipstik yang melekat di birai bibirnya

Dia tersenyum dan menarik tangan dan memegang pinggang ku tarik merapat ke badannya.
Satu kucupan lembut singgah di ubun ubunku seolah menyalurkan kasih sayangnya.

"dah jom....nanti jadi benda lain pulak..."ujarku bila pandangannya mula berubah .

Dia tergelak dan mengangguk sambil meraih tanganku dan terus turun ke bawah .

.......
.......

Semasa sampai di perkarangan rumah Mikael kelihatan tetamu sudah pun memenuhi ruang kediaman itu.

Aku keluar dari perut kereta dengan penuh debaran.
Sepanjang aku jadi isteri Zayne Rafael ini kali pertama aku di bawa ke rumah keluarganya yang lain.

"jom lah..mama,dan papa dah sampai tu"tanganku diraih dan aku hanya menurut.

"sampai dah anak dan menantu mama"sapa Puan Marina iaitu mama Zayne lalu mendapatkan kami.
Aku tersenyum bila mama datang menghampiri kami.

"cantik menantu mama,tak cam tadi ingat Zayne bawa bidadari mana tadi"gurau Puan Marina membuat aku tersipu malu.

"mama ni..malulah"beberapa tetamu memandang ke arah kami dan mama turut memperkenalkan aku kepada kenalannya.

"Zayne mama pinjam isteri Zayne kejap"pinta Puan Marina.

"jangan lama lama mama nanti rindu"aku tersenyum mendengar gurauan mereka.
Zayne terus berlalu pergi ke arah Mikael yang sedang melambai ke arahnya.

Tanganku di tarik oleh mama ,aku hanya membuntutinya.

"Eryna...mama tengok Zayne dah lain sekarang ni...berseri seri sekarang ni...ada apa apa nak kongsi dengan mama tak?"tanya mama.

Aku tergelak bila soalan yang sukar untuk aku jawab di ajukan.

"tak ada apalah mama,"ujarku.

"mama tahu Eryna malu...tapi mama cukup gembira bila tengok mata dia tak lepas dari memandang Eryna...cantik sangat lebih lebih lagi dah pakai tudung macam ni...mama akan tetap doakan yang terbaik semoga Zayne mencintai Eryna sepenuhnya"sayu luahan dari seorang ibu.
Puan Marina terus memeluk ku.

Satu deheman mengejutkan kami.
Pelukan mama lepaskan.

"aunty...tak nak kenalkan menantu ker?"tanya satu suara dari arah belakang.

"Sarah..."satu nama yang pernah aku dengar.

"apa khabar Aunty?"tangan dihulur untuk salam Puan Marina menyambutnya.

"ni isteri Zayne Rafael ker?"tanyanya dan memandang ke arahku.

"kenalkan Nur Eryna,isteri Zayne"aku tetap menghulurkan tangan untuk bersalam tapi tak bersambut.

"not bad...well Aunty ....Sarah masuk dululah...panas kat sini"dia terus berlalu dan sempat menjeling ke arahku.

Aku hanya tersenyum

"berlagak"getus ku.

"jomlah masuk mama kenalkan dengan anak beranak yang lain"aku membuntuti mama.

Mataku melilau lilau mencari kelibat suami yang entah ke mana menghilang.

'Maria ni menantu Aunty isteri Zayne..NurEryna"mama perkenalkan aku pada Maria yang merupakan kakak pada Mikael.

"cantik...patutlah Mikael selalu balik cerita kata isteri Zayne cantik...."puji Maria.

"maaf hari tu tak sempat hadiri majlis kahwin korang,ada hal yang tak dapat dielakkan"

"it's ok kak...malu saya akak puji macam ni"mukaku mula bertukar rona saat ini.

"bertuah Zayne..."

"mengumpat eh..."datang Zayne menyapa kami.

"tak ada masa lah kita nak mengumpat...akak puji isteri kau ni...cantik sangat...untung kau nanti bila dapat anak mesti cantik dan comel comel belaka"

"mestilah cantik kan ni isteri saya...kan sayang"tanganku diciumnya dan pinggangku dipegang.

"ish abang ni malulah"aku terus menarik tangan yang di pegang nya tadi.
Semua yang ada tergelak.

"kak si kecil ni boy ker girl...cute sangat"aku duduk di sebelah si kecil yang berada di buai.

"boy..."ujar kak Maria dan mengangkat anaknya dan menyerahkan padaku.

"pandai ker tu?"tanya Zayne apabila lihat aku memangku si kecil itu.

"tengok oranglah...kita biasalah...abang lupa ker sayang kan ada adik juga"aku mencebik.

"kena belajar lah dari sekarang"sampuk mama.
Kami berpandangan sendiri dan tersenyum faham maksud mama.

"otw..."jawab Zayne dan tergelak.
Aku hanya menggelengkan kepala.

Dari satu sudut lain tanpa kami sedari ada mata yang memerhati kami dari kejauhan.

Sarah yang berdiri di satu sudut mengenggam tangan menahan kemarahan seolah cemburu melihat kemesraan dan kegembiraan Zayne dan isterinya.

'nampaknya kau dah move on ya Zayne Rafael"
entah mengapa tiba tiba hatinya di suntik rasa cemburu yang teramat.

"hei Sarah kau buat apa kat sini?"datang Mikael menepuk bahunya.

"kau ni Mike terkejut aku.."

'ha. ...aku tahu kau duk usyar ex boyfriend kau ya...jomlah aku kenalkan kau dengan isterinya"Mikael terus menarik tangan Sarah tanpa menunggu Sarah bersuara.

"lepaslah Mike aku tak nak jumpa diaorang lah"Sarah merentap tangannya.

"hah Sarah mai lah sini"baru aje nak melangkah tapi Maria pula yang memanggilnya.

Zayne yang tadi berada denganku agak tersentak bila terdengar Maria menyebut nama Sarah.
Aku perasan airmukanya yang ceria mula berubah.
Aku dan mama berpandangan dan terdiam.

"sayang jom balik..."si kecil yang tadi berada di ribaan ku aku kembali serahkan pada Maria.

"tak kan dah nak balik kut,makan pun tak lagi"ujar Makcik Salmah yang baru menyertai kami.

"tak apalah Makcik Sal,kebetulan ada client call nak jumpa "ujar Zayne dan memandang ku.

Aku hanya menjungkitkan bahu bila mama membuat isyarat seolah bertanya.

"alasan dia jer Makcik Sal...dia sebenarnya tak nak bertembung dengan Sarah"balas Sarah dan duduk di sebelah Mikael.

Suasana aman tadi seolah menjadi tegang.
Gunung berapi bakal meletus sebentar saja lagi.

Zayne Rafael mula merapati aku dan memegang erat pinggang ku,pada mulanya rasa tidak selesa tetapi akhirnya terdiam dan membiarkan dia terus memegang nya.

"abang ok ker ni?"bisikku.

Dia hanya terdiam.

"benda dah lepas tak usahlah nak di kenangkan lagi...lagipun korang kan sepupu...hubungan tu akan kekal sampai bila bila"datang pula Tok Ayah menyapa kami.

Maka cukuplah kuota satu keluarga malam tu.

Zayne masih lagi terus memegang pinggang ku.

"kau Sarah balik tiba tiba kat Malaysia ni kenapa?"soal Tok Ayah.

Zayne yang tadi terdiam mengeluh kecil.

"kami yang panggil dia balik Ayah"datang pula ibu dan bapa Sarah menjawab.

Bertambah lagi ketegangan.

Maria yang tadi memegang bayinya terus berlalu ke bilik bila di suruh oleh Makcik Sal.

"Tok Ayah macam tak suka jer Sarah balik sini"Sarah mula bersuara.

"Tok Ayah tak kata pun begitu,Tok Ayah cuma bertanya....suami kau mana?"tanya Tok Ayah dan airmuka Sarah mula berubah.

"dah berpisah"jawabnya ringkas.

"tak berbaloi langsung ya Sarah,kau hancurkan hati Zayne..."ujar Puan Marina seolah memerli Sarah.

"sindir nampak kau Marina...kau tak boleh salahkan Sarah sorang,masa tu Zayne tak ada masa depan langsung,kita orang pun tak setuju kalau Sarah kahwin dengan Zayne dulu"balas orang tua Sarah.

"ya lah masa tu anak saya ni tak ada apa apa,malas...kerjanya asyik bercinta jer tak ada masa depan...tapi saya bersyukur selepas Sarah pergi Zayne bangkit menjadi orang yang berjaya"suasana balas membalas menjadi semakin tegang.

"Marina,Mariam...tak payah nak bergaduh ,malu kat anak menantu...Sarah lepas ni apa perancangan kau"tanya Tok Ayah.

"dia akan uruskan syarikat saya Ayah"jawab ayah Sarah iaitu Tuan Razak yang juga merupakan pemilik syarikat pembinaaan.

"hmmm...elok lah tu....Tok Ayah nak kau orang berdamai...tak nak gaduh gaduh lagi"pesan Tok Ayah .

"Eryna dah makan?"tiba tiba Tok Ayah menyoal aku,aku yang terdiam tadi agak terkejut bila dia ajukan soalan itu.

Semua mata tertumpu ke arahku.
Sarah turut menghadiahkan jelingan seolah tidak senang dengan layanan Tok Ayah padaku.

Aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Zayne bawa Eryna makan dulu...kesian dia tak pasal pasal duk dengar masalah korang"arah Tok Ayah.

"baik Tok Ayah,jom sayang kita makan dan balik ok"tangan ku di raihnya.
Aku hanya menuruti.

Mama dan juga papa turut menjamu selera bersama kami.

Selepas makan kami memohon diri untuk terus pulang.
Lagi lama di sini lagi panas jadinya.
Sarah yang tadi duduk bersama keluarganya asyik memandang kami dengan wajah marah.

Sebelum balik tadi sempat aku bertemu dengan Kak Maria dan si kecil menghulurkan hadiah .

"abang ok ker?"tanya ku bila lihat Zayne terus diam tanpa kata sepanjang perjalanan pulang.

"ok...cuma penat sikit"

Aku turut terdiam .
Aku faham situasinya sekarang dia tegang kerana bertemu dengan Sarah tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience