bab 46

Romance Completed 61355

Aku terjaga jam sudah menunjukkan dua petang,rasa terlalu lama aku ketiduran.

Kelihatan seorang jururawat datang melawat ku sedang melakukan tugasnya.

Terukir senyuman di bibirnya,menegurku ramah menanyakan keadaan ku dan berlalu pergi.

"nurse",dia kembali memusingkan badan.

"ya puan ada apa apa yang nak ker?"

"tadi bila nurse masuk suami saya ada?" soalku ragu.

"oh...ada..katanya nak ke bawah kejap"

"ok...baiklah terima kasih" ucapku dan jururawat itu berlalu pergi.

Maknanya sepanjang aku tidur Zayne ada bersamaku.

"aduh..nak terkucil lah pulak", sambil menekan perutku yang terasa nyeri mungkin akibat keguguran itu.

Perlahan aku turun kan kaki,memegang besi yang tergantung drip air di sebelahku.

"sayang...." belum sempat aku mendarat sepenuhnya Zayne menerpa masuk dengan menjinjit plastik yang aku kira berisi makanan.

Segera plastik itu diletakkan di meja dan datang memegang ku.

"sayang nak ke mana ni?" soalnya cemas.

"tandas", ujarku singkat.

"abang bawakan"

"saya jalan sendiri" aku menepis tangannya yang memegang bahuku.

"sayang,badan sayang ni kan lemah lagi,biar abang dukung"

"tak nak..boleh jalan lah..." aku berkeras,air muka Zayne mula berubah,aku tahu ada kekesalan di wajahnya.

"jangan degil boleh tak?" dia menekan suara membuat aku sedikit berasa ketakutan.

Tanpa menunggu jawapan daripadaku terus dia mencempung badanku naik ke pangkuannya.

"degil..", bebel nya.

Aku mula cemburut,memalingkan wajah ke sisi.

"nak abang bukakan?"

"tak payah..."

"emmm"..

Setelah selesai aku kembali direbahkan ke tilam.

"abang suapkan makan" plastik yang berisi makanan tadi dibuka.

Kali ini aku mengambil langkah menurut walau dalam hati terasa sakit.

"nak makan sendiri" aku bersuara perlahan mengambil bekas yang berisi bubur itu.

Zayne merampas keras.

Matanya kembali menatap tajam,aku kembali senyap dan mengangguk.

Saat aku disuapkan menatap wajahnya yang nampak terkesan dengan semua ini aku terasa hiba.

Airmataku kembali tumpah dan dia berhenti menyuapkan makanan ke mulutku.

Pantas dia bangun dan memeluk ku.

"abang minta maaf sayang..abang yang salah...",kepalaku diletakkan di dadanya.

Aku hanya mampu menangis saat ini.
Sakit yang aku rasa sedikit berkurangan mendapat pelukan hangat dari suami.

"maafkan abang..."berulangkali ucapan itu keluar dari mulutnya.

Dia mengusap ubun ubun ku,mataku,kedua pipi dan singgah di bibir.

Aku kaku dan tidak membalas kucupannya hanya airmata yang bisa aku alirkan saat ini.

Kehilangan kepercayaan,kehilangan zuriat yang kian tumbuh dalam rahim ku,sempat aku merasa pergerakannya beberapa hari yang lalu,bermakna anak itu sihat di dalam.

Namun hanya kerana satu kejadian membuat emosi ku merentap segalanya.

Perlahan badannya aku tolak,kali ini dengan kelembutan.

Tanganku digenggam erat dan dicium.

"abang tahu,kemaafan abang tidak cukup untuk kembalikan nya tapi percayalah abang tak tahu bagaimana semua ini terjadi" airmata Zayne menitis,terasa hangat di tanganku.

Aku masih berdiam ,harus apa yang perlu aku nyatakan saat ini,sakit yang aku rasai melihat suami bersama dengan perempuan lain dan hampir terlanjur,walaupun aku tak pasti adakah ini mimpi atau realiti,tapi yang terjadi adalah di depanku sendiri.

"anak kita dah tak ada ...", sebak dada ku untuk luahkan.
Esak tangis kembali memenuhi ruangan bilik.

Zayne kembali mendonggak menatap ku.

"tapi kan kita boleh buat lagi.. "perlahan namun dapat aku dengari.

Aku membuntangkan mata.

"sorry..." dia mula buat muka menggodanya membuat aku sedikit tenang.

"semudah itu...sayang yang rasa semua itu,bukan abang...alahan,sakit semasa mengandung...abang tak rasa...",aku menekan suara geram.

"sapa kata abang tak rasa,dia zuriat abang darah daging abang...dia sentiasa dekat dengan abang,abang jua turut merasai kehilangannya,turut sedih dan rasa bersalah"

Kami berdiam sambil menatap.

Sungguh aku tak kuat dengan semua ini,benar Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan seseorang..bermakna kami adalah yang terpilih ,yang Allah sayang.

Aku beristiqfar,menarik nafas seketika bila memandang Zayne yang kini terbaring di sofa selepas menyuapkan bubur yang bersisa tadi.

Perlukah aku yang rasa bersalah di atas apa yang terjadi,abaikan perasaan seorang suami sebegitu.

Luluh hatiku hanya Allah yang maha mengetahui.

Tapi apa yang terjadi adalah di depan mataku sendiri,tetapi selanjutnya aku tidak ketahui kerana tiada penjelasan daripadanya.

Dia seolah bingung,tidak tahu apa yang terjadi,andai ini adalah perangkap siapa dalangnya? seribu persoalan merenggut jiwaku saat ini.

Tanpa sedar aku duduk di bawah menatap redup suamiku yang tertidur pulas mungkin kepenatan.

Perlahan wajah tampan yang aku dambakan itu aku usap perlahan.
Sungguh aku rindu..aku rindu senyuman yang menggoda yang membuat malam ku sentiasa diulit mimpi indah.

Bersalahkah aku abaikan dan rasa sakit ini tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

Tak apa masih ada waktu,hatiku bukan sekeras kerikil,hanya sekeras kerak nasi sahaja,aku cuma terasa sakit dan merajuk sahaja.

Perlahan mata Zayne terbuka bila terasa pipinya disentuh.

"sayang?"segera aku menarik tangan yang masih melekat di pipinya.
Senyuman terukir di bibirnya ,tapi aku membalas dengan muka yang mencuka.

"usyar abang?"

"mana ada,tadi ada nyamuk hingga di pipi...s..sayang..."
tanganku dipegang dan dikucup lembut segera aku tarik,muka ku merona merah.

Zayne tergelak kecil.

Aku bangun perlahan menuju kembali ke katil.

Mata Zayne membuntuti sampai ke katil.

"sayang nak apa apa ker?" abang nak jawab call dulu sambil minum petang" ujarnya selepas terdengar panggilan telefon.

Aku hanya menggelengkan kepala dan Zayne berlalu pergi.

Aku menarik nafas lega.

Terkantoi sendiri tadi,aku tersenyum,mana mungkin aku merajuk lama...tiba tiba aku teringatkan Lisa.

Telefon yang berada di beg di disisi aku capai dan mendail nombornya.

"ya Puan,nanti saya ke sana,tak bestlah cakap dalam telefon,kebetulan kami dah on the way ni'"

talian di matikan.

Terima pula panggilan daripada mak menyatakan untuk datang malam nanti namun aku melarangnya agar tidak perlu ke sini agar berehat sahaja,aku sudah sedikit membaik dari segi mental dan fizikal.

Mak akur,dan gembira mendengar suaraku.

.......
.......

"s...saya...dipaksa oleh Cik Sarah" begitu sukar untuk Shera berkata benar.

Dia tahu nyawanya kini di hujung tanduk dan juga keluarganya ,tetapi semua ini adalah kerana terpaksa.

Lisa dan Mikael berpandangan ,terkejut tetapi sudah menaruh syak yang semua ini adalah perangkap yang jelas adalah perbuatan Sarah.

"dah aku jangka" ujar Mikael menggenggam tangannya geram.

"cerita kan...", perakam sudah tersedia.

"saya terpaksa buat semua ini kerana ibu dan ayah...untuk membayar hutang mereka yang dipinjam dengan along.."

"macam mana kau kenal dia,dah lama?" soal Lisa.

"hampir empat bulan yang lalu...sebelum saya masuk ke syarikat Tuan Zayne..."

'ooo...jadi kau juga disuruhnya untuk kerja di sana?"

Shera mengangguk mengiakannya.

"Ok teruskan..."

"semalam Cik Sarah yang masukkan ubat perangsang seks ke dalam air Tuan Zayne ,dari awal lagi dia rancang semua ini,melekakan Tuan Zayne,dan kebetulan pada waktu itu Puan Eryna tiada di sisi jadi kerjanya lagi mudah,saya menghulurkan air dan Tuan Zayne tak menolaknya...perancangan awal adalah untuk membuat rakaman perbuatan kami tapi tak sangka Puan Eryna sampai sebelum waktunya"

"kan..aku dah agak dah...dasar perempuan murahan..kerana perbuatan kalian nyawa insan lain jadi taruhan" ujar Lisa kesal.

Mikael menatap wajah Shera geram,terasa saja ingin menumbuk muka perempuan yang berada di depannya ini.

Dia tahu dia bukan lelaki yang baik tetapi turut terasa sakit bila lihat hubungan sepupunya Zayne berantakan kerana perbuatan perempuan lain.

"berapa hutang mak bapak kau?"

"lebih 50 ribu"
"semurah itu harga diri kau?" soal Mikael sambil tersenyum sumbing.

Lisa mengerutkan kening hairan.

" memanglah tak banyak bagi yang kaya" gumam Lisa.

"jadi dah langsai ker belum?" soalnya lagi.

"selepas kerja ini selesai.." jawab Shera sambil memandang lantai dan gugur airmatanya.

"aku akan bayar semua hutang bapak kau tapi syaratnya aku nak kau ikut arahan aku pulak"

Lisa sedikit kehairanan mendengar kata kata kekasih yang baru termeterai baru sebulan itu.

"awak nak janji apa,apa syaratnya?" soalnya curiga.

"adalah...bagi dia makan dan minum dulu,nanti kita bincang"

"awak jangan main main",pesan Lisa sebelum mereka meninggalkan bilik hotel itu.

Tetapi Mikael sudah memberi pesan pada Bodyguard Datuk Raziff agar Shera dipindahkan ke tempat lain terlebih dahulu agar Sarah hilang jejak Shera.

Dalam perjalanan ke hospital Lisa menerima panggilan daripada Eryna manakala Mikael menelefon Zayne.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience