Zayne melangkah masuk ke pejabatnya setelah dua minggu meninggalkan kegiatannya itu.
Mungkin ini juga peluang yang Allah bagi pada dia untuk meluangkan banyak masa bersama Eryna.
" Tuan dah sihat?" tegur Lisa bila melihat Zayne melangkah masuk menuju ke arah biliknya.
" Alhamdulillah..nanti masuk bilik bawa dokumen dan aturkan kembali meeting untuk saya hadiri" arahnya sebelum masuk.
Lisa mengangguk dan mengambil beberapa dokumen penting yang banyak tertangguh untuk di tandatangani oleh bosnya itu.
" assalamualaikum sayang..."sempat dia menelefo Eryna sebelum dia melangkah keluar hadiri meeting hari ini.
"Waalaikumussalam...abang ada mana tu?",
"otw ada meeting dengan client jap"
"emmm...habis tu tengah drive ler"
"tak baru panaskan enjin kereta ni"
"ok...nanti lunch abang balik ker?"
"kenapa sayang nak lunch dengan abang ker?",
"kalau abang nak sayang boleh ke sana"
"ok..nanti kalau habis awal abang cakap..abang jemput"
"eh..tak payah..abang cakap jer location kat mana sayang pergi.."
"ok..bye" Zayne memutuskan panggilan dan terus melunjur pergi meninggalkan pejabat
......
......
Hotel P
Dua insan sedang beradu tenaga dan keringat,sebenarnya dari malam tadi lagi aktiviti mereka berlangsung.
Bila pagi menjengah mereka menyambung lagi aktiviti lasak itu.
Akhirnya terdampar kelelahan.
"ternyata kau hebat Sarah" bisik Kamarul di telinga Sarah dan Sarah hanya tersenyum sinis.
Dia sudah cuak dengan pujian jejaka jejaka yang entah keberapa dia tiduri,semua dia dapat rasakan dan dia sudah biasa dengan mainan dan bicara manis pasangannya.
Sarah langsung mengatur langkah menuju ke bilik mandi membersihkan diri setelah sehari suntuk menguras tenaga memuaskan nafsu gila dan kepuasan duniawi.
Setelah itu dia keluar dan mengenakan kembali pakaiannya.
Kamarul sudah beralih ke beranda keluar menghisap rokok dengan hanya bertuala dan bertelanjang dada.
"Kamarul..." Sarah mendekati Kamarul yang berada di beranda.
"hmmm...",
Kamarul menoleh dan terus menyedut dalam rokok yang berada di tangannya.
"kau tak kahwin ker?" soal Sarah sekadar ingin tahu cerita di sebalik hidup lelaki yang telah menidurinya itu.
Kamarul menarik tangan Sarah dan membawa kepelukannya .
"kau rasa?" soalnya sambil melirik senyum.
"entah...kalau kau tu pompuan dan aku lelaki mungkin aku dapat teka bila first night atau tidak,tapi cara kau main macam sudah berpengalaman" ujar Sarah .
Kamarul tergelak lepas.
"kalau aku kata aku masih sendiri kau percaya?" saja menduga Sarah,perempuan yang pernah mencuri hatinya lapan tahun yang lalu dan sehingga kini pun dia masih mencintai wanita yang berada di depannya ini.
"seriously?tak kan kut?"
"terpulang,hanya ada seorang sahaja wanita dalam hati aku dulu kini dan mungkin selamanya", ujarnya dengan tawa kecil.
Sarah hanya terdiam,memikirkan perkataan Kamarul dan hanya menggelengkan kepala sukar nak cari lelaki yang setia.
Semua itu tidak hairan dalam dunia hari ini kerana tidak perlukan suami atau isteri untuk menikmati syurga dunia itu.
Dia sendiri walaupun status sebagai isteri dulu tetap mencari kepuasan di luar.
"Kamarul aku nak balik...nanti kita jumpa lagi setelah kau selesaikan tugas kau" Sarah cuba leraikan pelukan tetapi Kamarul memperketatkannya.
"emmm...baiklah...take care" Kamarul terpaksa melepaskan pelukannya kerana tahu Sarah tidak selesa dengan bau nafasnya yang berbau rokok.
Dia bukan perokok tegar cuma bila rasa stress dan tertekan sahaja dia akan hisap rokok dan menyedut sedalamnya,tetapi kenapa kali ini segalanya tidak memberi apa rasa padanya.
Entah kenapa dia rasa begini,kenapa jalan ini yang dia dapat selepas bertahun tidak bertemu dengan Sarah dan kenapa jalani hidup wanita ini menjadi selicik ini.
Selepas pemergian Sarah terus dia bersiap untuk kembali ke pejabat.
.......
.......
Tadi Zayne sempat menghantar pesanan dan location untuk kami makan tengahari.
Dengan menempah teksi secara online aku menuju ke tempat lokasi Zayne berikan.
Suasana sedikit sibuk mungkin waktu puncak ,waktu makan tengahari,sepatutnya dari tadi lagi aku bertolak selepas menghubungi dia tetapi kebetulan terima panggilan dari bibik kerana mengatakan dia balik ke rumah hari ini.
Jadi terpaksa menunggu dia dahulu sebelum aku bertolak ke mari.
Beberapa minit aku sampai di lokasi dan terus aku keluar dari kereta selepas membayar tambang.
Selepas keluar sahaja keluar dari telefon berbunyi dan panggilan dari Zayne.
"ya abang,sayang dah sampai ni"
"ok,abang tunggu kat sini"
"ok...sayang masuk ya"
"Ya Allah!! jeritku bila terlanggar sesuatu di depan ,secara tak sengaja aku terlanggar seseorang.
"sayang..kenapa tu?" soal Zayne di sana.
"sayang..sayang...",Zayne masih berada di talian.
"hah...ya,ya...tak ada apa,ok bang kejap lagi sayang ke sana"
aku mematikan panggilan itu.
"sorry..sorry .."aku terlanggar seorang lelaki yang badannya lebih kurang besarnya dengan Zayne.
"it's ok..saya pun tak perasan tadi",lelaki itu sebenarnya terpesona melihat kecantikan perempuan di depannya,niat hati nak memarahi tetapi tidak jadi bila terpandang wajah ayu dan sorotan mata yang cantik itu.
Perasan dengan pandangan itu aku memohon diri untuk berlalu tetapi lelaki itu terus memandangku.
"sayang...kenapa lambat ni?" soal Zayne bangun mendapatkan aku.
"sayang ok ke,tadi macam menjerit" Zayne membawaku ke meja.
"ok..tadi kebetulan terlanggar orang.."
"sayang..sayang...selalu macam tu..dah jom makan,abang dah order makan" beberapa hidangan telah pun selamat mendarat di meja dan kami terus makan sambil berborak kosong.
Dalam mereka menikmati hidangan itu tanpa mereka sedari bahawa ada mata yang memerhati dari jauh melihat kemesraan mereka berdua.
"ooo...jadi perempuan itu.."
Lelaki itu berlalu pergi bila melihat gadis yang bertembung dengannya sedang menemui seseorang yang juga dia kenali.
Sedikit kehampaan dan kecewa di hatinya.
"kenapa yang aku rasa nak menjadi milik kau!! dia menjerit dalam hatinya.
Terasa seolah sembilu menusuk masuk,nyilu dan ngeri.
"aaahhh..kenapa harus aku rasa,dia bukan milikku" dia berlalu pergi agar tidak melihat kemesraan mereka berdua.
Tetapi kembali melangkah ke tempat tadi terasa ingin lagi tahu dan berdiri memerhati melihat kemesraan mereka berdua ,dia boleh mengagak yang mereka suami isteri.
Entah mengapa hatinya merasa penasaran untuk terus melihat gelagat mesra mereka berdua,saling senyum dan gelak ketawa,suap menyuap membuat hatinya rasa terbakar.
Sedangkan perempuan itu bukan miliknya malah tidak pernah kenal antara satu sama lain melainkan tadi bertembung secara kebetulan tetapi pesona tatapan mata perempuan itu membuat Jantungnya tadi berdegup kencang.
Lama dia berdiri di situ akhirnya berlalu pergi apabila menerima panggilan dari pejabatnya.
"semoga ke temu lagi", kenapa dia tetap berharap sedangkan sudah dia tahu perempuan itu sudah dimiliki.
Kenapa semua dimiliki oleh lelaki yang sama......
Share this novel