Pintu dikuak dari luar,Eryna sudah pun tertidur pulas menggerekot tanpa selimut.
Zayne tersenyum sendiri melihat bidadari nya.
Melihat ke arah perut Eryna yang sudah kelihatan sedikit membukit.
Dia menghampiri dan mengusap lembut perut.
"abang..."terkejut dia ,segera tangannya ke bawah.
"ops sorry ganggu sayang tidur,ni kenapa tak tarik selimut" segera selimut ditarik ke atas sampai ke dada.
"emmm..." aku terjaga dari tidur bila terasa perutku disentuh,tak lain tak bukan mestilah tangan nakal Zayne.
" nak ke mana?" soalnya.
" sayang nak ke toiletlah,abang kacau sayang kenapa" aku muncungkan mulut.
Zayne menggosok belakang tengkuknya dan tergelak kecil.
"dah?"
Aku mengangguk dan membaringkan diri di sebelahnya.
Segera aku ditarik masuk kepelukkannya.
"dah tidur...lewat ni" aku lagi suka bila tidur beralaskan lengannya.
"i love you sayang" aku mendonggak dan sepantas itu ciuman singgah di bibir.
"abang..." aku merenggek manja dan memukul dadanya.
"dah...tidurlah...manja manja macam ni...tak pasal sampai pagi"
Segera aku pejamkan mata,tahu sangat niat dia.
Kedengaran Zayne ketawa .
Akhirnya kami terlena.
........
........
"morning sayang.." mataku ditonyoh perlahan,ternyata Zayne lebih awal bangun daripada ku.
"abang...awalnya...dah jam berapa ni?"tanya ku hairan bila lihat Zayne sudah lengkap berpakaian.
"abang...baju tu.." aku hairan bila lihat baju nya sudah berganti sedangkan kami tidak membawa persalinan ke rumah Tok Ayah semalam.
"abang balik rumah tadi,tukar baju dan tu baju sayang pun abang bawa"
"hah...sekarang pukul berapa?"soalku hairan.
"dekat jam tujuh sayang..."
"aduh...dah lewat ...subuh.. kenapa tak kejutkan sayang" segera aku bangun menuju ke bilik air.
"sayang..perlahanlah sikit", laung Zayne dari luar.
"sayang...abang turun dulu ok..."
Aku hanya mengiakan.
Bila aku keluar Zayne sudah pun tiada di bilik.
"hmm...cukup lengkap dia bawa...siap pakaian dalam lagi" aku tergelak sendiri .
Usai mandi dan solat aku terus turun ke bawah.
Kedengaran suara gelak ketawa dari dapur,riuh rendah.
"hah...dah bangun...jom duduk" sapa Puan Marina.
"hmmm...Mak masak nasi lemak eh...sedapnya bau" aku menghidu aroma wangi nasi lemak pandan itu.
" ya....dah kata mengidam nak makan sangat,tu lah Mak buat sebelum balik kampung"
"laa..Mak dah nak balik ker?"soalku sedikit kecewa.
"ya laa...banyak lagi nak kena siapkan barang Erman tu...nanti Mak datang balik sini"
Aku hanya mengangguk.
"sayang.." datang Zayne memeluk ku dari belakang.
"ish abang ni ..depan Mak dan Mama kut" aku menepis tangannya.
"alah...bukannya orang lain pun..."
"Zayne..Zayne...kau ni..malulah sikit..kan mertua ada tu..", Puan Marina menggelengkan kepala melihat gelagat nakal anaknya itu.
Wajahku mula merona merah.
"tengok tu,kesian menantu mama,dah merah muka,malu"
"tak apa lah Kak Na,orang muda kan.." balas Mak turut ketawa.
"dah lah pergi panggil Tok Ayah dan Papa makan sama" suruh Puan Marina.
Kami menikmati makan pagi bersama dengan hilai tawa .
Belum sempat aku menghabiskan nasi di pinggan terus aku meluru ke bilik air.
"ya Allah sayang" segera Zayne membuntuti aku.
Habis semuanya aku muntahkan.
"sakitnya.." perutku kejung akibat muntah.
"sayang ok ker ni?" aku dipapah duduk di kerusi .
"hmmm...kata nak makan nasi lemak yang mak buat...tapi tengok tu.." bebel Zayne.
Sekali lagi aku berlari ke bilik air.
"ya Allah Zayne ,cepat kau pergi tengok,gerun mama ,lajunya dia lari"
"abang...abang..sa..sa...sakitnya..." aku mula menekan perut.
Entah mengapa perutku mula memulas.
Sakit bukan biasa yang aku rasa.
Muka ku mula pucat dan badan mula menggeletar.
"sayang..sayang ..kenapa ni..Mak,Mama!!"laung Zayne cemas.
Tubuhku menggeletar dengan kuat akibat menahan sakit.
"Ya Allah..kenapa ni...pucat muka Eryna?"Mama turut cemas.
"sakit..sakit..mama" airmataku mula laju turun.
"cepat Zayne bawa dia ke hospital takut Mak tengok"
Segera Zayne mencempungku terus ke kereta.
" abang.."
" sabar sayang...tahan..."
"mengucap Eryna...mengucap",ibu meriba kepalaku .
Cemas melihat keadaan aku yang semakin memucat.
Sampai di hospital segera Zayne memanggil pegawai yang bertugas dan langsung ke bilik .
"berdoa Zayne,insyaallah tak ada apa apa"Puan Nora menenangkan Zayne.
Sejurus selepas itu Puan Marina dan Encik Zikri datang.
"macam mana Zayne",
"masih kat dalam mama" Zayne mengeluh cemas.
"tak palah..kita tunggu dulu,banyak banyak berdoa"
Zayne tetap mundar mandir tidak tenang hatinya memikir kan nasib isteri di dalam.
"siapa waris Puan Nur Eryna?"datang seorang jururawat.
"saya suaminya" Zayne terus membuntuti jururawat dan terus ke bilik doktor.
"macam mana isteri saya doktor"
"alhamdulillah...ibu dan anak ok...cuma ..."
"cuma apa doktor?"cemas Zayne dibuatnya apabila doktor yang bernama Dahlia itu terdiam dan membelek belek fail di depannya.
"alahan nya kuat sangat ker?"
"kuat ,makan selalu muntah...tak kira pagi atau petang" terang Zayne.
"itulah..keadaan ini yang memberikan pengaruh kepada baby dalam kandungannya,baby akan mengeras dan kejung menyebabkan sakit yang teruk seperti tadi,tapi alhamdulillah tak ada apa apa kandungan dah masuk enam belas minggu bermakna empat bulan,alahan ibu mengandung ni berbeza,kadang kadang sampai tiga ke empat ataupun sampai melahirkan pun ada,jadi dalam kes ini kena pantau pemakanan agar isteri makan sesuatu yang boleh di terima ,tak semestinya nasi,mungkin buah buahan dan jangan biarkan perut kosong" panjang lebar Doktor Dahlia memberi penerangan pada Zayne.
"ok lah sekejap lagi Puan Eryna akan di letakkan di wad biasa dan kalau tak ada apa apa petang nanti dah boleh terus discharge selepas habis air yang kami masukkan "
Zayne menarik nafas lega bimbang apa apa yang terjadi pada isterinya.
Perlahan mataku buka,kelihatan Mama dan ibu sedang duduk di sofa.
"abang..."panggilku bila tidak kelihatan Zayne bersama.
"Eryna.." terus Puan Nora menghampiri Eryna.
"Zayne dan papa pergi surau tadi" ujar Puan Marina sambil mengusap kepala menantunya itu.
"mak..nak air" ujarku lemah.
Segelas air disuakan kepadaku.
"uhuk..uhuk.." Baru seteguk air masuk ke kerongkong ku aku tersedak menyebabkan sekali lagi perutku terasa sedikit sakit.
"sayang..." bila saja masuk Zayne terus menerpa ke arahku.
Perlahan dadaku diurut.
"abang,sayang nak balik...tak selesa lah kat sini...bau ubat ni...pening"
"ok...tadi abang dah uruskan ...kejap lagi kita balik ok...sayang baring dulu..",Aku dibaringkan kembali.
"Zayne,mama dan papa balik dulu lah ya..jom Nora balik sekali" ujar Puan Marina
"yalah...nanti Zayne bawa Eryna balik.."
Terus mereka bertiga berlalu pergi.
"sayang...lepas ni sayang tak payah kerja ok...rehat jer kat rumah ,abang risau tau tengok keadaan sayang macam ni" tanganku diusap lembut.
" emm...nanti sayang fikir dulu.."
" haih..nak kena fikir pulak?"
" nanti kalau sayang duduk rumah..sayang mesti rindukan abang..." aku muncungkan mulut.
" abang pergi kerja jer sayang...petang kan abang balik...boleh jer kan lepaskan rindu.." hidungku di picit.
" sakit lah", kami ketawa.
Sejurus selepas itu kelihatan pintu dikuak dari luar.
" assalamualaikum...ya Puan Marina...kalau tak ada apa apa sekejap lagi dah boleh discharge"
Serentak.kami menjawab salam.
" ok lepas ni kena jaga elok elok kandungan dan jangan terlalu letih dan stress sebab semua itu akan mempengaruhi kandungan"
" kandungan yang lemah boleh menyebabkan keguguran..jadi lepas ni kena jaga pemakanan,jangan angkat berat..kalau tak boleh makan nasi tu cuba makan makanan lain yang boleh memberikan nutrisi pada bayi dalam kandungan dan berikan tenaga pada ibu" panjang lebar penerangan diberikan oleh Doktor.
Kami hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja.
Ni mesti Zayne terus terfikir agar aku terus duduk di rumah dan tak perlu kerja.
"dengar tu sayang...lepas ni abang nak sayang rehat secukupnya..ok?"
" iyalah ...tapi sayang tak janji untuk terus berhenti ok" tegas ku.
Zayne tahu yang Eryna ni memang gila kerja tapi dia akan cuba sesuaikan kerja untuk yang tersayang agar tidak terlalu penat.
Share this novel