bab 45

Romance Completed 61355

Di hospital....

Bila mataku di buka ibu dan mama masih setia menunggu ku di sofa.

Terasa hiba kembali menerjah jantungku.

Aku kembali menangis bila mengusap perutku yang sudah kembali mendatar.

"Ya Allah Eryna" segera kedua orang tua itu bangun menerpa cemas ke arah sesusuk tubuh yang terlantar lemah.

Puan Nora terus memeluk anaknya itu,terasa pedih hatinya jua seorang ibu dapat merasai saat kehilangan seorang anak.

",sabar Eryna,ini adalah ujian dari Allah,sesungguhnya Allah tak akan uji diluar kemampuan kita" setitis airmata turut digugurkan.
Kepala Eryna diusap lembut menyalurkan kasih sayang seorang ibu.

Diusia begitu muda dia kehilangan anak yang lahir dari rasa cinta antara dua hati.

",sabar Eryna,mama tahu Eryna kuat" Puan Marina turut berpelukan.

Aku hilang kata saat tubuh mereka memeluk ku erat.
Seharusnya aku mensyukuri nikmat Allah berikan saat aku terasa kehancuran namun ada insan setia di sampingku.

" Zayne...", terpancul nama insan yang aku cintai separuh nyawaku,ke mana dia saat ini.
sungguh aku perlukan dia saat ini,biar hatiku bisa bertenang .

Dia yang harus ada dengan ku saat ini,dia yang perlu memberikan pelukan kenyamanan untuk aku terus tenang.

Salah ? siapa yang harus dipersalahkan mungkin aku terlalu mengikut emosi menyebabkan semua ini berlaku.

",semalam dia datang,tapi Eryna kan yang halau dia" pelukan dilepaskan.

Aku tertunduk sedih.Salah aku lah kut.

Ibu bersuara sambil membetulkan rambutku,rambut diikat tinggi persis wanita berpantang.

Seketika pintu dikuak dari luar datang doktor yang merawat dan dua orang pembantunya.

", Puan Eryna,macam mana hari ni?" soalnya ramah sambil mengukir senyum.

Aku hanya mengangguk tanpa kata,aku tiada dalam mood untuk bersembang.

" saya faham ,Puan bersedih..anggap ini adalah ujian untuk kita,ada hikmah di sebaliknya.."

" Puan masih muda ,masih ada harapan yang baik untuk kembali hamil,semuanya tak ada masalah,cuma kena kawal emosi agar stabil,jangan lemah " pesan Doktor sambil membuat pemeriksaan ke atas aku.

"husband puan dah datang?" soalnya lagi.

"belum lagi,mungkin kejap lagi", jawab ku datar.

"ok lah,nanti saya nak jumpa dia,oleh kerana baby dah cukup sifat dan letak nama sekali nanti boleh kapankan"terangnya.

Aku semakin hiba,menitis lagi airmataku.

"boleh saya tengok,lelaki ker perempuan?" pintaku.

"boleh....nanti saya suruh nurse yang bawakan,lelaki"

Aku mengangguk menitiskan airmata.

", bila saya boleh balik?" soalku tanpa basa basi,terasa malas dah berlama di sini,tidak tahan dengan bauan ubat dan dengan wayar yang berselirat di tanganku.

Dia memandang dan tersenyum sambil menyemak laporan di tangannya.

"insyaallah kalau Puan boleh kawal emosi,tekanan darah stabil,esok dah boleh balik...jadi kalau nak cepat balik kena tenangkan diri dan terima semua ini"pesannya sambil memeluk lembut bahu ku.

"emmm....terima kasih doktor"

Mereka berlalu pergi berganti pula dua susuk lelaki .

Seorang tua dan seorang muda,yang tua tok Ayah dan yang seorang lagi tu pastinya Zayne.

"assalamualaikum semua",Tok Ayah masuk memberi salam.

Kami menjawab serentak.

"macam mana dengan cucu tok Ayah?",sapanya lembut.

"alhamdulillah Tok Ayah..tapi..."aku mula sebak.
Aku kembali menangis,sungguh aku sensitif,hiba dan kecewa,anak yang tumbuh sedang berkembang akhirnya pergi meninggalkan rahimku.
Seawal.usianya lima bulan dalam kandungan ku.

"tak pa...tak payah cakap,tok Ayah dah tahu,sabar"dia menepuk bahuku.

Zayne masih kaku berdiri jauh daripadaku.

"Zayne,yang kau tercegat kat situ dah kenapa,jadi guard?" tegur Datuk Raziff mengejutkan Zayne.

"hah..ya..ya", jawabnya gugup sambil melangkah kaki menghampiri ku.
Bukan dia tak mahu dekat cuma takut si isteri tak ingin melihatnya.

Aku palingkan muka ke arah lain dan merebahkan diri membelakangi mereka.

Betul sangkaan Zayne Eryna masih marah dan tidak ingin melihatnya langsung.

Hatinya turut terasa tetapi apakan daya segalanya sudah terjadi.

"Saya nak tidur.." sikapku berubah saat melihat Zayne,tidak sanggup aku menatap matanya takut aku yang terkena racun.

Aku tak nak terlalu percaya diri,biar aku merajuk sementara waktu saat hati ku sakit.

'kau ni dah kenapa Eryna,tadi kau nak sangat Zayne ada dengan kau,tapi bila dia datang kau boleh pulak biarkan dia begitu" getus hatiku.

Terasa serba salah menguasai diri.

"tak,tak,aku nak jugak merajuk,hati aku sakit ,sakit sangat"

"tak palah kalau macam tu ,tok Ayah balik dulu" Sempat aku menyalami tok Ayah dan kembali ke posisi tadi.

"ni Zayne mama ingat nak balik dulu lah ya,tukar baju ,dari semalam lagi ni,nanti bagi Eryna makan" ujar Puan Marina,dia tahu inilah masanya memberi ruang pada suami isteri itu agar kembali memujuk.

"mak pun ...nanti kalau tak ada apa apa kami datang lagi..Eryna mak balik dulu ya",saja dia menekan suara agar anaknya berpaling.

"jomlah Kak ,saya tumpangkan,driver dah ada kat bawah tu.."

"mak,mama,nanti..", perlahan aku kembali duduk.
Aku mendepakan tangan tanda ingin memeluk mereka.

Kedua duanya datang menghampiri ku dan kami berpelukan.

"sorry..." itu ucapan yang mampu aku berikan saat ini.

"dah jangan nangis,dengar apa yang doktor kata tadi,kalau nak keluar cepat,kena stabilkan emosi" ujar mama sambil melirik pada anaknya yang masih terdiam.

"kesian kat Zayne tu,tak baik buat dia macam tu" sempat Mak berbisik padaku.

Sejurus selepas itu datang dua orang jururawat membawa sekujur tubuh bayiku yang berbalut kain putih.

Sungguh aku tak kuat saat ini,Zayne datang menghampiri ku,terus aku menangis lagi dan lagi.

"sayang...jangan macam ni please"

Mayat anakku dihulurkan .
Aku memberi ciuman terakhir di situ,tak sanggup lagi melihat sekujur tubuh yang membeku.

Aku menatap penuh hiba wajah anakku,menangis semahunya di dada Zayne.

"sayang...",Zayne turut menumpahkan airmatanya.

Kain dibuka dan aku tatap lama dengan airmata yang masih mengalir bagaikan air terjun itu.

Sudah ada sifat yang boleh nampak,hidung yang mancung seperti kami..aku menyentuh dan mengucup lembut,Zayne juga.

Selepas itu mayat itu kembali diserahkan pada jururawat sebelum diuruskan pengebumian nya.

"nanti datang ke bilik mayat untuk buat tuntutan" pesan salah seorang jururawat dan berlalu pergi.

Zayne mengangguk dan masih memeluk ku.

Sedari itu perlahan pelukannya aku lepaskan.
Airmata tadi aku lapkan dengan lengan bajunya.
Zayne seolah terkejut dengan gelagatku.

Terus aku rebahkan diri dan merengkuk memandang ke sisi.

Zayne tiada kata nak ungkapkan saat ini,dia tahu isterinya sedang terluka dan bersedih.

Dia juga tersenyum sendiri melihat sikap keanakan Eryna tadi,mana taknya bajunya menjadi kain untuk dia lapkan airmatanya siap dengan hingus lagi.

Perlahan kepala isterinya diusap.

Eryna sudah tertidur pulas.
Sepatah kata pun tidak terucap dari mulut isterinya saat dia berjumpa tadi.

Dia harus terima ini semua demi kesembuhan insan yang amat dia cintai.

Baru dia teringat yang tadi mamanya berpesan agar menyuapkan isterinya makan ,tetapi sudah terlambat,Eryna lebih suka tidur daripada makan.
Rajuknya bukan kepalang,.

Zayne duduk di sofa sambil memandang susuk tubuh Eryna yang membelakanginya.

Dia harus akur dan sabar dengan tingkah laku isteri kesayangan nya itu.

......
......

Di bilik hotel..

Lisa dan Mikael kembali ke hotel yang menempatkan Shera .

"hei pompuan,kau dengar sini,aku nak kau jelaskan siapa yang upah kau?" rahang Shera dipegang oleh Mikael.

"tak..tak..aku lakukannya sendiri" tergagap gagap ketakutan.

"baik...kalau kau tak nak mengaku ,kita ke balai,kitaorang boleh dakwa kau atas kesalahan memeras ugut untuk dapatkan wang dari Zayne,dan sebarkan fitnah' Mikael mengugut.

Shera mula ketakutan ,apa yang harus dia lakukan,sedangkan di pihak Sarah pun pasti menekannya.

"mustahillah Shera,kalau setakat muka kau macam ni Zayne tak layanlah....semua ni terancangkan?"

"atau kau kerja dengan Sarah?", tiba tiba terpancul nama Sarah di mulut Mikael.

Wajah Shera mula memucat bila dengar nama Sarah.

Berkeras juga Shera mengatakan bukan .

"baik,kita pindahkan dia ke tempat lain atau kita habiskan jer pompuan ni",celah Lisa geram.

"kau tahu tak kerana perbuatan terkutuk kau ni,Puan Eryna keguguran hah!!

Shera menunduk ke lantai,timbul rasa berdosa di hatinya,dia lakukan ini bukan relanya,dia terpaksa.

"baik,panggil Bodyguard tok Ayah kat luar ,kita heret dia dan humbankan ke laut,biar jerung yang makan dia habis cerita",arah Mikael kepada Lisa.

Segera Lisa bangun menuju ke pintu.

Shera mula ketakutan yang amat sangat sehingga menangis semahunya.

"tunggu...!! langkah Lisa terhenti.

Lisa kembali pusingkan badan.

"s.saya...a..akan cerita" dalam tangisan.

"ok..kami dengar,kalau kau bohong kami tak teragak agak lakukan perkara yang tak sepatutnya",

"sayang...kita rakam perbualan ini,jadikan bukti"

Lisa menghidupkan perakam di dalam telefonnya sedia mendengar cerita Shera yang benar benar ketakutan.

"air...",Mikael mengerutkan kening.

"saya haus"

"kau tak boleh makan atau minum selagi tak cakap",ugut Lisa sambil tersenyum sinis.

"bagi jer...nanti pengsan cerita tak habis" ujar Mikael.

Lisa memandang marah.

"kesian?" matanya tertuju pada Mikael.

Mikael tersengih takut sebenarnya mendapat tenungan yang tajam itu.

"lelaki sama jer",rungutnya sambil mengambil segelas air dan diberikan pada Shera.

Mikael terdiam.dia tahu kekasihnya itu marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience