bab 82

Romance Completed 61355

Akhirnya sepandai pandai tumpai melompat akan jatuh ke tanah jua...

Sarah dan Rahman dihadapkan di mahkamah dengan bemacam tuduhan .

Menggelapkan wang syarikat,menyebarkan berita palsu dan bermacam macam tuduhan yang membolehkan mereka di penjara dan didenda.

Benar kata orang penyesalan akan datang pada hujungnya.

"abang betul ker nak biarkan Sarah dan papa dia ke penjara?" sepatutnya aku akan senang sekiranya Sarah diberikan pengajaran di atas perbuatannya itu.

Zayne yang sedang menyuapkan makanan di mulutnya itu berhenti dan memandang ku.

Mama dan papa turut berbuat demikian.

Aku mula gelisah adakah aku bertanya soalan yang salah atau tidak tepat pada masanya?"

Aku menunduk seolah aku benar benar bersalah.

Zayne menggenggam tanganku dan tersenyum.

"biar dia rasa ...hukuman dah dijatuhkan dan kita tak boleh buat apa apa kan" balas Zayne.

Aku menarik nafas,sebenarnya ada sesuatu yang mereka tidak tahu tentang Sarah.

"tapi...cuma sayang..risaukan dia"

"risaukan dia? kenapa?" mama pula mengajukan soalan.

Sekali lagi aku serba salah .

"dia...dia..."

"dia apa sayang?"

"dia mengandung.." akhirnya aku ucapkan jua.

Mereka yang ada tercengang dan terkejut aku melihat air muka mereka bergantian.

"mana sayang tahu?"

"dua hari yang lalu ....Sayang pergi melawat dia di sana..dia mengamuk dan pengsan ...dan sayang tunggu sampai doktor selesai buat pemeriksaan ke atasnya...doktor beritahu yang Sarah hamil dalam enam minggu.

Suasana hening seketika.

"sayang pergi jumpa dengan dia buat apa? Zayne menatapku marah.

"saja.." jawabku singkat.

"dia ada buat apa apa kat sayang?"

Aku menggeleng kan kepala

"sayang keluar tanpa izin abang?"

" mana ada ,sayang ada call abangkan kata nak keluar dengan bibik beli barang"

" kata keluar beli barang tapi ke tempat lain?"

" maaf masa tu kebetulan jumpa ngan aunty Mariam,dia yang ajak sayang ikut dia jumpa Sarah" aku mula takut bila dapat tatapan tajam dari Zayne,airmataku mula bertakung ingin jatuh
. Flashback on...

Semasa aku keluar dengan bibik untuk membeli berberapa barang keperluan aku terserempak dengan Mariam ibu Sarah.

" aunty Mariam" tegurku apabila melihat dia sedang memilih barang.

" hei..Eryna" Mariam tidak lagi memandang ku dengan wajah dinginnya sebaliknya sudah sebegitu ramah membalas teguranku.

"dah berapa bulan ni?"

"dah enam bulan " perutku di sentuhnya
. "aunty beli barang ya" sambil tanganku juga sedang mengambil sesuatu tang berada di situ.

"ni beli barang nak bawa ke tempat Sarah sikit" ujarnya.

'Apa kabar dengan dia aunty,maaf ya sebab buat dia ke sana"

" salah dia Eryna,memang patut dapat balasannya"

Aku hanya mengangguk.

"ni aunty nak ke tempat dia ker?"

"ya hajatnya begitulah kejap lagi'

"kalau Eryna ikut boleh?"

Mariam memandang ku.

"boleh"
Bibik juga turut aku bawa ke sana bersama Mariam.

"apa khabar Sarah?"

Sarah hanya berdiam diri dan hanya memandang ke arahku.

"ni mama ada bawa barang sikit ada makanan juga" satu plastik dihulurkan.kepadanya.

"buat apa kau datang sini,nak sindir aku?"

'Sarah,kenapa cakap macam tu?"

Wajah Sarah kelihatan sangat pucat.

"kau sakit Sarah?"

"kau peduli apa kalau aku sakit atau tak,kau lagi suka kan kalau aku macam ni" tegas Sarah menyeringai marah.

"Sarah,sepatutnya kau sudah insaf masuk sini,mama kecewa dengan sikap kau,sudah sudah la buat perangai gila,duduk sini buat ibadah bnyak banyak ,taubat tak guna nak.salahkan orang,kita yang terlalu tamak,ikut nafsu"

Mariam cukup merasa kecewa dengan anak dan suaminya.

Kalau tidak kerana ketamakan mereka tidak akan jadi begini.

'mama jangan salahkan Sarah,sedangkan dulu mama juga pernah sokong apa yang Sarah buat" suasana menjadi semakin tegang antara mereka dan aku hanya terdiam.

"sudah lah Sarah,mama mengaku semua ini ,tapi semua sudah terlambat", ujar Mariam kesal.

'maafkan Mama kerana menjadi ibu yang gagal"

"Sarah,aku akan suruh Zayne tarik balik dakwaan dia .."

Sarah menatapku marah.

'berambus kau aku benci tengok muka kau" dia bangun dan tiba tiba badannya terjatuh dan pengsan.

"Sarah" Sarah diangkat dan dibawa pergi.

'kenapa dengan anak saya puan?"

"biar kami tengok dulu apa yang terjadi,kamu semua boleh tunggu diluar.

Kami menunggu hampir setengah jam dan seorang pengawal penjara datang menjemput kami masuk ke bilik rawatan.

"anak puan mengandung dalam enam minggu" hampir terduduk Mariam mendengar kata kata doktor yang bertugas itu dan nasib baik aku dan bibik sempat memegang bahunya daripada terjatuh atas lantai.

"banyak dosa kau buat Sarah" dia memandang Sarah yang masih di atas katil.

"siapa lelaki tak.guna tu Sarah!!

Sarah hanya diam dan menangis,kali terakhir dia berhubung badan dengan Kamarul dan maka ayah kepada anak ini adalah Kamarul.

"mungkin Kamarul" Ujar Sarah sebelum kami melangkah keluar.

Mariam menatap sendu anaknya itu,tangisannya gugur membasahi pipi pergi dengan hati yang remuk dan hancur.

Anak satu satunya yang ditatang bagai minyak yang penuh mencoreng arang di mukanya.

Nasi sudah menjadi bubur,penyesalannya yang sudah lagi tidak berguna,namun begitulah lumrah manusia selagi boleh melangkah dia terus melangkah walau akhirnya tersungkur jua.

Flashback off..

"apa nak jadi agaknya anak Mariam ni..", rungut mama.

"kesian kan abang kalau dia terpaksa mengandung dalam penjara,mesti terseksa...", Zayne Memandang ke arahku entah apa yang dia fikirkan sebenarnya.

"biarlah dia .." ucap mama.

"tapi ma...."

"menantu mama ni..,dia dah banyak buat salah kat kau berdua,tak perlu bersimpati pada dia,kalau dia boleh fikir sebelum buat sesuatu tak akan terjadi semua ni" Aku tahu mama marah kan Sarah,namun aku tidak sampai hati nak tengok Sarah begitu,biarpun kesalahannya terlalu banyak dan tak boleh dimaafkan sekalipun.

Tapi apa nasib anaknya nanti.

"tapi anaknya tak bersalah ma,abang" lirihku hiba.

Aku juga merasai bagaimana perasaan seorang ibu kerana aku pun mengandung bagaimana sekiranya aku di tempatnya ,terpaksa melahir dan membesarkan anak di penjara dan juga tanpa seorang ayah.

"tapi anak siapa yang dia kandung kan itu?"

"anak Kamarul" laju aku menjawab.

Zayne menarik nafas berat.

"boleh kan abang kalau tarik balik....?" aku merayu pada Zayne ,aku tahu sukar untuk Zayne lakukan itu kerana Sarah sudah banyak menyakitinya.

Aku juga turut terkesan tetapi aku cuma tidak mahu dendam terus terkesumat antara mereka.

"tengok lah macam mana"
Aku hanya mengangguk.

"sayang masuk dulu dah kenyang" aku bangun dan berlalu pergi meninggalkan mereka dan Zayne hanya memandang membiarkan aku pergi .

"hmmm...merajuk lah tu...orang mengandung macam tu lah..mood selalu swing" Marina tahu menantunya itu merajuk.

"kau buat lah keputusan Zayne,semua di tangan kau,betul kata Eryna,lagipun anak dalam kandungan tu tak bersalah" Zikri menepuk bahu Zayne.

Zayne hanya mengangguk dan turut bangun menuju ke bilik kerana dia tahu Eryna mungkin kecewa dengannya .

......
.......

Zayne membuka pintu dan di dapati Eryna sudah terbaring mengiring di atas tilam.

Dia menghampiri Eryna dan duduk di birai katil.
"sayang...kenapa ni..marah kan abang?"

"tak...buat apa nak marahkan abang..", jawab ku.

"habis tu kenapa tak habiskan makan tadi"

"kenyang..." aku bangun dan duduk berhadapan Zayne.

"abang...kita keluar boleh?"
Zayne mengenyit dahi hairan melihat gelagat Eryna tiba tiba macam tu,tadi bukan main macam marah.

"nak ke mana?"

"jalan jalan cari makan..teringin lah nak makan sesuatu yang manis.."

"emmm...makan apa ...tadi bukan kata dah kenyang?"

"tadi kenyang...bila bercakap dan tengok muka abang jadi lapar"

Tanpa Zayne setuju aku sudah pun bangun dan bersiap.

"la...bila pula abang kata nak pergi" saja nak usik isterinya.
Zayne tersenyum melihat telatah Eryna yang semakin manja itu.

'kalau abang tak nak sayang pergi sendiri"aku mula menarik muncung dan berlalu keluar.
Tapi serentak dengan itu tanganku ditarik masuk ke pelukannya.

"merajuk?"
Aku menggeleng kan kepala.

"bagi upah dulu"

"tak nak...setuju dulu"

"upah dulu.."

"setuju dulu"

"ok..setuju" aku tersenyum dan memberikan kucupan di pipinya.
"alah. tak kan di situ aja kut"

"cukup lah tu"

"mana cukup"

Zayne menarik rapat badanku tetapi terhalang oleh perutku yang semakin membesar itu.

"kan..tak boleh..baby pun tak bagi"
Tapi bukan nama Zayne kalau dia tak dapat apa yang dia nak.

Bibirku tetap dikucupnya walaupun tidak lama.

"dah jom" tanganku di pimpin keluar.

"ni nak ke mana pula?" soal mama bila kami melangkah keluar.

"menantu mama ni nak keluar cari makan"

"mama nak ikut?" Zayne memberi isyarat supaya tidak membawa mama.

"tu tengok...belum mama cakap nak,suami kau tu dah tak setuju"

Zayne tergelak sudah tahu perangai mamanya itu.

"abang ni tak baik tau" perut Zayne aku cubit.

"kalau mama ada kacau lah sayang,papa kan ada ajak lah papa keluar"

"pergilah....mama pun kejap lagi nak keluar ke rumah tok ayah...nanti balik korang singgah sana ya"

"emmmm....ok ma..",

'jalan elok elok...kau jaga menantu mama tu Zayne ,perut dia tu dah besar...nanti jalan banyak kejang kaki"

"yes bos...bye"

......
......

Beberapa hari kemudian Zayne bersama Mikael dan Datuk Razif berbincang sesama mereka tentang kes Sarah dan Rahman.

" Terserah pada kamulah Zayne macam mana,keputusan di tangan kau sekarang ni," ucap Datuk Razif.

Zayne memandang ke arah Mikael dan sepupunya itu pula hanya mengangkat bahunya.

"tengoklah macam mana,Eryna pun sarankan benda yang sama,tapi ..."
Belum sempat Zayne menghabiskan.kata katanya.

"assalamualaikum" tiba tiba terpancul muka Eryna di depan pintu.

Semua mata tertumpu padanya.

"macam nampak hantu jer?" aku hairan bila ketiga mereka memandang ku.

"waalaikumussalam...sayang buat apa kat sini",Zayne menghampiri aku dan menarik tangan ku duduk di sofa.

"Tok Ayah sihat"aku menghulurkan tangan kepada Datuk Razif yang tersenyum memandang ku.

"tengok tu tok Ayah,cucu tok Ayah ni kan selalu halang kalau Eryna datang sini"

"sayang..ni kan tempat Kerja,mana boleh suka suka datang"

"ok fine Sayang balik dulu" aku bangun dan berlalu pergi.

""sayang...nak ke mana tu"

"b.a.l.i.k",, aku mengeja satu persatu agar dia faham.

"hmmm..kan dah merajuk ,biarlah dia nak datang sini pun..kan time lunch ni..apa,kata kita keluar makan" ajak Datuk Razif faham dengan situasi kedua cucunya itu.

"cucu tok Ayah ni kan,sekarang ni sibuk dan tak kisah pun pasal bini dia makan ke tak..kita datang sini nak ajak dia lunch malah marah pula kita", aku mula melangkah keluar dan Zayne berlari mendapatkan aku.

'sudah kau Zayne ,mak buyung dah merajuk..jenuh lah kau nanti rasanya tidur luar la malam ni" sindir Mikael sambil tergelak dibalas pula dengan Datuk Razif turut tergelak melihat gelagat suami isteri itu.

"sayang...sayang...sorry...", tanganku ditarik.

"tak payah..sayang nak balik"

"alah..gurau jer lah..kan tadi ada tok Ayah" badanku ditarik masuk kepelukannya.

"cantik...lagi cantik kalau buat muka macam ni"

"bos.."

Kami menoleh serentak bila terdengar suara Lisa memanggil terlupa bahawa ramai mata yang memandang ke arah kami.

"emmm...tutup mata semua,tak biasa tengok orang berpeluk ker?", semua staff yang ada tergopoh gapah berlalu bila melihat muka tuannya yang melorot tajam itu.

"dah lah...nanti sambung kat rumah..jom.",Mikael menepuk bahu Zayne.

Aku merona malu tambahan Datuk Razif pun turut berada di situ.

"jom sayang..kita keluar lunch.."

"lain kali jangan buat bini merajuk,nasib mudah dipujuknya", tersenyum Datuk Razif membuatkan Zayne malu sendiri.

.......
......

"sayang....",Zayne memeluk ku dari belakang dan dagunya diletakkan di bahuku.

"emmm...ni ada nak bodek apa ? tadi dah la marah kita ke office" tangan nakalnya mula merayap ke perut ku.

'ala...pasal tadi tu abang minta maaf..kan tadi ada tok Ayah dan Mike dan kebetulan kami tengah berbincang pasal penarikan dakwaan ke atas Sarah dan papa dia"

Aku segera membalikkan badan,teruja mendengar berita itu.

'jadi..apa keputusan abang?"

"amboi exited nampak " dia memeluk ku tapi mesti tidak sampai kalau nak peluk sebab perutku sudah semakin besar dan dia menarik tanganku sampai ke atas katil.

"duduk sini"

"insyaallah minggu depan Sarah akan dibebaskan dengan ikat jamin"

"alhamdulillah...bagaimana dengan Kamarul?"

"Kamarul....emm...yang tu ..kena tunggu lagi ..sebab abang rasa sakit hati lagi kat dia pasal cuba buat tak senonoh dengan kesayangan abang ni"

"tapi sayang kalau boleh biar diorang kahwin lagi baik kan...sebab baby tu anak Kamarul" kepalaku diletakkan di bahu Zayne.

"mereka ni secocok lah kan,"

"betul...tapi...nak ker Sarah nikah dengan Kamarul?" soalku sebab tidak tahu sejauhmana hubungan mereka.

"kalau sayang nak tahu diorang ni dulu Loving couple tapi tak lama,Sarah beralih hati kat orang lain"

"orang lain tu abang lah kan" teka ku membuatkan Zayne tergelak.

"pandai" hidungku di cuit.

"mungkin jodoh diorang kan.."

"tapi kan kalau dulu Sarah nikah dengan abang,rasanya abang dan sayang mesti tak berjumpa dan bernikahkan?" aku mendonggak melihat wajahnya.

"entahlah...........mana tahu kut abang jumpa dengan sayang ,berkenan dan jadikan isteri nombor dua" jawabnya sambil tergelak.

"amboi beranga nampak" perutnya aku cubit.

"betul lah..mana tahu kan jodoh".

"tak...tak mungkin...abang tu dah la hati batu,dingin...bukan senang nak cairkan.....frust sakan kena tinggalkan tunang dulu...pandang orang sebelah mata jer..ingat tak?"

"ya ker...itu dulu,tapi sekarang ni dah cair sebab orang sebelah ni macam gurun sahara panas ...sentiasa mencairkan hati abang"

Dia memegang kedua pipi ku dan mencium lembut bibirku.

.........

Beberapa bulan berlalu ....

"abang...abang...bangun..." badan Zayne aku goncang kuat perut terasa begitu sakit sekali dan aku merasa ada cecair panas mengalir di bawah.

"abang...aduh..sakitnya.. "

Zayne mengerdipkan matanya.

"sakit ...",airmataku mula mengalir laju.

"kenapa sayang nangis",segera Zayne terbangun dalam keadaan matanya tidak terbuka sepenuhnya lagi.
Menggosok gosok matanya.

"perut sayang..cepat...panggil Mama"

"dah nak bersalin ker?" aku hanya mengangguk. dan menekan perutku yang cukup sakit itu.

Peluh mula menitis di dahi menahan kesakitan.

Zayne gelabah mencari bajunya dan berlalu keluar mendapatkan mama.

"mama,cepat.."

"ada apa ni...jam berapa ni?"

"menantu mama...dia.."

"dia ..dia ..apa?"

"ya Allah budak ni..."

"sakit"

"hah..sakit perut? tanpa menunggu jawapan dari anaknya itu Puan Marina terus berlalu ke bilik menjenguk Eryna yang sedang mengerang kesakitan itu.

"ya Allah Zayne cepat sediakan kereta ni dah sampai masa ni,air ketuban dah pecah ,cepat!!

Zayne seolah tidak tahu nak buat apa.

"abang....cepatlah....sakit ni"

"Zayne Rafael...Eryna hah nak bersalin ni,angkat dia turun"

"abang...cepat!! aku pula menjerit kerana terasa begitu sakit.

Zayne dengan terkejutnya mencempung aku ke kereta dan papa yang terpaksa memandu kerana bimbang tengok keadaan gelabah Zayne itu.

Sesampai di hospital terus aku di tolak ke labour room.

"berdoa Zayne...kau tu mama tengok teruk betullah"

"Suami puan NurEryna?" beberapa minit kemudian seorang jururawat keluarga memanggil Zayne.

"ya saya"

"Puan Eryna mahu suami dia temankan"

Zayne memandang ke arah mamanya.

'cepatlah pergi.." dengan langkah berat dan gemetar Zayne membuntuti jururawat itu masuk ke dewan bersalin.

"push puan...kuat...tarik nafas..ok...sikit lagi kepala dah nampak,ok..push...tarik nafas push...." rupanya bukan aku yang buat semua itu tetapi Zayne pun turut sama berbuat kemudian.

"sakit !! ", tangan Zayne habis aku cengkam.kuat.

"sayang..sakit" Zayne menggetap giginya menahan sakit apabila aku mencengkam lengannya kerana menahan sakit.

"alhamdulillah..."

Bayi itu diletakkan di atas dadaku,menitis airmata saat ini.

"baby girl" Zayne mengucup dahiku,mengalir juga airmatanya.

"alhamdulillah sayang...terima kasih kerana,memberikan kebahagiaan untuk abang"
Aku hanya mampu mengangguk lemah kerana saat ini sudah habis segala tenagaku.

" kami akan menguruskan Puan Eryna dan baby dulu dan Encik boleh tunggu di luar"

Zayne berlalu pergi sementara aku dan baby diuruskan.

Setelah selesai aku dipindahkan ke wad VVIP bersama bayi perempuan ku yang begitu cantik dan mulus itu.

Bayi diserahkan kepada Zayne untuk diazankan.

Saat mendengar alunan kalimat azan aku menangis,tangisan gembira seorang ibu.

Selepas melewati dua kali masa mengandung akhirnya aku berjaya bergelar ibu.

"ya Allah cantiknya ...copy paste Zayne kan abang" Puan Marina menggendong cucunya itu dan mencium berkali kali.

"dah anak Zayne,apalah nenek pun" pipi gebu si kecil diusap lembut oleh Rizki.

Zayne dan aku memandang gelagat kedua mereka begitu gembira menerima cucu pertama mereka,tak cucu kedua.

"terima kasih sayang" tanganku dikucup lembut dan Zanye mencium pipi ku.

"sakit?" soal ku bila melihat lengannya yang merah hasil dari cengkaman aku tadi.

"sayang lagi sakitkan berbanding rasa sakit abang ni"

"ehemm...Zayne..kau jangan lebih lebih...Eryna tu baru berapa jam bersalin" Zayne kembali duduk dengan mukanya membahang merah apabila terciduk oleh mamanya tadi.

"mama ni...kacau betul lah..",
Pecah tawa kami bila mendengar kedua mereka kembali berdebat.

"bak sini baby Zayne" Zayne bangun mengambil anak perempuan nya dari gendongan mamanya.

"kedekut punya anak,hati hati dia tu kecil lagi" sambil meletakkan atas riba Zayne.

"cantikkan sayang...hidung dia ikut mummy dia,bibir...tapi wajahnya ,mama betullah macam Zayne masa baby kan?" teruja melihat anaknya itu.

"iyalah..anak kau kan?"

"ni namanya dah ada?" soal Puan Marina.

Zayne dan aku berpandangan.

"terserah pada abang"

"nanti balik kita fikir" aku mengangguk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience