bab 48

Romance Completed 61355

"ish..mana pompuan ni,aku call tak angkat angkat", telefon ditangan dia baling ke tilam.

Sarah ke hulu ke hilir tak tentu arah.

"jangan jangan dah tertangkap", gumamnya.

Segera dia mencapai tas tangan dan telefon membuka pintu dan keluar.

"Sarah!! panggilan dari Mariam mematikan langkahnya.

Segera badannya dipusingkan,Mariam menghampirinya.

"Mama,ada apa?Sarah ada hal ni" ucapnya datar.

"kau nak ke mana?tadi Tok Ayah call nak jumpa kau kat rumah dia", ujar Mariam.

Sarah terkejut dan menelan liurnya

"kenapa nak jumpa?"

'mana mama tahu,pergi jer lah...tentu ada hal penting...yang kau macam takut ni dah kenapa,ada perkara yang kau sembunyi dari kami?" soal Mariam curiga melihat tingkah anaknya.

"m..mana ada Ma,Sarah cuma rasa penat jer...oklah Sarah jumpa tok Ayah nanti"

"bukan nanti,now..." marah Mariam geram tengok perangai anaknya yang semakin tiada sopannya.
Balik selalu lambat,kadang kadang mabuk dan merah merah di badan.

"Sarah.."

"jangan nak mula lagi Ma...Sarah tak nak dengarlah...bye" terus dia berlalu pergi meninggalkan Mariam yang masih tidak berpuashati.

"mesti ada something ni,sampai Ayah nak jumpa" bisik Mariam sendiri.

"perangai bapa dengan anak sama jer,buat rumah ni macam hotel,masuk sesuka hati", bebelnya.

Razak suaminya sudah semalaman tidak balik,katanya ada outstation.

...
.....

Selepas tiga hari aku dibenarkan pulang ke rumah dan majlis pengebumian anak kami yang kami namakan Muhammad.
Zuriat sulung yang menghuni rahimku cuma lima bulan itu.

Kesedihan tetap ada dalam diriku,aku tetap hiba rindukan dia.

Mak dan Mama sentiasa menenangkan aku.

"Zayne,hantar Eryna naik dulu" ujar Puan Marina.

"Mama,boleh tak kalau Eryna duduk bilik bawah ni jer,senang...tak larat nak turun naik.

Zayne mengerut kening hairan.

"kenapa pulak,naik ataslah,kan abang ada,kalau sayang nak apa apa cakap jer kat abang dan bibik"

"betul tu apa yang Eryna kata tu Zayne,Eryna ni kan berpantang,tak boleh bergerak banyak lagi," balas Puan Marina.

"tapi mama..."

"ingat Zayne pantang orang keguguran sama jer dengan bersalin...100 hari,nak pulihkan badan"

Eryna tersenyum melihat wajah masam suaminya.

"emmm...bik ...sediakan bilik untuk mem besar ni", ujar Zayne dan segera mencempung Eryna naik ke pangkuannya.

Aku hampir menjerit,terkejut dan malu bila dilihat oleh semua yang ada.

"saja jer kan nak elak dari abang"bisiknya di telingaku.

"Zayne,Zayne...",Tok Ayah turut tergelak melihat telatah cucunya.

"mana ada,sayang kan tengah berpantang,abang tu mana boleh percaya,lebih baik menghindari daripada mendekati" ujarku sambil ketawa.

Sampai di bilik aku diletakkan di katil.
Bilik bawah tidaklah sebesar bilik atas tetapi kelengkapannya tetap ada dan bersebelahan dengan bilik bibik.

"pandai nak mengelak dari abang..."

"dah lah pergi kat luar tu,tok ayah ,mama dan papa kan ada lagi" ujarku menolak badannya mula merapat ke arahku.

"iyalah..kalau nak apa apa panggil..."dia terus bangun berlalu pergi.

Lega rasa di hati Zayne bila lihat Eryna tidak lagi merajuk dan marah kannya.

Tapi dia masih ragu ragu sebab mungkin adanya keluarga dia di sini Eryna berkelakuan macam tu.

"tak pa sekurang kurangnya dia kembali tersenyum" gumamnya sendiri sambil melangkah kaki ke arah keberadaan mereka.

"Datuk dan yang lain duduklah dulu sembang sembang,saya nak ke dalam jenguk Eryna" pinta Puan Nora.

"kalau macam tu ,saya pun ikutlah,biar mereka yang duduk sini" Puan Marina turut bangun membuntuti Puan Nora menuju ke arah bilik .

"kau dah jumpa Mikael?",soal Datuk Raziff sebaik Zayne duduk.

"dah ,semalam.." ujarnya ringkas.

"jadi apa rancangan kau,dah jumpa pompuan yang perangkap kau?"

"belum lagi Tok Ayah...mungkin kejap lagi,call Mikael dulu kut"

"katanya dah pindah tempat..kat mana Tok Ayah...Zayne pun tak tahu yang Tok Ayah ada tempat lain.."

Datuk Raziff ketawa besar.

"ada tempat rahsia ker Ayah?" soal papa Zayne pula.

"ada lah....nanti kita ke sana.." sambil meneguk air .

"banyak lagi rasanya rahsia tok ayah ni..."

"biasalah...kita tak boleh hanya tumpu pada satu tempat jer,kena ada sesuatu yang privisi untuk kita,time kecemasan", ujarnya lagi sambil ketawa.

Lama mereka berbual sampai ketawa terdengar sampai ke bilik ku.

"apa lah yang diorang bualkan tu sampai gelak sakan " ujar Puan Marina.

"orang laki kak Na kalau jumpa,macam tu lah,sama juga kita ni"

"Mak...",

"ya Eryna,ada apa apa yang nak ker?"

"kalau kita balik kampung boleh?" aku dah mula dah....

Mama dan mak berpandangan.

"Eryna masih marahkan Zayne lagi ker?" Mama menghampiri dan memegang erat tangan ku.

Aku memandangnya dan tubir mataku kembali bergenang.

Aku pejamkan mata rapat agar tak terlalu sebak,bohong kiranya aku boleh lupakan sekelip mata atas kehilangan zuriat yang pernah mrnapak dalam rahimku,pernah aku rasa kehadirannya,pernah aku rasa pergerakan dan denyutannya.

Mama terus memeluk ku tantkala airmataku mula menitis laju.

Aku semakin hiba dan sebak.

"sabar Eryna ,mama tahu Eryna kuat..kana tahu Eryna terkesan dengan semua ini,mama minta maaf bagi pihak Zayne,sebab semua ini terjadi" sebak aku mendengarnya,Mak turut mengalirkan airmata.

"tak mama,mama tak perlu minta maaf...Eryna terlalu emosi..",airmata ku kesat.

"kalau soal balik kampung tu mak tak kisah tapi kena minta izin dulu pada Zayne.."

"hah...balik kampung?" terpancul muka Zayne dia depan pintu.

Airmata yang masih bersisa aku seka.

Zayne mengambil tempat di sebelahku dan mama bangun ke sebelah.

"sayang...kenapa sampai nak balik kampung?" soalnya sambil mengucup lembut tanganku.

"sayang nak rehat kat sana,nak tenangkan fikiran" ujarku .

Zayne memandang tepat silih berganti pada mak dan mama.

"sayang masih marahkan abang?"

Aku menggelengkan kepala.

"mak rasa elok juga tu balik berpantang kat sana..senang Mak nak tengokkan...pulih kan kembali semangatnya" Terpaksa Puan Nora bersuara kerana dia tahu macam mana degilnya Eryna,kalau dia kata itu,itu juga yang dia akan dapat.

"emmm...betul tu Zayne,pantangnya kena betul betul...emosi kena stabil..mama pun tak sanggup tengok menantu mama sedih macam ni,sekurang nya kat sana boleh hirup udara segar tak lah berkurung macam ni" sambung mama bagi menyakinkan Zayne.

Zayne terdiam seolah sedih dan kecewa.

"tak palah,korang bincang dulu macam mana,mama nak balik dulu...Eryna jangan sedih lagi tau..tenangkan emosi..mama sayangkan Eryna" mama mencium pipi ku dan berlalu pergi.

Aku menghela nafas.

Mak membuntuti mama keluar.

Zayne masih menatap aku lama mengenggam erat jari ku dan mengucup lembut.

"betul ker sayang nak balik kampung ni?

Aku mengangguk .

"sanggup tinggalkan abang sendiri kat sini?"

Sekali lagi aku mengangguk.

"hah..jadi sayang dah tak sayangkan abang?"

Aku tak sedar sekali lagi aku mengangguk.

"tak..tak...bukan..bukan..." aku tergelak tak sedar dengan apa aku buat.

"tengok tu..sampai hati sayang..." dia merajuk.

"tersasul...kalau ada kat sini pun bukan boleh buat apa kan?" tanya ku .

" boleh jer..." dia merapatkan mukanya ke muka aku.
Tiba tiba terasa seram sejuk macam nampak hantu.

" abang kalau Mak dan Mama masuk nahas kita" tanpa memperdulikan kata kata ku Zayne terus menarik aku masuk ke dalam pelukannya.

Aku pastinya tergamam,lagi aku mengelak lagi kuat pelukannya.Aku menolak dadanya agar menjauh kerana saat ini dapat kami dengar deruan nafas masing masing.

" sikit jer" dia merayu.

" ab..ab...mmmmppp..." tak perlu minta persetujuan cukup hanya tindakan pantasnya terus memagut lembut bibirku.

Aku yang tadi terdiam akhirnya membalas kucupannya.
Saling melepaskan kerinduan,terasa terbang sedikit masalah yang kami hadapi.

Tiba tiba pintu dikuak dari luar.

"subhanallah....!! suara Mama mematikan perbuatan kami yang sedang hanyut dengan ciuman panas tadi.

Kami melepas kucupan dan aku secara spontan menolak sedikit badan Zayne yang dari tadi memeluk ku.

"Ma...mama...kami" tergagap gagap Zayne menjelaskan.

Mama menggelengkan kepala kecewa.

"memang patut lah kena pisahkan diorang ni nuat sementara Nora..." kebetulan Mak juga turut datang bila terdengar suara mama tadi.

"kenapa? '" tanya Mak sedikit hairan kerana tidak sempat melihat drama romantis kami tadi.

Aku dan Zayne tergelak.

"mereka...dah Zayne keluar",Mama menghampiri Zayne dan menarik tangannya.

"Mama...Zayne bukan buat apa pun cuma cium isteri Zayne"

Mak yang tadi kebingungan mula faham kenapa Puan Marina menarik tangan Zayne.

"Zayne ..Zayne.."

"dah jom keluar,Tok Ayah dah nak balik tu...Mama dan papa pun nak balik..biarkan Eryna berehat nanti bentan ,kau tu bukan boleh percaya"

Zayne terpaksa akur bila mama nya terus menarik tangan keluar.

Mak menghampiri aku dan duduk di samping.

"anak mak ok ker? "

Aku mengangguk dan tersenyum.

"betul nak berpantang kat kampung?"

"betul lah...Eryna nak hilangkan kesedihan dan kekecewaan ini Mak,Eryna nak belajar terima semua ini tanpa menyakitkan hati sesiapa" ujarku sayu.

Mak terus memeluk ku.

"sabar ya sayang...Mak faham anak Mak sedih...", dia menepuk belakangku dan mengusap lembut.

"kita balik..kat sana boleh berpantang dan mengurut,lagi pun Mak pun dah rindukan rumah",

Aku mengangguk dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience