Jam sudah menunjukkan dua petang ,selepas makan tengahari tadi aku melelapkan mata seketika di bilik dan kembali terjaga.
Telefon yang dari tadi masih aku genggam di tangan aku tatap menunggu panggilan dari Zayne.
Perlahan aku bangun duduk di birai katil.
Terasa kesunyian menghimpit diri.
Kenapa tidak aku rasa seperti selalu.
Seketika dengan tanpa sedar tangan ku menggosok perut,aku melepaskan keluh.
"kalau tak mesti anak mummy dah ada dalam ni besar dah kan",bisikku.
Telefon di tangan aku tatap lama .
"ish...kata nak call bila sampai...ni dah jam berapa kut ",
Tadi Eryna hanya mendapat pesanan ringkas dari Zayne yang menyatakan sudah sampai.
Daripada tunggu dia call baik aku yang call dia ,atau mungkin dia masih sibuk.
Aku mengeluh sendiri.
Segera mencari nama Zayne.
"assalamualaikum"
"waalaikumussalam...sayang sorry tak sempat nak call sayang",
"emmm...it's ok..cuma bimbang kat abang...sayang tunggu daripada tadi lagi tau"
"ya...sorry...abang sekarang ni pun dengan Mikael sedang minum jap,"
"ok...kalau macam tu sayang letak dulu lah...nanti bila sampai rumah jangan lupa call sayang"
"ok sayang...love you",
"love abang juga", panggilan segera dimatikan .
Lega sedikit di hati bila dapat mendengar suara suami di sana.
Segera aku bangun. dan mencapai tuala terus ke bilik mandi .
Sudah lama rasanya aku terperuk di dalam bilik meninggalkan mertua sendiri.
......
.....
di tempat lain kelihatan dua susuk tubuh sedang memadu asmara di tepi pantai.
"Sarah..."suara lembut berbisik di telinga
"emmm..."
"sampai bila you nak duduk sini?",soal David dengan mulutnya masih menempel di leher jinjang Sarah.
"alah kan baru dua hari kita kat sini..tak kan you dah nak balik", ujar Sarah sambil menikmati sentuhan lembut dari David.
David melepaskan rangkulan dan bangun berdiri memandang ke arah laut.
Dia mengeluh seketika.
Entah apa yang dia rasa kini,sesuatu yang berat dia ingin luahkan tetapi tak berjaya.
"hei what wrong with you hah?" soal Sarah dan turut bangun berada di sisi David.
"jom..kita balik.." tangan Sarah ditarik lembut.
"balik...balik mana?"
"balik bilik laa...",David tersenyum.
Sejurus lepas itu kedengaran bunyi deringan telefon dan mematikan langkah mereka.
Tertera nama papanya David.
"you masuk bilik dulu,I nak kena angkat call ni jap", pesan David dan berlalu ke tempat lain meninggalkan Sarah yang terkebil kebil .
"ahh..apa yang penting sangat",Sarah terus melangkah menuju ke bilik yang ditempah oleh mereka Sepanjang di situ.
Bagi menghilangkan bosan sempat dia membuka IG miliknya.
Selain suka memporak perandakan orang dan merampas hak orang kegemaranya juga membuat sesuatu di IG sambil membalas komen.
Matanya terbuntang luas bila salah satu hantarannya pagi tadi mendapat maklum balas dari Mikael.
Mikael mana lagi kalau tak sepupu Zayne,lelaki mulut berus,bila bicara mengalahkan keretapi tanpa berhenti .
"seronok bercuti nampak"
" we waiting you"
segera Sarah menutup telefon bila mendengar pintu biliknya dibuka dari luar.
Kelihatan David masuk dengan muka tegang.
" ada apa?sapa call" tanpa menjawab pertanyaan daripada Sarah ,David terus berlalu mencapai tuala dan langsung ke bilik mandi.
Sarah hanya memandang dengan mematung di situ.
Dia tidak perlu peduli apa pun,dia bukannya manusia yang di lahir dengan ketulusan hati,dia manusia yang kejam tak perlu fikirkan perasaan sesiapa pun yang penting matlamat dan tujuan nya yang tak pernah puas.
Selepas keluar dari bilik mandi terus David memakai baju dan mengemas beg pakaian.
" hei..I wujud lagi lah kat sini! ujar Sarah dengan nada keras bila melihat David seolah tidak pedulikan dia daripada tadi.
" sorry I kena balik sekarang,papa I masuk hospital" ujar David memasukkan bajunya ke dalam bagasi.
Sarah mengerut kening hairan .
" you nak ikut ,atau stay sini lagi?" tanya David buat kali terakhir.
Sarah memaling muka marah dan mendakap dada.
David bangun dan faham dengan kelakuan Sarah .
" ok bye,see you again" dia menghampiri Sarah dan sempat mengucup kening sarah sebelum berlalu keluar.
Sarah hanya terpaku melihat David berlalu pergi.
Entah apa perasaan yang dia rasa kini.
Aneh tetapi menusuk di jiwanya.
Dia teringat caption yang dihantar Mikael tadi.
"we waiting you"
Dia tersenyum sumbing.
Dia tahu apa maksud caption itu,mungkin plan dia dah berjaya.
Tapi ada juga sedikit kegusaran di hatinya.
Ada sebab lain yang tiba tiba terjentik di hati.
" johan" satu nama terbit dari mulutnya.
Dia tidak juga diceraikan malah tidak pula pernah menuntut cerai.
Dan Johan atau keluarga nya pun tidak pernah datang mencarinya sehingga kini.
",ah,persetanlah buat apa aku nak fikir"
Lamunannya terhenti bila deringan telefon berbunyi memecah kesunyian bilik itu.
" hello" jawabnya malas.
" Sarah kat mana ?" suara Rahman papanya di sana.
" tengah bercuti pa,ada apa call Sarah ni?"
" you come back now,"
" why papa ,booking room tak habis lagi kut"
" papa kata sekarang kita ada masalah" terus panggilan dimatikan tanpa sempat dia bercakap lebih.
" huh orang tua ni!! dia tahu kalau dengan nada suara itu jelas menunjukkan ada sesuatu yang berlaku.
Segera dia bersiap untuk kembali ke rumahnya.
David sudah lama berlalu meninggal kan dia,nasib baik semasa datang ke sini mereka menggunakan kereta sendiri kalau tak Memang dia terpaksa menempah tiket kapal terbang.
Share this novel