bab 16

Romance Completed 61355

Seperti biasa kami bangun pada subuh hari,mandi dan solat berjemaah.

Selepas adegan semalam aku kembali segar seolah terapi buatku.

"sayang dah ok pagi ni?"

"bolehlah...ada rasa loya sikit..."

"kalau tak sihat ambil jer cuti dengan bos"

"masalahnya bos satu rumah ..boleh ker?"

"boleh jer...tapi ada upahnya"

"selalu nak upah..."aku mencebik.

Satu ciuman singgah dibibirku.

"apa ni...habis comot"lengannya aku cubit.

"kan abang dah pesan jangan muncungkan mulut...geram tau..."hidungku dipicit.

Begitu indah rasanya percintaan yang kami bina kini.
Ada rajuk dan ada gurau.

Selepas bersarapan tadi kami terus ke pejabat.

Selangkah aku melangkah masuk sakit kepalaku kembali terasa bila bertembung dengan orang ramai.
Bau minyak wangi yang bermacam macam bau itu membuat tekak ku loya.

Nasib haruman Zayne aku dapat hidu malah tidak boleh lepas mencium bauannya

"sayang ok ker ni?"Zayne mula sedar bila tengok riak wajah ku dan kerutan kening.

"entahlah...bau pelik buat sayang pening...loya.."

Zayne mengerutkan kening.
Aku terus ke tandas tanpa menunggu Zayne yang masih di belakang.

"sayang...nak ke mana tu?"panggilannya aku biarkan.

Sampai saja di tandas terus aku muntahkan semua isi perutku.

"puan kenapa ni?"sapa Lisa yang tiba tiba ada di belakang.

"entahlah badan rasa tak ok hari ni"
Aku membetulkan tudung dan menyapu kembali sedikit gincu di bibir.

"muka puan nampak pucat jer..."tegur Lisa.

"nampak sangat ker?"tanya ku.

Lisa mengangguk .
"tak palah saya keluar dulu..."aku terus berlalu ke bilik.

"puan ...Tuan panggil"seperti biasa aku mana boleh duduk lama dalam bilik...mesti si dia tak boleh duduk diam bila tak lihat wajah aku.

"baik..kejap lagi saya pergi"aku terus mengambil beberapa fail projek yang perlu di tandatangani nya.

"Tuan Zayne Rafael nak jumpa ker?"tanya ku bila melangkah masuk ke biliknya.

"formal hari ni..."ujarnya dengan gelak.

Aku hanya tersenyum

Seperti biasa bila aku masuk dia pasti bangun mengunci pintu.

"abang panggil sayang ni ada apa apa ker?"

"rindu...."dia tergelak kecil.

"emmm ada ada jer abang ni...ni fail fail yang kena sign"aku hulurkan beberapa fail padanya.

Fail diambil dan diletakkan di atas meja.

"sign la terus...nanti tak ingat..."ujarku lembut.

"kejap lagi lah...sebelum tu...."terus di mencapai tanganku dan tarik masuk ke pelukannya.

"abang..."rengekku manja.
Malu tapi mahu.

"abang tak puas tengok wajah sayang...tapi kenapa lihat letih ni,tak bermaya ni...sayang ok tak?"dia mengusap lembut pipiku.

"tadi muntah lagi...."ujarku.

"petang nanti kita singgah klinik ok...risaulah tengok bidadari abang macam ni...tapi kalau sayang nak cuti hari ni pun boleh..."terus dia mengucup pipiku.

"abang dah lah...nanti tudung ni renyuk pula..."

"sikit jer buat ubat rindu...."terus dia mengucup ulas bibirku,lama sehingga aku sendiri hanyut dan membalasnya.

"tadi kata tak mau..."

Aku tergelak dan malu sendiri.

"abang yang goda sayang"aku tumbuk dadanya.

"pandailah...sayang yang buat abang yang tergoda tengok sayang yang semakin cantik"balasnya dan terus mengucup ulas bibirku lagi.

Ketukan dari luar seperti biasa mengejutkan kami dari terus membuat aksi panas.

Zayne mengeluh kasar dan melepaskan kucupannya.

"kacau daun betullah..."rungutnya dan berlalu ke pintu bila aku selesai membetulkan kembali tudung yang aku pakai,aku tergelak melihat riak wajahnya.
Dia memandang ke arahku dan aku hanya menjungkit bahu.

"masuk..."setelah dia kembali duduk di kerusinya dan aku hanya berdiri di sebelahnya seolah tiada apa apa yang berlaku.

Pintu terkuak dari luar dan terpancul muka HR Alia membawa beberapa fail.

"ya Alia..ada apa?"tanya Zayne apabila Alia melangkah masuk.

"ni Tuan senarai nama pekerja baru yang akan di temuduga nanti.."Alia menghulurkan fail tersebut.

"ok terima kasih...nanti saya semak dulu...kalau tak ada apa apa lagi awak boleh keluar"arahnya dan Alia mengangguk dan terus pergi.

"kita ada nak ambil pekerja baru ker?"tanyaku sedikit hairan kerana tidak diberitahuku sebelum ini.

"ya..abang lupa nak inform kat sayang semasa sayang masuk hospital hari tu,kita kekurangan pekerja di bahagian pelukis pelan sekarang ni kerana ada beberapa orang staff ada yang terpaksa cuti bersalin dan ada yang naik pangkat...tapi cuma dalam tempoh 3 bulan sahajalah.."terang Zayne.

"ramai pula orang nak bersalin ya sayang..."sekali lagi pinggang ku ditarik sampai ke atas ribanya.

"musim.."jawab ku tergelak.

"ni sayang abang ni...bila lagi..."sambil tangannya mengusap perutku.
Aku tergelak kecil bila lihat mukanya teruja.

"ish abang ni..ingat main bubuh jer baby dalam perut sampai masa ada lah tu...rezeki masing masing"aku menepis lembut tangannya.

'"abang tu dah sedia ker nak jadi ayah...?"hidungnya aku picit.

"tanya abang...sayang macam mana?abang kalau cepat lagi bagus...kita buat anak ramai ramai biar meriah rumah kita yang sunyi tu"

"amboi ingat senang ker nak beranak...nak mengandung lagi...dah la sebelum mengandung tu kena tahan sakit lagi...mengandung tu tahan alahan pulak...orang laki senanglah cakap asyik nak sedap jer.."balas ku.

Aku mula teringat,sakit kepala,mual,loya dan muntah..adakah aku...ahh..

"sedap bukan sorang kan....kalau tak dua dua tak jadi tau..."dia pula membalas.

"tapi sayang tak kisah pun..ada rezeki awal adalah....tapi abang tu tahan ker nanti .."soalku.

"tahan apa?"

"tahan kerenah orang mengandung...kena berpantang lagi...bukan setakat wife suami pun kena pantang tau..."Zayne mengerutkan kening seolah blur sekejap.

"suami pun? soalnya.

"ya lah ...dah tak boleh nak dekat dekat gini,cium cium ghairah...tut...tut..100 hari tau", ujarku sambil tergelak.

", mak ai..banyak nya...emmmm....tapi abang boleh punya....", hidungku di picit.

Aku segera bangun dari ribaanya bila kedengaran pintu diketuk dari luar sekali lagi.

"sayang keluar dulu lah...kita discuss lagi ok..."

"emmm...nanti balik kita buat anak boleh?"sempat lagi dia menyakat ku.

Aku hanya tergelak dan terus membuka pintu dan terpancul muka Mikael sepupu Zayne.

"Puan Eryna...pun ada?"Mikael tersenyum .

"masuklah saya dah nak keluar....Tuan jangan lupa sign tu..."sempat aku memesan pada Zayne yang sedang asyik tersenyum memandang ku.
Aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"amboi sakan korang bercinta sampai kat .pejabat...bahagia sungguh"tegur Mikael.

"biasalah Mike...orang baru kahwin...kau tu bila lagi?"

"aku...macam ni lah...bila nak timang anak pula...tak sabar nak tengok anak korang mesti comel comel belaka"

"tanya kita...ni apa hal kau datang nak jumpa aku...pasal projek ker apa?"tanya Zayne.

"pandai...sorry la aku datang tak inform dulu.."

"its ok...kebetulan hari ni tak ada ke mana mana ...jadi macam mana jadi ker projek pembinaan di sana tu?"

Rancak mereka berbual dari hal projek sampai lah cerita cerita hal peribadi mereka.

tok tok!! ketukan dari luar mengejutkan mereka.

"Tuan...T..Tuan...Pu...Puan...Puan Eryna pengsan..."termengah mengah Lisa masuk memberitahu Eryna terjatuh dan pengsan.

"hah...kat mana?"Zayne sedikit cemas dan terus bangun meluru ke tempat yang di maksudkan.
Mikael membuntuti mereka.

Kelihatan ramai pekerja lain sedang mengipas dan memberikan ruang pada Eryna untuk bernafas.

"ya Allah sayang kenapa ni?macam mana ni Lisa?"tanya Zayne cemas apabila lihat wajah pucat Eryna dan terbaring kaku atas lantai.

Terus dia mengangkat kepala di letakkan atas ribanya.

"tadi dia kata pening,dan masuk tandas...bila dia keluar..terus jatuh..."terang Lisa.

"ambil air"arah Mikael yang juga turut ada di situ.

"sayang...sayang"Zayne menampar nampar pipi Eryna.

"nah"segelas air dihulurkan dan direnjis renjis ke muka Eryna.

"Zayne lebih baik kau angkat dia masuk dalam dulu"arah Mikael.

Zayne terus mencempung masuk dan diletakkan di atas sofa di biliknya.

"penat sangat tu...kau tu kuat sangat ker hentam dia..?"tanya Mikael tanpa bertapis.

Zayne mencerlung matanya ke arah Mikael.

"sorry aku gurau jer lah..."

"relax bro kejap lagi sedarlah tu...aku pergi dululah tak nak kacau...nanti bawa pergi check kut ada isi.."
Mikael tergelak bila lihat wajah terkejut sepupunya

"kau tak kahwin lagi pandai ya..."

"aku...pompuan dalam genggaman aku lah bro...apa apa pun tahniah...aku yang terawal"

"kau ni..aku cemas kau boleh tergelak pula"

"aku pergi dulu lah"selepas salam Mikael terus berlalu pergi .

"sayang..."Zayne memegang tangan Eryna yang masih tidak bereaksi.

sekali lagi air di sapu ke muka Eryna dan tudung yang dipakai terpaksa Zayne buka.

"sayang..sayang bangun"
Eryna mula bertindak balas.

"abang..sayang....kenapa kat bilik ni semula?"aku memandang sekeliling .

"sayang pengsan tadi...risau abang macam nak tercabut jantung tadi...kan suruh cuti tak nak"bebel Zayne dan meletakkan kepala aku di ribanya.

Aku hanya terdiam kerana terlalu lemah dan tak mampu berkata kata.

"sayang rehat dulu..biar abang siap kan kerja...lepas tu kita ke klinik dan terus balik"kepalaku kembali diletakkan di sofa dengan perlahan.

Hampir setengah jam aku terlena dan terjaga bila Zayne mengejutkan aku.

"Lisa ,saya dan Puan Eryna lepas ni terus balik,kalau ada apa apa emelkan pada saya"pesan Zayne sebelum kami keluar tadi.

........
........

"tahniah Puan Eryna dan Tuan Zayne..."salam dihulurkan dan bersambut.

Aku dan Zayne berpandangan sesama sendiri.
Sedikit cuak bila lihat airmuka dan bibir doktor yang merawat ku tadi tersenyum.

"Puan Eryna disah kan hamil...tahniah"sekali lagi doktor itu mengucapkan tahniah pada kami.

Aku terdiam dan agak terkejut,lebih lebih lagi Zayne pastinya.

"sayang..."terus dia memeluk ku dan mengucapkan ubun ubun seolah menyalurkan kasih dan cintanya padaku.

"abang...doktor tengok tu..."bisikku,mukaku mula bertukar rona.

"alhamdulillah..."dia menadah kedua tangannya memanjat kesyukuran.

Doktor perempuan tadi tersenyum melihat reaksi teruja Zayne.

Sepanjang perjalanan dalam kereta senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"abang happy"tanya ku,kepala aku sandarkan di bahunya.

"of course laa....anak abang...zuriat abang...happy sangat...tak sia sia usaha kita "
aku mencubit kecil lengannya.

Dia menyeringai kesakitan dan kembali tergelak

"jangan goda abang ok...tengah drive ni...nanti tak pasal pasal abang berhentikan kereta kat sini"ugutnya dan aku segera berhenti dari terus mencubit.

"abang gatal...."ujar ku manja.

"patutlah muntah...loya beberapa hari ni..macam mana,boleh tak perasan..."ujarnya.

"kita kan mana ada,pengalaman lagi...."balas ku.

"tapi Mikael tu teror lah ,sayang ..dia yang tahu dulu...siap ucap tahniah lagi..."

"emmm...jadi dia yang pertama ucap tahniah kat kita.."kami tergelak bersama.

Kini cinta kami lengkap apabila aku sudah berbadan dua.
Rasa bahagia milik kami kini.

Sampai di rumah terus aku rebahkan diri di atas katil kerana terasa tidak bermaya.

Zayne membiarkan aku dan dia terus mencapai tuala terus masuk bilik mandi.

Bila aku terjaga terasa tangan melingkari pinggangku.

"abang...patutlah berat semacam jer"dia hanya tersenyum memandang ku.

"thanks you sayang...my sweetie..."ujarnya sambil mencuit hidungku.

"dah lama abang tak panggil sayang my sweetie..."

"suka?my sweetie..."

"mestilah suka....abang yang panggil..."aku merapatkan badanku dan letakkan kepala atas lengannya.

"kenapa abang ucap terima kasih?"tanya ku.

"sebab sudi jadi pendamping abang dan lahirkan zuriat abang..."perutku di usap lembut.
Aku tergelak kerana,kegelian.

"sayang pun...sebab abang sudi menempatkan sayang di sudut hati abang...cintai sayang...jadi imam sayang dan ayah pada anak anak kita"aku memeluknya dan dia membalas.

"abang nak sayang jaga zuriat abang yang berada dalam rahim sayang elok elok,jaga seperti mana sayang jaga nyawa sayang sendiri..dan abang janji akan jaga sayang selagi hayat dikandung badan"satu kucupan singgah di pipiku.

Aku hanya mengukir senyum...senyum kegembiraan yang tidak dapat kami gambarkan dan ungkapkan dengan kata kata.

"sayang nak mandi dulu...solat asar dah lewat ni..."pelukan dilepaskan.

"nanti dulu..."tanganku kembali ditarik.

"mana,boleh pergi macam tu..."satu kucupan hangat singgah di bibirku.

Sebentar tetapi tetap menghanyutkan kami.

Aku terus bangun dan segera ke bilik mandi.
Zayne yang masih di atas katil tergelak sendiri dan pandangannya tidak lepas dari memandang ku.

Percintaan yang sentiasa menghangatkan kami.
Aku melangkah dengan senyuman yang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience