bab 2

Romance Completed 61355

Restoran yang di tempah khas itu kami masuk mengiringi bersama .
Kelihatan Datuk Raziff ,mama dan papa Zayne juga ada bersama.

Aku agak gugup untuk melangkah masuk bila mata tertumpu ke arah kami.

"awak...kita buat apa kat sini?"bisik ku ke telinga si jejaka di sebelahku.
Dia hanya menjeling ke arahku tanpa kata.
Aku tertelan liur bila pandangan redupnya menapak di mataku.
Aku tertunduk sendiri kerana kalah pada pandangannya.
Aku takut hatiku yang mudah cair ini merenggut jantungku sendiri.

"jom duduk Eryna"Wanita 40an sebaya dengan mak itu menjemputku duduk dengan senyuman.
Aku hanya tersenyum seolah dipaksa hanya menurut.

"Zayne...duduk di sebelah Eryna please"suruh tok ayah bila lihat Zayne mengambil tempat jauh denganku.
Aku tergelak kecil bila lihat muka cuak nya.
Terus dia bangun duduk di sebelahku.

"kau gelak kan aku...tengok lepas ni"bisiknya.
Aku hanya tersenyum.

"kita makan dulu lepas ni kita bincang"ujar Tuan Zikri papa Zayne.

Makanan sudah siap sedia di depan mata kami.
Aku hanya menurut dan bersama menikmati makanan yang terhidang.

"tok ayah...apa yang mustahak sangat ni..."tanya Zayne usai makan tadi.

"kami nak bincang pasal perkahwinan korang lah"
Aku mula menggelabah,gugup suhu badanku mula berubah menjadi beku.

Suasana hening seketika.

"kami sudah berbincang agar perkahwinan Zayne dan Eryna kena dipercepatkan"aku yang tertunduk ke bawah tadi mula memandang figura yang berada di sebelahku.
Mukanya semakin ketat dan senyum semakin kelat.

"Eryna ok ker dengan keputusan ni....?"soalan Puan Marina mematikan lamunanku.
Aku seolah tersentak.

"Eryna tak kisah auntie..."hanya sepatah dapat aku ungkap kan bila mata Zayne mula meragut jiwaku.
Pandanganku alih kan ke sebelah agar tidak terusan mati ditikam mata Hazel yang redup itu.

"Zayne...kau pula...macam mana?setuju ker?"
Kelihatan Zayne juga terkejut bila soalan sama di ajukan padanya.

"kalau Zayne tak setuju ,tok ayah pasti marah...so up to you"pedas,bidasannya.

Tok Ayah dan yang lain tersenyum.

"tapi tok ayah...Eryna kena juga bagitahu mak kat kampung..."ujarku.

"tentang hal tu tak perlu risau ,uncle dan auntie dah jumpa dua hari lepas...insyaallah...petang nanti Puan Nora akan sampai sini...kami dah uruskan semua"
Aku lagi terkejut bila dengar berita itu.

Ternyata mak aku pun berahsia dari
ku.

Aku hanya mengangguk,suka atau tidak terpaksa jua.
Ibarat diluah mati mak,ditelan mati bapak.

flashback...

"mana nak cari duit ni nak bayar ganti rugi...kan mak dah pesan bawa motor tu jangan laju sangat...ni nak kena rawat masuk hospital,bayar bil,kereta orang lagi..."marah Puan Nora pada anak lelakinya.

Aku yang dari bandar terpaksa ambil cuti kecemasan apabila dengar berita kemalangan Erman adik ku .

"Mak sabarlah...nanti orang ikhtiar cari duit bayar semua ni"aku tahu kami tidak mampu langsung pun nak tanggung semua ini,tetapi aku tetap kena usahakan juga.

"Eryna...mak tahu kau tak mampu pun nak bayar semua ni....tak apalah mak gadai jer dulu geran tanah ni...nanti ada duit kita tebus"sekeping geran ditunjukkan padaku.

"mak...Eryna dah cakap akan usahakan,mak simpan dulu....kita cakap kat pak Samad tu bagi tempoh sebulan dua...."kertas itu aku kembalikan pada mak.

Wajah mak aku tenung lama,penuh sebak di dada.
Keringat mak di kampung hanya,sebagai peniaga kedai makan kecil kecilan berapa lah sangat hanya mampu menampung perbelanjaan sekolah adiknya.

Begitu pun sejak dia bekerja di bandar mampu menampung dan memberi kemewahan sedikit untuk mereka sekeluarga.

Dua hari cuti diambil setelah adiknya Erman di benarkan pulang ke rumah.

"Erman lepas ni dengar cakap mak...jangan duk terpengaruh dengan kawan kawan bawa motor laju laju...kau tu nanti dah nak SPM..tumpukan pada pelajaran..."bebel ku.

"yalah kak...orang dengar..."

'pasal ganti rugi tu nanti akak usahakan...kau jumpa dengan Pak Hamid suruh dia buat bil...nanti akak bayar"pesanku.

"dah siap semua ker Eryna...ada yang tertinggal nanti"tanya mak bila aku mula melangkah menuruni anak tangga.

"dah mak...balik dua hari jer....bukan lama...baju sikit...."selepas menyalami mak aku terus masuk ke perut kereta yang aku sewa.

Aku kembali ke tempat kerja setelah dua hari bercuti.

'woi Eryna..macam mana dengan adik kau?"tanya Laili.

"sikit jer ...tapi yang masalah sekarang ni dia pergi langgar kereta orang kaya kampung aku...kena pula orang kaya yang tahi hidung Masin macam haji bakhil tak nak tolak ansur lagi....siap buat syarat lagi suruh aku kahwin dengan dia...."

"kau biar betul...."kami tergelak bersama sampai terdengar dengan Puan Rania yang datang arah belakang.

"sakan gelak sampai ke luar..ada yang lucu ke?"

"tak ada Puan...ni Eryna kata ada orang tua nak lamar dia jadi isteri nombor 4"pandai kau reka cerita ya Laili.

"ada ada jer lah korang ni...cakap pasal orang tua..tu Datuk Raziff datang cari kau...dia ada kat luar"Puan Rania berlalu pergi.

"ker memang jodoh kau dengan orang tua...."tergelak Laili yang sememangnya suka menyakat.

"kalau tua tu ok ...sebab handsome...."aku berseloroh...tapi tak mungkin....."ujarku.

"oklah aku keluar dulu..."aku terus mengatur langkah menuju ke arah Datuk Raziff dan ada bersamanya dua orang yang tidak aku kenali.

"assalamualaikum pakcik...Puan Rania kata nak jumpa saya"aku berdiri sedikit menunduk.

"ya ...boleh duduk sebentar..."pelawanya.
Aku teragak agak untuk duduk kerana terasa janggal bila duduk semeja dengan orang kaya.

"panggil tok ayah...nanti panggil pakcik tok ayah"

Aku tertelan liur sendiri.
Hanya mengangguk.

"ni kenalkan anak tok ayah Auntie Marina dan menantu Uncle Zikri "aku bangun kembali menyalami mereka.

"tak usah takut kitaorang cuma nak jumpa Eryna jer...kebetulan ayah ajak makan sini...katanya makanan di sini sedap dan pelayan pun baik belaka"ujar Marina.

Dari airmuka ku mereka dapat meneka yang aku gugup.

Dalam maksudnya aku membalas senyum.Agak kekok bila dipandang begitu.

"ayah cerita hari tu Eryna yang tolong dia"

"kebetulan saya ada di situ,kalau orang lain pun akan buat hal yang sama"

"bolehkan temankan kami makan,Puan Rania dah kasi can tadi"Aku hanya mengangguk.

"Eryna asal mana?"

"Pahang..."
Rancak kami berbual ,dari hal kampung sampai hal kerja.

"Eryna pandai komputer?"aku mendongak sedikit bila di ajukan soalan oleh Datuk Raziff.

Air di depanku di sedut perlahan,menghilangkan kering tekak ku.

"pernah ambil kursus setahun yang lalu...masa mula datang sini"jawab ku.

"emmm...eloklah tu...tak rasa nak tukar kerja ker?"Uncle Zikri pula sambung.

"ada...tapi buat masa sekarang ni sibuk tak ada masa nak keluar cari kerja"jawab ku lagi.
gementar tadi hilang bila mereka menegurku ramah.
Ternyata orang kaya di depanku ini tidak sombong.

Sememangnya niat ku datang ke bandar besar ini adalah untuk mencari kerja yang lebih lumayan gajinya tetapi aku tidak memilih kerja asalkan halal.

Kebetulan semasa sampai disini aku terpandang iklan sebagai pembantu restoran dan menawarkan tempat tinggal,jadi aku mengambil keputusan untuk memohon kerja ini dahulu.

"ni ambil...nanti datang pejabat anak uncle"satu kad dihulurkan padaku.
Aku mengambil dan sempat mengerling seketika.

"ZR reka maju kontractor sdn.bhd"aku cuba membaca perkataan yang tertera.

"syarikat anak uncle...nanti boleh cuba di sana...kut nak tukar angin kerja pejabat"ujar Encik Zikri.

Aku hanya mengangguk masih tidak faham maksud yang sebenarnya mereka.

"ok lah terima kasih sebab sudi temankan kami makan..."Auntie Marina bangun memelukku.
Terubat rasa rindu pada mak di kampung.

"sama sama nanti ada masa singgah lagi,auntie,uncle dan Datuk Raziff memang pelanggan tetap kat sini"ujarku.

"panggil tok Ayah lebih manis"celah Datuk Raziff.

"ya..tok Ayah..."

Aku masih kekok untuk memanggilnya begitu,senyum ku ukir.

Kad di tanganku yang dipegang tadi ku tenung seketika.

"kad apa tu?"tanya Laili yang dari tadi memerhatiku.

"entah...kad diorang beri tadi..."aku hulurkan pada Laili.

"wei ni syarikat besar,ZR...kau tahu tak ....tapi apa kaitan dengan kau...kenapa diorang bagi ni"aku terus berlalu mengutip pinggan yang berada di meja tanpa hiraukan pertanyaan Laili.

"ZR...apa maksud tu...?"pinggan di tangan ku kembalikan ke singki,Laili membuntuti ku.

"entah tapi dekat sini jer...tu depan tu...dengar kata bos dia kacak...tapi playboy"

"emmm...dah lah buat kerja nanti Puan Rania datang gelabah kan"

Laili yang tadi membebel terus terdiam bila aku sebut nama Rania.

Aku tergelak bila tengok muka Laili yang ketakutan.

flashback end

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience