selepas tiga hari di hospital aku kembali ke rumah.
"abang sayang nak ke pejabat boleh?"
"sayangkan baru keluar hospital...doktor dah pesan suruh rehat,kandungan sayang ni kena jaga ,abang tak nak jadi sesuatu nanti"
Aku memuncungkan mulut,sepantas itu Zayne memagut bibirku
"ummppp...abang" dadanya aku pukul.
Zayne ketawa.
" abang...sayang nak balik kampung...kenapa abang selalu mengelak...abang tak suka kampung ,tapi kenapa kawin dengan orang kampung?"soalan cepu emas.
"aik dah lupa ker,sapa yang ajak abang kahwin"
" iyalah sayang yang terhegeh hegeh nak kan abang..abang tak nak ,tu pun sebab tok ayah,kalau tak sebelah mata pun abang tak pandang kan?" aku mula merajuk dan memeluk dadaku.
Sendiri yang ungkit cerita lama sendiri yang terkena.
" sayang..abang tak bermaksud nak cakap macam tu pun...sorry..dah jodoh kita kan..abang cintakan sayang,sayangkan sayang sepenuh jiwa dan raga abang" satu kucupan singgah di dahiku.
"dah sayang rehat dulu,esok kita balik kampung...tapi sekejap jer ok..sebab kerja banyak lah sekarang ni"
Aku melebar senyum bila sebut jer soal balik kampung.
"betul? sayang abang" aku memeluknya erat.
"baru sayang?"
"tak dah lama,dulu lagi dari abang tau"aku meletakkan kepala di dadanya.
Zayne tahu ,Eryna yang lebih dulu cintakan dia berbanding dengan dia perlahan membuka hati yang tersakiti kerana seorang perempuan.
......
.......
Awal pagi aku sudah terjaga persiapkan diri dan mengemaskan pakaian dan memasukkan ke dalam beg.
Zayne masih lagi tertidur,sengaja aku membiarkan dulu kerana azan subuh baru berkumandang.
"abang...bangun dah subuh ni" bisikku di telinganya.
"hmm..."daripada dia bangun aku pula ditarik sampai ke pelukannya.
"wanginya...sayang..." sekilas pipiku di cium.
" abang bangunlah ,kan kata nak balik kampung"
" hah..balik kampung?" terus Zayne bingkas bangun menggaru kepalanya.
"abang tak payah buat lupa ingatan eh..dah ambik tuala ni " tuala ku hulurkan padanya.
"sayang dah siap?" tanya Zayne bila terlihat bagasi baju ada di sudut almari.
Aku mengangkat kening sambil tersenyum.
" pergilah mandi,kita solat sama sama"
Bab balik kampung memang tak pernah Eryna main main.
Terpaksa jua Zayne setuju untuk balik kampung tapi kali ini dia terpaksa membawa bibik nya sekali agar isterinya itu tak membuat kerja berat di sana nanti.
Perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam itu agak memenatkan ditambah dengan kenderaan yang banyak di atas jalan kerana cuti umum.
"sayang,bangun dah sampai,beria sangat nak balik kampung,tertidur jer sepanjang jalan" bebel Zayne sambil mengusap lembut pipi Eryna.
"bik,bawa turun beg kat belakang tu,saya nak angkat puan,tertidur sampai tak sedar" terus badan Eryna dicempung sampai ke dalam.
Bibik tersenyum melihat telatah majikannya.
"laa...tertidur sampai macam tu sekali...dah jom bawa masuk bilik,letih sangat ker ni,sampai diangkat pun tak sedar" tegur Mak mertua Zayne.
Zayne hanya tersenyum dan terus membawa Eryna ke bilik.
Selepas meletakkan Eryna langsung dia keluar ke ruang tamu.
"Mak sihat" tangan dihulur untuk bersalam.
"sihat alhamdulillah,cuma ni kaki mak ni terseliuh dah dua hari jatuh tangga,tu yang tak bukak kedai"sambil tunjukkan kakinya yang agak lebam.
"laa..kenapa tak call kitaorang,dah ke klinik ker?"
"dah,anak Makcik Kalsom yang tolong bawa,tak yah risaulah sikit jer,nanti kalau Eryna tahu kecoh dibuatnya"
" bik dah bawa semua ker barang puan?" soal Zayne .
" udah pak,mau saya tolong apa apa nggak makcik?" soal bibik pada puan Nora.
" ish tak usahlah ,jom duduk sini dulu rehat,nanti Eryna jaga kita minum sama sama,makcik dah masak nasi dan kuih tu" arah Puan Nora pada bibik.
" iya makcik"
"Zayne masuk bilik dululah ,nak mandi kejap,rasa melekit dah ni,bik kalau nak apa apa nanti minta sama Mak ya"
"iya tuan"
Zayne terus berlalu ke bilik,dilihatnya Eryna masih lagi tertidur.
Tuala yang berada di bagasi dikeluarkan,terus masuk ke bilik mandi yang sudah sedia ada di bilik Eryna.
Aku terjaga apabila kedengaran air mencurah .
Perlahan mata dibuka,melihat sekeliling,mimpi atau realiti.
"macam kenal jer,bukan ker ni bilik aku?" aku bingkas bangun agak terkejut,rasa tadi di dalam kereta tapi macam mana ada di bilik ini.
"sayang ..dah bangun?" soal Zayne keluar dari bilik mandi dengan bertuala masih berlilit di pinggangnya.
"abang..macam mana sayang ada di bilik ni,kita dah sampai ke?"
Zayne tergelak besar mendengar soalanku.
"sayang ni..tidur sampai tak sedar abang angkat sayang sampai ke bilik" Zayne menghampiri ku,dan menyelit rambut ke telinga.
"kenapa abang tak kejutkan"aku memeluknya dan letakkan kepala ku di dadanya yang masih bertelanjang itu.
Suka sebenar nya bila cium aroma Zayne selepas mandi terasa segar jer.
"sajalah,kan abang masih kuat kut nak angkat sayang ni..bukannya berat pun" sekilas bibirku dipagutnya.
Aku tahu itulah modalnya ,suka mengambil kesempatan.
"pergilah mandi,dah zohor ni kita solat sama sama,Mak tunggu kita nak makan tu"
Aku mengangguk dan perlahan menjatuhkan kaki ke lantai,tapi tiba tiba pula kepalaku terasa pening dan hampir saja terjatuh nasib baik Zayne sempat memegang bahuku.
",sayang,kenapa ni? Zayne cemas.
" entahlah ,pening" aku mula memicit kepala yang terasa sakit sangat.
" tak pa ,sayang baring dululah,mungkin tekanan darah sayang kut" aku kembali dibaringkan.
Selepas balik dari hospital kesitan aku tidak berada dalam keadaan berapa baik.
Aku sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Doktor pun tidak menyatakan apa masalah padaku atau kandungan cuma pesannya jangan terlalu stress dan banyak rehat.
" abang solat dulu la"Zayne berlalu menyidai tuala dan menyarungkan kain pelikat serta t-shirt.
" abang ,sayang nak mandi,mungkin panas kut" aku kembali bangun .
" ok lah biar abang mandikan " aku hanya mengangguk setuju.
Terus aku di bawa ke bilik mandi.
Sekarang ni terasa terbiasa,pula bila aku dimandkan seperti anak kecil
Selesai mandi terasa sedikit kesegaran dan keselesaan .
Selepas solat kami keluar bersama ke ruang dapur.
Mak dan bibik sedang menghidangkan makanan di atas meja.
Aroma masakan mak membuatkan aku semakin teruja untuk makan.
"Mak..kaki tu kenapa" tanyaku bila kelihatan Mak berjalan terhinjut hinjut.
"alah terseliuh sikit jer ni,boleh jalan lagi"
"Mak,kenapa sakit macam ni tak call Eryna cakap"
"sikit jer..dah jom makan kesian kat Zayne tu"
"sayang..dah lah..jom duduk,makan "Zayne menarik tanganku untuk duduk di sebelahnya.
Aku masih tidak puas hati dengan jawapan Mak tadi.
"sayang kenapa ni?" airmataku mula bertakung di tubir mata,tunggu saat nak mengalir.
Terasa sedih bila lihat keadaan Mak yang sakit tetapi anak sendiri tidak tahu.
"Mak..Eryna minta maaf sebab tak ada masa mak sakit" terus aku memeluk mak yang sedang menyedok nasi.
"Ya Allah anak mak ni,mak ok lah,boleh jalan lagi ni,kenapa nangis,tak elok untuk baby" mak mengusap perutku yang semakin membesar.
Zayne sendiri terkejut dengan Eryna yang tiba tiba menangis dan memeluk mertuanya.
Zayne bangun mendapatkan aku .Kerisauan mula terasa,dia sekarang sangat risaukan keadaan isterinya itu selepas kejadian dia demam dan doktor berpesan agar jaga elok elok kerana kondisi bayi tidak berapa baik.
"sayang..jomlah makan...kalau sayang sakit nanti siapa pulak yang nak jaga mak" aku memandang ke arah Zayne dan mengangguk,airmataku di seka.
"abang..nanti boleh kan kalau sayang duduk lama sikit,temankan mak"pintaku.
Zayne tersedak bila terdengar permintaan isterinya.
"abang ni,makan pelan lah sikit" aku menghulurkan segelas air padanya.
Aku tahu tentang pandangannya itu,dia pasti tak setuju.
"bibik kan ada...boleh tolong tengok kan sayang" aku tersengih bagi cadangan.
"Eryna...tak apalah ,mak ok lah..dah biasa sendiri,mak lang kamu ada dekat sini,boleh tengok kan mak"
" sayang makan dulu boleh,nanti kita bincang" airmuka suami tercinta ku mula berubah.
Daripada nak berbahas panjang lebih baik aku teruskan makan.
"marah lah tu" gumamku.
Kami berdiam sampai selepas makan.
Selepas makan aku terus minta diri untuk ke bilik.
Zayne pula sedang berbual dengan Mak dia ruang tamu.
Lebih kurang setengah jam di luar Zayne masuk ke bilik.
Dia tahu pasti saat ini isterinya merajuk tentang cadangan untuk berlama di kampung.
Perlahan pintu di kuak.
"Assalamualaikum..buat apa tu?"
"waalaikumussalam..abang" dia menuju ke arah Eryna yang sedang mengeluarkan baju daripada bagasi.
Aku masih terdiam dan Zayne masih memerhati duduk di sampingku.
"sayang merajuk eh" bahuku di pegang.
Aku menunduk.
Daguku didongak setara dengannya.
"sayang marah abang ker?"
Aku menggelengkan kepala.
Kepalaku dirapatkan ke dadanya.
"kalau sayang tinggal sini,habis tu abang macam mana?"
" jadi abang bagi kalau sayang tinggal sini lama sikit" aku mula teruja.
Zayne memandang ku sambil tersenyum dan mengangguk.
Terus aku memeluknya.
"thanks abang" satu kucupan di pipinya.
"tu jer?"
"iyalah..habis tu abang nak apa?" soal ku hairan.
"mana cukup,nak tinggal lama kut,kesianlah kat abang..", sambil buat muka sedihnya.
"abang...ni kan siang hari kut..Mak dan bibik kat luar tu..malulah" muka ku mula merona merah,aku faham maksudnya.
"alah..kita buat senyap senyap lah" dia mula meraptkan badannya.
"malam nanti...boleh?"
"tahu tak dah seminggu kut abang puasa,tak tahan tau tengok sayang"
Bibirnya mula merapat,apa lagi,dari nak mengelak aku serah diri jer lah.
"ish abang ni..tak menyempatkan", aku memukul dadanya yang telanjang dan berpeluh .
"alah kata abang,sayang pun rindu kan abangkan?"
Aku hanya mengangguk malu.
"dah jom kita mandi,dah azan asar tu,lama kut kita dalam bilik ni nanti apa pulak kata Mak"
"tahu pun.." aku ketawa.
Macam biasa aku dicempung masuk ke bilik mandi.
Nasib baik bilik mandi ada di bilik aku sendiri,kalau tak tak pasal pasal Mak dan bibik pelik lihat kami mandi berkali kali.
Selesai mandi dan solat barulah kami keluar dengan rambut yang kembali kebasahan.
Aku buat muka tak tahu jer bila mak dan bibik memerhati kami,Zayne apa lagi tersengih sengih macam kerang busuk jer aku tengok.
Zayne bersetuju kalau aku tinggal di sini buat sementara waktu agar hati isteri kesayangan nya tenang.
Aku apa lagi mestilah happy,dapat lepaskan kerinduan pada Mak.
"bik jaga isteri saya elok elok tau,jangan bagi dia buat kerja berat" pesan Zayne pada bibik sebelum berangkat balik ke Kl.
"ya Tuan"
"sayang jaga diri elok elok,jaga baby kita,jangan lasak lasak"
" sayang lasak bila dengan abang jer" kataku berbisik padanya semasa Zayne memeluk ku.
Zayne melebar senyum sambil menepuk belakangku.
Dia faham.
"Mak Zayne pergi dulu ya" salam dihulur.
"iyalah,drive elok elok" pesan mak.
Aku mengiringi Zayne sampai ke kereta.
"sampai nanti abang call sayang ..take care" satu kucupan singgah di pipinya.
'pipi jer?"
"semalam,malam tadi,tadi kan dah dapat,bekal abang..seminggu jer kan...nanti sayang baliklah",
Zayne ketawa.
Sekali lagi kami berpelukan ,terasa seolah pelukan terakhir kami.
Ubun ubunku dikucup lembut.
"jangan nakal nakal", pesanku sambil melambai ke arahnya yang sudah pun berada di dalam perut kereta.
Lambaian ku berakhir bila keretanya jauh dari pandangan mataku.
Terus aku melangkah masuk ke dalam.
Walaupun baru seketika dia pergi rindu mula bertandang datang.
Tapi aku juga rindukan Mak.
"alah seminggu jer" gumamku sambil tersenyum.
Share this novel