Mikael melangkah masuk ke bilik Zayne dan sempat menyuruh Lisa mengikutinya.
Ini adalah hari keduanya menggantikan sepupunya itu.
"apa agenda hari ni my love" soalnya dengan suara menggodanya.
Lisa tertelan liur ,sedikit takut dan gugup padahal bukan tak biasa pun berhadapan dengan muka gatal kekasihnya itu.
"Tuan Mike...maaf ya...hari tu Tuan Zayne dah pesan jangan main cinta kat dalam bilik dia", ujar Lisa selamba.
Mikael tergelak dan melabuhkan punggung di kerusi dan menyilangkan kaki.
"alah dia bukan pun nampak"
"Tuan...bilik ni ada tu" sambil menunjukkan ke arah cctv yang sememangnya ada sudah lama di bilik tuan besarnya itu.
Mikael agak terlupa bahawa sememangnya bilik Zayne ada cctv.
Dia berlagak tenang.
Dia meraup muka dan berlakon tenang,buatnya Zayne pantau dia sebelum ni memang terkantoi lah dia.
"it's ok...lagi pun kita bukan buat apa pun kan", ucapnya walaupun terasa sedikit cuak.
"sepanjang ketiadaan Tuan Zayne..memang tak ada apa apa agenda sebab dia dah suruh saya batalkan semua,cuma dia nak Tuan Mike duduk santai jer kat office ni" ujar Lisa.
"laa...macam tu ker...emmm...patutlah aku duk sini macam tunggul jee" ujarnya kesal
"ya Tuan..kalau tak ada apa apa saya keluar dulu lah" Lisa saja tak mahu mencampurkan urusan peribadi dengan kerja ,biar dia bersikap tenang bila berhadapan dengan Mikael saat ini.
"sayang...nanti lah dulu", ujar Mikael bangun mendapatkan Lisa yang sedang melangkah ke arah pintu.
"kita jumpa lunch nanti" ujar Lisa dan terus melangkah keluar.
"huhu...susah rupanya nak bermanja dengan buah hati" sempat dia melihat ke arah cctv yang berada di setiap penjuru bilik itu.
"kau ni Zayne saja nak kenakan aku..suruh datang office kau rupanya suruh aku jadi patung cendana" bebelnya sendiri.
Baru melabuhkan punggung di sofa kedengaran suara Lisa datang kembali.
Dia menguntum senyum.
Sepantas itu dia menarik tangan Lisa hingga jatuh terduduk diribaanya.
"Mike..!!" Lisa menjerit dan memukul dadanya.
"sayang...ada apa" dia berbisik di telinga Lisa
Segera Lisa bangun membetulkan bajunya.
"Tuan Mike...please jangan buat macam tu lagi..saya tak nak kehilangan kerja..Tuan Zayne pantau tau" Marah Lisa ,Mikael cuma tergelak,sedikit pun tidak memberi kesan padanya .
Dia tahu sikap Zayne padanya.
"ok...sorry.."
"tadi penyelia tapak projek call ada masalah mogok kat Putrajaya"
"hah...projek mega tu why?", kali ini Mikael betul betul serius,dia tahu projek tu melibatkan pelaburan yang besar antara dia dengan Zayne.
"macam ni you call Zayne kat kampung ,bagitahu dia,I memang tak boleh handle sorang sorang" ujar Mikael agak terkejut dengan berita itu.
"tapi...boleh ker?",Lisa cuma tidak mahu menganggu ketenangan bos dia yang sedang bersama keluarganya di sana.
"call jer...biar dia tahu dan terpulang pada dia nak balik atau tak",arah Mikael agak cemas dan dia tika ini sudah melangkah keluar untuk ke tapak projek itu.
Lisa terus memaklumkan pada Zayne tentang berita itu.
.....
......
"sayang...dah bangun?", sapa Zayne apabila melihat aku membuka mata.
Semalam ternyata kami terpaksa berpisah ranjang kerana Mama dan Mak telah bersepakat agar kami tidur asing.
"emm...", aku bangun duduk dibirai katil dan Zayne duduk di sebelah ku.
"macam mana abang...tidur luar?" soalku sambil gelak.
'"sampai hati Mama pisahkan kita" ujarnya .
Aku hanya ketawa dan bangun menuju ke bilik mandi.
"sayang mandi dulu ya..." Zayne hanya mengangguk dan terus aku masuk ke bilik mandi.
Zayne sempat mengemaskan tempat tidur Eryna.
Beberapa minit kemudian aku keluar dari bilik mandi dan kelihatan Zayne sudah pun tiada di bilik.
Selesai berpakaian langsung aku keluar.
"sayang jom sarapan dulu" tanganku diraihnya sampai ke dapur dan kelihatan Mama dan Mak sudah pun ada di meja.
"maaf Eryna lambat ", ujarku.
"dah lah makan dulu..",ujar mak.
Zayne tiba tiba terdiam dan memandang ke arahku.
'abang ok ker ni? ke masih merajuk sebab semalam kena tidur luar?", ujarku sambil tergelak dan aku lihat mama pun turut terdiam dan cuma tersenyum.
"makan la abang suapkan nanti kita cakap", aku hanya menurut dan membiarkan Zayne menyuapkan makan.
Tidak kedengaran perbualan dari sesiapa pun melainkan bunyi dentingan sudu dan pinggan.
Selesai makan terus aku dibawa ke arah sofa.
"sayang..."
"abang...ada apa ni...macam ada masalah jer" aku hairan melihat riak wajahnya tidak seperti semalam.
"abang kena balik Kl hari ini" tangannya yang mengenggam tanganku dari tadi terus aku lepaskan dan menuju ke bilik.
Zayne mengejarku dari belakang dan memanggil ku.
Aku tidak menghiraukan panggilannya.
Aku masuk bilik dan terus duduk dibirai katil.
"sayang...abang minta maaf ,tadi Lisa call abang ada problem di tapak projek kat Putrajaya tu" Zayne mengatur bicara.
Aku menoleh ke arahnya dengan airmata yang sudah bertakung di tubir mataku.
"ada masalah?"
Zayne mengangguk dan menyeka lembut airmata yang membasahi pipiku.
"abang terpaksa balik selesaikan masalah ini..sayang tahu kan projek tu telah banyak abang laburkan",
Aku mengeluh dan menatap wajahnya lama,harus aku katakan apa saat ini andai aku kata aku perlukan dia disisiku bermakna aku terlalu pentingkan diri.
Kerjayanya juga harus aku faham .
"abang minta maaf sebab terpaksa tinggalkan sayang lagi...tapi abang janji lepas settle semua ni abang jemput sayang balik rumah kita"
"tak palah abang...abang balik lah...biarkan sayang habiskan pantang kat sini...sayang ok", jawab ku menunduk.
"tak nak lah macam ni..abang tak nak tengok sayang sedih,abang nak sayang ada dengan abang selalu.." daguku diangkat memandangnya.
"abang...sayang ok...abang balik lah...sayang faham...sayang bukan jenis yang pentingkan diri...'
Terus Zayne memeluk ku dengan erat.
'thanks sayang...abang janji lepas ni abang bawa balik sayang tak sanggup nak pisah lama lama dengan sayang" terus dia mencium seluruh muka ku dan pastinya berakhir pada bibirku.
Aku tidak menolak kerana aku juga perlukan semua itu demi menutup kerinduan aku padanya.
Belum sempat kami melepaskan kerinduan yang terpendam terpaksa Zayne pergi meninggalkan aku lagi.
Zayne terus melumatkan bibirku begitu lama ,mengubati kerinduan kami,nasib bila masuk tadi terus dia mengunci pintu kerana Zayne tahu pastinya mama dan Mak pasti membuka pintu begitu sahaja.
Aku menolak lembut dadanya bila terasa oksigen dah hampir kehabisan.
'dah...kalau macam ni bila nak settle masalah kat sana?" ujarku melepaskan pelukan.
'ubat rindu...tak dapat yang di bawah....di atas pun tak apa", jawabnya sambil mengelap bibirku yang basah kerana ciuman tadi.
Aku tersenyum malu.
Walau hati yang berat melepas nya pergi aku harus ikhlas tentang kerjanya.
"abang janji settle semua ni abang datang ambil sayang",pipiku dikucup.
"tak payah nak sedihlah...nanti Mama bawa dia balik,papa call tadi esok.dia datang jemput...bolehlah mama bawa menantu mama ni ke rumah..ke rumah mama",saja dia menekan perkataan rumah mama untuk membakar hati anaknya itu.
Aku tergelak dan Mak pun turut tersenyum.
"ok lah...Zayne tak akan menang pun kalau bahas dengan Mama,janji buah hati Zayne selamat" jawab Zayne sambil menghulurkan tangannya menyuruh aku mencium.
Satu kucupan di ubun ubun dan pelukan hangat darinya.
"dah lah tu,kalau buat drama romantis bila nak sampai Kl?",sekali lagi kami tergelak .
'mama ni dengki lah tu,...", terus Zayne menyalami Mama dan Mak .
"assalamualaikum" elok Zayne melangkah keluar kedengaran suara perempuan memberi salam .
"waalaikumussalam", kami menjawab serentak dan menoleh ke arah gerangan yang memberi salam itu.
"kak Siti" ujarku sambil melemparkan senyum pada kak siti yang tersengih itu.
"Siti..jom lah masuk" ujar Mak mempersilakan masuk.
"maaflah semalam ada banyak hal tak sempat nak datang sini" ujarnya sambil melangkah masuk dan sempat melihat kami yang masih berpegangan tangan itu
"boleh kak siti tahu,yang handsome macam korea ni siapa?" aku mengerutkan kening .
"ni lah menantu kak Nora,suaminya Eryna" memperkenalkan Zayne pada Kak Siti yang dari tadi tak berkerlip matanya memandang Zayne.
"oooo....patutlah Eryna sampai makan tak kenyang ,mandi tak basah ,tidur tak lena,suami rupanya macam gini...kalau Kak Siti pun nak berkepit jer 24 jam...", ujarnya disambut dengan gelak tawa kami.
", amboi kak Siti tak kan nak caras suami saya pulak", jawabku bergurau.
"uish...kak Siti cuma puji ciptaan Allah jer...tak ada niat lain pun..tapi kan memang secocok lah kamu berdua",sempat lagi dia memuji membuat kami bertambah malu dan Zayne tanpa segan terus memeluk bahuku.
"tak palah sayang ,abang berangkat dulu,jaga diri elok elok,nanti sampai abang call sayang...jangan off phone pulak",sambil memicit hidungku dan disaksikan enam mata di depan kami.
"so sweet",terpancul perkataan itu dari mulut Kak Siti.
Aku segera meraih tangan Zayne menuju ke arah kereta.
"abang hati hati tau...biar cepat asal selamat" ujarku mengiringi Zayne masuk ke perut kereta.
"Mak,mama ,Zayne pergi dulu ya",sempat dia melambaikan tangan kepada kedua orang tua kami.
Setelah kereta jauh di pandangan aku langsung ke dalam.
"dah jom Siti masuk", pelawa mak.
"oh..yang ni besan Kak Nora ker?",sempat lagi siti nak berkenalan dengan Mama.
"oh ya lupa ,ni lah mama Zayne tadi,mertua Eryna..kak Marina" Siti menghulurkan tangan kepada Puan Marina yang tersenyum manis itu.
'patut lah anak macam gitu,mama dia pun masih cantik,muda lagi...memang dah terlahir cantik lah ya", ujarnya .
'biasa jer lah Siti..anugerah Allah..semuanya cantik..Siti pun cantik apa"
"kak Siti ,datang sini nak interview ker?" laungku dari dalam.
" hihi..kau ni Eryna...jap lagi kau menjerit lah kena urut",terus dia berlalu ke arahku yang sudah bersedia berperang sekejap lagi.
Nampaknya kali ini aku kena berpura sopan depan mertuaku.
Tak boleh menjerit sesuka hati bila kena urut.
Hampir sejam baharulah berakhir sesi urutan yang diberikan oleh Kak Siti .
"ni dah last...harap lepas ni jaga makan,makan ubat dan rajin juga buat senaman yang kak Siti ajar tu,bagi subur rahim supaya cepat lekat", pesan Kak Siti.
"ya Kak Siti sayang..", ujarku sambil tergelak.
"Eryna..."
"hemmm.."
"suami kau tu kerja apa ya"
Aku memandang Kak Siti dan mengarut dahi.
"kerja biasa jer..CEO syarikat pembinaan " jawab ku selamba dan bangun membetulkan kain.
"CEO syarikat kau kata biasa..agaknya apa yang luar biasa kerjanya"
'hahah...Kak Siti ni...dah lah jom,kita keluar,ni duit upahnya sepanjang perkhidmatan Kak Siti urut saya" beberapa keping note seratus aku hulurkan pada Kak Situ
"terima kasih" sambil dia membilang duit yang berada di tangannya.
"kenapa terlebih pulak ni"
"itu termasuk khidmat nasihat dari kak Siti"
"ooo...terima kasih lah ya..halallah lebih kurang dan Kak Siti doakan agar Eryna sentiasa bahagia di samping suami yang super duper macho tu" ujar nya sambil gelak.
"aamiin...macho sangat ker kak,saya tengok macam biasa je" tapi mulut jer kata tapi hati aku berbunga rasa,tak nak lah masuk bakul angkat sendiri manalah larat.
" ish...macam tu tak handsome ker dik oii...cair hati kak Siti bila tengok dia tadi,dengan kulit putihnya,wajah bersihnya,badannya..fuh..kalau Kak Siti kan...." sambil membuat reaksi perempuan galak depan ku.
" kak...aduh dah angau ker apa..tu suami sayalah" aku tarik muka cemburu.
" haha..tau takut..tadi nampak macam tak suka..tu kan baru puji sikit dah gelabah" Kak Siti menepuk bahuku dan tergelak.
" kak..saya sayang lah kat dia...cinta sampai hujung nyawa tau ,puji jangan lebih"
" tu..tu..tengok merah dah muka,,kak siti puji anugerah Allah jer..sesuai sangat ngn kau,sama cantik sama padanlah..sorry eh..gurau jer...kak Siti dah ada suami lah..tu abang Shahrukh khan kau nak buang mana?" Siti tergelak lagi.
" abang Shah tu memang nama Shahrukh Khan.eh?" soalku.
" hahah.. ..Shah juga adanya..akak tambah lah jadi Shahrukh Khan...kan dia tu ada iras iras..."
" emmm..betul jugak kan..untung akak boleh jumpa hari hari dengan Shahrukh Khan" aku turut tergelak .
" kau hadow?"
Pecah tawa kami,hilang rasa kegusaran hati bila boleh melawak dengan Kak Siti yang sifat lucu dan menghiburkan hati itu.
Selepas Kak Siti balik aku langsung ke bilik mandi untuk membersihkan diri sekali lagi.
.....
Share this novel