bab 83

Romance Completed 61355

Lima bulan berlalu bayi perempuan kami Zaira Nadhira dan Zayne yang memilihnya bermaksud
fajar berseri seindah wajah yang cantik dan berseri ,memberikan seri hidup kami sekarang ini.

Terasa lengkap ,tidak sedar masa berlalu dengan cepat kehadiran Zaira memberi erti kepada kami sekeluarga.

"anak daddy buat apa tu?" Aku sedang menyusukan Zaira dipangkuanku,Zayne datang dan duduk di sebelah selepas pulang dari kerja.

"abang...pergilah mandi dulu,busuk tau...sayang nak tidurkan.Zaira dulu ni" Zayne tidak pernah berubah sikap romantiknya pada ku.

Aku bersyukur miliki dia menjadi suamiku.

"kejaplah..nak tengok tu" mulutnya muncung menunjuk ke arah Zaira yang sedang menghisap susu di badan ku.

"ish..abang..ni selalu jer pun tengok..teringin nak rasa eh" godaku.

'nak.." aku pula yang terkena.

"abang...dah tepi pergi mandi dulu,Zaira dah tidur ni" Aku bangun meletakkan Zaira di dalam baby cot.

"emmm...sekarang bagi kat abang pula", dia memelukku dari belakang.

"abang...mandi..kan ni dah petang," aku membalikkan badan memandangnya.

"dah jadi daddy pun manja lagi,kalah Zaira" pipinya aku pegang.

"manja ada makna ..", terus bibirnya singgah dibibirku.

Seketika terhenti bila terdengar ketukan dari luar.

"kacau betullah,pergi buka ,abang mandi dulu,malam sambung" aku tergelak dan menuju ke arah pintu membukanya.

"ada apa bik?"

"ada,tamu Puan " aku mengerutkan kening hairan setahu aku tidak menjemput sesiapa pun datang.

"ok kejap lagi saya turun".

"abang..." Zayne membuka pintu bilik mandi.

Kelihatan badannya memang sudah tak pakai apa apa saat ini.Tangan ku ditarik pantas.

"ish abang..lepaslah..."

"nak mandi dengan abang ke?" kepalanya sudah penuh dengan syampu.

"abang ada jemput sesiapa ke datang?" soalku dan Zayne seolah berfikir.

"oh...Mikael..dia kata nak bawa Lisa makan malam sini,lupa nak cakap tadi"

"hmmm...selalu je macam tu,dah la siapkan mandi sayang turun dulu"

Badannya aku tolak masuk ke dalam nanti tak pasal aku pula yang ditarik masuk.

Aku terus turun menuju ke bawah.

"Pengantin baru....sorry lama kat atas tengah tidurkan Zaira,Zayne mandi baru balik dari office..."Lisa dan Zayne baru dua minggu yang lalu berkahwin.
Masih di fasa berbulan madu lagi.

"eh tak apa,Zayne yang jemput kitaorang makan malam katanya" aku mengangguk sedangkan aku tak sediakan apa apa pun,bertuah punya suami ajak tetamu makan malam tapi bini pun tak tahu.

"oh kalau gitu biar saya suruh bibik masak "

"Mike duduk dulu lah ya biar kami ke dapur,jom Lisa " aku mengajak Lisa masuk ke dapur.

"macam mana Lisa ,hidup alam perkahwinan,seronok?"
Lisa tersenyum malu.

"emmm...sejak bila malu ni" aku saja mengusiknya,teringat kenangan mula mula nikah dengan lelaki dingin Zayne Rafael.
Tidak mudah mencairkan hatinya perlu persiapkan mental dan fizikal yang kuat.

"Puan..best..." bisik nya membuat aku ketawa besar tahu maksudnya itu.

"amboi mummy...ketawa sampai ke luar suara tu terdengar"

Aku menoleh bila dengar suara Zayne dari belakang sedang menggendong Zaira.

'laaa...Zaira baru jer kan tidur..abang kacau dia kan?" kedengaran suara Zaira menangis mungkin lapar.

"mana ada lepas abang mandi solat asar dia menangis,abang bawa lah sini" aku mengambil Zaira yang sudah merah mukanya menangis.

"emmm...anak mummy ni...patutlah dia tak selesa,uuuk ya"

"ya Allah cantik kan dia" pipi gebu Zaira dicubit kecil membuatkan si kecil itu menggeliat tidak selesa bila pipi nya itu dicubit.

"tengoklah daddy dia"

"abang ni,,tu mulalah masuk bakul angkat sendiri"

"dah pergi layan Mike tu,kesian dia"

"Kejap ya Lisa saya tukarkan pampers Zaira dulu,oh ya bik nanti masak nasi lebih ya dan buat lauk sedap kita ada tamu makan malam kejap lagi"

Selesai menukar lampin dan menyusukan Zaira aku langsung kembali ke dapur .

"sayang..." Zayne memang tak boleh duduk kalau tak ganggu aku.

"ya,,ni mana anak?",soalku bila tidak kelihatan Zaira dipangkuannya.

'ada kat depan dengan Mike"

"hai boleh ker suami kau pegang anak kecil Lisa?",bimbang juga nanti Zaira menangis

"entah lah Puan"

"abang ada nak apa apa ker?",

"tak ada cuma rindukan sayang"

"abang ni tak malu depan Lisa,tu bibik lagi" kalau bibik memang kali dah biasa kalau dengan Lisa tak lah kan.

"alah buat tak nampak sudah"

"abang ni...oh ya suruhlah mama dan papa datang sekali..makan sini bagi ramai lagi meriah" cadangku,alang alang masak biar kenduri kan.

"boleh juga nanti abang call lepas maghrib kita boleh makan"

"bik...masak lemak udang boleh teringin nak makanlah" aku menatap Zayne pelik bila masa pula dia suka makan udang .

"abang ni biar betul ,request makan udang...nasib semalam suruh bibik beli,ada kan bik?"

"ada Puan,nanti saya masakan,"

"tak pa biar saya yang masak sementara Zaira tak nangis tu,dan abang dipersilakan keluar ya..nanti tak jadi kerja pula,tengok Zaira sekali"

"amboi halau suami nampak" Zayne tanpa segan silu memelukku dan berhenti bila Lisa melangkah masuk.

Zayne segera berlalu pergi dengan muka selambanya.

"bertuah Puan dapat suami macam Tuan,romantiknya kalah yang baru nikah" celah Lisa.

"macam tulah Lisa,tak kira tempat,nak menempel jer kadang kadang tu dengan Zaira pun dia cemburu", pecah tawa kami termasuk Bibik .

Usai solat maghrib berjemaah tadi ke beralih ke meja makan.

"seronok kan ,dah lama tak makan ramai ramai macam ni". ucap Zayne yang nampak macam tak sabar mencedok gulai udang ke pinggan nya.

Puan Marina memandang pelik ke arah anaknya itu kerana selalunya Zayne tidak terlalu suka makanan laut.

"Zayne....betul ke tu nak makan,kan nanti ada elergik", tegur mama dan kami menoleh ke arah Zayne.

'tak tahu lah mama,hairan juga tadi dia kata nak makan gulai udang tu yang Eryna buat" aku juga turut mengambil dua ekor udang dan dimasukkan ke dalam pinggan yang berisi nasi.

"nampak sedap ma,", Zayne terus makan dan yang lain juga turut menikmati makan malam itu.

Sedang aku makan terasa perutku mula bergelojak dan mual.
Aku berhenti makan dan Zayne turut memerhatikan aku yang sudah gelisah itu.

"sayang,ok ker?"

"Eryna,kenapa? mama juga perasan dengan perubahan ku.

"tak ada apa ma,mungkin sudah lama tak makan udang kut,macam tak sesuai dengan tekak jer"

"abang makan ok jer sedap"

"betul Eryna,sedap",Mikael juga bersetuju.

"tak apa makan lah dulu,dengar macam Zaira dah nangis tu" aku bergegas ke atas mendapatkan Zaira kerana terdengar suaranya menangis mungkin inginkan susu.

"bik...Zaira nangis ya?" aku melangkah mengambil Zaira dalam pangkuan bibik.

"bibik turunlah dulu tengok diorang makan"

"Puan ok ker?"

"kenapa tanya?" soalku hairan.

"tak ada apa,saya keluar dulu ya", selangkah bibik berlalu dan belum sempat aku menyusukan Zaira terus aku meluru ke arah bilik mandi.

"ya Allah Puan"Zaira diambilnya untuk memujuk si kecil itu dari terus menangis.

"huweeeek! huweeeek!! aku memuntahkan semua makanan yang aku makan tadi.

"puan,...",bibik mengetuk bilik mandi dan jelas kedengaran Zaira menangis.

"bik..tolong buatkan susu botol dulu ya,saya tengah pening ni" suruh ku kerana saat ini aku tengah pening.

"ya Puan" bibik terus berlalu turun ke bawah membawa Zaira yang masih menangis itu.

"bik kenapa Zaira ,mana mummy dia?",Puan Marina terus mengambil cucunya itu dari pangkuan Bibik.

"tadi puan muntah,dia suruh bagi Zaira susu botol dulu" bibik terus ke dapur dan membiarkan Zaira pada puan Marina.

"Zayne,pergi tengok bini kau tu bibik kata dia muntah" Zayne yang sedang rancak berbual terus menoleh dan baru sedar anaknya Zaira ada di pangkuan mama nya.

"muntah?" segera dia berlaku naik menuju ke biliknya.

"sayang.." aku masih berada di bilik mandi sedang memegang perutku yang sakit akibat muntah tadi

"perut sayang sakit" Zayne memapahku sampai ke katil.

"sebab makan tadi ker?"

"entahlah...mual ,loya..mungkin lama,tak makan udang kut"

"Zaira mana?"

"dengan mama"

"jomlah turun,tak sedap pula tetamu kat bawah kita di bilik pula"

"la tadi kan sakit"

"tak apa ok dah sikit ni"

Aku terus bangun dan Zayne memimpin tangan ku turun.

"emm...tu mummy dan daddy" Zaira sudah pun diam dan sedang galak bermain dengan datuknya.

"korang ni,memang selalu romantik Zayne" tegur Mikael bila melihat kami turun beriringan .

"mummy Zaira ni tadi muntah" Jawab Zayne membuatkan semua berpandangan.

"muntah?" tanya mereka serentak.

"oii..korang ni dah kenapa?" Zayne mula cuak .

Puan Marina sudah tersenyum memandang,sedangkan aku pula yang berasa aneh dengan tatapan mereka.

"aduh..Zayne nampaknya tahun depan Zaira dapat adik lah ya" kata kata mama membuatkan aku membulatkan mata.

"maksud mama,...?",Zayne pula yang gembira terus memeluk ku.

"abang ni dah kenapa?"
dia terus mengelus perutku.

"sayang...betul ker?"

"ish...tak kan lah" aku menepis tangan nya,Zaira baru masuk lima bulan dan aku hamil lagi?

Baru aku teringat periodku selepas bersalin selalu tidak teratur dan aku tidak mengambil pil perancang kalau betul aku hamil maka aku harus melalui fasa yang aneh sekali lagi.

Aku menatap muka Zaira,seolah tidak percaya,tak puas lagi aku memberikan dia kasih sayang akan hadir lagi satu nyawa lagi dalam rahimku.

Aku hampir terjatuh dan nasib baik Zayne sempat memeluk ku.

"sayang ok ke ni?" aku menatap muka Zayne.

"hiks...hiks...semua ni salah abang" dadanya aku pukul tanpa sedar ada mata yang memerhati kami dan mereka ketawa.

"sayang..",Zayne terus memeluk ku.

"sorry..benda di depan mata tak kan abang nak tengok saja, dah jangan nangis..malu" aku terdiam kerana saat ini aku baru sedar yang mereka .memandang ku.

"hebat kau Zayne...aku ni la tak tahu bila lagi"Mikael tergelak memandang ke arah Lisa.

"baru nikah dua minggu Mikael,Zayne ni dia kerja overtime,tengok tu,anak baru lima bulan terus lekat Eryna dibuatnya" celoteh Puan Marina.

"jom sayang nampaknya kita pun kena buat overtime siang ,malam baru cepat dukung baby" Mikael menarik tangan Lisa .

Semua yang ada turut ketawa.

Keesokan harinya kami ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan ternyata betul yang aku hamil lagi dan sudah masuk dua bulan kandungan ku tanpa aku sedari.

Aku berdiam diri sepanjang perjalanan pulang dari klinik dan Zaira kami tinggalkan bersama bibik untuk menjaganya.

"sayang" Zayne menggenggam tanganku dan mencium lembut beberapa kali.

"sayang tak suka ker?"

'suka ,cuma terkejut,cepat sangat kesian Zaira" ujatku meletakkan kepala di bahunya.

"rezeki sayang,abang happy sangat..lagi meriah rumah kita",

Aku tersenyum benar kata Zayne ,rezeki jangan ditolak.

"nanti kita jaga sama sama,abang akan sentiasa ada dengan sayang,sama sama besarkan anak anak kita"aku mengangguk.

........
Enam tahun berlalu ...

"daddy,tengok Zacky ni,kacau Zaira lukis",suara Zaira memekik memanggil daddy nya

"Zacky..jangan kacau kakak ", Aku menghampiri anak anak ku sedang membuat kerja Sekolah mereka.

Kedua anak ku sudah pun masuk pra sekolah.

Kehidupan kami sungguh bahagia saat ini.

Aku bersyukur memiliki suami yang begitu menyayangi ku dan ayah yang terlalu bertanggungjawab terhadap anak anak.

Zayne yang sedang berada di ruang bilik bacaan menghampiri kami.

"kenapa ni Zacky..kesian kat kakak Zaira tu,", kepala anak lelakinya itu di usap .

"kak Zaira tu kedekut,angah nak pinjam colour warna tak bagi" dia mendakap dadanya merajuk.

Zakwan Rafael persis muka ku,mempunyai wajah yang lembut tetapi tegas macam Zayne Rafael.
Suka membahasakan dirinya angah,kerana tak lama,lagi aku akan melahirkan anak seorang lagi.

"Kak long pun...tak baik tau kedekut dengan angah,bagi pinjam nanti daddy beli yang lain ok"

Dengan muka masam mencuka Zaira menghulurkan kotak pensil itu.

"assalamualaikum"
kedengaran salam dari luar.

"waalaikumussalam...bik siapa?"

"itu suara nenek mummy" terus mereka menerpa ke arah suara itu.

"mana cucu cucu nenek" mereka mendepakan tangan minta di peluk.

Sorang kiri sorang kanan.

"mama sihat" kami menyalami keduanya

"alhamdulillah,ni ada ole ole dari indonesia.

Mama dan papa sekarang ni selalu meluangkan masa mengelilingi dunia,selepas dari membuat haji dan umrah dua tahun lepas.

"ni bila due"perutku dielus lembut.

"hujung bulan ni mama"

" Zayne ingat lepas ni nak ikhtiar dapatkan anak kembar pula ma,"

Aku memandang Zayne tajam,senang dia kan lelaki,anak di dalam perut tak keluar lagi dah merancang nak tambah lagi.

"kau ni Zayne...bagi keluar yang tu dulu...pantang seratus hari lepastu pikir ok...."telinga Zayne ditarik dan kami ketawa melihat telinganya merah itu.

"rancang awal awal mama..." pinggang ku dirangkulnya.

"daddy..nanti nak baby boy..." Zayne mengangkat Zakwan ke pangkuannya.

"ok..nanti daddy berikan tahun depan sebab tahun ni baby girl dulu..ok" sebab baby yang aku kandung ini akan lahir nanti adalah anak perempuan.

"amboi anak mummy ni kan..pandai request nak ya...nanti suruh daddy yang mengandung ya"hidung mancung Zakwan aku picit .

Semua yang ada turut ketawa.

......
.......

"sayang"

"emmm...", kepalanya diletakkan di atas bahuku yang sedang menyusukan anak ketigaku dilahirkan empat bulan yang lalu.

"terima kasih sebab sudi menjadi makmum abang,berikan kebahagiaan untuk abang...abang bahagia sangat" puncak kepalaku dikucup.

"sayang pun nak ucapkan terima kasih sebab terima kekurangan sayang melengkapi abang"

"Zaira,Zakwan dan Zaahirah melengkapkan kita sayang,abang bersyukur sangat sebab sayang hadir dalam hidup abang...kita akan saling melengkapi.

"mari abang letak" Zaahirah sudah tertidur selepas kekenyangan .

Zayne kembali baringkan badannya di sampingku.

Memelukku erat,memberikan kehangatan .

Kami saling menatap dan mata kami menyatu,cinta kami tetap hangat seperti dulu walau kehadiran tiga cahaya mata di sisi kami.

Kami saling menyintai dan menyayangi .

Sungguh aku bersyukur memiliki lelaki seperti Zayne.

Walau hatinya sukar ditakluki namun akhirnya dapat jua aku miliki.

Walau jodoh kami dulu sebatas sebuah perjanjian namun akhirnya kami bahagia bersama.

"lepas ni kembar ya" bisik Zayne di telinga ku membuatkan aku meremang bulu roma.

Malam yang panjang kami kembali tetapi tidak lama setelah terdengar suara Zaahirah menangis meminta susu.

Aku tergelak bila Zayne tidak dapat memanjangkan lagi aksinya.

Dia bangun mendapatkan anak kecilnya itu dan diletakkan dipangkuanku untuk diberikan susu.

"anak daddy ni...kesian kat daddy...baru satu round tau...dah la seratus hari lebih tau puasa...", pipi gebu milik anak kecil itu dikucup saat sedang menyusu.

"abang ni..." aku menarik telinganya dari terus melekat di dadaku.

Zayne pasrah dan berlalu ke bilik mandi ,aku tergelak .

"kan tu nak anak ramai lagi", .....

.............TAMAT.....

P/S....ALHAMDULILLAH AKHIRNYA CERITA INI TAMAT DI SINI...MAAF ADA YANG TIDAK MENYENANGKAN DALAM MENGHASILKAN DAN MENYUDAHKAN PENULISAN INI,

SEMOGA SELALU SUPPORT SENORITA DAN TERIMA KASIH PADA PEMINAT TULISAN SENORITA SELAMA INI DAN JANGAN LUPA NUKILAN SETERUSNYA AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI,LEBIH AIRMATA DAN KESEDIHAN...

SEKIAN....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience