bab 26

Romance Completed 61355

Jam tiga aku terjaga .

" Ya Allah macam mana boleh terlelap" rungut ku dan terus bangun ke bilik mandi.

Usai mandi dan solat seketika aku terpandang telefon yang aku letakkan di meja.

"kenapa abang tak call ni?"terasa kerinduan mencengkam jiwa pada si dia bergelar suami.

Sejam kemudian berbunyi ketukan dari luar bilik.

"assalamualaikum...sayang.." tiba tiba pintu dikuak dari luar.

Aku melebarkan senyum bila memandang Zayne terpacak depan pintu dengan senyuman.

"Abang... awal balik" aku bangun mendapatkan brifcasenya dan tangannya aku tarik sampai ke katil.

"rindu..mana boleh biarkan sayang sorang sorang kat rumah"

"sayang pun,rindukan abang...tapi mana cendol yang sayang pesan tu,tak ada pun" aku mencari .

" lupa.." jawab Zayne selamba dan bangun membuka bajunya.

"abang...kan Sayang dah pesan tadi",aku mula merajuk.

Zayne ketawa memandang aku dan mencapai tuala berlalu ke bilik mandi.

"abang...", aku mula menangis.

"laa...sayang kenapa nangis ni...abang gurau jer lah..ada cendol tu .abang letak kat bawah...dah suruh bibik masukkan dalam bekas tadi,...tak kan nak bawa sampai bilik" Zayne tergelak.

"abang saja jer nak buat sayang terasa...benci lah" aku mula muncungkan mulut.

"alah...pasal tu lah abang balik awal,tapi nak buat macam mana ada orang tu bencikan kita pula" kali ni Zayne pula merajuk.

"abang...sayang minta maaf,sapa suruh tipu tadi"
tangannya aku kucup.

"emmm....dah jangan nangis lagi..jom turun makan nanti baby dalam perut tu pulak yang merajuk" air mata di pipiku di sapunya.

"abang tak lupa lah,sanggup abang cancel kan meeting demi nak beli cendol untuk sayang....tapi ingat malam ni..",hidungku di picitnya.

" sorry...dah tadi abang kata tak beli,menangislah..sedih tau" lengannya aku peluk sambil menuruni anak tangga.

"abang pun minta maaf......tapi ingat ..ada upah.."

" abang ni...upah upah jer ingat..yaa..sayang ingat...sayang minta pun sebab baby abang ni tau,kalau tak tak teringin pun nak makan cendol tu..tapi tadi abang kan yang sebut...ker abang yang mengidam..bukan sayang"

" entahlah...abang teringin satu jer sekarang ni"

Aku mengerutkan kening hairan.

" mengidam apa?"

"nasi lemak special and apam" keningnya digerakkan dan tersenyum gatal.

"abang..."perutnya aku cubit.

Terhambur ketawa kami.

"Tuan,Puan..cendol tadi udah di masuk in dalam mangkuk..sila makan" kami berhenti ketawa bila bibik menegur.

" terima kasih bik"

"sedapnya nampak" segera aku menyuapkan cendol ke mulut rasa nikmat yang tidak dapat diungkapkan saat ini bila benda yang kita ingin terhidang depan mata.

Zayne memandang ku sambil tersenyum.

"sedap sangat ker..sampai lupa abang kat sini?"

", sedap...jom makan sama...abang beli kat kedai hari tu eh.." aku suapkan ke mulutnya.

"emmm...biasa jer...ya...kedai kak Dewi"

"hmm..tak palah..biar sayang jer yang habiskan"

Zayne menggelengkan kepala bila lihat gelagat isterinya itu macam anak kecil.

Macam ni rupanya bila perempuan mengandung,suka marah,merajuk membuat dia pening kepala.

Tak pa lah yang penting cinta kami terus mekar.

Zayne terus tersenyum memandang Eryna yang ralit menikmati cendol,dua bungkus sekaligus dia boleh habiskan.

Sambil menikmati cendol yang super sedap tu aku teringat pulak muka si penjual.cendol ni iaitu kak Dewi,terlupa juga nak tanya Zayne kisah yang sebenarnya tentang Kak Dewi.

Siapa dia?
Apa kaitan dengan Zayne?

Aku pelik...mesteri juga rasanya,nak bertanya selalu terlupa.

Aku teruskan makan sampai habis satu mangkuk dan beralih ke plastik yang kedua.
Tuang separuh ke dalam mangkuk.

"kenapa separuh?"

"kut tak habis,simpan bibik sikit" ujarku tersengih

Banyak benda yang terlintas di fikiranku,tapi bila makan cendol ni terus lupa.

"sayang habiskan dulu,abang naik atas mandi"
Aku mengangguk dan Zayne berlalu pergi.

"bik..." aku memanggil bibik yang berada di dapur.

"ya puan"

"tolong habiskan...sedap ni", separuh lagi yang bersisa di plastik tak terusik aku berikan pada bibik.

"untuk saya puan?" sambil tersenyum.

"ya...habiskan eh...saya dah kenyang..nak naik atas" aku terus naik meninggalkan bibik yang tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience