bab 20

Romance Completed 61481

Selepas pertemuannya dengan Sarah tadi Zayne terus ke pejabat.

"Tuan Zayne tak apa apa ker?"sapa Lisa bila Zayne lalu di depannya.

Kekusutan di wajahnya jelas kelihatan .
Zayne hanya mengangguk dan berlalu tanpa menjawab pertanyaan Lisa.

"bergaduh ker...sampai tangan luka macam tu"bisik Lisa.

Zayne duduk di kerusi sambil merenung gambar perkahwinannya dengan Eryna.

Di tatap wajah ayu isterinya yang menenangkan jiwa.

Panggilan interkom mematikan khayalannya pada isterinya.

"Tuan Zayne bibik di talian"sedikit terkejut apabila terdengar perkataan bibik.

"bibik call?"kening dikerutkan,tak pernah pula si bibik ambil pusing pasal dia di pejabat.
Rasa cemas ,terfikir isterinya.

"ya bik ada apa?"sedikit cemas dia bertanya.

"Tu...Tuan.....Pu...Puan...dari tadi tak keluar bilik...dia.....dia nangis"dengar terketar ketar bibik memberitahunya.

Talian di matikan dan dia dengan pantas menghubungi telefon Eryna tetapi tak berjawab.

Dia mula perasan yang Eryna beberapa kali memanggilnya kerana ada panggilan tak berjawab.
"sayang..kenapa ni"terus dia mencapai blazer coat dan meluru keluar.

Kebimbangan mula menguasai dirinya,kemarahan pada Sarah belum reda ditambah pula isteri yang entah apa terjadi

Pagi tadi.....

Selepas mengiringi pemergian Zayne keluar untuk ke pejabat Eryna terus ke bilik membaringkan diri seketika.

Keadaan yang tidak sihat membuatkan badannya terasa keletihan walaupun tidak perlu lakukan kerja rumah.

Telefon diambil dan mendail nombor telefon Puan Nora di kampung.

Beberapa kali di dail tapi tidak berjawab.

"emmm...mak kat kedai kut..nanti petanglah call ,rindunya kat mak saat ini"bisiku sendiri.

Aku seperti biasa kalau telefon di tangan perkara pertama aku tatap ialah wajah tampan suamiku.

Suami yang membuat hatiku sentiasa berbunga rasa,senyuman dan mata menggodanya membuat hatiku cair.
Aku tersenyum sendiri.

Aku membelek satu persatu dan tanpa jemu menatap setiap keping gambarnya sehingga aku terlena sendiri.

Lebih kurang satu jam juga aku terlena sehingga telefon masih lagi berada di tanganku.

Ting!
Bunyi pesanan masuk .

Aku meraup beberapa kali muka kerana masih berada dalam kantuk.

Aku buka dalam keadaan yang masih mamai aku menatap beberapa kali sehingga aku yakin bahawa mata ku tidak menipu kerana terlena tadi.
Aku tidak pasti siapa pengirimnya.

Aku terbuntang apabila gambar antara Zayne dan Sarah...ya gambar Sarah memegang tangan suami ku.

Aku tidak tahu gambar ini diambil baru atau lama.

"baju sama yang abang pakai tadi...."aku baru teringat yang Zayne memakai kemeja biru muda dan seluar hitam sebelum pergi ke tempat kerja.

Hatiku mula rasa lain,satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan saat ini.
Aku tidak terus melatah tatkala melihat gambar yang dihantar oleh orang yang tidak aku tahu siapa.

Segera aku cuba menghubungi Zayne beberapa kali tapi tak berjawab.

Masa ni hatiku mula berdebar debar,mula terfikir macam macam hal,hatiku cepat sensitif mungkin sebab aku mengandung.
Terasa hiba dengan tiba tiba.
Tanpa sedar airmata mengalir di pipiku.
Rasa sebak dengan tiba tiba.

"abang....kenapa....kenapa buat sayang rasa macam ni...."aku mula menangis dengan kuat.

Bunyi ketukan dari luar,aku masih terduduk di atas tilam.

"Puan..."terpancul muka bibik di balik pintu.

"Puan ..kenapa menangis..Puan sakit ker?"bibik menghampiri ku.

"bik..."aku terus memeluk bibik yang tidak faham apa apa.
Dia tergamam seketika apabila aku memeluknya.

"sabar Puan...sabar...tak elok nangis gini..."dia menepuk nepuk belakangku.

"apa salah saya bik..."aku terus menangis aku tahu bibik tidak faham apa apa.

"Puan sabar ya...biar bik telefon Tuan..."terus dia berlalu keluar dengan tergesa gesa.

........
........

Zayne memecut laju keretanya terus ke rumah.
Perasaan ketika ini hanya Allah yang Maha Mengetahui,bercampur baur.
Kebimbangan dan cemas bila bibik memberitahunya yang Eryna tiba tiba menangis dan berkurung dalam bilik.
Dalam keadaan Eryna yang berbadan dua bertambah lagi kerisauannya.

Sesampainya di rumah Zayne terus meluru masuk.

"bik...Puan mana?

"atas,pintu dah berkunci"ujar bibik.

Dia terus berlari ke atas .

Dicuba beberapa kali memulas tombol pintu tetapi gagal kerana Eryna menguncinya dari dalam

"sayang...sayang...please buka pintu ni..."panggilnya lembut,tapi tidak berjawab.

"bik ambil kunci spare"arahnya.

Pintu dikuak perlahan dan Eryna kelihatan Eryna duduk memaut lututnya.

Masih dalam tangisnya.
Perlahan dia menghampiri Eryna.

"sayang kenapa menangis ni...?"badan aku di sentuhnya.

"pergi...sayang tak nak tengok muka abang...pergi"aku menepis laju.

"kenapa ni...abang tak tahu apa apa pun...cakap dengan abang apa yang berlaku"

"abang buat apa dengan Sarah tadi?"aku membalingkan telefon yang berada di tangan sehingga hampir terkena mukanya.

Zayne mengambil dan buka.

"sayang ...apa yang sayang lihat tak benar...betul memang abang jumpa dia...tapi ..."

"tapi apa abang....abang nak kan dia balik ker?"
Aku mencelah.
Airmataku masih lagi jatuh berjuraian.

"sayang..please sabar...bagi abang explain dulu ok..."dia kembali menghampiri ku.

"hati sayang sakit abang...sakit..."suaraku mendatar ,aku seolah penat untuk menangis lagi.

"memang tadi abang ada jumpa dia...dia cuba goda abang...dia pegang tangan abang...ada sebab abang jumpa dia..."aku mula mendongak melihat wajahnya.

Nafasku masih turun naik menahan esak.

"sebab apa?"tanya ku.

"sebab gambar yang dia hantar kat office...gambar lama kami berdua....abang marah suruh dia buang semua kenangan antara kami...macam sayang marah abang dulu...abang suruh dia bakar sebab ni lah...sebab abang takut dia akan tunjuk kat sayang nanti..tapi tak sangka dia buat helah lain pulak..dia upah orang ambil gambar abang tadi masa dia sentuh tangan abang....dia memang licik..sayang pun tahu kan?"
Aku mendengar penerangan nya,sedikit hatiku terasa tenang.

Aku mencebik dan tangisanku semakin reda.
Aku memandang wajahnya dengan sayu,rasa bersalah menguasai diri,aku tidak mampu untuk marahnya terlalu lama.

"abang...sayang tak nak kehilangan abang"aku terus bangun memeluknya dan kembali menangis.

"abang pun...abang sangat risaukan sayang tadi...bila bibik call terus abang tinggalkan office...kalau abang tak sayang dan cintakan sayang ,abang tak buat semua ni..."Zayne mengusap lembut belakangku.

"sayang...sayang kena percaya dan yakin..bahawa cinta abang kini hanya untuk sayang dan anak kita..abang tak nak sayang sedih.."ubun ubun ku diusapnya seolah menyalurkan rasa cintanya padaku.

"sayang minta maaf...sayang takut.."sekali lagi aku peluknya seolah tidak ingin melepaskan nya.

Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku hadapi dan macam mana lagi harus aku pertahankan cinta kami.

"abang pun...abang juga salah...abang buat keputusan terburu buru tadi,terus pergi jumpa dia...patut abang call cakap kat sayang...kalau tak sayang tak sedih macam ni"dia memegang tanganku dan mengucup lembut.

"abang...tangan ni kenapa?"aku kembali cemas bila lihat tangannya sedikit merah dan terluka.

"abang tumbuk meja restoran tadi...nak tumbuk Sarah...tapi abang tumbuk meja..."dia tergelak kecil.

"garangnya .....kesian kat abang..."aku mencium tangannya.

"abang memang garang..tapi dengan sayang abang tak boleh nak garang....sebab sayang selalu lembutkan hati abang.."dagu ku di dongakkan.
Aku tersenyum.

"tengok dah tak cantik dah...dah berapa lama menangis sampai bengkak mata..."airmata yang bersisa tadi di sapunya

"lama...nasib tak jadi Kasim selamat"
Zayne tegelak.

"pandai...tak pasal pasal abang terpaksa balik dari office..."

"sorry kacau kerja abang....."

"abang bos...office abang anytime for you my love"sekilas bibirku dipagutnya.

"abang ni selalu macam ni..."aku menumbuk numbuk dadanya.

"rindu...Semalam tak dapat sayang tidur awal....apa kata alang alang abang dah balik ni...sayang bagi upah..."dia mengangkat kedua keningnya dan tersenyum.

"abang..siang hari kut...pergilah kerja sayang dah ok ni.."aku menolak badannya.

"mana boleh...kena bagi juga upahnya...susah payah abang balik...nasib baik tak langgar orang tadi..."Zayne pandai bab memujuk.

"laju sangat ker abang drive tadi?"tanya ku agak kerisauan.

"alhamdulillah selamat sampai..."hidungku dipicitnya.
Terus badanku ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"abang....tak nak kerja ker?"tanya ku manja.

"bagi upah dulu...baru abang senang hati...."perlahan tali leher yang dipakainya tadi dilonggarkan,butang baju satu persatu ditanggalkannya.

"abang...."

"shhhh...sayang diam ...biar abang jer yang uruskan ok...."aku hanya tersenyum faham maksudnya.

Sekali lagi kami lemas dalam badai asmara.
Kesedihan diganti dengan kebahagiaan.
Akhirnya kami tersadai keletihan.

"abang....nak balik kampung boleh?"aku sandarkan kepala di dadanya.
Nafasku masih lagi mengah selepas bertarung tadi.

"aik...tak kan merajuk lagi kut...sampai nak balik kampung?"Zayne bermain dengan jari jemari ku

"bukanlah...sayang rindukan mak...tadi sayang call dia tak jawab."ujarku.

"hmmm....tapi sekarang ni abang sibuk lah...projek untuk tender tu dah buka..jadi kita ada banyak kerja lagi tau...abang janji kalau selesai semua nanti kita balik..."

"lambat lagi lah....sayang teringin nak makan nasi lemak yang mak buat..."aku mula muncungkan mulut.

"sayang...nanti kita balik ok....pandang abang..."kedua pipi dipegangnya.
Aku menunduk memandang ke bawah.
Perlahan daguku di dongak.
Aku memandang mata Hazelnya,mata yang selalu membuai asmaraku.

"nanti kita balik ok..tapi bukan sekarang...."aku mengangguk .

"ok....tapi...sekarang ni sayang nak makan burger boleh?"

"burger....kalau yang tu mestilah boleh...tapi nanti abang balik kerja nanti...dan sekarang ni abang nak mandi dulu"sepantas kilat dia mencempung badanku naik di dukungannya.
Aku tergamam seketika.

"abang...terkejut sayang..."

"jom mandi..."terus dia membawa aku masuk dan mandi bersama.

Usai mandi Zayne kembali ke pejabatnya maka tinggallah aku sendiri sendirian lagi.

Sebelum ke pejabat tadi aku sempat membalut tangannya yang terluka akibat menumbuk meja.

"kenapa abang tak tumbuk terus dia tadi...?"tanya ku sambil meletakkan ubat dan membalut lukanya.

"abang gentleman lah sayang...mana boleh tumbuk pompuan...."

"iyalah tu...."aku mencebik.

"ok dah...drive hati hati...ingat bawa balik burger...kalau tak malam ni tidur luar"pesanku sebelum dia bertolak tadi.

"sampai macam tu sekali?"

"iyalah...."

"ok sayang...insyaallah abang tak lupa..."aku terus menyalaminya.

Sekembalinya Zayne ke pejabat dia disapa oleh Alia yang kebetulan mahu berjumpa dengannya.

"Tuan ok ker...kenapa tangan tu sampai berbalut"tanya Alia.

"luka sikit tadi....awak nak jumpa saya ker?

"saya cuma nak serahkan fail ni jer.."sebuah fail hitam itu diserahkan kepada Zayne.

"baik lah Tuan...saya pergi dulu"
Zayne hanya mengangguk dan terus berlalu ke biliknya.

"Tuan balik mandi ke"tegur Lisa apabila nampak rambut Zayne sedikit basah.

"emmm....saya balik mandi...mandi special...."jawabnya bersahaja dan tersenyum.

"mandi special....ada ker Tuan mandi special?"pertanyaan Lisa membuatkan Zayne geli hati dan terus ketawa.

"awak kahwin nanti...tahulah....."Zayne terus masuk ke bilik meninggalkan Lisa yang masih kebingungan.

"hah...mandi wajib ker..?"Lisa menutup mulutnya sendiri dan tersengih.

"patutlah senyum semacam jer...Tuan Zayne ..Tuan Zayne nasib lah kau dah kahwin..kalau tak dengan aku sekali tergoda...untung kau Eryna.."bisik Lisa sendiri.

Zayne tergelak sampai ke biliknya bila lihat muka Lisa tadi.

Fail yang diambil dari Alia tadi dibukanya.

Biodata dan profil pekerja baru di lihat nya.

Macam hal berlaku hari ini sehingga dia tidak sempat untuk ambil tahu hal yang berlaku dalam pejabatnya.

Tapi ada juga hikmah di sebalik kejadian tadi..Allah bagi ruang peluang untuk dia dan Eryna merasai kasih sayang yang sebenarnya.

Dia tersenyum sendiri lagi teringat moment indah antara dia dan Eryna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience