bab 21

Romance Completed 61355

Zayne sampai dirumah jam sudah menunjukkan 7.30 malam.

Aku sudah siap terpacak di depan pintu menuntut janjinya tadi.

"sayang.."dia mendepakan tangan dan memelukku.

"abang...mana burger yang sayang pesan tadi?"tanya ku bila tidak kelihatan Zayne memegang satu plastik pun kecuali brifcasenya.

"sayang....sorry abang lupa...."airmukaku mula berubah.

"abang..satu hari sayang tak makan tunggu burger tau...tadi abang kata tak lupa..."aku terus berlari naik ke bilik.

"sayang.....tunggu"Zayne juga turut berlari mendapatkan aku.

"sampai hati abang ..."aku terus muncungkan mulut.

"nah....abang gurau jer...mana boleh abang lupa..."plastik yang berisi burger dihulurkan padaku.

"tadi abang kata lupa...abang jahat..."dadanya aku tumbuk kerana geram.

"sakit...abang balik penat penat ingat ada orang peluk ker..cium ker...alih alih kena tumbuk pula.."Zayne pula buat muka merajuk.

"sayang minta maaf..."aku terus memeluknya menyedut dalam haruman yang masih lagi melekat pada badannya.

"dah abang nak mandi dan solat maghrib..."pelukan aku leraikan.

"sayang dah solat?"

"belum...tunggu abang..."

"ok tunggu abang mandi dan kita solat sama sama"

"dah kenyang?"Zayne datang memeluk ku dari belakang.
Aku sedari tadi duduk di balkoni merenung ke arah langit.

"alhamdulillah...terima kasih abang sebab belikan burger untuk sayang"ucapku.

"burger jer pun...tapi bahaya kan ibu mengandung ni...merajuk kuat sangat...takut abang tengok sayang lari tadi...kecut perut abang...lain kali jangan buat macam tu lagi tau..."pesannya dan satu ciuman singgah di pipiku.

"abang...tengok "jariku menunding ke arah bintang bintang berkelipan.

"cantik...macam sayang.."ujarnya .

"macam sayang?"

"ya...sentiasa bersinar di hati abang"

"pandai buat pickupline sekarang ni..."

"betul...dulu abang pernah kata kan...kita ibarat bulan dan bintang..sama menyinari bumi....memerlukan antara satu sama lain..."

Aku hanya terdiam dan tersenyum.

"kenapa sayang diam?"tanyanya .

"entahlah...tiba tiba sayang rasa tak sedap hati..."pelukannya aku leraikan dan beralih menuju ke katil

Zayne memerhatiku agak kehairanan.

Aku sandarkan badan di kepala katil dan Zayne datang mengenggam tanganku.

"kenapa sayang....ada sesuatu yang menganggu fikiran sayang ker?"pipiku di sentuhnya.

Aku hanya memandang wajahnya tanpa kata.Dia mendekati badannya merapati ku yang bersandar itu.

"janji abang tak akan tinggalkan sayang..."aku tidak tahu kenapa perasaan ini berlaku dengan tiba tiba.

"sayang..kenapa ni...jangan buat abang risau ok..."Aku hanya menarik nafas dalam dan tanganku mengusap lembut perut sendiri.

"sayang sakit ker..."dia memerhati bila aku mula rasa gelisah.

Aku hanya menggelengkan kepala dan entah mengapa airmataku mula mengalir tatkala menatap wajahnya.

"abang...sayang minta maaf andai sayang selalu buat perangai ,kadang kadang degil..."aku terus memeluknya.
Tangisan aku lepaskan semahunya sehingga badannya yang tak berbaju itu basah dengan tangisan aku.

"sayang..please jangan buat abang rasa bersalah..sayang tak buat apa salah pun..abang yang selalu buat salah,Sakitkan hati sayang,buat sayang menangis..."dia menepuk lembut belakangku.
Dengan tiba tiba perutku mula rasa tidak selesa.
Pelukannya aku lepaskan membuatkan Zayne sedikit terinjak ke belakang.

Aku bingkas bangun terus menuju ke bilik mandi.

Sekali lagi semua isi perut aku keluarkan,makan burger yang ku idamkan sampai merajuk tadi cuma buat aku kenyang sekejap cuma.

Zayne turut membuntuti aku dari belakang dan menggosok belakangku.

"sayang....kesian sangat abang tengok macam ni...."
Setelah mengeluarkan kesemuanya dia memapahku duduk di katil.

"pengorbanan..'jawab ku sepatah dan mengukir senyum agar dia tidak risau.

Pipiku diusap lembut dan dia merenungku dan membalas senyum.

"cantik...walaupun dalam keadaan lemah macam ni sayang tetapi indah di mata abang...thanks sayang di atas pengorbanan ini...."tanganku digenggam dan dicium.

"pasal tadi.."aku kembali teringat kata kataku.

"sayang....please abang tak nak dengar lagi sebarang kerisauan yang terbuku di hati sayang...sayang tak boleh stress...kita doakan yang baik baik ok...dah sayang tidur dulu...abang ada benda nak kena siapkan...nanti abang datang balik"Dia merebahkan badanku agar aku selesa.

Aku hanya mengangguk dan membiarkan saja.
Kebimbangan yang ku rasa kini tidak dapat aku luahkan.

Dia tunduk dan memagut bibir ku sekilas.

Aku tersenyum..
"rehat ....tidur dengan aman...malam ni tak ada aktiviti lasak"dia tergelak kecil dan aku mencubit lengannya.

"gatal...pergi lah..nanti kata tak ada...jadi lain pula"kami tergelak bersama.

"halau kita pula...ok..abang pergi...."dia bangun dan aku kembali menarik tangannya sehingga dia kembali terduduk.

"sayang...jangan goda abang ok...kesian kat baby"

"kat baby jer abang kesian kat sayang tak?"aku mula mencebik.

"of course la sayang sangat kat seketul yang cantik ni...tapi abang ada kerja sikit pasal proposal tender tu nak kena siapkan...lepas habis abang datang balik..."

"ok..tapi jangan lama...rindu...abang tahu kan sayang suka tidur atas lengan abang"perlahan aku lepaskan tangannya.

"ya...abang tahu..."sekilas ubun ubun ku dikucup.

Aku kembali tersenyum ,Zayne terus bangun dan berlalu ke bilik bacaannya.

Lama Zayne Rafael berada di bilik bacaan mengadap komputer ribanya .
Menaip satu persatu sehingga matanya sendiri keletihan.

"harap berjayalah"bisiknya sendiri.

Jam sudah menunjukkan 12tengah malam dan malam semakin larut ,matanya semakin memberat.
"ok done"

Dia bangun dan menutup semua suis.
Perlahan dia melangkah masuk ke bilik agar tidak menganggu bidadari cinta hatinya yang sedang nyenyak tidur.
Sekilas dia memandang ke arah Eryna yang sedang merekot tanpa berselimut itu.
Dia tersenyum melihat keindahan di depannya,insan yang sentiasa membuat dia menguntum senyum.

Dress malam yang dipakai Eryna ditarik ke paras betis kerana,terselak.
Eryna ...seorang isteri yang selalu dipandang seksi olehnya walaupun tidak pernah memakai pakaian yang menjolok mata.

Selimut ditarik sampai ke paras dada.

Dia bangun menuju ke bilik mandi dan mencuci muka sebelum kembali merebahkan diri di atas tilam.
Seperti biasa kepala isterinya diangkat dan diletakkan di atas lengannya.
"abang"Eryna sememangnya tahu kehadiran nya di sisi.
Eryna terus memeluknya.

"shhh...tidur..."ujarnya perlahan agar tidur isterinya terganggu,perlahan dia menarik selimut agar membaluti dadanya yang telanjang.
Indah sekali tidur dalam dakapan orang yang tercinta.
Hari yang memenatkan penuh dengan drama dan airmata..namun kembali tenang dalam pelukan cinta mereka.

..........
.........

"morning sayang"aku membuka mata perlahan .

"awal abang hari ni..selalu sayang yang bangun dulu"aku memeluknya.

"emmm....kadang kadang..."usapan lembut singgah di ubun ku.

"jom mandi..solat subuh...hari ni sayang nak kerja tak?"Zayne menarik tanganku masuk ke pangkuannya.

"nak....mana boleh cuti lama lama...nanti abang tinggalkan sayang sorang sorang kat rumah.."

"kalau tak sihat lagi ...rehat jer..."ujarnya bangun mencempungku sampai ke bilik mandi.

Usai mandi dan solat subuh bersama kami turun untuk bersarapan.
Sebelum makanan masuk ke mulut terlebih dahulu aku pasti menuju ke singki memuntahkan apa yang tersisa dalam perutku.

"sayang..ok ker ni...belum makan dah muntah.."
Aku kembali duduk di depannya.

"ok...kejap lagi...."aku mula menelan liur bila melihat nasi lemak yang terhidang.

"abang...nasi lemak...sayang teringin nak makan nasi lemak mak"aku mula sedih.

"sayang...kan abang janji lepas kerja beres kita balik ok?"
Aku mengangguk.

"nah abang suapkan"sesudu nasi lemak disuapkan padaku.

Walaupun tidak dapat habiskan sepinggan nasi tapi aku bersyukur kerana berjaya menelan setiap suapan nasi ke mulut ku.

Selesai sarapan dan bersiap kami terus ke pejabat.

Sebaik melangkah masuk entah macam mana aku hampir terjatuh apabila di langgar oleh seseorang yang tidal pernah kami lihat sebelum ini.

Nasib baik Zayne sempat memegang ku.

"awak tak nampak ker?"marah Zayne apa bila aku di langgar secara sengaja ataupun tidak.

"Puan...puan ok ker?"kebetulan Lisa dan Alia dan beberapa orang pekerja yang lain pun turut masuk.

"ok...siapa tu?"tanya ku apabila terlihat perempuan yang melanggar aku juga seolah masuk ke pejabat kami.

"maaf Tuan Zayne...yang tu mungkin pekerja baru"ujar Alia sedikit menunduk.

"panggil dia ke bilik saya...biar dia kenal siapa CEO kat sini"arah Zayne yang dari tadi memegangku.
Jantungku masih lagi mengepam laju kerana hampir terjatuh tadi.

"abang...jangan marah...sayang ok kan?"kata ku
Lisa dan Alia yang berada di situ menunjukkan wajah kerisauan.
Mereka tahu tahap kemarahan Zayne macam mana.

"baru masuk kerja dah buat hal...beraninya dia"ujar Lisa tak bertapis lagi.

"kalau jatuh tadi..jadi apa kat sayang macam mana?"tanya Zayne seolah melepaskan geram kepadaku

"dah lah jom masuk..."aku menarik tangannya terus ke bilik.

"Lisa panggil pompuan tadi"laung Zayne membuatkan Lisa yang masih tercegat di pintu sedikit terhinjut bahunya.

"b..baik..Tuan.."ujar Lisa tergagap gagap.

"kak..siapa pompuan tadi tu..?"tanya Lisa pada Alia.

"jap...namanya NurShahiera...pekerja baru bahagian pelukis plan...ya...semalam baru masuk..nanti akak tolong panggilkan"ujar Alia terus berlalu.

"mati lah kau budak..."bisik Lisa.

"Sheira...awak tahu tak siapa yang awak langgar tadi?"tanya Alia sebaik saja berjumpa dengan Shera.

"saya tak sengaja...tak sempat nak minta maaf sebab kebetulan nak ke tandas tadi "bijak dia mencari alasan.

"awak kenal atau tak?"tanya Alia sedikit menekan.

"tak..."jawab Sheira.

"tadi Puan Eryna..isteri CEO syarikat kita...dan sekarang ni Tuan Zayne Rafael panggil awak masuk bilik dia..."tegas Alia.

"t..tapi saya tak sengaja"jawab Shera gugup.

"sengaja atau tidak baik awak pergi jumpa dengan dia..minta maaf ke apa saya tak tahu..yang saya tahu kejap lagi awak kena hadap dia...sekarang pergi"arah Alia dengan tegas.

"sebelum masuk tu awak jumpa dulu dengan Lisa,jangan main redah jer..faham?"

"faham..kak"

"aduh matilah aku...baru masuk kerja dah kena marah..kalau kena pecat lagi lah mati aku kena kerjakan kat Sarah"gumam Sheira sambil melangkah ke arah bilik Zayne.

"well...awak yang melanggar orang tadi kan..kejap"sinis Lisa apabila nampak Shera berada di depannya.
Sheira hanya mengangguk.

"masuk...Tuan Zayne panggil"arah Lisa.

Sebaik melangkah masuk Zayne Rafael sudah terpacak di tingkap dengan wajah yang agak bengis.

"T..Tuan....p..panggil saya?"tanya Shera gugup apabila melihat wajah Zayne yang ketat itu.

"Awak yang tadi langgar wife saya kan?" nada Zayne kuat sehingga bahu Shera terhinjut sedikit.

"s..saya..tak sengaja tuan....tadi kebetulan saya sakit perut...nak ke tandas.."ujarnya dengan gagap.

"awak jangan nak cari alasan..baru masuk kerja dah tunjuk lagak...dia sini ada peraturan..hanya saya yang boleh berlagak dan buat apa yang saya suka faham?!!!bentaknya.

Pintu dikuak dari luar .

"abang..."terpancul wajahku .
Aku dapat lihat ketegangan yang berlaku antara perempuan itu.

"sayang...."sapa Zayne yang kini mukanya berubah macam udang bakar menahan marah.

"Tuan Zayne Rafael...please pagi pagi ni janganlah marah macam ni..."aku mengukir senyum.

"awak siapa?"aku mula bertanya apabila melihat gadis yang tertunduk kaku di depan kami.

"saya Nurshahiera pekerja baru.."jawabnya.

"awak kerja di bahagian mana?"tanya Zayne Pula.

"bahagian pelukis plan...semalam baru masuk.."

Aku bergerak menghampiri Zayne yang mula duduk di kerusinya.

"awak keluar dulu.."arah ku kerana tidak mahu Zayne tegang.

"Saya tak habis cakap lagi..."Zayne kembali bangun dan menjengulkan matanya ke arah Shera.

"Tuan Zayne..."aku bersuara.

"kau minta maaf dengan Puan Eryna sekarang...atau nak aku pecat sebelum kau berkeja?"marahnya.

"jangan Tuan....saya perlukan kerja ni...kalau tak mati saya.."kata kata Shera membuat kami terkejut.

"hah...apa,awak kata?"tanya Zayne dengan nada marah.

"maksud....saya...saya perlukan kerja ni....s...saya minta maaf....Puan sebab terlanggar Puan tadi.."

"saya maafkan...lain kali kalau jalan pandang depan....awak pergi sekarang sebelum bom atom meletup lagi"aku tersenyum ke arah Zayne yang dari tadi masih tak berpuas hati dengan Shera.

Shera terus keluar dalam ketakutan.

Aku menghampiri Zayne merenung wajahnya.

'kenapa pandang abang macam tu?"
aku hanya tersenyum.

"teringat muka abang yang dulu...muka ketat dan tak senyum....so sweet sangat"aku tergelak.

Sepantas kilat badanku ditarik sampai ke dalam pelukannya.

"ooo....sweet....suka abang macam ni?"mukanya mula merapat ke muka ku.

"abang....lepaslah...nanti orang masuk"aku cuba meleraikan pelukannya tapi diperketatkan lagi oleh tangan kekarnya.

"denda sebab tadi lepaskan perempuan tu ...."

"ummmph."terus ulas bibirku dipagutnya.
Aku sedikit meronta tetapi tidak mampu melawan kena ciumannya membuatkan aku hanyut.

"tadi bukan main kata abang bom atom...kan dah kena..."mulutku yang basah dilap lembut.

'abang memang selalu ambil kesempatan...'aku muncungkan mulut dan sekali lagi bibirku di kucupnya.

"abang..."dadanya aku tumbuk dan dia terus memeluk ku dan tergelak.

"abang tak boleh tengok sayang....aura ibu mengandung ni ternyata buat abang tak boleh duduk diam.."ujarnya terus tergelak.

ketukan dari luar mengejutkan kami.
Perlahan pelukan dilepaskan.

'abang gatal..."ujarku dan bibirnya aku lap kerana ada kesan lipstikku.

"gatal dengan isteri ....nak ker abang gatal dengan orang lain?"

"abang berani?"

"mestilah..."

"kalau berani pergilah..."aku terus muncungkan mulut dan berlalu pergi dan tanganku di tariknya.

"cemburu?"

"abang ada orang ketuk pintu tu..."aku mengelak.

"sayang keluar dulu...."

"sayang...."dadanya aku tolak.
terpancul muka si Lisa.

"Maaf Tuan...tadi call dari client untuk mesyuarat kejap lagi pasal tender kat Putrajaya"pesan Lisa.

Tangan aku masih lagi dipegangnya.

Lisa,tersenyum .

"abang...lepaslah "tanganku digenggam erat.

"ok...awak boleh keluar...saya nak sambung kerja dengan Puan Eryna..."
Lisa tergelak kecil dan berlalu pergi.

"Tuan...jangan lupa kunci pintu"sempat lagi kau ya Lisa menyakat aku

"Lisa..."aku mengetap bibir geram.
Lisa terus tergelak.

"abang lepaslah ...."

"cakap dulu...sayang cemburu kan....?"

"nak cemburu apa...abang berani ker nak buat kat sayang..sakiti sayang?"kini aku pula yang seolah menggodanya.

"tak....mana mungkin abang sanggup lukakan hati bidadari abang ni....sentiasa buat abang tergoda"daguku didongakkan.

Aku mengukir senyum.

"dah lah...kejap lagi abang kan ada meeting..."

"tu kejap lagi....sekarang ni...apa kata kita buat meeting kita kejap..."pandangannya semakin galak.

"abang..ni office kut...."

"tak tahan tengok sayang...aura perempuan mengandung memang macam ni ker... pandang tak jemu..."bibirku terus di pagutnya.

Aku rasa saat ini gincu yang aku pakai sudah hilang sepenuhnya.
Keluar nanti tak pasal Lisa memerliku lagi ..

"ummmph...abang..."sedikit badannya aku tolak apabila tangannya mula merayap ke dalam bajuku.

Dia tergelak besar bila lihat muka cuak ku.

"abang ni....sayang nak keluarlah...nanti tak pasal kena rogol..."ujarku.

"hah...rogol...sayang tak sayang mulut eh..."

"sayang nak keluar...kita sambung kat rumah la nanti..."sempat aku melirik manja agar buat hatinya tidak tenang.

"sayang...tunggu.."aku terus berlalu meninggal kan dia yang masih memanggil ku.
Aku tergelak sendiri.

"Eryna..Eryna...kau selalu buat aku tidak senang duduk...."lehernya digosok dan tersenyum sendiri.

"amboi puan...senyum sendiri ni ada apa yang special ker kat dalam tu?"

Memang dah dijangka pasti Lisa akan menegurnya sebaik keluar dari bilik Zayne.

"awak ni Lisa suka menyakat saya...macam Tuan Zayne..."

"suka tengok Puan dan Tuan happy tak macam dulu..."

"alhamdulillah...kami bahagia sangat sekarang ni Lisa..kau doakanlah agar kami bahagia sampai hujung nyawa ya"

"aamiin....insyaallah Puan..."

Aku terus berlalu ke bilik ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience