Saat pintu dibuka kelihatan dua susuk tubuh sedang melepaskan pakaian masing masing dan memang duduk dalam keadaan yang mencurigai.
"abang!!! di situ juga aku menjerit seolah hilang sudah fikiranku.
Semua yang ada terkejut.
Lisa terlopong mulut pastinya tidak percaya dengan apa yang kami lihat saat ini.
Zayne berpaling pada kami seolah kebingungan.
Perempuan itu segera menarik selimut membalut badannya yang hampir terlanjang.
"sayang...?"dengan nada terkejut.
Masih lagi mengecam aku rupanya.
"Zayne Rafael..apa yang berlaku ni?",soal Puan Marina sambil menarik badan anaknya sampai terduduk ke lantai.
Mikael mengarahkan agar pintu ditutup agar tiada orang lain yang tahu.
"Shera...kau kan...kenapa ni?" Lisa pula mengambil alih menghampiri perempuan yang tak tahu malu itu.
Aku sudah kaku tanpa kata.
Yang aku mampu saat ini hanya menangis.
"kau pakai baju ni..sebelum aku tarik kau keluar dengan aib macam ni" baju dibaling ke muka Shera yang seolah berpura pura menangis.
Mengambil baju dan segera memakainya.
"abang...kenapa abang...apa abang dah buat ni...sanggup abang buat perkara terkutuk ini?", aku gagahkan diri menghampiri Zayne yang masih terduduk akibat di tolak oleh mamanya tadi.
.Zayne seolah kebingungan tidak tahu apa yang berlaku
Dia mendongak Memandang ku,dapat aku lihat riak wajahnya kebingungan dan peluh jantan mula menitis.
Zayne meraup muka berkali kali.
Air putih yang berada di meja kecil di sisi aku ambil dan curahkan ke mukanya.
Dia terkejut.
Mearaup mukanya berkali kali.
"sayang...abang tak tahu..sungguh..."
"Eryna jangan macam ni...mak rasa bawa berbincang....tengok muka Zayne macam serabut jer" mak memegang bahuku untuk bangun.
"tak mak..Eryna nak penjelasan daripada abang"
tangan mak aku tepis perlahan.
"baik kau cakap Shera ,kau ker yang rancang?"Lisa terus memegang tangan Shera geram dan sakit hati .
"tuan Zayne yang bawa saya ke sini,saya tak salah..."
Aku terus bangun menuju ke arah pompuan itu.
PANG!!!
satu tamparan hinggap di pipi,sungguh aku geram saat ini,ingin saja aku robekkan tubuh nya,biar terlihat segala isi.
"Puan..saya tak salah" Shera memegang pipinya yang sudah melekat lima jariku.
Pertama kali dalam hidup ku aku menampar orang dan ternyata tamparan yang kau dapat itu tak seberapa berbanding dengan apa aku dapat ini lebih sakit daripada tertusuk dengan belati yang tajam.
"Eryna...."Mak kembali memegangku.
Aku hampir rebah ke lantai,Zayne segera menyambutku.
"pergi..pergi...sayang tak nak abang sentuh sayang...jijik..."tangan Zayne aku tepis kasar.
Siapa sangka pesta ulangtahun harilahirku mendapat kejutan yang begitu besar,hadiah harilahirku.
"sayang..please abang explain",
Aku memandang muka Zayne ,menatap matanya.
"nak terangkan apa lagi,kami semua dah nampak",bergetar suara aku menahan rasa sakit di hati.
"sanggup abang buat semua ni...apa salah sayang...apa,salah sayang?!! dadanya aku pukul.
"Eryna...tolong bangun" mama pula menghampiri ku.
Tika ini hatiku sungguh hancur dan luluh melihat kecurangan suami yang aku cinta depan mata sendiri.
Perutku mula terasa tidak selesa dan sakit.
Saat aku cuba bangun aku hampir jatuh kembali dan cecair merah mula mengalir laju di bawah baju ku.
"Puan...darah!! jerit Lisa.
Semua yang ada tertumpu padaku.
"Ya Allah ,kak Na..."ibu seolah menjerit.
menuju ke arahku.
"arghhh!! perutku mula memulas hebat aku tidak dapat bangun hanya airmata yang boleh aku alirkan saat ini.
"mak..sakit...sakit sangat...", aku menekan perutku.
"Zayne kau tunggu apa lagi..bini kau tengah sakit tu!! sergah Mikael pada Zayne bila tengok Zayne binggung .
"sayang...sayang jom kita ke hospital",nak saja aku tepiskan tangannya tapi aku sudah tidak ada lagi tenaga untuk berbuat demikian.
"dah...angkat jer dia,Mikael,kau settle kan perempuan keparat ni,",arah Puan Marina
Pandanganku sudah semakin kelam saat Zayne mencempungku.
Aku sudah hilang dari radar kesedaranku.
.......
.......
Di satu sudut yang lain kedengaran suara perempuan ketawa seolah ada perkara lain yang menggembirakan.
"hahah...padan muka kau...puas hati aku Zayne Rafael.!! hilai tawa itu memecah kesunyian bilik .
Di sebelahnya terdapat seorang cina yang sedang terbaring kepuasan.
Sarah bangun mencapai pakaiannya lalu ke bilik mandi mengenakan kembali pakaiannya.
"David I pergi dulu...see you darling" satu kucupan singgah di pipi lelaki yang sedang dalam kepuasan itu.
"bye...darling" serak suara kedengaran.
Sarah terus melangkah keluar dengan satu senyuman yang melebar.
Pasti saja saat ini dia gembira kerana tahu pasti perkara yang dirancangnya berjalan dengan lancar.
Dia yakin selepas ini akan menjadi satu titik hitam dalam hidup Zayne yang kini menjadi musuh hidupnya.
"mana mungkin aku akan biarkan hidup kau bahagia Zayne", terus dia memandu kereta menuju ke rumahnya.
.........
.........
Darah terus mengalir tanpa henti,saat ini Eryna sudah benar benar tidak sedarkan diri,wajahnya kian memucat.
Sesampai Zayne di hospital terus Eryna ditolak ke LB.
"Mama,macam mana ni..kalau jadi apa apa pada Eryna saya tak akan dapat maafkan diri sendiri" dia meraup mukanya berkali kali.
"entahlah Zayne mama pun tak percaya semua ini berlaku,mana akal sihat mu Zayne...kenapa semua ini terjadi?" soal mamanya keras.
Zayne duduk memandang lantai.
"Mama,sumpah mama Zayne tak tahu apa apa,Zayne tak tahu macam mana Zayne rasa ..rasa...argh!!! dia menjerit.
"dah lah ni hospital...nanti tak pasal kena halau,lepas ni mama nak kau settlekan perkara ini,yang penting sekarang ni doakan Eryna sihat,mama bimbang kalau ada apa yang terjadi pada cucu dan menantu mama tu",
Marina sendiri kebingungan,entah apa alasan yang akan Eryna akan terima selepas ini.
"kau nak kemana tu?" soal Marina bila lihat Zayne bangun dan ingin berlalu pergi.
"ke surau mama"
"hmmm..eloklah tu,bersih kan diri berdoa banyak banyak agar isteri dan anak kau selamat dan doa banyak banyak agar bini kau tu maafkan kau" pesanan yang amat bermakna.
Zayne hanya mengeluh dan berlalu pergi.
Dia sendiri habis memikir apa sebenarnya yang terjadi dengan dirinya.
......
......
"Mike macam mana ni...apa kita nak buat dengan pompuan ni,tak kan nak biarkan dia terlepas macam ni?" tanya Lisa yang masih berada bersama Mikail di bilik tadi.
"kita bawa dia ke balai ataupun kita bawa dia ke rumah pelacur bagi kat ibu ayam", sambil memandang ke arah Shera yang tertunduk.
"hei Shera..baik kau bagitahu semua yang berlaku ni kau rancang atau ada kau subahat dengan orang lain?! tengking Lisa lagi.
"tak...tak...sa..saya sendiri....ss...ya yang ..."
"apa..apa...hah?" sergahan Lisa membuat Shera terkejut sampai terhinjut bahu.
" saya sukakan tuan Zayne"
Lisa dan Mikael berpandangan sesama sendiri.
" hoi...semua orang pun sukalah kat dia...tapi tak kanlah kau sanggup nak gadaikan maruah kau pada jantan...kau tahu kan dia tu laki orang",mahu saja Lisa ingin menumbuk muka perempuan itu.
"kecik besar,kecik besar jer aku tengok kau,kau ingat Tuan Zayne tu pandang kau hah...." gempalan tangan sudah sudah sedia hanya tunggu nak beraksi saja.
Tapi sempat ditahan oleh Mikael.
Mikail sendiri terkejut bila tengok Lisa yang boleh tahan garangnya.
"no..no...sayang ...jangan nanti jadi kes lain pulak"
Kembali genggaman di buka bila perkataan sayang keluar dari mulut Mikael.
"biar saya yang habiskan dia ni,sanggup dibuat Puan Eryna macam tu,entah apa yang jadi padanya, ker awak juga nak kan pompuan murahan ni?" Lisa mencerlung ke arah Mikael.
"laaa...tak ...saya pun kena marah,?" sambil meraup mukanya,terasa pula bahangnya.
"Zayne yang buat salah aku jugak yang kena" gumamnya.
"kita kurung dia di sini sehingga dia mengaku siapa dalang sebenarnya" cadang Mikael.
"ok...ingat Shera selagi kau tak mengaku siapa orang yang rancang semua ini,kau duduk sini"
"cik...cik..tak kan nak tinggalkan saya kat sini" terketar ketar suara Shera.
"atau apa kata kita cari datuk datuk yang kempunan bagi kat dia ,biar padan muka,nak sangat menggatal dengan laki orang"
'hah...biar betul sayang"
"iyalah..beria sangat tadi...kan senang bagi jantan nafsu harimau terus biar lunyai kena kerjakan"
Shera sungguh merasa ketakutan dengan ugutan itu.
Apa kan daya buat masa ini dia tidak boleh bocorkan rahsia siapa yang menyuruh dia lakukan semua ini.
Dia rela maruahnya di nodai demi selamatkan keluarganya .
Tapi dia bersyukur kerana Allah memberikan dia kesempatan sebelum maruahnya tercalar dari lembah yang lebih hina.
Takut juga dia tadi bila lihat sifat agresif Zayne ingn melalukan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku.
'ker awak nak ganti tempat Zayne tadi?",soal Lisa pada Mikael yang dari tadi tidak lepas memandang Shera yang berpakaian menjolok mata itu.
"hah...uiii...I tahu lah I ni kaki pompuan..tapi sumpah...I ni teruna lagi...kalau ya pun biar I dengan you jer sayang"
"iyalah tu..." Lisa mencebik.
Kata putus telah dibuat dan Mikael dan Lisa meninggalkan Shera di bilik hotel buat sementara dan telefon Shera juga dirampas.
"padan muka...nanti tahulah apa aku nak buat",Lisa mengetap gigi geram.
Mikhael sendiri terkejut melihat sikap Lisa.
"sayang..."
"hmm..ada apa?"
"tak sangka ya you ni garang boleh tahan ya"
Lisa berpaling dan mencerlung mata ke arah Mikael yang sedang memandu menuju ke hospital.
"kenapa you ingat senang ker tengok orang seksa hati perempuan...?"
"ingat kalau you pun berani cari perempuan lain nahas I kerjakan...yang kat bawah tu silap haribulan I potong terus...Puan Eryna tu lembut sangat...kalau I tadi memang berlaga terus kepala diorang tak pun hantuk ke dinding"
"huhu...takutnya...tak kan nak potong kut nanti tak merasa lah kan"
"merasa apa...?"
"tut..tut.."
"dah...lelaki semua sama,ingat kalau you betul nak kan I terus masuk meminang...tak payah tunggu bercinta lama lama ...",sambil menjeling ke arah Mikael yang sudah kecut perut.
"serius? ok esok jugak saya hantar rombongan dah tak tahan dah ni"
"bukan esok...tunggu kes ni selesai dulu...jangan nak menggatal eh.."
"emm...tadi nak cepat ...emmm...salah cakap lagi",Mikael meneruskan pemanduannya tanpa sepatah kata lagi.
Takut nanti si buah hati mengeluarkan api dari mulut macam naga.
Tak sangka si playboy macam dia pun boleh kecut perut bila lihat singa betina mengamuk.
'nasiblah kau Mikael...dapat kekasih garang tak macam Eryna lembut jer sifatnya" gumam Mikael.
"tu duk mengutuk dalam hatilah tu" Mikael tersentak bila Lisa kembali bersuara.
" eh mana ada...tapi kan bila I tengok you marah...lagi cantik", hidung Lisa dicuit.
"dah lah cepat sikit...entah macam mana Puan sekarang ni..",kerisauan mula terdetik di hatinya.
Share this novel