Aku terus menghamburkan tangis di dadanya.
Entah mengapa kesedihan menyapa tika dia memandang ku.
Perlahan belakang ku digosok.
"sayang...abang minta maaf sebab biarkan sayang sendiri di sini"
Aku masih diam dalam tangis,perlahan daguku di angkat ,memandang ke arahnya.
Airmata terus mengalir laju tanpa henti,aku tidak mampu mengucapkan sepatah lagi perkataan saat hati terasa sedih,hanya isak tangis yang masih kedengaran.
"dah..abang dah ada kat sini..jangan nangis lagi,nanti jadi Kasim selamat pula" ujarnya sambil gelak.
Sempat lagi dia melawak.
Aku menatapnya dan tersenyum.
Sungguh Zayne tetap terpaku melihat pesona isteri yang tersenyum tetap manis walau dalam tangisan.
Zayne menghapuskan airmata yang dari tadi mengalir bagai air terjun itu.
"sungguh abang rindukan sayang" dahiku dikucup lembut,dapat aku rasakan kehangatan dari bibirnya.
"maafkan abang ,maafkan kekhilafan abang sayang,kalau tak semua ini tak akan berlaku...abang menyesal" aku masih tiada perkataan untuk berbicara
"berkata lah sayang...abang nak mendengar suara sayang,marah lah pada abang daripada berdiam begini",sungguh Zayne sanggup mendengar Eryna marah dan membebel daripada hanya diam sahaja.
Harus aku bicara apa lagi saat ini,segala yang berlaku tidak akan dapat memutarkan kembali waktu yang telah hilang,kesakitan dan kehampaan yang aku rasa ini telah terlucut jauh .
Aku sakit,perih dan terluka,aku hanya mahu dia sentiasa di sisiku saat aku memerlukannya .
Aku leraikan pelukan dan bangun menuju tingkap.
Tangisan ku sudah pun reda,yang ada cuma isakan yang bersisa.
Zayne memerhatiku dan turut bangun mendapatkan aku.
Dia memeluk ku dari belakang,erat,aku membuatkan tiada daya untuk.aku leraikannya,kerana saat ini aku jua rindukan pelukannya.
"abang..." aku mula membuka bicara.
Badanku di balikkan berhadapan dengannya .
Aku memandang jauh ke dalam anak mata coklat tua itu.
Kami saling menatap ,menatap jauh wajah insan yang aku rindui.
Zayne memandang wajah insan yang dia amat cintai itu.
Dia tahu saat ini Eryna masih lagi terasa dan menjauh hati darinya.
"sayang minta maaf" aku mencium tangannya,aku redha andai ini takdir kami,perlu aku ikhlaskan diri dengan apa yang berlaku.
Yang pergi biar berlalu,namun agar cinta kami tetap bersatu.
"abang yang perlu minta maaf..abang yang buat sayang jadi macam ni" setitis airmata jantan gugur di pipi.
Aku mendongak saat airmatanya gugur dan membasahi rambutku.
"abang nangis?" giliran aku pulak menyeka sisa airmatanya.
"tak lah...air hujan..",jawabnya ringkas.
Aku mengerutkan kening.
"menangis tak mengaku..." aku mencebik.
Terasa lega bila dapat melihat senyuman manis terukir di bibir bidadari ku.
"kenapa balik tak cakap?"
"saja nak suprisekan sayang"
"tak kelakarlah abang...nasib tadi sayang tak terus tendang abang sampai bawah katil"
"hahah...tapi sanggup ker sayang nak tolak abang sampai bawah,elok tadi peluk abang tu"
"emmm...sebab tak sempat", jawab ku selamba.
"ni kenapa?" soalan yang di duga oleh Zayne.
Lengan Zayne di belek kerana kelihatan kesan cakaran dan masih jelas kemerahan di situ.
"ni...kucing cakar" jawapan yang sama diberikan pada mamanya.
Aku mengerutkan kening tidak percaya kerana aku tahu itu bukan cakaran kucing tetapi seolah cakaran kuku manusia.
"sikit jer..tak yah risaulah"
"kucing..kita mana ada bela kucing.." Aku masih tidak berpuashati dengan jawapannya.
"betulah...kebetulan ada kucing bergomol depan abang entah macam mana dia terkam abang dan cakar lengan abang ni" terpaksa dia mereka cerita kerana tidak mahu bercerita panjang tentang Sarah
"emmm...ya lah..",aku mencebik malas nak bertanya lebih .
Aku melangkah pergi tetapi tanganku ditarik kembali.
"nak ke mana?" soalnya.
"keluarlah..."
Terus dia menarikku kembali dalam pelukan nya.
"nantilah...tak puas lagi kut nak peluk bidadari abang ni...kenapa kurus ni...sayang tak makan eh" rambutku diselitkan di telinga.
"abang tak ada,sayang tak ada selera"
Aku tertunduk malu dengan tatapannya.
Segera daguku didongakkan.
Kami masih berbalas tatapan.
Masing masing membalas senyum.
Mukanya semakin merapat dekat dengan mukaku saat ini.
Debaran jantung kami terus berdegup kencang seolah baru terasa jatuh cinta saat pertama kali bertemu.
Perlahan bibirnya merapat ke bibirku.
Kucupan yang mulanya perlahan dan kini menjadi semakin ghairah tanpa kami sedari.
Kerinduan yang sekian kalinya ,saling melepaskan kerinduan.
Tanpa sedar badanku saat ini sudah berada dalam dukungannya ,Zayne menjatuhkan aku tepat di atas katil tanpa melepaskan pagutan bibirnya.
Kami menikmati setiap sentuhan dan tanpa sedar juga tangannya mula menjalar jauh ke dalam bajuku dan aku juga tanpa sedar membuka kancing kemeja yang dipakainya.
Begitu kami menikmati saat ini..sampailah pintu dikuak dari luar.
"Astaghfirullahalazim...budak bertuah!! jeritan dari seseorang membuatkan kami berhenti beraksi dan berhenti secara langsung
"mama?" soalku terkejut segera bangun membetulkan baju ku yang menampakkan separuh tubuhku
Sungguh aku malu saat ini,andai boleh ku lihat warna mukaku pastinya semerah udang yang terbakar.
Mahu saja menyorok bawah katil.
Terkantoi dengan mak mertua kut,aduh malunya.
Aku berpandangan dengan Zayne yang dari tadi tersenyum hambar
"Allahuakbar...anak mama ni" Puan Marina menghampiri Zayne dan menarik telinganya
Aku menutup mulut menahan gelak.
"aduh sakitlah mama...Zayne bukan buat banyak pun..aduh",
"ada apa Kak Na?",datang pula si mak ke bilik ku.
"tengoklah anak menantu ni,patutlah dia masuk bilik terus tak keluar...nasib kak Na masuk,boleh pulak diaorang ni buat aksi panas"
Aduh sungguh aku malu saat ini,tak tahan dengan godaan sungguh kami.
Mak tergelak mendengar kata kata besannya.
"mama,kacau lah..Zayne kan dah lama puasa" tanpa rasa malu dia berkata.
Aku terlopong mendengar nya
"abang...malulah..", marahku tetapi semua yang ada ketawa memandang ku.
Aku bangun dan menyalami mertuaku menutup malu saat tertangkap basah tadi.
"abang tak cakap pun yang mama pun ada" aku memukul bahunya geram.
Tapi nasib juga mertuanya itu terlanjur masuk kalau tak memang terus berlangsung acara yang sudah lama tertangguh itu.
"dia mana ada ingat dah kalau jumpa bini"Marah mama yang dari tadi memukul bahu anaknya itu.
Zayne menyeringai kesakitan.
"Eryna..kan mak dah kata...pantang belum habis lagi" kini giliran aku pulak yang kena.
"abang yang mula...bukan Eryna"
"abang pula...",Zayne tersengih dan menggosok tengkuk.
"tak kiralah kau ker Zayne...dah jom keluar...makan tengahari,bibik dah masak tu...yang tu puasa dulu...tunggu 40 hari...aduh budak budak ni..." Mak terus keluar dengan mulut terus membebel .
"dengar tu Zayne...puasa...puasa...",mama pun mencelah.
Aku memandang Zayne dan kembali menatap .
"salah abang" aku muncungkan mulut
Sekali lagi bibirku dikucup nya.
"abang...!!"dadanya aku pukul.
"kan..selalu abang pesan ..jangan muncungkan mulut"
"dah jom.."tangannya aku tarik keluar dari bilik.
Kami saling ketawa sampai ke meja makan.
Malu tak terkata saat ini berhadapan dengan Mama dan Mak.
Zayne macam biasa buat muka tak bersalah dia.
"makan lah...Nora malam ni kita pisah kan diorang ni...biar Zayne tidur luar" ujar Puan Marina sambil menyedok nasi ke pinggan.
Aku dan Zayne saling berpandangan dan ketawa kecil.
"Mama...tak kan kut...dah lama Zayne tak peluk isteri Zayne ni sampai hati tau" sambil mengambil tanganku dan cium.
Zayne memang tak pernah ada malunya depan keluarga .
Akulah yang malu.
"tadi tu...bukan peluk? siap meraba sampai dalam baju...kalau mama lambat sikit lagi rasanya dah hanyut sampai mana" ujar Puan Marina geram dengan sikap gelojoh anak lelakinya itu.
Bibik dan mak ada di depanku tergelak besar membuatkan aku bertambah malu.
"Mama ni..tak supporting langsung,bagi lah chance kat anak mama ni lepaskan rindu.." ujarnya mencebik.
"samalah ngan yang pompuan pun pantang sentuh mula lembik" kini Puan Nora pula menyindirku.
Aku tertunduk menahan malu.
"mak kak siti jadi datang tak,dah nak zuhur kut",tanyaku mengubah topik perbualan yang memalukan itu.
"tak jadi,pagi esok pulak...dah lah makan sejuk pulak lauk lauk ni" ujar mak faham situasi malu aku bila lihat wajah anak menantu cuak kena sembur kat besan tadi.
"mai abang suapkan" belum sempat aku menyuapkan nasi ke mulut Zayne terus mengangkat tangan yang berisi nasi dan disuakan padaku.
"eloklah tu kau suap Zayne,bagi dia makan banyak sikit,dah dua minggu lebih ni asyik tak habis dia makan" ujar Mak.
"kali ni makan bagi banyak,sayang dah kurus sangat ni..nanti tak sedap nak peluk",aku mencubit perutnya geram.
"aduh. sakit lah...cubit lagi bawah sikit lagi sedap " bisiknya membuat aku yang malu.
Puan Nora dan Puan Marina turut ketawa melihat kemesraan kedua anak dan menantunya .
Terasa senang di hati mereka melihat keduanya sudah boleh menerima semua ini.
Di hati masing masing berdoa agar keduanya akan kekal bahagia selamanya.
Selesai makan kami beralih duduk di beranda depan.
Mama dan Mak memohon diri untuk menunaikan solat zuhur terlebih dahulu dan tinggallah aku dan Zayne berdua.
"abang tu. ..mandi...pergilah solat",suruh ku bila tidak senang bila Zayne tak habis memandang ku.
'temankan abang" ujarnya sambil menghulur kan tanganya padaku.
Aku tersenyum dan menyambut tangannya dan bangit dari duduk dan beriringan ke bilik.
"nak ke mana tu?" belum sempat melangkah kami sampai ke bilik kedengaran suara mama menegur.
"abang nak mandi dan solat" jawab ku.
"biarkan Zayne sendiri,Eryna temankan mama kat luar ni,dah lama kan kita tak berbual" aku memandang wajah Zayne yang agak kecewa itu dan tersenyum.
Aku melepaskan pegangan tangan nya.
"sayang...",rengeknya seolah tak mahu membiarkanku.
"mama panggil tu,abang masuk mandi,solat dan lepas ni keluar sembang sama sama ok?"
"mama,ni...Zayne nak manja dengan wife pun tak boleh", marahnya pada mama.
"tak perlu nak manja sangatlah...manja kau tu bukan main lagi...dah pergi mandi ,solat dan nanti datang balik sini" kali ini mama pula menarik tanganku supaya jauh dari Zayne.
Aku hanya mampu tergelak melihat wajah Zayne yang kecewa itu,aku menjadi rebutan antara suami dan ibu mertuaku.
"ishh..mama ni...selalu rebut Eryna dari Zayne" dia merengus marah dan terus melangkah masuk ke dalam.
Aku terus tergelak dan mama terus menarik tanganku sampai ke beranda depan.
Mak juga turut bersama kami .
Bibik datang menatang air dan kuih.
"ni Kak Na berapa hari tinggal sini" soal Mak.
"dalam dua malam gitulah rancangnya,kebetulan abang Zik pun ke Singapura,katanya nanti langsung jemput kak Na ke sini" terang Mama.
Aku hanya duduk mendengar perbualan mereka.
"ni Eryna nanti ikut Mama balik ya..biar mama lah pula yang jaga,duduk rumah mama" Aku memandang Mak memberi isyarat sama ada mak bersetuju atau tidak.
"Ra dah cakap kat Zayne hari tu,suruh dia bawa balik wife dia ni,daripada dia menanggung rindu sampai tak berselera nak makan,baik balik jer lah"
Aku tersenyum malu bila mak membongkar cerita keadaan aku sepanjang di sini.
"budak budak zaman sekarang ni Ra,bercinta lain macam tengok tadi tu lah...nasib baik Kak Na masuk,kalau tak rasa bulan depan lekat perut agaknya" Aku membuntangkan mata mendengar kata kata mertuaku itu,terasa membahang malu ku ini.
Mak dan Mama memecah tawa.
"abang..please come here," gumam ku sendiri,rasa sudah lama Zayne di dalam dan tidak kembali lagi di sini.
"Mama mengata Zayne jer kerjanya", kedengaran suara si suami datang menyapa.
Terasa sedikit kelegaan kerana sudah ada pembangkang dan penyelamatku.
"tak ada masa lah mama nak mengata kau Zayne...ni mari duduk sini..minum"
Zayne mengambil tempat di sebelahku .
Secara langsung terus memeluk bahuku dan mencium pipi.
Aku terkejut dan menampar bahunya malu .
"tengok tu,kan dah kata ,mana ada malunya dia" Puan Marina menggelengkan kepala pening dengan perangai anaknya itu.
"isteri Zayne lah mama,halal...kan sayang" kali ini tangan aku pula dikucupnya.
"cakap ngan dia Ra,memang tak pernah nak kalah..dari kecil sampai sekarang macam ni lah perangai yang tak berubah...tapi nasib juga berjodoh dengan Eryna boleh juga tundukkan ego dan keras kepalanya"
"mana ada ego ma,ni namanya lelaki..mana boleh runtuhkan pertahanan,tapi my wife ni telah berjaya runtuhkan segala isi hati Zayne"dia mencubit pipiku.
"nanti Zayne nak bawa Eryna balik rumah...bolehkan Mak?" soalnya.
"rumah mama,bukan rumah Zayne" balas Puan Marina sambil membuat muka selambanya.
"laa..rumah Zayne lah..dia kan wife Zayne" si anak memang tak pernah nak mengalah.
"rumah Mama..titik..kau mana ada masa nak jaga dia,nanti ditinggalkan sorang sorang,kau tu gila kerja...biar mama jaga"
"bibik kan ada..."
"tak kira Eryna kena ikut mama juga..kau pun kalau nak duduk sekali sepanjang Eryna habis pantang...tapi bilik asing" aku hanya mendengar perdebatan mereka dan tergelak.
Mak juga turut tergelak melihat perbalahan mulut dari anak beranak itu.
"mama ni,selalu seksa batin Zayne...mak tu tak apalah dah tua...kita ni muda lagi..mana tahan" Zayne tetap nak menang.
"banyak lah kau punya batin..kau ingat pompuan tu mesin..hah..ieee....geram sungguh lah...",
"sayang ikut abang kan?" kali ini soalan tertumpu padaku.
Aku tergamam seketika harus aku jawab apa,nak ikut suami atau mertua nanti.
"ikut...ikut mama kut lebih selamat..." jawabku jujur.
"sayang!! sampai hati" jawabnya merajuk.
Mama dan mak tergelak besar.
"kan...mama menang"
"yalah...tapi Zayne juga ada sana...mama nak buat macam mana?"
"Mama pisahkan korang",
"mama tidur Zayne masuk bilik"
"Mama tidur ngan Eryna"
"mama ni..." aku dan mak terus tergelak.
Ternyata mereka berdua terus berdebat lama.
Tiba tiba kepala ku pening.
"sayang kenapa ni" Zayne yang tadi sedang rancak bersembang mula perasan perubahan aku dan bertanya.
"pening....sayang nak masuk dalam kejap",ujarku sambil memicit kepala.
"Zayne bawa masuk Eryna tu,mesti darah dia rendah lagi,doktor dah pesan kena banyak rehat" ujar mak agar aku dibawa masuk untuk berehat.
Zayne mengangguk dan membawa aku ke bilik.
"temankan jer tu,jangan kau pulak yang lebih ,wife tu lemah lagi" sempat Mama memesan pada Zayne membuat aku geli hati .
"mama ni..saja jer ,ikut Zayne lah nak buat apa pun" ujarnya selamba dan berlalu pergi tanpa menghiraukan pesan Mamanya.
"sayang nak mandi dulu" ujarku dan mengambil tuala yang disidai.
Zayne berlalu duduk di katil sementara aku masuk ke bilik mandi.
Lebih kurang dua puluh minit aku selesai mandi dan kelihatan Zayne sudah pun terlena di atas tilam.
Mungkin penat kerana terpaksa berjalan jauh tadi.
Selesai keringkan rambut dan mengenakan baju aku terus merebahkan badan di sebelahnya.
Perlahan aku mendekatinya agar tidak terganggu tidur Zayne.
Aku menatap lama wajah lelaki yang bergelar suami itu.
Aku tersenyum puas bila melihat dia di depanku.
Wajah yang mempunyai rahang kokoh dan sedikit bulu halus timbul di wajahnya menambahkan lagi kejantanannya.
.
Seolah bermimpi aku berhadapan dengan lelaki setampan Zayne Rafael yang dulu seorang yang dingin tetapi tertunduk jua di depan Nureryna.
Lama,aku menatap sehingga aku terlena berhadapan dengannya.
Zayne membuka mata saat Eryna terlena,tadi dia sempat terlelap sebentar bila isterinya itu masuk ke bilik mandi tetapi tersedar bila isterinya itu melangkah naik ke atas tilam.
Dia saja,berpura pura tertidur bila Eryna sedang enak menatap wajahnya.
Kini gilirannya menatap wajah mulus isterinya.
Dia tersenyum dan mengucup lembut dahi Eryna.
Ada sedikit pergerakan tetapi kembali terhenti.
"maafkan abang sayang...", itu sahaja yang mampu dia ucapkan.
Segera dia bangun dari pembaringan apabila kedengaran pintu diketuk dari luar.
"Mama...ada apa?" dia memperlahankan suara agar isterinya itu tidak terjaga.
"dah tidur ker menantu mama?" soalnya sambil menjenguk ke dalam.
"jomlah mama,Zayne tahu lah apa yang mama nak cakap" terus pintu ditutup dan meraih tangan mamanya menghala ke luar.
"emmm....saja jer nak pastikan Zayne buat tak senonoh macam tadi tu" sambil tergelak.
"mama ni..Zayne tahu lah..."
Mereka terus duduk di sofa dan duduk santai bersama.
"bik..suka ker tinggal sini?",soal Zayne apabila bibik datang membawa air.
"suka", jawabnya singkat.
"emmm...ni mesti berjangkit dengan Puan,suka duduk kat kampung", balas Zayne.
"ya la Tuan ,sini aman ,damai,petang petang boleh keluar bagi makan ayam ,itik tengok budak budak bermain seronok tau" ujar Bibik gembira.
"tengok tu Zayne bibik pun gembira duduk kampung" balas Puan Marina saja ingin memancing anaknya.
Zayne mencebik dan bangun menghala ke beranda luar bila terdengar suara kanak kanak riuh bermain.
Dia tersenyum melihat gelagat budak budak merebut bola .
Teringat masa kecilnya dulu,saat pulang ke kampung pasti turun bermain di sungai .
Dia tergelak sendiri bila terkenangkan suasana dulu.
Puan Marina dan Puan Nora sudah pun berada di ruang dapur belakang.
"abang ..." Zayne menoleh .
"sayang...kejap nya tidur"
"cukuplah...nanti malam susah nak tidur"
Zayne menarik tanganku merapat ke sisinya
"abang...mana mama dan mak",soalku bila tidak kelihatan mereka .
"laa...tak perasan pulak abang tadi ada kat sini dengan abang"
"emmm...abang tengah tengok apa tadi?"
"tu tengok budak budak bermain bola..." dapat aku lihat keceriaan di wajahnya.
Aku turut tergelak melihat telatah kanak kanak merebut bola dan sampai ada yang menangis.
"jom..kita ke belakang tengok apa mama,dan Mak buat" aku menarik tangan Zayne dan menuju ke arah belakang.
Ternyata Mak dan mama serta bibik sedang duduk atas pangkin di belakang rumah sedang rancak berbual.
"di sini rupanya mama kesayangan ku", ujar Zayne saja mengusik mamanya.
"aik...aik...ibu berpantang sampai situ jer ",Mak menahan ku daripada terus melangkah turun.
Aku terpaku dengan tiba tiba.
"Mak..dah dua minggu lebih kut...boring lah duduk dalam ni",
"duk depan tu jer...pantang tak habis lagi anakku", tambah Mak lagi.
Zayne memandang ku .
"jom sayang kalau tak boleh keluar apa kata ..." Zayne terus mengangkat ku.
Aku menjerit kerana terkejut.
"Nak ke mana?",soal ku hairan.
'kita masuk bilik...buat apa yang patut",Zayne tersenyum ke arah Mak dan Mama yang tergamam tadi.
"bertuah punya anak...kau jangan macam macam Zayne...kan bentan menantu mama tu" laung mama dan Zayne terus berlalu sambil tergelak.
Sesampai di bilik aku di rebahkan di atas tilam.
"abang ni Suka sangat usik mama" ujar ku sambil tergelak.
"dah tu tak bagi sayang keluar baik kita duduk di bilik...sambil..." dia turut membaringkan diri dia sebelahku.
Tangannya mula menjalar ke arah dadaku dan sempat aku menepisnya.
"abang...macam mana dengan ..." aku mula mengatur bicara.
Zayne membetulkan posisi mengiring ke arahku sambil tangannya bermain dengan rambutku.
"dengan apa?"
"abang dah selesai masalah hari tu?"
"masalah ...masalah yang mana?" soalnya seolah tidak tahu apa yang aku maksudkan.
"pompuan malam tu...scandal abang" aku saja menekan "scandal".
"emmm...."
"apa yang emmm...."
"dah beres.."
"apa yang beres?"
"sayang...boleh tak kalau kita tak bincang pasal ni lagi?"
"kenapa...ker abang memang suka kat dia?"
Dia mengubah posisi lagi kali ini meniarap dan memandang tepat ke arah ku.
"ni ayat nak sakitkan hati sendirilah tu"
Aku cuba bangun tetapi dihalang olehnya.
"tengok tu..kan abang dah kata saja nak.sakitkan hati sendiri...sumpah sayang abang tak ada scandal.apa pun...dalam hati abang ni cuma sayang yang bertakhta di hati"
Aku merenungnya lama.
"dah lah...sayang nak mandi..."aku cuba bangun sekali lagi tapi tetap dihalang olehnya kali ini dia mengunciku dengan tangannya sehingga aku tak mampu untuk mengelak lagi.
"abang...nak buat apa ni..." soal ku lembut.
"agak agak apa abang nak buat " kedua alisnya dinaikkan.
"abang...abang...please jangan nanti tak pasal mak dan mama serbu kita"
"abang dah kunci pintu"
Dengan pantas bibirku dikucup sehingga kami hampir kehilangan oksigen barulah kami berhenti.
"dah lah..bangun...abang berat sakit sayang" badannya aku tolak.
Dia tentunya ketawa.
Terus aku bangun menuju ke bilik mandi.
Keluar daripada bilik mandi Zayne sudah tidak kelihatan di bilik.
Segera aku mengenakan baju dan keluar mencarinya.
"emmm...duduk sini rupanya" dia melangkah sampai ke pintu ,kerana setakat itulah yang disyaratkan untuknya.
Dia melihat Zayne,mama dan mak serta bibik sedang menikmati udara petang di atas pangkin di bawah pokok mangga .
"Alahai kesiannya kat bidadari abang...",Zayne bangun dan datang ke arahku.
"abang dah solat ker?",soalku .
"dah tadi...sayang mandi..abang masuk bilik Erman..tunggu sayang mandi lama sangat ni pun dah pukul berapa dah" ujarnya sambil mengucup pipi ku.
Aku hanya mengangguk dan berlalu duduk di kerusi meja makan.
"sayang ada nak makan apa apa ker?", soalnya dan melabuhkan punggung di kerusi di depanku
"tak..cuma nak minum...", ujarku dan bangun mengambil segelas air putih di atas meja.
Mama dan Mak masuk ke dalam.
"Mama nak ke dalam jap..mandi..lewat dah ni kejap lagi maghrib", ujar Mama terus berlalu melewati yang masih di meja.
"Puan mau makan apa ya...nanti bibik buatkan", ujar bibik.
"emm...bik masak jer makan malam untuk kami...kejap lagi panggil Mak dan mama ya", ujarku .
"abang jom ",aku meraih tangan Zayne yang dari tadi memandang ku tanpa berkerlip.
"ke mana? bilik?" soalnya galak,aku mencubit lengannya.
"ish abang ni..kan.. ke depan tengok tv..boring lah"
Aku melabuhkan punggung dan membuka televisyen .
Pastinya siaran kegemaranku adalah Bollywood.
"sayang..tak ada siaran lain ker...meh sini ",Zayne merampas remote dari ku"
"abang..sayang nak tengok cerita tu lah" aku kembali merampas di tangannya.
"sayang...tak bestlah Hindustan.."
"pejam mata biar sayang tengok sorang " terus aku menekan dan kembali ke siaran yang aku minat dan kali ini Zayne terpaksa mengalah
Dengan tiba tiba dia merebahkan kepalanya dia atas paha ku.
Aku hanya membiarkan agar dia tidak lagi merebut remote dengan ku.
Pasti tangannya tidak akan duduk diam terus bermain dengan tangan,pipi,dan lebih terkejut tangannya menjalar masuk ke dalam bajuku.
Hampir saja aku menjerit tetapi sempat dia menutup mulutku dan kebetulan Mama datang menghampiri kami.
"Zayne..Zayne..kau ni suka sungguh dera emosi menantu mama,tengok tu dah merah muka Dia..", ujar mama sambil membaling bantal kecil di muka anaknya.
Aku hanya ketawa melihat perangai anak beranak itu.
"mana ada mama,Zayne tak buat apa pun", jawabnya tanpa rasa bersalah.
"mama nampak anakku..tangan tu...tu..duk mana?" ternyata tangannya masih berada di dalam bajuku.
Terus dia menarik tangannya dan dengan selamba dia mencium singkat bibirku .
"Ya Allah bertuah anak aku.. ..dah lah..malas Mama nak layan perangai gila kau Zayne lebih baik.mama ke dapur tolong bibik" terus Puan Marina berlalu pergi dengan perasaan malu dengan sikap nakal anaknya.
Aku terus memukul dada Zayne kerana aku turut malu dengan perbuatannya tadi.
Dia terus ketawa dan tak berhenti di situ masih sempat lagi nak menciumku tapi nasib kali ini mak datang padaku.
"Zayne...tolong mak pergi kedai jap..tukar gas...kebetulan gas habis",
"ya Mak..." terus dia bangun dan berlalu ke dapur.
"aduh time ni jugaknya nak habis " rungutnya.
Kali ini giliran aku pula ketawa melihat muka dia yang kesal kerana terpaksa bangun meninggalkan aku.
"tak pa malam nanti siap", ugutnya.
Lega rasanya bila si pengacau pergi.
Aku terus menonton cerita yang tidak fokus tadi.
Share this novel