bab 78

Romance Completed 61355

Seperti biasa kami bangun seawal subuh menjalani rutin harian.
Selepas bersarapan Zayne terus ke pejabatnya.

Dia sekarang menjadi terlalu sibuk kerana syarikatnya mengalami masalah,syarikat nya telah digodam.

Tetapi katanya hari ini Datuk Razif sudah pun mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian ini.

"sayang jaga diri elok elok ya" dia mengucup kening ku sebelum melangkah keluar.

Aku hanya mengangguk dan melebarkan senyum tetapi seolah kurang sesuatu.
Aku masih di situ memerhati nya.

Selangkah dia melangkah dia menoleh dan kembali menghampiri aku,seolah terlupa sesuatu.

"lupa lah tu",aku mencebik.

" sorry lupa" seperti selalu dia mengucup bibirku kerana itulah kebiasaannya dan ....

"baby jaga mummy baik baik ya,daddy nak pergi kerja" dia beralih pada perutku dan berinteraksi sebentar dengan anak dalam kandungan ku.

"emmm...dah lah lewat kan,abang hati hati ya" pesanku seperti biasa tetapi hari ini entah kenapa terasa sukar untuk melepaskan dia pergi sedangkan tiada yang pelik pun cuma terasa berat sahaja.

"sayang kenapa ni?",Zayne mula perasan dengan tingkah aku.
."entahlah rasa macam tak nak bagi abang pergi kerja jer," ujarku jujur.

Zayne memandangku sambil tersenyum.

"nakal isteri abang sekarang ni,perut dah makin besar tu...kalau abang kat rumah lagi kasihan dengan sayang kena layan abang" dia mengusap perutku yang sudah pun membukit itu.

"ish abang ni ke situ pulak,dah lah pergilah,tapi hati hati" aku memeluknya erat dan dia sekali lagi mengucup bibirku.

Kami sudah biasa begitu.

" ok ..assalamualaikum"

"waalaikumussalam" aku memerhati nya sampai kereta milik Zayne hilang di pandangan.

Aku terus berlalu pergi ke dapur.

"bik,saya naik atas sebentar ya " melihat bibik sedang mengemas dapur.

"puan hari ini saya mau keluar sebentar ya ,mau beli barang basah ,semua sudah habis"

"oh ya lupa ...emmm...habis langsung ker..nak saya temankan?",

"tak apalah Puan saya sendiri,kasihan puan "

", oklah,nanti saya ambilkan duit dan tolong belikan buah juga ya teringin rasanya nak makan buah mangga,tapi nak yang masak", pesanku kerana sudah beberapa hari ini teringin sangat nak makan buah tu tetapi kerana kesibukan suami aku jadi terlupa sendiri untuk dia carikan buah mangga masak itu.

"baik Puan,nanti saya cari ya"aku berlalu mengambil duit dan kembali turun ke bawah menghulurkan beberapa keping duit diberikan pada bibik.

"ni bik..nanti belilah apa apa yang bik nak makan ya,ingat keluar nanti jangan lupa kunci pintu saya nak rehat kat atas kejap" ujarku sambil kembali naik ke bilik.

Kandungan ku sudah pun mencecah hampir lima bulan dan alahan pun sudah tiada cuma sekarang ni jadi cepat keletihan dan mengantuk sahaja.

Aku membaringkan badan sambil bermain dengan telefon.

ting!! satu pesanan masuk dari nombor yang tidak dikenali.

". sedang buat apa tu,?", aku sekadar membaca dan tidak membalasnya.

", saya tahu mesti sekarang ni awak sedang baring baring atas katil kan?" aku mula terkejut seolah orang yang menghantar pesanan ini nampak apa yang aku lakukan.

Segera aku block nombor.

Aku kembali meletakkan telefon di sebelahku.

kring! kring! panggilan itu membuat aku terkejut .

"fuhhhff, mama" nasib baik ibu mertuaku yang telefon.

"assalamualaikum mama"

"waalaikumussalam sayang..ni menantu mama lamanya tak datang sini", sapa mama di hujung sana.

"sorry ma,abang sekarang ni sibuk sangat,Eryna pun rasa boring tau asyik berperap dalam bilik",

". hahah,mama tahu syarikatnya sekarang ni ada problem tu yang dia tengah sibuk uruskan tu"

!tu la ma,ada apa mama call Eryna ni,nak datang sini ker? Eryna teringin lah nak makan kek coklat yang mama buat tu",

". ya ker,ok apa kata petang ni mama ke sana,mama bawa bahan untuk kek dan kita masak sama sama",

"boleh juga ma,hilang sikit boring "

"ok,nanti mama datang,jaga diri elok elok ya,jaga cucu mama tu"

"insyaallah Ma...ok daaa" kami memutuskan panggilan.

Aku kembali menyambung tidurku sudah beberapa kali aku menguap .

Akhirnya aku tertidur sendiri.

Bibik sudah pun pergi ke pasar dengan menaiki teksi yang di pesan secara online,dia sudah biasa sendiri cuma kadang kadang Eryna menemaninya,tetapi sejak mengandung Puan mudanya itu tidak boleh lagi menjejaki kaki situ kerana tidak selesa dengan bau yang menyebabkan pening dan muntah.

Sebelum berangkat pergi Bibik sudah memastikan yang pintu dikunci rapi.

Terus dia pergi meninggalkan perkarangan rumah tuannya itu.

pranggg!!!
Eryna mengerdipkan matanya apabila terdengar sesuatu yang keras terjatuh.

Dia perlahan bangun kerana kepalanya terasa sedikit pening kerana bangun mendadak begitu.

Dia bangun dan duduk sebentar

"apa yang bising agaknya" dia terus bangun dan melangkah keluar dari bilik .

Melangkah perlahan menuruni anak tangga.

"bik..ooo..bik", panggilannya tidak bersahut

Aku terus melangkah sambil memanggil beberapa kali nama bibik tetapi tetap sunyi.

Seketika terdengar derapan tapak kaki keluar dari arah dapur.

Aku mula takut dan terkejut melihat seseorang yang memakai pakaian serba hitam dan bertopeng itu .

"sss....siapa kau?"!! aku bertanya dengan gementar.

Seluruh tubuhku mula bergetar hebat saat ini,airmataku mula menitis tanpa sedar dan aku memegang perutku yang tiba tiba mengeras mungkin memberi tindakbalas dengan emosi ku.

Lelaki itu masih terdiam.dan terus menghampiriki dan aku cuba berlari ke arah pintu keluar.

"tolong! tolong!! aku menjerit meminta tolong sehabis suaraku.

Lelaki yang bertubuh sasa itu terus mendapatkan aku ,aku meronta dan minta dilepaskan namun kekuatan aku tidak mampu menandingi kekuatan seorang lelaki.

Aku terus meronta dan menjerit namun aku tahu saat ini hanya mampu berdoa agar aku dapat melepaskan diri dari cengkaman jahat lelaki ini.

"hahah...dah lama aku inginkan kau!! suara kasar lelaki itu berbisik di cuping telingaku membuatkan seluruh tubuhku bergetar .

Degup jantungku turut mengepam laju.

Dia memeluk ku dari belakang,aku tetap cuba meronta dan terus meronta sekuat tenagaku.

Aku cuba menyikunya di perut,dia mengaduh kesakitan namun tetap erat pelukannya membuatkan nafasku semakin sesak dan yang aku fikir sekarang adakah nyawa anak dalam kandunganku.

Aku tidak mahu kehilangan kali keduanya.
Hanya nama Allah yang aku sebut dan berserah padaNya.

Aku menangis semahunya dan merayu namun tetap tidak dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience