bab 15

Romance Completed 61355

Kami bangun dengan senyuman yang melebar di bibir,senyuman kebahagiaan,terasa nikmat yang sebenar hubungan kami,dia miliku dan aku miliknya.

Dua minggu berlalu hubungan cinta kami semakin mekar.
Tapi di pejabat kami seperti biasa antara pekerja dengan majikan dan di luar dan di rumah kami macam belangkas.
Umpama tidak dapat di pisahkan lagi.
Senyuman manis sentiasa terukir di bibir kami,begitu indah bila bercinta selepas perkahwinan.

"Puan Eryna ,Tuan Zayne nak jumpa"_seperti biasa aku tersenyum bila tahu dia ingin berjumpaku.

Terus aku masuk tanpa mengetuk kerana selalunya begitu,sudah menjadi kebiasaan ku,selaku bos dia juga suamiku.

Aku terus masuk dan terkaku ,langkah ku terhenti bila lihat beberapa figura di depanku.

"Puan Eryna...duduk" formal nama ku dipanggilnya.
Aku tahu dia bijak dan profesional dalam tugasnya.

Aku tersenyum dan mengangguk.

"hai Puan Eryna...terkejut ker?"sapaan Sarah membuat telingaku panas.

"terkejut juga...saya ingat tadi hantu...rupanya orang"balasan yang pedas.

Zayne sedikit tergelak.

Deheman Tok Ayah mematikan renungan antara kami.

"Tok Ayah..."aku terus menyalami Datuk Raziff yang baru masuk.

Aku merapat badan ke arah Zayne yang turut bangun berdiri tadi.

'ada agenda apa hari ni..."bisikku.
Zayne hanya mengungkit bahunya.

"jomlah kita ke bilik mesyuarat,rasa tak muat nak duduk semua kat sini"ujar Zayne.
Aku masih lagi kehairanan menunggu jawapan .

Kami terus membuntuti Tok Ayah menuju ke bilik mesyuarat,mesyuarat tergempar dan yang hairannya semua ahli keluarga yang terlibat.

Sempat sebelum masuk aku berpesan kepada Lisa untuk sediakan air dan makanan untuk kami di dalam.

Kelihatan mama dan papa Zayne turut ada,Mikael ,Maria dan ibubapa mereka pun turut serta.

Aku mengambil tempat di sebelah Zayne.

"saya kena join juga ker Tok Ayah?"soal ku dan membuatkan semua orang memandangku .

"mestilah Eryna kan sebahagian keluarga kami"ujar Tok Ayah.

Aku hanya mengangguk.

Tapi entah mengapa dengan tiba tiba badanku berasa tidak selesa .
Kepala pening dengan tiba tiba,aku menarik nafas menahan rasa tidak selesa ini.

"sayang ok ker?"tanya Zayne bila dia mula perasan keadaan aku.

"entahlah rasa tak selesa,tiba tiba pening"bisik ku.
Sarah tidak lepas memandang kami.

"ok kalau tak ada apa apa kita teruskan"ujar Tok Ayah.

"mesti semua terkejut kan kenapa tiba tiba mesyuarat ini di ada kan,semua tak tahu termasuklah Zayne sendiri,tuan rumah pun hairan kan tak gitu Zayne Rafael?"tanya Tok Ayah dan tergelak kecil.
Kami yang hadir tersenyum sendiri.

"cakap cepatlah Tok Ayah,saya tak ada masa lah..sakit mata duduk lama lama kat sini"Ujar Sarah yang dari tadi tidak senang duduk.

"Sarah"suara Puan Mariam menekan keras .

"tak apa ,relaksla ...ambil ni dan baca"beberapa keping kertas diedarkan oleh PA Tok Ayah.

"baca sekejap ,kalau ada yang tak faham boleh tanya "ujar Tok Ayah.

"apa ni Tok Ayah..pembahagian harta...tapi kenapa nama perempuan tu ada kat sini...dia kan hanya cucu menantu..apa kaitannya?"Sarah mula bersuara lantang.

Aku agak terkejut.

"Ya Ayah...cuba bagi alasan kenapa Eryna juga ada hak...sedangkan suaminya dah ada dalam wasiat ini"Mariam ibu kepada Sarah pula bersuara.
Yang lain hanya terdiam.

Perangai ibu dan anak sama.

"abang ,sayang takutlah.."tanganku di genggam oleh Zayne.

"tak pa ,Tok Ayah boleh kawal"ujarnya.

"itu adalah hak Tok Ayah,dan Tok Ayah bebas untuk berikan pada sesiapa yang Tok Ayah suka,korang dah lupa perjanjian yang pernah kita buat dulu...sesiapa yang dapat membahagiakan hati Tok Ayah..dia adalah harta yang tidak ternilai untuk Tok Ayah..."

"apa kaitan Eryna dengan harta ni pula?"Sarah masih tak berpuas hati.

"dia berjaya kembalikan hati cucu Tok Ayah...itu adalah kegembiraan buat Tok Ayah...sesiapa yang menghancurkan hati Zayne Rafael dia adalah satu kegagalan "
Sarah terpempan bila dengar kata kata Datuk Raziff.
Dia menjeling aku.

'tak adil...ini tak adil Tok Ayah...dia orang luar"Sarah bangun menunding jari ke arahku.

"kau jangan biadap Sarah...dia isteri aku...bermakna dia ahli keluarga ini sekarang" Zayne mula rasa bahangnya mula bangun .

"abang...please duduk.."aku menarik tangan Zayne supaya duduk.

"kalau harta ini boleh menghancurkan keluarga ini,Eryna menolak semua ini Tok Ayah...kekayaan sudah saya dapat sepenuhnya Tok Ayah...saya dah dapat semuanya dari suami saya...saya dah dapat hatinya itu sudah cukup buat saya"aku pula membalas.

Zayne tersenyum seolah bangga dengan ku.

"Sarah ,sebelum bercakap kau fikir dulu..."sindir Mikael.

"kau diam poyo"Sarah mencerlung ke arah Mikael.

Mikael mencebik.

"sudah..Tok Ayah tak suruh korang bergaduh...setuju atau tidak Tok Ayah tetap dengan keputusan Tok Ayah...bukan setakat anak cucu akan Tok Ayah wasiatkan harta yang ada ini...tetapi untuk cicit cicit Tok Ayah pun akan wasiatkan...jadi siapa cepat dia dapat...Maria kau untung sebab dah ada dua anak,Mikael kau cepat kena kahwin jangan duk berfoya foya saja...Sarah kau yang terlepas tapi masih berpeluang cari suami lagi...tapi jangan ambil suami orang...dan Zayne Rafael dan Eryna cepat cepat bagi cicit pada Tok Ayah sebelum Tok Ayah pergi"pesan Datuk Raziff buat kami semua terdiam

Maria menyiku lengan Mikael bila tengok riak wajah Sarah berubah.
Mikeal tergelak.

"padan muka berlagak"bisik Mikael pada kakaknya

"baiklah kalau semua dah faham...kita bersurai...dan Eryna ,Zayne tunggu Tok Ayah nak cakap"pesan Tok Ayah.

"Eryna ok ker ni...kenapa pucat jer?"tanya Puan Marina apabila aku menyalami dia tadi.

"ok jer mama ,sekarang ni musim panas kut..rasa pening sikit"jawab ku.

"mama balik dulu...jangan kuat sangat kerja tu...Zayne sekali sekala bawalah Eryna bercuti...mama rasa tak pernah pun kau bawa dia pergi bercuti kan?"tanya mama.

"cuti kat rumah pun macam nak runtuh katil"bisik Zayne di telingaku.

Aku menyikunya.

"gatal"

"insyaallah mama...kalau ada masa nanti"ujar Zayne

Selepas mengiringi mereka kami terus kembali bertemu Tok Ayah di bilik mesyuarat tadi.

"ada,apa Tok Ayah nak jumpa kami personal?"
Tanya Zayne dan mengambil tempat di sebelahku.

"Tok Ayah cuma nak pesan kau kena hati hati dengan sepupu kau tu"riak wajah Tok Ayah sedikit berubah.

"siapa Tok Ayah?"soal ku.

"Sarah dan orang tua dia....diaorg ada agenda yang tersembunyi...hati hati... Razak panggil dia kembali bersebab...bukan sebab Sarah bercerai...Sarah lari dari suaminya...Tok Ayah dah siasat yang Sarah balik sini nak bolot harta ...sebab itulah Tok Ayah sediakan siap siap wasiat sebelum Tok Ayah mati"

Aku dan Zayne terkejut dengan keterangan Tok Ayah.

Kami berpandangan sendiri.

"maksudnya Sarah masih isteri orang...tapi kenapa Tok Ayah?"aku menyoal.

"Sarah ni licik...suaminya Johan merupakan ahli perniagaan yang berjaya seperti Zayne juga...Sarah ni cerdik sebahagian dari harta milik Johan di tukar ke atas namanya...sem
asa di sana Sarah kerap tukar pasangan,dia kahwin dengan Johan adalah sekadar untuk menutup dosa sahaja...dia lebih bebas bila di luar negara....Johan seolah menjadi hambanya...bila keluarga Johan tahu agenda dia...keluarga Johan cuba sedarkan Johan dan bawa balik Johan ke Malaysia tapi Sarah mengamuk bila dapat tahu keluarga Johan cuba pisahkan mereka"

"maksud Tok Ayah...macam Johan tu terkena sihir ke macam mana?"aku terus menyoal,perasaan ingin tahu itu menebal dan Zayne hanya mendengar.

"betul...dan ibubapanya menyokong sepenuhnya perbuatan syirik ini..."

"takutnya....abang kena hati hati..."tangan Zayne aku genggam.

"Dia balik sini setelah habis harta Johan dan perniagaan Johon semakin merudum jatuh....dia juga cucu Tok Ayah tapi cuma cucu angkat sahaja...rahsia ini adalah antara keluarga Zayne sahaja yang tahu...Zayne sendiri pun mesti tak ingat kan"tanya Tok Ayah pada Zayne.

"saya memang tak tahu...mama dan papa tak pernah cerita pun"

'Mariam anak angkat Tok Ayah...ayah bela dia sejak kecil lagi..sehingga dia berjaya dan berkahwin,Tok Ayah tak pernah bezakan kasih sayang antara anak kandung dan anak angkat"
terang Tok Ayah lagi.
Kami mendengar penuh khusyuk.

Sesekali kepala aku letakkan ke atas bahu Zayne menahan sakit kepala.

"dan satu lagi rahsia yang Tok Ayah nak sampaikan...antara perjanjian Eryna dan Tok Ayah"

Aku mengangkat kembali kepala yang berada di atas bahu Zayne kerana terkejut Tok Ayah akan bocorkan rahsia hari ini.

"ada lagi?"tanya Zayne memandang wajahku.

Aku mengangguk.

"Sebab nak selamatkan abang dari cengkaman Sarah"ujarku penuh berhati hati.

"sayang tahu?"soal Zayne terkejut

"sikit...."

"Tok Ayah tahu yang dia akan kembali mencari kau Zayne....sebab tu untuk selamatkan cucu Tok Ayah terpaksa suruh Eryna kahwin dengan Zayne...bila dia balik Zayne sudah kahwin agar dia sedar yang Zayne dah boleh move on..."
sambung Datuk Raziff lagi.

Aku tertelan liur bila Zayne mula memandangku.
Aku tersenyum dan mengiggit bibir.

"tapi sayang tak tipu....sayang memang cintakan abang...bukan sebab perjanjian itu..."aku mula takut.

"Zayne Rafael...jangan marah Eryna...kau kena terima Eryna seadanya...dia juga mangsa keadaan seperti kau...cuma sekarang Eryna mahupun Zayne harus hati hati..."

Kepalaku semakin memberat dan pandangan semakin kabur.

"baiklah Tok Ayah balik dulu...ingat pesan Tok Ayah"Tok Ayah menepuk bahu Zayne sebelum pergi"

"sayang...balik nanti siap"Zayne memusing ke arah ku.
Aku hanya tersenyum.

'"abang marah?"soalku bila tengok mukanya sedikit tegang.

"tak ada maknanya untuk abang marah...abang dah janji akan jaga hati kita kan...tapi tak sangka dia selicik itu...nasib baik abang tak jadi nikah dengan dia..kalau tak...."

"kalau tak abang tak jumpalah dengan sayang sekarang ni...."pintasku.

'"Allah sebaik baik perancang...jom ikut abang jumpa client kejap lepas tu kita terus balik..sayang ok kan?"

Aku hanya mengangguk walaupun pada mulanya tidak mahu,tapi ini juga sebahagian dari tugasku dan tanggungjawab.

........
........

Sebaik sahaja sampai di rumah aku terus meluru masuk meninggal kan Zayne yang baru keluar dari perut kereta.

"sayang kenapa tu?"tanya Zayne kehairanan.
Aku terus berlalu tanpa menghiraukan pertanyaan Zayne.

"puan...kenapa ya?"tegur bibik yang tercegat di depan pintu.

"entah lah ...tadi ok jer..."Zayne terus naik ke biliknya.

"uuwwwekkk!!!uuuwwwekkk!!kedengaran suara Eryna seperti muntah.

Segala isi perut aku keluarkan,terasa lega sedikit,perut aku tekan kerana sakit akibat muntah.

"sayang kenapa tu...bukak pintu ni"ketukan pintu dari luar.
Aku membukanya.

"abang dengar sayang muntah...kenapa?"wajah Zayne sedikit cemas.

"entahlah...tiba tiba rasa mual...nasib sempat"aku agak lemah dan hampir terjatuh nasib Zayne sempat memegang bahuku.

"sayang rehat dulu...kejap lagi mandi..."dia baringkan aku di tilam.

"abang mandi dulu...sayang baringlah kejap....mungkin banyak tekanan hari ni"
Aku hanya mengangguk dan Zayne terus berlalu ke bilik mandi.

Selesai Zayne mandi aku sudah pun terlena.

Dia menghampiri dan mengusap lembut pipi isterinya.

Di renung wajah isterinya lama...sedikit pucat dan nampak keletihan.

"sayang...bangun mandi dulu...dah nak maghrib ni tak elok tidur"Zayne mengejutkan aku.

"maaf ...dah lama ker sayang tidur"aku bangun menyandarkan badan.

"sejam juga...kesian...sayang letih sangat ni"

"sayang nak mandi kejap.."ujarku,segera bangun terus ke bilik mandi.

"hati hati ...."pesannya.

Aku masih lagi memegang kepala yang masih terasa sakit.

Usai mandi dan solat aku terus baringkan badan di atas tilam.

"sayang kenapa ni...sakit kepala lagi ker?"badannya dirapatkan dan kepalaku di letakkan di dada kekarnya.

Aku hanya membiarkan.

"sayang mesti tertekan ni..."dia memicit micit kepalaku ,terasa sedikit kelegaan.

"abang...boleh sayang tanya...tapi janji jangan marah....'kepala aku alihkan letak di ribanya.

Rambutku di usap lembut.

"tanyalah.....belum tanya lagi nak marah apanya"

Aku bermain main dagunya yang sedikit di tumbuhi jambang.

"kalau Sarah tu nak balik pada abang....abang nak ker?"
Patut ker soalan tu aku tanya.

"sayang suka?"soalnya balik.

Aku terdiam.

"tengok..muka dah lain...tadi bukan main confident tanya soalan tu....sekarang makan diri"

"abang tak nak lah sebut nama dia...buat spoil mood jer....abang dah ada sayang...buat apa nak kan dia balik...tadi kan TokAyah dan pesan dia tu licik...lagi pun hati abang dah mati untuk dia..."dia tunduk dan mengucup dahiku.

aku bangun sembamkan muka dia dadanya.

"sayang cuma takut...dari cara dia renung abang...macam dia..."

"sayang...please mood abang tengah on ni...so kita buat kerja kita...tak nak sebut dan ulang lagi...cinta abang hanya untuk sayang...dan untuk keluarga kita...dia adalah sejarah...sejarah hitam"

Kata kata aku mati di situ.

Bibirnya mula merapat ke bibirku.

"kita buat kerja kita ok..."dia merenungku penuh makna.
Aku faham ,tersenyum dan mengangguk.
Mata,redupnyan terus menggodaku.

Aku tak kuat iman saat ini...debaran tetap terasa setiap kali matanya merenungku.
Sakit kepala yang aku rasa tadi hilang terus.

'"abang memang nakal kan..."rengek ku manja.

"sayang yang goda abang...mana tahan..."bisiknya di telingaku.
bibirnya mula melekat lama di situ....pasti berbekas.

Sekarang aku tidak lagi risau kerana sudah boleh menutupnya.

"tinggalkan bekas lah tu"aku tergelak kecil kerana terasa geli.

Dia merebahkan badanku terus atas tilam.

Asmara yang semakin segar,terapi alami.

Kalau bab ni sakit pun hilangkan....

Saja jer nak riangkan suasana...hihi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience