bab 81

Romance Completed 61355

Sarah mula kelihatan gelisah bila mendapat khabar berita yang Kamarul sudah pun ditangkap dan dibawa ke balai polis atas tuduhan cubaan merogol dan juga jenayah cyber.

Dia tahu jika Kamarul di tangkap pasti rahsia dia juga akan diketahui.

Peluh dingin mula menitis di dahinya padahal biliknya itu ada cukup lengkap dengan penghawa dingin yang membolehkan badannya itu merasa kesejukan tetapi ternyata dia sama sekali tidak merasa kedinginan tetapi kepanasan yang mula menjalar perlahan lahan di tubuhnya.

Tubuhnya terasa terketar dengan tiba tiba,kenapa tidak dari dulu dia fikirkan risiko sebelum melakukan sesuatu.

Bukan namanya Sarah kalau boleh berfikir sejauh itu,dalam fikirannya hanya ada nafsu tamak dan rakus sahaja.

Kenapa tidak dari dulu dia nikmati masa senang dengan Zayne ataupun Johan ?

Kenapa hatinya mudah beralih sedangkan Johan terlalu baik padanya dan Zayne pula pernah hadir dalam hidupnya dan sempat bertunang tetapi putus kerana mengejar duniawi.

Kalau dulu dia tidak serakus ini dia sudah senang melayari bahtera rumahtangga bersama Johan.

Dia patut merasa bersyukur kerana Johan sanggup meninggal kan isterinya semata mata ingin mengahwininya .

Namun penyesalan itu hadirnya adalah penghujung cerita.
Sarah sudah mati akal kerana diri sendri bermain dengan api.

Sejauhmana dia mampu bertahan jika tiada sokongan .

Rahman ayahnya lah yang mengajar dia tentang semua ini,dia terikut ikut dengan mainan ayahnya itu sehingga satu tahap dia rasa senang buat semua ini.

cklek!!

"Sarah!! suara barintone Rahman memecah kesunyian bilik pejabat Sarah.

"pa,kenapa ni" soalnya terkejut apabila melihat muka marah Papa nya.

"kau tengok ni ,macam mana boleh jadi macam ni" satu dokumen di lemparkan tepat di depannya.

Sarah terhinjut bahunya dan menjadi gementar melihat airmuka Rahman yang betul dalam keadaan marah itu.

Sarah mengambil dan meneliti,laporan kewangannya yang sudah sudut nilainya.

" Sarah tahu tak pelabur juga sudah ramai tarik diri dari terus melabur dalam syarikat kita,katanya syarikat kita ni membekal barangan yang tidak berkualiti dan juga mereka tidak mahu lagi menyuntik modal untuk syarikat kita ni!!

Sarah mengeluh dan terdiam.

"macam mana boleh jadi macam ni" rungutnya.

"apa yang kita dah buat pada Zayne kenapa berbalik pada kita Sarah" ucap Rahman.

brukkkk!!

pintu terbuka dan mereka berdua menoleh serentak.

"hebat mainan anak beranak ya" satu tepukan kedengaran.

"mama!

"Mariam!

Serentak mereka menyebut.

Mariam berdiri dengan beberapa orang yang bertubuh sasa dan berbaju hitam berkaca mata.

"apa yang telah kau lakukan Sarah?", soal Mariam memandang anaknya yang sedang terkejut itu.

"buat apa Ma, Sarah tak faham" jawabnya tergagap gagap.

Satu sampul berwarna coklat dihulurkan pada Sarah dan Sarah mengambil dan membukanya dengan debaran.

Beberapa keping foto bukti Sarah berkomplot menjatuhkan Zayne Rafael dan juga menggelapkan wang syarikat milik Datuk Zakri .

Mata Sarah membulat dan tangannya naik menutup mulut seolah terkejut kerana pembohongannya terbongkar.

Dia terduduk lemah di kerusi.

"kau tengok Rahman,di sebabkan ketamakan kau sendiri dan mengajar kejahatan pada anak kita akhirnya memakan diri sendiri,kau kena ingat siapa lawan dan siapa kawan"

"keluarga Datuk Raziff bukan keluarga yang boleh kita permainan,tak cukup lagi ker apa yang diorang telah berikan pada kita?", Mariam menyeringai memandang ke arah suaminya yang dari tadi sudah terdiam .

"Mama..." Sarah bangun mendapatkan ibunya.

"Mama tak tahu nak buat macam mana lagi Sarah,kau dan papa pilih jalan yang salah dan satu lagi ..", satu sampul surat diberikan kepada suaminya.

Rahman menyambut nya.

Dia membuka.

'surat tuntutan cerai?"

"ya...saya dah nekad Rahman,kita akan bercerai dan jumpa saya di mahkamah"

Sarah memandang ke wajah kedua orang tuanya,airmatanya menitis laju.

"mama,papa..kenapa ni?" ujarnya dalam tangis.

'mama dah tak nak hidup lagi dengan lelaki tamak macam papa kau Sarah,banyak yang dia dah dapat sepanjang hidup dengan mama,tetapi dia tetap pilih jalan kotor untuk hanya kepentingan dia sendiri,dia sanggup hancurkan orang yang memberi ruang untuk dia maju selama hidup dengan mama,mama kesal bila anak sendiri menjadi bidaknya..dia ajar Sarah jadi macam dia"

"dan satu lagi biarlah dia hidup dengan bini dia yang sorang lagi tu,kekasih lama dia,mama dah tak ada hati dah dengan papa kau Sarah" ucap Mariam tenang.

Rahman terdiam tanpa kata.

Sarah juga turut terdiam seolah menyesal apa yang berlaku,rancangannya gagal sebelum sepenuhnya jadi miliknya.

"kau taubatlah Sarah,minta maaf pada Zayne dan keluarga dia,kerana perbuatan kalian berdua ni banyak keluarga yang terluka" bahu anaknya di usap lembut.

Dia seorang ibu yang hanya inginkan kebahagiaan untuk anaknya dan keluarga nya,tetapi ternyata mereka memilih jalan yang salah.

"kita tak kuat Sarah,mereka lebih berkuasa dari kita dan kejahatan akan menang sementara hujungnya akan tetap kalah" Sarah mendonggak kepala memandang wajah ibunya penuh hiba.

Adahkah saatnya untuk dia berubah?

"mama!! dia bangun memeluk Mariam dan menangis di bahu.

"taubatlah sayang,minta maaf pada mereka dan kita jalani hidup normal,kita pergi jauh dari semua ini" bahu anaknya diusap.

Mereka sama sama menangis dan Rahman menatap ke arah anak dan isterinya itu.

Pelukan di lepasakan.

"bawa mereka berdua ke balai",arah Mariam kepada dua orang lelaki yang berdiri di pintu .

Mereka mengangguk dan menghampiri Rahman dan Sarah mengiringi mereka.

"mama,Sarah tak nak ke balai" rengeknya pada Mariam.

"pergilah ..kita settlekan dulu,insyaallah lepas ni semua ok",Mariam tersenyum,walaupun hatinya sedih melihat anaknya begitu dia harus memberi pengajaran pada mereka berdua.

Sarah dan Rahman diiringi keluar dengan aman dan dibawa ke balai untuk serah diri.

Pastinya semua mata menandang aneh kepada mereka dan mengumpat ngumpat dari belakang .

"tenang kalian buat kerja masing masing atau nanti akan kalian duduk rumah selamanya",ucap Mariam pada staff syarikatnya itu.

Dulu dia pernah berkerja di sini dan mereka mengenali mereka dengan sikap tegasnya itu.

"Mazlan," dia memanggil pengurus syarikat.

"kau handle dulu tempat ini,selepas ini ada rombakan kabinet,kita akan adakan meeting dengan ahli lembaga untuk menentukan siapa yang jadi CEO baru nanti" arah Mariam tegas.

" baik madam" Mariam berlalu pergi.

......
.......

"tengok kan sayang dah kata pergi klinik awal awal..ni dah demam macam ni" kesan daripada luka itu Zayne mengalami demam kerana masih ada sisa kaca di dalam lukanya semasa kami ke klinik kelmarin.

"sakit tu kan penghapus dosa sayang", ucapnya dengan senyum.

"ya betul,yang abang pergi tumbuk meja tu kenapa apa salah meja tu kat abang. malah tau tak abang patut bersyukur tau sebab ada meja tu ,tolong abang buat kerja,menulis atasnya,ni main tumbuk tumbuk sampai hancur gitu,nasib tangan tu tak patah" bebel ku panjang lebar.

'panjangnya bebel mummy to be ni" hidung aku dipicitnya.

"abang marahkan sapa sebenarnya ni? "

Aku dapat lihat begitu payah Zayne nak menyebutnya.

"Sarah?", soal ku spontan.

Zayne mengernyitkan dahinya dan membaringkan badannya.

"emmm..." dari perbuatan pun sudah aku tahu.

"sebab apa lagi,syarikat abang dia ke yang sabotaj? Zayne seolah tidak berminat untuk memberi jawapan.

"dah sayang nak ke dapur kejap ,buatkan bubur ,nanti makan lepas tu telan ubat dan rehat"

"yes madam"

Aku berlalu meninggalkan Zayne yang masih berbaring di atas tilam itu.

Dia tahu Eryna pastinya sudah tahu pasal kegoyahan yang melanda syarikatnya kini.

Berita pasti tersebar sudah dan Eryna pastinya sudah tahu semua itu dan saja berlagak tenang.

"bik keluarkan sayur dan ayam ya,saya nak buat bubur untuk Tuan",

"ya puan"

Sedang aku memasak Zayne datang memeluk ku dari belakang,terasa hangat badannya itu.

"la kenapa datang sini,kan sayang dah kata rehat kat atas tu" aku cuba leraikan pelukannya tetapi dieratkan lagi.

Bibik yang sedang memotong sayur tadi tergelak melihat gelagat Zayne yang semakin manja itu.

'rindu...lama sangat sayang turun" ujarnya dengan manja.

"ya Allah,baru sepuluh minit tau,pergi duduk sana dulu nanti kejap lagi siap"

Aku terpaksa menyuruh bibik mengambil alih memasak bubur itu dan menarik tangan Zayne ke ruang tamu.

"baring sini,tak payah ngada ngada sangat"

'sayang..." rengeknya,dia yang melebih pula sejak aku mengandung anak kedua ini sikap Zayne terlalu manja melebihi aku.

Tanganku ditarik sampai jatuh ke pangkuannya.

"abang...ish..perut sayang ni", aku menggosok perutku kerana sedikit terasa sakit.

"ops sorry,....sorry baby..daddy ni sebenarnya rindukan mummy...tapi mummy buat tak faham tau", di meletakkan telinganya di perutku.

"dah lah..geli tau" aku mengangkat kepalanya.

"rindu..eh...bagi sihat dulu..", rambut hitamnya itu aku sikat menggunakan jari dan mengucup dahinya.
Tanganku aku kalungkan di lehernya,dia memandang ke wajahku dan saling menatap.

Wajah kami semakin mendekat sehingga tiada jarak.antara kami.

Semakin hampir dan hampir.

"Subhanallah!!!" hahah ...kami terlupa bahawa ada penghuni lain dalam rumah ini.

Kami kan bukan di rumah sendiri sebaliknya rumah orang tua Zayne.

Segera aku bangun dari ribaan Zayne.

Mama menatap tajam ke arah kami.

"mama"

"yang sorang perut buncit,yang sorang tangan sakit...dah tak ada kerja lain dah nak buat?",soal Marina menatap anak menantunya bergantian.

'mama,ni selalu kacau daun,nak romantik dengan bini pun tak boleh,tu pasal Zayne nak duduk rumah sendiri" rungut Zayne kesal.

Aku sembunyi senyum melihat wajah Zayne.

"ish budak ni suka sangat bangkang mama,kalau ya pun nak mesra mesra kat bilik..bukan kat sini"

'lupa ma,mana boleh tahan...benda asyik", ucap Zayne tanpa malu.

"budak bertuah..dah Eryna bawa laki kau ke dalam,layan dia sampai pengsan"

Aku tercengang mendengar kata kata dari mama.

Dia ingat aku ni robot kut,bukan dia yang pengsan tapi aku yang lunyai rasanya.

Aku melirik ke arah Zayne yang sudah tergelak besar.
"abang punya pasal lah...tak pasal pasal mama marah, sambung lagi cuti sampai dua minggu"

Aku berlalu pergi ke dapur,Marina yang terdengar itu turut tergelak.

"sayang!!! panggilan Zayne aku biarkan .

"ni semua mama punya pasal" Zayne pula marahkan Marina

"Alah perempuan,mulut jer kata,hati lain" lirih Marina sambil tergelak dan turut meninggalkan Zayne sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience