bab 63

Romance Completed 61355

Aku sudah pun bangun seawal pagi selesaikan kerja yang tertangguh semalam.

Pakaian sudah siap aku masukkan ke dalam beg pakaian.

Teruja rasanya untuk kembali ke rumah,pelik kan saat aku berada di sana aku rindu nak balik kampung tapi rupanya kalau ada di sini tanpa suami hidupku tidak lengkap.

tok! tok!

" masuk"

" Puan dah siap?"

" ya..bibik ambil ni bawa keluar ya" Dua bagasi yang berisi pakaian ku di ambil bibik ke ruang tamu dan aku mengekorinya dari belakang.

" dah tak sabar ya anak mak nak balik sana" tegur Mak.

Aku hanya tergelak kecil dan mengambil duduk di sebelah mertuaku di meja makan.

"ni Zayne tahu ker kita nak balik?" soal Mama.

"entahlah ma," aku mengungkit bahu dan menyuapkan nasi goreng ke mulut.

"aik..gaduh lagi ker?", perli Mak.

"tak lah....dia tu sibuk uruskan syarikat dia mama,lupa dah dengan bini dia" ujarku acuh.
Padahal.sedikit merajuk,mana tak nya sejak akhir akhir ni Zayne terlalu sibuk sehingga lupa untuk menghubungi aku.

Aku tak akan tunjuk perasaan ini depan orang tuaku apatah lagi pada mertuaku yang terlalu baik itu,perkara kecil dan tak perlu diperbesarkan kecualikah Zayne tu berlaku curang.

Marina dan Zikri hanya tersenyum mungkin dia faham dari airmuka menantunya itu.

'emmm...dah lah makan nanti lambat sampai sana", tegur Zikri yang dari tadi memerhati percakapan kami.

Selepas makan kami berpamitan dengan Mak dan bibik.

Oh ya bibik.aku terpaksa tinggalkan sementara dengan mak di sini kerana aku tidak terus balik ke rumah sendiri sebaliknya akan tinggal dengan mertua ku.

"bik jaga mak elok elok ya,ingat nanti kalau ada apa apa call",pesanku sebelum berangkat.

"iya Puan,jangan risau,akan saya jaga Mak ini macam ibuku sendiri"

"selamat ya semua" kami berpelukan dan berlalu masuk ke perut kereta.

.......
........

Selepas menerima panggilan dari ayahnya Sarah terus pulang dan dikhabarkan bahawa dia perlu menghadap Datuk Zakri .

"Sarah pergi jumpa Datuk Zakri dulu,papa tak ada di rumah,nanti sehari dua lagi baru balik" ujar Rahman ditalian.

'papa ni.suruh Sarah balik tapi dia tak ada,apahal suruh Sarah jumpa Datuk,?"

"sekarang ni ada lagi,kejap lagi papa perlu outstation.."

'dia call ayah tadi,marah marah katanya ada hal yang dia perlu settle kan,"

"hal....apa dia sudah tahu yang Sarah.." Sarah berjeda dan terfikir sesuatu.

"Sarah settlekan dulu,nanti papa balik" talian terus dimatikan.

Sarah mundar mandir di dalam biliknya sendiri.

Semalam sekembalinya dari bercuti terus dia ke pejabat Datuk Zakri iaitu bisnes partner nya.

"Sarah what you done hah!! satu sampul surat berisi beberapa dokumen di baling depannya.

Dengan sedikit terkejut dia mengambil sampul itu dan membuka perlahan dan penuh hati hati.

'Datuk ,apa ni..tak kan you percaya dengan khabar angin ni"

" khabar angin....tu dah jelas nama you...atas nama you sejumlah wang syarikat di keluarkan ," ujar Datuk Zakri dengan nada keras.

"boleh jer sesiapa pun yang buh nama saya,lepas tu tuduh ...." Sarah masih lagi menafikan.

'I bagi you peluang untuk jelaskan..kalau tak saya tak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang atas penyelewangan ini" bentak Datuk Zakri.

Sarah merengus kasar,dia mengetap bibir geram.

Siapa saja yang membocorkan rahsia ini.

Dia susah payah rancangkan semuanya ini sudah lama dan pasti papanya juga tahu yang dia telah menggelapkan duit syarikat sebagaimana dia pernah lakukan pada syarikat Johan dahulu.

Tapi itu adalah syarikat suaminya dan pastinya tidak ada sebarang masalah tetapi ini adalah syarikat kerjasama dia dan orang lain.


Tok!tok!

Ketukan dari luar biliknya menghentikan langkahnya yang dari tadi mundar mandir.

"mama,ada apa?" soalnya bila kelihatan Mariam sudah berada di luar pintu biliknya.

"kau kenapa kusut masai macam gini,balik daripada semalam tidak turun makan..ada masalah?",soal Mariam pelik melihat muka anaknya yang tidak terurus itu.

'saya tak sihatlah mama" ujarnya acuh.

"kau mengandung?"

'"apa ni mama,mana ada macam tu..."
Atas bawah Mariam menilik anaknya itu,dengan rambut macam hantu kak Limah,kusut masai.

"baguslah cuma mama tak nak bayi yang kau kandung tu nanti tak tahu mana satu bapanya nanti" sinis Mariam,dia tahu sikap anaknya itu tidak kurang macam jalang murahan.

"apa ni ma,",Sarah segera membanting pintu.
Mariam sedikit beranjak ,nasib baik masih ada jarak antara dia dengan pintu tadi kalau tidak pasti sudah penyek hidungnya dihempas pintu.

"bertuah punya anak..."

"apa yang bising bising ni hah?" suara suaminya Rahman menyapa dari belakang.
Kelihatan sudah bersiap untuk berangkat ke tempat kerja.

"anak abang lah..pagi pagi mengamuk,hentam pintu nasib baik tak pecah muka saya dibuatnya"

" saya dah nak pergi ni...outstation seminggu"

Terkejut Mariam,tiba tiba suaminya menyatakan untuk ke luar daerah.

" aik abang kerap sangat keluar daerah...buat projek ker buat anak?" tekan ya.

Air muka Rahman berubah,peluh dingin mula terasa.

" mana ada,projek lah..dah kena ke luar daerah nak buat macam mana" jawabnya selamba menutup sesuatu .

"ingat abang jangan sampai saya tahu abang jakinkan hubungan dengan perempuan lain..sampai lubang cacing saya cari" ugutnya,namun pada masa yabg sana dia telah pun mengupah orang untuk siasat siapa scabdal suaminya itu.

Dia sudah lama menghidu hubungan intim suaminya dengan perempuan lain,namun dia cuma ingin menunggu sedikit hari lagi untuk pengakuan dari mulut suaminya itu.

Rahman hanya mengukir senyum ,padahal dalam hati berdoa semoga isterinya itu tidak menghidu apa yang telah dia lakukan di belakangnya selama ini.

Mariam terus berlalu meninggalkan Rahmat yang masih terkebil kebil .

"akan kau terima akibatnya nanti suamiku,elok aku yang kutip kau di jalan..nanti aku kembalikan kau ke jalan" rungutnya keras.

......
.....

Zayne bangun dan bergegas ke pejabat kerana banyak perkara yang dia perlu selesaikan di sana.

Dia juga tahu Eryna akan balik hari ini kerana telah menerima pesanan ringkas dari mamanya sebentar tadi.

Kedua duanya penting baginya,tetapi hal syarikat nya harus dia selesaikan dahulu kerana kalau Eryna pastinya dia sudah tahu keberadaan kini.

Lagi pun mereka masih lagi dalam perjalanan dan sempat untuk dia singgah di rumah orang tuanya nanti.

Dia terus memandu kereta menuju ke pejabat.

"Selamat pagi Tuan Zayne" sapa Lisa bila nampak majikannya melangkah masuk.

"selamat pagi,nanti masuk bilik saya jap dan bawa fail projek Putrajaya " katanya dan berlalu pergi dan dia menoleh kembali.

'ya Tuan..ada apa apa lagi?',soal Lisa bila nampak bosnya itu berhenti.

"suruh Mikael datang jumpa saya nanti...tolong call untuk saya" Zayne berlalu pergi.

Lisa mengangguk dan terus mengikut arahan.

Lebih kurang setengah jam kemudian Mikael sampai ke pejabat.

"hai sayang",

'tak payah nak sayang sangatlah,bos dah tunggu kat dalam" ujar Lisa.

"amboi...semalam.bukan main lembut dengan kita ni pagi ni sarapan tebuan ker?" perli Mikael dan tergelak.

"itu kat luar,ni kan office...be profesional.." lirih Lisa,dia tidak mahu dianggap bermain dalam menjalankan tugasnya.

"ok...", Mikael terus masuk dan diikuti dengan Lisa.

"what's up bro?" soal Mikael bila melangkah masuk ke bilik sepupunya itu.

"please sit first" Zayne mempelawanya dan Zayne masih lagi sibuk menatap skrin laptopnya.

"oh ya Lisa buatkan kami air ya" arah Zayne.

"baik Tuan",Lisa terus berlalu pergi dan Mikael terus menatap punggung Lisa.

Tertelan air liur sekejap melihat badan seksi kekasihnya itu.

bukk!! satu balingan terkena mukanya.

"aduh...sakit wei" dia menyeringai kesakitan kerana Zayne membalingnya dengan pen.

'"yang kau tatap anak dara orang tu macam nak makan apasal?" ujar Zayne tergelak.

"m..mana ada...",

"kalau tak tahan sangat tu...makanya nikah" sindir Zayne.

"hahah...memang ada niat...dalam proses",Mikael menggosok lehernya .

"Mike ,Mike".

"so apa cerita"

"dengar khabarnya Mr Thong kena serangan jantung...betul ker?", soal Mikael.

"yup...tu yang jadi hal sekarang ni,kalau ikutkan hati memang aku nak mulakan prosedur saman syarikatnya,tetapi macam nampak zalim sangat kan" jelas Zayne.

"apa ni bro...mana boleh kesian dalam hal ni,yang ruginya kita,dia dah dapat bayaran separuh kut,sedangkan projek kita tu baru 40% dia untung kita yang tanggung rugi"

"betul ,tapi aku tak nak lah memalukan orang kalau boleh elak tu aku nak elak...tapi yang nyatanya aku nak jumpa ngan David dulu"

"aku pun tak fahamlah dengan kau Zayne,semalam elok jer aku tengok kau marah bapa dia...hari ni nak berlembut bagai"

"aku tak kata nak berlembut pun..David tetap akan aku ajar...tapi.antara aku dan Mr Thong tak pernah ada masalah pun..lagi pun dia dah tua...seangkatan lebih kurang dengan Tok Ayah"

"emmm..up to you lah Zayne...aku bukan apa..takut nanti kena pijak kepala,terlampau baik"

"sapa kata aku baik...kau macam tak kenal aku Mike,aku cuma nak berlembut sikit jer...saman tetap akan jalan sekiranya David tak buat apa yang sepatutnya"Zayne tergelak.

"ada agenda lain?" soal Mikael pelik melihat dan mendengar cara gelak sepupunya itu.

Zayne memusingkan laptopnya ke arah Mikael.

Terbelalak biji mata Mikael melihat paparan di skrin laptop milik Zayne itu.

Tangannya menutup mulut tak percaya apa yang dia lihat kini.

Satu paparan yang memalukan tetapi cukup terkesan.

Prang!! kedengaran gelas jatuh ke lantai.
"ya Allah!!
suara Lisa menjerit memecah kesunyian bila membuatkan Zayne dan Mikael tertoleh serentak.

Segera laptop di tutup.

"apa yang Tuan dan Mikael buat ni!! tanya Lisa terkejut dengan apa yang baru dia saksikan.

"aduh...habis cawan pecah" Mikael bangun menghampiri Lisa yang masih lagi tercegat dekat pintu.

"panggil tukang sapu..biarkan di situ"arah Zayne bila melihat Lisa dan Mikael cuba mengutip kembali serpihan kaca yang jatuh berderai.

"relax la sayang ...bukan apa pun" Lisa mula cemburut kecewa dengan sikap.kedua lelaki di depannya.

Zayne masih lagi tergelak .

"mari sini saya terangkan" Mikael memegang bahu Lisa dan beralih ke arah sofa .

Zayne turut bangun menghampiri mereka berdua.

"itu bukan apanya.." ujar Mikael dan melirik ke arah Zayne.
Zayne hanya mengangguk memberi isyarat setuju.

"bukan apanya...kenapa tengok benda macam tu...tengok ...", huh tak tergamak untuk dia habiskan kata.Jijik!!

Lisa memalingkan muka geram dan marah.

"tadi tu bukti yang kami akan tunjukkan bahawa Sarah dan David ada skandal"

"walau apa pun itu,tak sepatutnya Tuan dan awak tengok..dosa ", Lisa tetap rasa kecewa.

"emmm..." Mikael menunduk malu sendiri ,namun Zayne hanya selamba sahaja dengan situasi begitu,tapi nasib bukan isterinya yang nampak,rasa lagi teruk yang dia akan dapat.

"dah lah kalau tak ada apa apa saya keluar dulu" rasa tidak selesa pula untuk dia berlama di bilik ini dengan dua orang manusia yang bergelar lelaki.

Lisa memandang keduanya ,terasa seram sejuk bila melihat kelakuan mereka tadi.

"laa...sayang...bukan apa yang awak fikir" Mikael cuba memujuk tapi Lisa terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan dari Mikael.

"aduh..ni gara gara kau lah tunjuk aku benda tak senonoh tu" marah Mikael pada sepupunya yang dari tadi tergelak.

"aku pulak,aku cuma nak tunjuk bukti untuk kita kenakan David dan Sarah..tak tahu pulak si Lisa tu tangkap kita"

Mikael mengeluh kecewa.

"dah lah jom ikut aku ke pejabat David,aku tahu dia ada hari ni,"

"alah pompuan merajuk bukan lama pun...bagi ayat sikit nanti cairlah,macam tak biasa" sekali lagi Zayne tergelak.

Keduanya terus keluar dari bilik .

"sayang..." sempat Mikael memanggil manja sikit kekasih hati.

Namun Lisa memberi jelingan maut padanya.

"aduh..sakit tuh,di sini di dalam hatiku" Mikael memegang dadanya.

"cepatlah..." segera Zayne memeluk bahu Mikael agar berjalan mengiringinya.

"alah..kejap lagi ok lah tu"

Mereka berlalu pergi meninggalkan pejabat dan terus ke tempat David dan harapan Zayne hari ini lelaki keparat itu ada di pejabatnya.

"kau dapat mana video tu" soal Mikael bila mereka sudah berada di dalam perut kereta.

"spy tok Ayah", Zayne terus memandang ke hadapan meneruskan pemanduannya.

"wah..rupanya dah lama kan tok Ayah perhati gerak geri mereka"

"kau tak kan tak tahu kut macam mana dia...kan dia dah kata bukan balas dendam tapi pengajaran" terang Zayne.

Sesampainya di tempat letak kereta mereka terus naik ke bangunan yang menempatkan pejabat David.

Sebelum datang ke sini dia sudah dimaklumkan yang David ada di situ.

"Mr David please" ujarnya pada secretary David.

Sekali lagi apabila mereka melangkah masuk ramai mata yang tertumpu kepadanya,mesti teringat kejadian semalam yang dia datang mengamuk.

Ah,seorang Zayne mana reti nak hairankan pandangan orang.

"ya..."terus tergopoh gapah perempuan yang bertubuh kecil itu masuk ke dalam.

Beberapa minit dia keluar memberitahu yang David menunggu di dalam.

" hai Mr David" tegur Zayne ramah dan dia duduk di sofa tanpa di pelawa duduk oleh tuan empunya.

Nampak tidak sopan tetapi itu yang dia sengaja lakukan.

"kau tahu kenapa aku ada sini!" soal Zayne dengan nada yang masih lembut.

Kelihatan wajah David sedikit memucat dan gugup.

"er..er..."

"ingat David kalau kau tak cukup kejam nak bermain dengan aku,baik kau jangan main..."

"perbuatan kau akan makan kau sendiri" ujar Zayne sambil melirik ke arah Mikael yang dari tadi tersengih sengih.

"jadi kau rasa ada nak jelaskan apa apa,atau kau nak aku bagi surat saman yang boleh merugikan kau dan aku akan pastikan keturunan kau pun lingkup" ugut Zayne.

Cina ugut melayu?! biar betul.

"er..er...aku..buat"

"Heh..dari tadi tergagap gagap apa kau dah tercekik batu ker!!! sergah Mikael membuatkan David tersentak.

"aku akan tarik balik pembatalan itu...", ujarnya datar.

"but...too late...aku dah tak berminat nak teruskan kontrak ini....ganti rugi tetap aku nak...dan aku tak nak berurusan lagi dengan syarikat macam kau", ujar Zayne lirih dan Mikael memandang Zayne pelik.

Mesti hairan dan dia sendiri pun tidak diberitahu oleh sepupunya itu tentang rancangannya.

"tapi Mr Zayne..aku minta maaf pasal tu...aku buat ni pun sebab..."

"sebab perempuan jalang macam Sarah?" soal Mikael membuatkan David menelan air liur terkejut dan takut.

"please Mr Zayne bagi saya satu peluang lagi,saya punya papa sudah masuk hospital shock dengan ini",rayu David.

Zayne tahu David masih baru lagi dalam bidang ini kerana sebelum ini urusan atas nama Mr Thong sahaja.

Kerana sedikit pujukan dan sogokan seks membuatkan Sarah hilang arah akhirnya perbuatan rasa tanpa dosa itu memakan diri sendiri.

"well....macam mana...kau nak bayar balik atau nak surat saman" Zayne teruskan bagi pilihan mengikut kontrak yang biasa disediakan oleh syarikat Zayne sekiranya mana mana pihak yang menghentikan projek kerjasama tanpa alasan yang kukuh maka salah satu pihak kena kembalikan pembayaran yang telah di buat itu dengan dua kali ganda daripada nilai yang telah diterima lebih lebih lagi projek itu dijalankan hampir separuh siap.

David termanggu seketika,tak terkutik tanpa bicara dan sesekali meraup mukanya.

Dia faham atas tindakan nya itu syarikatnya bakal kerugian teruk sekaligus membuat syarikatnya yang baru ingin bertapak itu akan gulung tikar sebelum berkembang maju.

"Mr Zayne tak.ada cara lain ke?" Zayne tersenyum sinis dan memberi isyarat keningnya pada Mikael seolah minta pendapat tetapi Mikael hanya sekadar mengangkat kedua bahunya.

Zayne tergelak.kecil.Dia tahu apa yang ada di fikiran David sekarang ,mungkin suruhnya terima balik kontrak kerjasama itu.

"saman dan bayar ganti rugi tu macam sama jer kan,dua dua kena keluarkan duit" ujar David datar.

"itu pasal lah sebelum you buat keputusan ,you kena guna otak,bukan kepala lutut", ujar Mikael sinis.
Menyindir dalam senyap.

"nak atau tidak aku tetap dengan keputusan....tapi untuk buat balik mungkin tak", Tanpa tunggu jawapan dari David ,Zayne terus bangun dan berlalu pergi.

David berasa kesal dan kecewa.

Kalau dia tidak termakan pujukan Sarah perkara ini tak akan terjadi dan papa nya tak akan masuk hospital akibat perbuatannya.

Harapan untuk berjaya jadi sirna,dia tahu syarikat milik Zayne tidak akan setanding dengan miliknya,seharusnya dia gunakan peluang ini dengan sebaik.mungkin bukan menghancurkan.

"Sarah!!! dia menggenggam tangan menghempas meja mengakibatkan tangannya terluka dan berdarah.

Pekerja nya yang terdengar hentaman kuat dari dalam agak terkejut.

Mereka berbisik dan bercakap sesama sendiri.

David yang dalam keadaan kucar kacir keluar dari biliknya dengan wajah yang tegang dan tangannya masih lagi dibiarkan lebam dan sedikit berdarah.

"bos ,tangan", tegur pembantunya hairan dan cemas melihat majikannya yang berantakan selepas pemergian tetamu tadi.

David terus keluar tanpa bicara dan menghiraukan panggilan pekerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience