bab 9

Romance Completed 61355

Perkahwinan aku dan Zayne Rafael sudah pun masuk minggu kedua.
Kami masih lagi menjadi suami isteri yang hanya tertulis di atas kertas selepas di ijab kabul.

Kehidupan kami selepas kahwin tu ada bezanya ,cuma berbeza kami tidur sebilik dan sekatil tapi tak sehaluan.
Bila malam dia tidur mengiring di sebelah sana aku di sebelah sini.

Masing masing melayan ego sendiri.
Tempat kerja kami tetap seperti seorang pekerja dan bos.
Walau ada mulut mengata aku tak kisah sebab sudah biasa.

"minggu depan kita pindah "ujar Zayne semasa kami tengah makan tengahari selepas jumpa client.

"pindah?"aku agak terkejut kerana sebelum ini tidak pernah tahu dan tak ambil tahu langsung tentang rumahnya yang lain.

"pindah mana?"tanya ku lagi.

"rumah aku lah...."ujarnya acuh.

"emmm....saya tak kisah...ikut jer"jawabku.

Selepas seminggu aku dan Zayne berpindah ke rumah baru,walau pada mulanya mama dan papa melarang untuk kami pindah,tapi Zayne tetap berkeras untuk berpindah kerana katanya lebih privasi.

"Privasi ker senang nak buli aku?"

"ni bilik kau...dan sebelah lagi bilik aku..."aku agak terkejut bila dia beritahu aku yang kami terpaksa tidur di bilik asing asing.

"ok...saya tak kisah"ujarku ,menahan sebak di dada.
Biarlah kerana itu adalah keputusannya aku tidak mampu menolak atau membantah selayaknya aku sebagai isterinya.

Ternyata tiga minggu menjadi isterinya dia masih lagi menganggap aku sebagai orang asing dalam hidupnya.

Selama dia melayanku di rumah orang tuanya adalah lakonan semata mata,aku akur dengan ketentuan Allah.

Perlahan aku melangkah masuk ke bilik dan meletakkan bagasi pakaianku di tepi.
Aku rebahkan badan ku yang kepenatan,fikiran yang berserabut.

Aku harus menjayakan misi untuk mencari hatinya yang hilang.
Aku tidak boleh mengalah dan berundur dengan mudah.
Aku tidak juga boleh menipu diriku yang aku terlalu cintakan dia dalam diam.

Sesakit mana hatiku dilukai aku tidak boleh mudah mengalah.

pintu yang dikuak dari luar mengejutkan aku dari, baringan,aku segera bangun.

"aku nak keluar kejap...ada nak pesan apa apa ker?"terpancul wajahnya di depan pintu.

"tak ..terima kasih..."ujarku menyembunyikan kesedihan,aku tidak boleh lemah di depannya.

"baiklah...oh ya...kejap lagi kau tolong masukkan baju aku dalam almari"pesannya sebelum pergi ,aku hanya mengangguk.

"emmm...ada juga nak aku kerja"bisik ku.

Aku terus bangun berlalu ke biliknya.
Bilik yang paling besar dirumah ini...
Semua kelengkapan ada.

Habis aku teroka satu biliknya barulah aku membuka bagasi yang ada pakaian dia.

"baju aku pun tak urus lagi...ah...buat yang dia dulu lah nanti balik mengamuk" lantas satu persatu pakaian miliknya aku susun dan sangkut siap gosok lagi.

Banyak jam aku habiskan masa mengemas pakaianya sehingga aku tertidur keletihan di atas tilam empuknya malah lebih selesa daripada tilam di bilik ku.

Memang tak adil.

.......
.......

Zayne Rafael mencari kelibat Mikael yang ingin berjumpa dengannya.

"hei bro sorry lambat,traffic jam" tepukkan di belakang mengejutkannya.

"its ok...aku pun baru sampai"mereka duduk
berhadapan.

Air yang dipesan sudah pun sampai.

"ada apa nak jumpa aku sangat ni sampai tak menyempat esok"air bandung cincau disedutnya

"aku nak bagitahu kau yang Sarah dah balik dari London semalam"ujar Mikael .
Zayne hampir tersedak bila Mikael sepupunya menyebut nama Sarah.

"apa kaitannya dengan aku...kami dah tak ada apa apa hubungan dah pun"ujarnya sambil matanya mengalihkan pada tempat lain.

"dia dah cerai dengan suami dia...tu yang dia balik sini..."sambung Mikael lagi.

Cerita Mikael tentang Sarah seolah menoreh luka lama dan berdarah kembali.
Hampir empat tahun dia ingin melupakan semua pembohongan dan kecurangan Sarah.

"kalau kau saja nak jumpa aku cerita pasal dia aku tak nak dengarlah Mike...buat sakit hati"hati nya terasa kembali sakit bila nama Sarah disebut.

"aku minta maaflah bro..cuma aku takut nanti bila kau terserempak dengan dia tak lah kau terkejut sangat"sisa air dia sedut lagi.

Zayne berlalu pergi selepas pertemuan singkat dia dengan Mikael

Pemanduannya tidak senang bila fikirannya mula teringatkan perempuan yang hampir dia lupakan.
Tiba tiba wajah Eryna muncul di kotak fikirannya.

Ya Eryna penyelamatnya.
Wajah mulus isterinya tiba tiba datang menerjah di fikirannya,dia tersenyum sendiri.
Nur Eryna isteri yang dia abaikan.
Perasaan Eryna dia main mainkan hanya kerana,kesalahan perempuan lain.

Sesampainya di rumah sunyi sepi ibarat tiada penghuni.

Zayne melangkah ke tingkat dua mencari kelibat Eryna.

Di buka bilik isterinya tetapi tiada dan dia melangkah ke biliknya.
Pintu dibuka perlahan ,ternyata Eryna sedang nyenyak tidur.

"tertidur rupanya.."ujarnya,kali ini dia hanya membiarkan Eryna tanpa mengejutkan.
Pakaiannya sudah pun selesai dimasukkan ke almari.

Zayne tersenyum bila lihat Eryna mengerekot tidur tanpa terkutik sedikit pun.

"letih agaknya"sehelai tuala diambil dan dia langsung ke bilik mandi dan membiarkan Eryna dalam mimpinya.

Seusai mandi bila dia melangkah keluar Eryna sudah tiada di atas tilam.

"dah bangun ker?"gumamnya.

Terus dia menyarungkan seluar separa lutut dan sehelai singlet dan seperti biasa haruman maskulin di semburnya,sehingga seluruh bilik berbau harum.

Dia melangkah pula keluar mencari Eryna entah ke mana menghilangkan diri.

ketukan dari luar mengejutkan aku yang sedang melipat telekung .

"masuklah"pintu dikuak dari luar.

"Tuan...."rambut yang tadi terikat aku betulkan kembali.

"kau tak lapar ker?"tanyanya.

"tak....dah kenyang tadi makan baju"jawab ku sambil mengangkat bagasi ku yang masih lagi tidak terusik.

Dia hanya senyum dan tergelak kecil.
Aku menjeling ke arahnya tanpa menghiraukan dia yang memerhatiku di birai katil.

"kalau nak makan lepas maghrib kita keluar"

Aku senyap tanpa menghiraukan nya.
Aku terus menyakut baju di almari.

"ada masalah ker?"entah bila dia ada di belakangku.
Bila aku berpaling terus rapat ke badannya.
Aku terkejut baju yang berada di tanganku terjatuh ke bawah.

"Tuan...terkejut saya"jantungku mula rasa nak jatuh ke bawah.

"aku cakap dengan kau..kenapa diam?selalu kau balas jer"mukanya terus merapat membuatkan aku mula gelisah.

"saya tak ada mood...tepilah..."dadanya aku tolak tapi tak berjaya.
Kini mukanya mula merapat ke bahuku.

"Tuan nak buat apa ni...tepilah...nak kemas baju"

Dia masih tidak berganjak,bahuku di pegang kuat membuatkan aku terasa sakit.

"ok lah...saya ikut...."aku terpaksa mencari helah agar dia tidak terus menggila.

"hahah...tahu takut...sekali lagi kau tak bagi respon pada setiap soalan aku akan buat lebih daripada tadi"sebelum meninggalkan aku sempat lagi hidungku di picit.

Penyakut baju yang berada di tanganku aku baling sehingga terkena kakinya.

Dia hanya tergelak dan berlalu.
Tangan aku genggam kerana menahan marah.

Selepas maghrib dia membawa ku ke restoran yang agak mewah di sebuah hotel sesuai dengan personaliti nya.

Dulu aku tidak biasa melangkah tempat mewah macam ni tapi selepas menjadi pekerjanya sudah menjadi keselesaan kerana selalu bersamanya bertemu client di tempat tempat mewah sebegini.

"duduk lah"kali ini dia membukakan kerusi untukku.

Makanan sudah siap di atas meja.
Mungkin dia menempahnya terlebih awal.
Aku hanya menurut.

"makan lah..."aku hanya mengangguk.

Tanpa sepatah kata aku terus makan kerana perutku sudah terlalu lapar.

"tadi kata kenyang..."perlinya
Aku hanya menjeling dan teruskan makan.

"aku tengok daripada tadi lagi kau diam jer" dia mula bersuara selepas makan dia membawaku ke persisir pantai yang berada di hotel itu.

"tak ada apalah Tuan..."jawab ku sambil kakiku yang tak berkasut itu menguis nguis pasir pantai.

"Eryna..."kini dia memegang kedua bahuku.

Aku tunduk ke bawah melihat pasir yang disirami ombak.

"pandang aku Eryna.."daguku di dongakkan ke atas.

Aku memalingkan muka ku ke arah lain.

"aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu dari aku kan?"ujarnya.

Aku tetap senyap membisu tanpa kata.
Apa harus aku ceritakan ,apa harus aku beritahunya semasa aku mengemas pakaian nya tadi aku terjumpa beberapa keping gambarnya dengan seorang perempuan dan teka ku adalah Sarah bekas teman wanitanya.

Hati aku tiba tiba di suntik rasa sakit yang teramat bila dia masih lagi menyimpan kenangannya bersama orang yang dia benci.
Orang yang dia pernah beritahu ku pernah menyakiti dan meninggalkan nya,tetapi kenapa masih lagi tersimpan kenangan lagi dengannya.

Setitis airmata yang aku cuba seka daripada gugur sekarang menitis tanpa sedar,selama aku menjadi isterinya inilah perkara yang mengguris hati aku sebagai seorang isteri.
Aku rela dia terus membuliku daripada dia sakiti hatiku sebegini rupa.

Pedih yang teramat.

"hei...whats wrong with you my wife?"tanyanya lembut.

"My wife..tapi kau layan aku begini",bisikku.

Aku hanya menggeleng.

"saya nak balik"tangannya yang berada di bahuku aku tepis keras dan berlari meninggalkan nya.
Dia turut mengejar dan memanggil ku.

Tanpa berpaling ataupun lihat ke depan aku terus berlari tanpa kasut .
Aku masih berkaki ayam pada masa tu,semua mata tertumpu pada kami.
Saat ini aku tidak rasa aku mampu bertahan.

Beberapa keping gambar seolah meleburkan sekeping hati .
Mana cabaran yang aku sahut sebelum ini untuk mencari hatinya yang telah hilang.
Kini hatiku pula yang semakin menjauh dariku.

Aku terus menangis.
Zayne mengejarku tentu kehairanan.

"Eryna..."panggilan terakhir yang aku dengar dari mulutnya.

Dan ketika ini aku tidak tahu apa yang terjadi.

Semasa aku sedar diriku sudah ada di hospital.
Ya aku di hospital ,semasa aku berlari aku terlanggar sebuah kereta.

Kepalaku terhantuk dan aku terjatuh.

"Eryna...kau dah sedar?"aku tersenyum kelat.
kelihatan mama,papa,Tok Ayah ,mak juga ada bersama.

"macam mana boleh jadi macam ni Zayne?"tanya Puan Marina.

"mama...Eryna yang salah..."ujar ku perlahan.

"sudahlah kau rehat,jangan banyak bergerak"dia duduk di sebelahku.
Aku tidak mampu bergerak atau bercakap untuk beritahu hal yang sebenarnya pada mereka.

Seminggu aku di hospital dan dibenarkan balik.

Aku diminta oleh Zayne untuk dijaga dirumahnya sendiri.
Aku terpaksa akur,mak sudah pun pulang ke kampung selepas melihat keadaan aku semakin baik.

Zayne mengupah seorang jururawat peribadi untuk menjagaku sehingga aku sembuh sepenuhnya.

Sesekali mama dan papa serta Tok Ayah datang melawatku.

Sepanjang aku sakit Zayne melayanku dengan baik dan tidak lagi membuliku.

Aku pula yang rasa bersalah kerana tanpa memberitahu dia hal yang sebenarnya sehingga aku di timpa kecelakaan .

"kau dah bangun?"tanyanya bila aku mula melangkah kaki untuk ke bilik mandi.

"Tuan...saya nak mandi kejap"aku terus berlalu masuk ke bilik mandi.

"aku keluar dulu...siap mandi turun makan"laungnya dari luar.

Aku hanya mengatakan ya dan terus mandi.

Usai mandi aku mengenakan baju dan terus turun ke bawah.

"sapa masak?"tanya ku bila makanan terhidang atas meja.

"bibik..."ujarnya.

"mulai hari ini bibik yang akan uruskan semua kerja rumah...tugas kau layan aku"

Aku terkebil kebil bila terdengar perkataan "tugas kau layan aku"tersedak air liur ku sendiri.

Dia tergelak bila tengok muka cuak aku.

"makanlah...hari ni aku cuti nak bawa kau jalan jalan...dah lama terperuk dalam rumah,takut otak kau beku"Aku muncungkan mulut.

"Tuan..."aku mula bersuara bila kami lama berdiam dalam kereta.

"emmm..."matanya memberi tumpuan pada pemanduan.

"tak apalah nanti sampai saya cakap...takut Tuan mengamuk dalam kereta nanti"ujarku lagi.

Dia memalingkan sekejap mukanya padaku dan teruskan pemanduannya.

Selesai memakir kereta kami keluar dari perut kereta dan menuju masuk ke mall.

"Tuan nak cari hati Tuan ke kat sini?"tanya ku bila kaki kami mula melangkah masuk.

Dengan redup pandangannya dia memandang ku membuat hatiku kembali cair.

"kau yang kena cari bukan aku"terus tanganku diraihnya.
Aku hanya tersenyum dan membiarkan.

Berlegar legar kami dari satu butik ke satu butik.

"dah lama rasanya aku tak belanja kau beli baju...shopping ni satu terapi juga tau...selalunya orang perempuan suka"tanganku terus ditarik masuk ke sebuah butik pakaian wanita.

"perempuan lain...saya tak berapa suka membazir...baju yang Tuan beli hari tu pun masih elok lagi"balas ku.

"tu baju lain...ni baju lain..."
langkahku mati bila tiba di satu sudut .

"laaa kenapa berhenti...masuklah"

mataku terkebil kebil bila dia tanpa malu masuk ke ruangan pakaian dalam wanita

"Tuan dah tukar jantina ker?"tanya ku tanpa menapis.

"kau gila ker apa...aku jantan normal lah dan masih teruna tau...mulut kau jaga sikit"ujarnya geram.

"mana saya tahu sebab Tuan macam tiada,perasaan dengan saya" aku membalas dengan nada perlahan takut didengari orang lain

"kau pilih...atau aku yang pilih"satu persatu diangkatnya

"mana Tuan tahu size saya?"aku agak terkejut bila bra dan seluar dalam yang diambilnya sememangnya size yang aku pakai.

"36,24,36...aku tahu size kau...nasi lemak 50sen kau tu"dia tersenyum sinis memandang ku atas dan bawah.
Aku termalu sendiri bila beberapa orang pekerja memandang ku.

"Tuan tahu ..Tuan pilihlah...malas nak layan "aku mula merajuk dan sakit hati.

"lagi senang aku pilih...janji kau pakai..."

"kalau saya pakai pun Tuan bukan nampak"aku pula sinis menjawab.
Dia tergelak besar sampai beberapa orang pengunjung memandang kami

"Tuan dah lah tu ,banyak sangat...orang dah pandang lain dah tu..."aku menarik tangannya.

"bungkus semua ni..."arahnya pada salah seorang pekerja di situ.

"cash or card"segera aku menghulurkan sekeping kad yang dia berikan dulu masih tersimpan denganku.
Dia agak terkejut tapi sempat tersenyum.

"Tuan pilih saya bayar..adilkan?"aku mengangkat kening kepadanya.

"pandailah...itu pun card aku...duit aku"kami terus keluar dari butik itu .

"nah saya nak bagi balik...dah lama saya simpan"aju hulurkan card tadi.

"simpan jer...banyak lagi card yang aku ada...kau guna buat beli apa yang kau nak.."card tadi diambil dan dimasukkan kembali ke dalam beg tanganku.

"tapi Tuan..."

"kau wife aku...anggap nafkah yang aku berikan pada kau"tersentuh hatiku mendengar kata katanya.

"thanks abang...ops Tuan"kepala aku lentukkan pada bahunya.

"tak apa mulai hari ni kau panggillah aku dengan panggilan abang mengikut keselesaan kau"

"betul...?"aku seolah nak melompat bintang masa ni,terasa suku cabaranku mula berhasil.

Sepanjang perjalanan sampai ke rumah aku hanya tersenyum sendiri,hatiku cukup senang dan gembira di atas layanannya padaku hari ini.
Ternyata ada juga hikmah di sebalik aku terlanggar kereta hari tu.

Aku patut berterima kasih pada orang yang melanggar aku sebenarnya.
Aku terus tersenyum sampai ke bilik tidur.

Zayne Rafael semoga hati mu akan kembali .
Aku terus terlena diulit mimpi indah.

p/s..lps ni akan ada banyak adegan 21 tahun ke atas harap maklum,cuma bagi suasana agar lebih indah lagi antara Zayne dengan Eryna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience