Dia memeluk ku dari belakang,aku tetap cuba meronta dan terus meronta sekuat tenagaku.
"please tolong jangan buat macam ni!! aku merintih merayu agar ada sedikit perasaan di hati penjahat itu.
Malah untuk melepaskan aku jauh sekali tetapi dia terus ketawa.
Aku cuba menyikunya sekali lagi tetapi tetap tidak berjaya kerana tenaga ku hampir kehabisan saat ini.
Aku terus menggigit nya,aku berjaya lepas dari pelukannya dan kembali menuju ke arah pintu dan sekali lagi badanku didorong ke arah sofa menyebabkan aku terjatuh di situ.
Seluruh badanku terasa sakit,yang aku fikir kan kini adalah nasib anak dalam kandung aku,apakah aku akan terima nasib yang sama sebelum ini.
Aku terus meraung meminta simpati tetapi ternyata iblis bertopeng itu tidak ingin melepaskan aku.
Lengan bajuku ditarik sehingga menampakkan lenganku.
Aku semakin ketakutan dan meronta keras saat mukanya mula,mendekati ku.
Aku menoleh ke samping mengelak dia terus ingin mencumbui aku,aku masih lagi selamat sekiranya topeng yang dipakainya itu tidak dibuka.
.......
..........
Zayne meneruskan pemanduan dan semasa sampai di parking terasa sesuatu tertinggal
Dia mencari sampai di tempat duduk belakang tetapi tetap tidak berjumpa .
"emmmm...mesti tertinggal dirumah"
Dia cuba menghubungi Eryna agar menghantarkan dokumennya yang tertinggal itu tetapi panggilan tidak berjawab.
Tanpa berfikir panjang dia terpaksa kembali ke rumah kerana tanpa dokumen itu urusan meeting tidak akan berjalan ,sebelum itu sempat dia mengkhabarkan pada Lisa agar tangguh dulu meeting ke sebelah petang.
Tiba tiba rasa debaran di hatinya,seolah ada sesuatu yang terjadi.
Oleh kerana panggilan juga tidak berjawab menyebabkan kotak fikirannya mula terfikir macam macam.
"Ya Allah semoga isteri dan anak aku di lindungi Mu" dia berdoa.
Terus dia memecut laju keretanya terasa kerisauan dan jantungnya juga turut berdebar.
Dengan kelajuan keretanya sempat dia sampai cepat dan terus keluar dari kereta .
"tolong!!!! tolong lepaskan aku!!! kedengaran suara Eryna menjerit dari dalam.
Segera dia membuka pintu menggunakan pendua yang selalu ada bersama dengan kunci keretanya.
Terus dia membuka dan dia terkejut bila mendapati seseorang sedang menindih Eryna di atas sofa.
"sialan kamu!!! dia menjerit dan terus menendang kuat dari belakang.
Bukk!! badan lelaki yang masih bertopeng itu jatuh di sisi sofa.
Eryna yang berada di sofa turut terkejut .
"abang!! Dia cuba bangun tetapi sekali lagi lelaki itu mengheret tangannya dan Zayne segera menarik baju lelaki itu dan di dorong nya sampai ke dinding .
Eryna sudah pun terjatuh di atas lantai .
Zayne tidak mampu lakukan apa apa saat ini melainkan terpaksa menghabiskan lelaki jahanam ini terlebih dahulu
Zayne menumbuk muka lelaki itu berkali kali dan Zayne juga turut ditumbuk ,mereka menendang dan membalas .
Topeng yang dipakai lelaki itu cuba ditariknya beberapa kali dan akhirnya tercabut.
"kau!! celaka kau!! Zayne terus menumbuk perut dan muka lelaki itu sehingga darah mengalir di bibir dan matanya lebam dan tidak kurang juga dengan Zayne mukanya juga berkeadaan yang sama.
Eryna yang masih terduduk itu menjerit sekuat hatinya apabila melihat salah satunya sudah rebah ke lantai dengan darah mengalir banyak.
"abang!!!!
Bibik yang kebetulan masuk ke rumah dan mendapati majikannya sedang bergelut dengan seseorang segera mengambil pasu besar yang berada di sudut meja dan mengetuk kepala lelaki bertopeng itu.
Dan ternyata bibik yang menyelamatkan tuannya itu.
Bibik seolah terkejut tanpa sedar dia memukul lelaki itu turut terjatuh ke lantai dengan lututnya sudah gementar
"tuan...puan", itu yang mampu dia ucapkan .
Segera Zayne menuju ke arah Eryna yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"sayang...sayang...",Zayne menampar nampar pipi Eryna tetapi tiada tindak balas mula rasa cemas apabila ternampak cecair merah mula mengalir keluar dari celah kaki Eryna
"ya Allah kenapa selalu jadi macam ni" dia menangis ,airmatanya gugur dengan laju saat melihat isterinya lemah begitu
"bik...call polis,saya kena bawakan Puan ke hospital", dengan cepat dia mengangkat badan lemah Eryna dibawa masuk ke dalam kereta.
Bibik mengangguk lemah .
Di hatinya dengan harapan agar masih ada harapan untuk anaknya bertahan dalam rahim ibunya itu
Lima belas minit perjalanan dia sampai ke hospital dan segera Eryna ditolak masuk ke ICU.
Segera dia menelefon keluarga dan memberitahu Mikael agar ke rumahnya melihat keadaan di sana.
Entah macam mana keadaan bibik.di rumah.
Sejurus selepas itu keluarga Zayne sampai .
"ya Allah kenapa ni?" Puan Marina menghampiri Zayne yang sedang menekur lantai dengan keadaannya sendiri tidak terurus dengan muka dan mulutnya berdarah.
Zayne sudah tidak fikirkan perkara itu malah sakitnya tidak terasa melainkan bimbang keadaan anak dan isterinya kini.
"Mama,isteri Zayne ma,dia..." terus dia memeluk Mamanya dan menangis di bahu mamanya seperti anak kecil Zayne sudah tidak peduli lagi melainkan dia perlukan sokongan saat ini.
Tuan Zikri pula menggosok kan belakang anaknya itu memberikan semangat padanya.
Hampir setengah jam mereka menunggu akhirnya seorang jururawat keluar memanggil mereka masuk.
'doktor macam mana dengan menantu saya?" soal Puan Marina kepada doktor yang bertugas itu.
Zayne sudah pun berada di samping Eryna dan mengenggan erat tangannya yang masih terbujur kaku dan wayar drip dipasang di tangannya itu.
"keadaan nya sudah stabil"
"macam mana dengan kandungan dia doktor?" Zayne bertanya cemas walaupun dia masih melihat perut Eryna masih lagi nampak membukit itu.
"alhamdulillah baby nya ok,cuma lemah sedikit,dan cuma ibunya perlu kuat" kata kata doktor itu sedikit membuat Zayne dan yang lain menarik nafas lega.
"kalau tak ada apa apa saya keluar dulu" Doktor itu berlalu pergi.
Eryna masih tidak sedarkan diri.
"Zayne mama rasa baik ,zayne ubatkan luka tu dulu,teruk sangat mama tengok,nanti kalau Eryna tersedar nanti pasti terkejut"
"Zayne nak duduk temankan isteri Zayne ma" ujarnya sedih kerana sekali lagi Eryna berada dalam keadaan ini.
"mama tahu sebaiknya Zayne uruskan diri,abang tolong panggilkan nurse suruh dia ubati anak kita ni" arah Puan Marina,pada suaminya.
Tuan Zikri berlalu memanggil jururawat untuk membalut luka anaknya itu.
Sejurus selepas itu masuk seorang jururawat lelaki dan merawat luka yang berada di muka dan tangan Zayne.
"abang!!!semua menoleh terkejut apabila terdengar suara Eryna menjerit.
Zayne yang sedang diubati itu terus bangun menuju ke arah isteri nya yang mula ketakutan trauma dengan kejadian tadi.
Perlahan mataku dibuka ,kelihatan Zayne dan keluarganya sudah berada di sebelahku.
"sayang" Zayne memegang tanganku.
Aku menitiskan airmata bila melihat mukanya lebam dan terluka itu,aku menyentuh perlahan.
"sakit?" soalku dan Zayne mengangguk.
"mama? papa?"....abang...bibik macam mana?" aku teringatkan bibik yang mengetuk kepala lelaki bertopeng itu.
Aku bangun dan memeluk Zayne ,tiba tiba bayangan lelaki yang memeluk ku tadi berlegar jelas di mataku.
"ya Allah sayang...relaks...abang pun tak tahu lagi macam mana keadaan dia,tadi abang dah call Mikael"
"sayang,takut....siapa dia ..siapa dia" aku sudah tidak mampu menahan lagi emosi saat ini,bayangan itu terus ada dalam fikiran,kalau Zayne terlambat tadi mungkin aku sudah tiada lagi.
"baby...baby..." aku melepaskan pelukan dan meraba perutku.
"sayang...baby ok..cuma sayang kena kuat berjuang untuk baby kita",Zayne turut menegang perutku.
"Sabar ya Eryna,rehat jangan banyak fikir nanti kasihan baby tu" Puan Marina mengusap belakang dan kepala menantunya itu.
Setiap kali mengandung ada sahaja masalah yang menantunya itu hadapi,dia takut nanti Eryna tidak akan mampu menerima semua ini nanti.
" beginilah Zayne,lepas ni bawa Eryna tinggal dengan kami dulu,sehingga bersalin,papa rasa macam dah tak boleh biarkan menantu papa ni duduk sorang sorang time macam ni..", saran Tuan Zikri.
Zayne mendonggak dan aku hanya mendengar.
"tapi pa..",
"untuk kebaikan bersama Zayne...tinggal dengan kami dulu,bila keadaan kembali tenang bawalah balik isteri Zayne...mama tak halang,cuma buat masa ni emosi dia pun tak stabil lagi...", mama pula sambung.
Zayne menarik nafas dalam dan mengangguk,dia juga harus fikirkan semua ini demi keselamatan Eryna dan bayi dalam kandungan dia tidak mahu kehilangan buat kali kedua.
"kami balik dulu,...Eryna mama dan papa balik dulu ya,nanti kami datang lagi" selepas menyalami mereka berlalu pergi.
"lepas ni kita tinggal di rumah papa dan mama ya" ujar Zayne mengucup lembut dahiku.
Aku hanya mengangguk .
"dah sayang rehat dulu..baring"badan aku dibaringkan
"abang....sayang takut...", genggaman tangan Zayne aku pegang erat.
"abang..ada sini...shu....shu...tidur..", Zayne menepuk bahu Eryna seperti mendodoikan anak kecil supaya tidur.
Share this novel