bab 68

Romance Completed 61355

Seperti biasa aku bangun terlebih dahulu dan Zayne masih lagi terlena.

Semalam beberapa kali dia mengerang kesakitan .

"sayang dah bangun" Zayne bangun menyandarkan badannya di kepala katil.

"emmm....semalam abang sakit ker?", ujar ku beralih duduk di sampingnya.

'kenapa abang ada ganggu sayang tidur ke?" soalnya sambil menyelitkan rambut ke telingaku.

" emmm...abang mengaduh sakit...banyak kali juga lah....ni sakit lagi tak" aku menyentuh bahagian kepalanya yang masih berbalut.

" ada rasa lagi.."

" abang nak mandi ? biar sayang sediakan air ,tapi macam mana nak mandi dengan kepala berbalut macam ni" airmataku mula bertakung,sungguh aku tak sanggup lihat kesakitan yang dia tanggung.

", sayang....abang dah ok lah...tak nak lah nangis macam ni,sikit je kejap lagi dah boleh pergi office" airmataku di seka.

"amboi nak kerja ya" aku memukul tangannya yang sakit.

", aduh sayang kalau macam ni bila nak sembuh"

Zayne menyeringai kesakitan dan aku dapat lihat kerutan dahinya menahan sakit.

" padan muka,kan tadi kata dah tak sakit" aku bangun dan ditarik sampai terjatuh ke dadanya.

" abang jomlah mandi,turun makan ,nanti mama bising..ingat ni bukan rumah kita...rumah mama"
Saja aku menekan rumah mama agar selamat

" lupa pula...." Zayne tersengih ,aku tahu senang jer nak buat dia diam ugut guna mama sebab aku tahu yang dia tidak suka dengar mamanya membebel.

cup
Sempat juga pipi ku dikucup berkali kali.

Memang dah namanya Zayne Rafael memang suka ambil kesempatan dalam kesempitan betullah.

Padahal sebelum balik sini dah buat perjanjian agar kami diasingkan bilik tapi mungkin sebab Zayne sakit aku dibiarkan tidur satu bilik.

Ya lah kan dia tahu perangai anak dia macam mana pantang nampak aku kerjanya nak berkepit jer.

Romantik terlebih.

Usai memandikan suami tercinta kami turun untuk bersarapan, mama dan papa sudah pun berada di meja makan.

" jom makan " ujar Zikri.

" macam mana Zayne masih sakit lagi?" soal
Marina.

Zayne dan aku mengambil tempat duduk di meja makan.

" dia kata dah tak sakit Mama,tapi malam tadi mengaduh kesakitan" ujarku sambil melirik senyum padanya.

"Zayne,Zayne,tunggu sembuh dulu baru kerja,kamu tak syak sesiapa ker tentang perkara ni",soal Zikri.

"tak tahu nak kata lah pa,sebelum ni ok jer,tapi hairan siapa pula punya angkara" ujar Zayne.

"atau berkaitan dengan projek tu ,tapi tak lojik pula kalau pasal tu",gumam Zayne sendiri.

Aku hanya memerhati Zayne yang dari tadi seolah memikirkan sesuatu.

"abang ok ke ni...tak kan rugi pun kalau abang tak kerja seminggu kan..", ujarku dan tersenyum.

Marina dan Zikri tergelak .

"Zayne ni mana ada pernah cuti pun..kalau hari cuti pun kerja Eryna,dulu mama dan papa nak jumpa pun susah tau,tapi bila nikah dengan Eryna ni baru boleh kerap jumpa", tambah Marina

"mana ada mama,rugi tau tak kerja,lagipun nak buat apanya duduk rumah lama lama boring", balas Zayne tak mahu kalah.

"so kalau sekarang ni abang boring lah ya...dipersilakanlah kerja,kan katanya boring", ujarku datar,agak terasa dengan ucapannya dan sedikit merajuk.

"sayang...itu dulu lah....sekarang ni bila ada sayang mana rasa boring lagi", tanganku digenggam dan dikucup,pipi ku merona merah malu diperlakukan di depan orang tuanya.

Marina dan Zikri tergelak terkekeh kekeh melihat gelagat manja anak menantu nya itu.

Dapat lihat jelas kebahagiaan mereka berdua dan Marina berharap dan sentiasa berdoa agar pasangan ini berbahagia serta kekal sampai jannah.

Kami melanjutkan makan dan papa sudah pun berlalu menjalani aktivitinya dan mama juga sudah berada di kebun bunganya yang berada di laman depan.

Aku dan Zayne sedang duduk di ruang depan sedang menonton televisyen.

"abang..kalau sayang tanya abang marah tak?" tanya ku dan mendonggak sedikit kepala melihat mukanya kerana sekarang posisiku berada di dadanya.

"emmm...tak tanya lagi apanya nak marah..apa dia?"

"janji?" aku membetulkan duduk dan memandangnya.

"tak payah tanya lah,macam sensitif jer soalan tu..", ujarnya sambil melirik senyum.

Aku muncungkan mulut,belum bertanya dah suruh tak bagi soal.

"ok..abang janji tak marah" dia mengangkat tangan berjanji dan aku kembali meletakkan kepala di dadanya.

"abang rasa kan Sarah tu masih ada hati ker kat abang?" penuh hati hati aku mengajukan soalan padanya.

Zayne masih berdiam dan dan tatapannya masih pada layar televisyen.

"abang..sayang tanya ni" dadanya aku cubit dan dia menyeringai sakit.

"aduh sayang sakitlah"

"kenapa soal abang,tanyalah dia" jawab Zayne selamba.

Aku mencebik tidak puas hati dengan jawapan darinya.

"kalau pun dia ada hati kat abang...abang dah tak ada perasaan apa pun pada dia", sambung Zayne dengan yakin.

"emmm...tapi kan abang...ada lagi soalan siapa kak Dewi?",

"ni interview abang banyak sangat ni kenapa?"
tanya Zayne hairan dengan kelakuan isterinya.

"saja...kita kan kenal pun bukan lama,setahun pun tak sampai lagi kan...tak salah kan nak tanya pasal abang"

"masalahnya itu soalan bukan pasal abang ,tapi pasal orang lain..tak sukalah abang...kalau ada kita berdua makanya kita,tak.ada soalan untuk orang lain", tegas Zayne.

"ok..sorry,tapi nanti Sayang tanya lagi" rambutku di acak acak.

Aku cuma sudah lama nak tahu siapa sebenarnya Kak Dewi dalam hidup Zayne dan apa kaitan antara semua ini.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa tiba tiba nak tahu sangat pasal kehidupan Zayne dulu sebelum kami kenal.

Penasaran aku dibuatnya.

Aku hanya memandang ke wajahnya yang sedang asyik melihat layar televisyen.

" kenapa pandang abang macam tu,abang tahulah abang ni handsome"

" perasan.." dagunya aku cuit.

Kami ketawa bersama,terasa indah hari ini sudah lama kami tidak luangkan masa bersama mungkin ada juga hikmah di sebalik kejadian tetapi aku tetap hairan siapa kah dalang di sebalik semua ini.

.......
........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience